Tuesday, October 30, 2012

Tembelang 'Datuk S' Semakin Pecah?

BAGAIKAN cicak tertelan kapur, Adun Sekong, Datuk Haji Samsudin Yahya yang popular dengan gelaran Datuk S, mereka cerita kononnya saya yang memberi beliau maklumat tentang latar belakang Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu, dalam Perbahasan Bajet Negeri Sabah 2013 minggu lalu; dengan motif tersirat untuk memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat.

Saya tidak kenal secara peribadi dan tidak pernah bertemu Datuk S melainkan membaca melalui Sabahkini.net dan maklumat yang disampaikan oleh Team Pemantauan AMK PKR Sabah; oleh itu dakwaan liarnya tidak perlu dilayan.

Tetapi saya dan rakyat Sabah masih tertanya-tanya bagaimana PATI yang dilahirkan di Bungao, Filipina ini yang mengikut bapa saudaranya ke Sabah, menetap di Tambisan sebelum berhijrah ke Sandakan; menjadi pemandu teksi sebelum dipilih sebagai calon BN setelah berjasa mengerjakan seorang musuh politik pemimpin UMNO, kini berani meludah ke langit ketika dirinya terpalit dengan kes kerakyatan songsang gundiknya, Pia Binti Dahlan.

Sama seperti Adun Sebatik, Abdul Muis Picho; Datuk S terlepas saringan SPRM dan 'Special Branch' sehingga boleh menjadi calon BN dan menggubal undang-undang di Dewan Undangan Negeri Sabah; sedangkan dalam rekod JPN beliau dilahirkan di Kampung Lupak Meluas, Sandakan, seolah-olah menonton filem 'Back To The Future' kerana ketika beliau dilahirkan pada 1955, Lupak Meluas belum lagi wujud.

Lebih mengejutkan saya, mengikut maklumat sahih yang saya terima dari Tambisan, Datuk S bersepupu dengan TYT Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. Inilah ketakutan yang bermain di kepala saya, bagaimana beliau boleh bersepupu dengan Tun Juhar sedangkan beliau telah memalukan Tun Juhar dalam perebutan jawatan Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi?

Sebagai Anak Jati Sabah, saya amat bimbang jika ada pihak yang meragui kerakyatan Tun Juhar sebagai Anak Negeri Sabah kerana menurut Fasal 2 (1) Perlembagaan Negeri Sabah;

“Seseorang yang bukan warganegara atau seseorang warganegara dengan cara naturalisasi tidaklah boleh dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri.”

Sekiranya Tun Juhar tidak layak menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah mengikut Akta Tafsiran terhadap Perlembagaan Negeri Sabah, maka akan berlaku krisis perlembagaan jika Panel RCI yang menyiasat Pia, Samsudin dan Abdul Muis turut menjalankan siasatan terhadap Tun Juhar.

Berbalik kepada Datuk S, sewajarnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan segera terhadap Samsudin kerana berlaku percanggahan kepentingan (Conflict Of Interest) kerana kedudukannya sebagai Pengerusi Ko-Nelayan dan dalam masa yang sama beliau menjadi Lembaga Pengarah Borneo Aqua Harvest Sdn Bhd, milik Datuk Lo Fui Ming, seorang pemilik kolam ikan terbesar di Malaysia, terletak di Darvel Bay, Lahad Datu.

Disebabkan kedudukannya dalam Ko-Nelayan, maka kerajaan Persekutuan telah meluluskan insentif sejumlah RM24.8 juta kepada Plentiful Harvest Sdn Bhd (anak syarikat Borneo Aqua Harvest Bhd yang tersenarai di Bursa Malaysia) melalui Skim NKEA daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Dalam kesibukan Datuk S memerangi Adun Sri Tanjung, Jimmy Wong yang didakwa menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu, beliau tidak menyedari atau berpura-pura tidak tahu bahawa Datuk Lo Fui Ming juga memegang Sijil Anak Negeri Palsu.

Sebelum skandalnya dengan Pia Dahlan, Datuk S juga mempunyai Skandal Seks dengan isteri Pegawai Kanan Imigresen yang berasal dari Kampung Bokara, Sandakan. Isteri pegawai tersebut juga berasal dari Filipina seperti Pia. Skandal ini sudah diketahui umum.

Sehubungan itu, saya menggesa Datuk S agar pandai malu dan tidak sewenangnya melemparkan tuduhan liar terhadap Lahirul dan Jimmy Wong semata-mata kerana mereka ahli Pakatan Rakyat dan tidak menyokong Barisan Nasional.

Tindakan Ketua Menteri Sabah membiarkan Datuk S menjual namanya dan menyambung perlantikannya sebagai Pengerusi Ko-Nelayan bagi tempoh satu penggal lagi merupakan tindakan yang bercanggah dengan Prinsip Janji Ditepati yang diamalkan Perdana Menteri; terutama untuk memastikan calon dan pemimpin UMNO bukan sahaja bersih, kelihatan bersih malah berbau bersih; 360 darjah berbeza dengan Datuk S!

Oleh : CITRA MASADI (sabahkini)

Pengkhianat Dalam UMNO Berjawatan Tinggi?

Pemimpin akar umbi Umno hari ini menggesa jawatankuasa khas parti Melayu itu bertindak tegas, termasuk menyingkirkan segera ahli yang khianat, tidak seperti sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama.

Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, sebelum ini hukuman untuk kes pelanggaran etika atau khianat mengambil masa sehingga menimbulkan kecewa di kalangan rakyat.

cheras umno division chief syed ali alhabshee 061012"Saya berharap jawatankuasa berkenaan akan lebih tegas mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang berlaku khianat dan mensabotaj calon-calon BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang," tegasnya seperti dilaporkan dalam blog Umno Cheras.

Syed Ali juga berkata, mana-mana ahli Umno yang mengkhianati dasar perjuangan parti sememangnya wajar disingkirkan tidak kira di peringkat mana.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan kebanyakan yang "bertukar menjadi pengkhianat" terdiri daripada pemegang jawatan penting dalam parti.

"Lazimnya yang mensabotaj parti dan pengkhianat adalah mereka yang memegang jawatan penting dalam Umno, kerana kecewa tidak dapat sesuatu yang dihajati mereka mula memburuk-burukkan parti dan pemimpin tertinggi," tegasnya.

'Dirasuk kepentingan peribadi'

Tambah Syed Ali lagi, jarang berlaku ahli-ahli parti di peringkat akar umbi yang khianat, sebaliknya membabitkan pemimpin termasuk yang pernah berada dalam kabinet.

"Saya percaya ahli-ahli Umno peringkat akar umbi tetap setia kepada parti, mereka ikhlas berjuang untuk parti," tegasnya sambil menyifatkan keadaan itu seperti "dirasuk kepentingan peribadi".

Syed Ali juga melihat penubuhan jawatankuasa khas bagi mengambil tindakan ahli ahli yang khianat mampu mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap masa depan Umno.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu setelah dipersetujui Majlis Tertinggi (MT) di PWTC baru-baru ini.

Ia akan diketuai oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dan beberapa wakli MT yang tiada berkepentingan. -MK

11 Isteri: Bertaubatlah.. Kata Bekas Isterinya

“Bertaubatlah… kembalilah ke pangkal jalan.” Itulah rayuan seorang bekas isteri kepada Mohd Razis Ismail, 30, yang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Khamis lalu, atas tuduhan memalsukan dokumen dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.

Wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Sha, 36, berkata, sudah sampai masa Razis menginsafi perbuatannya menganiaya isteri dan bekas isterinya yang lain selama ini.

“Setidak-tidaknya fikirkan masa depan anak, jangan malukan mereka.

“Saya berharap dia ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. Ramai yang marah dan tertipu dengan perbuatannya, jadi berubahlah,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.

Sha pernah menjadi isteri Razis pada 2010, namun perkahwinan mereka dibatalkan mahkamah awal tahun ini kerana dinikahkan oleh jurunikah tidak bertauliah.

Berikutan pembubaran hubungan itu, anak pertama mereka dianggap anak luar nikah dan kini dibinkan ‘Abdullah’, malah nasib sama juga bakal menimpa bayi yang kini dalam kandungan Sha.

Buat masa ini, Sha hanya mahu memikirkan masa depan anaknya.

“Yang sudah tu sudahlah… saya tidak mahu memusuhi sesiapa. Lebih baik saya fikirkan soal anak, mereka lebih penting sekarang,” katanya.

Metro Ahad minggu lalu melaporkan, seorang lelaki menggunakan gelaran ‘ustaz’ disyaki memperdayakan sekurang-kurangnya 11 wanita untuk dijadikan isteri, selain memalsukan dokumen borang pernikahan dengan mengaku masih teruna.

Taktik licik lelaki itu terbongkar selepas beberapa wanita yang pernah menjadi isterinya mendedahkan dalam sebuah laman sosial.

Jamil Khir Kena Perlekeh Oleh Soi Lek?


Presiden MCA yang pernah menjadi bintang video lucah, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menyelidik terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan Hudud tidak akan memberikan implikasi kepada bukan Islam.

"Boleh jadi beliau tidak melakukan kerja rumah, saya kecewa dengan apa yang beliau ucapkan" Kata Presiden MCA itu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa MCA Batu Pahat jumaat lalu, Chua juga mencabar Jamil Khir untuk berdebat tentang bagaimana kesannya Hudud terhadap seluruh rakyat Malaysia jika ianya dilaksanakan..

Nak kata apa lagi sekarang.. Menteri yang menjaga hal ehwal Islam pun, Presiden MCA ni kata tak faham pasal hudud..

Nampaknya kali ini.. bukan UMNO yang ahlinya majoriti berugama Islam akan menjelaskan kepada MCA apa itu Hudud dan kesannya kepada rakyat Malaysia..

Tapi MCA yang keseluruhan ahlinya bukan berugama Islam pula akan mentarbiyah dan memberikan tunjuk ajar kepada Ahli-ahli UMNO..

50 tahun lebih bersama.. inilah hasil yang boleh dibanggakan oleh ahli-ahli UMNO. -alditta

Soi Lek: Jamil needs to do homework on hudud first

BATU PAHAT: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek says Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom has not done his homework when he said PAS' brand of hudud would have no effect on non-Muslims.

“Maybe he did not do his homework.

I am disappointed with what he said,” the MCA president said.

On Wednesday, Jamil Khir told Nibong Tebal MP Tan Tee Beng in the Dewan Rakyat that hudud would not affect non-Muslims.

Tan had asked him if it would ever be implemented in Malaysia.

Speaking to reporters after chairing the Batu Pahat MCA committee meeting on Friday, Dr Chua invited Jamil Khir to a debate on how hudud would affect all Malaysians, pointing out that it involved amending the Federal Constitution.

He also pointed out that a political party should not be equated to religion.

“PAS is a political party while Islam is the official religion.

“The MCA is upholding the constitution which states the country's official religion is Islam while Malaysians are free to embrace their own,” he said.

Asked if his comments about Jamil Khir would affect Barisan Nasional, Dr Chua said the MCA, as a political party, had the right to express its views.

Dr Chua added that he would not apologise to a group of PAS Youth members who had held a protest at Wisma MCA over his statement on hudud.

“Why should we be scared? We are merely stressing our views and the people have the right to choose,” he said ~ The Star Online

Saturday, October 27, 2012

Pemimpin BN Rampas Kerusi Roda?

ENTAH atas arahan siapa, tetapi dipercayai arahan pemimpin UMNO Beluran, ada pihak yang sanggup bertindak kejam dan di luar perikemanusiaan merampas kerusi roda daripada OKU yang menghadiri Majlis Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Beluran di hadapan lebih 100 orang penduduk.

Kejadian memalukan atau 'buruk siku' berkenaan terjadi di daerah mengundi Kaniogan iaitu sebuah kampung yang terletak di sebuah pulau terpencil dalam daerah Beluran yang hanya dapat dihubungi melalui pengangkutan laut merentasi Lautan Sulu dan mengambil masa 90 minit dengan kadar kelajuan 60 knot.

Kg. Kaniogan menyumbangkan kira-kira 461 pengundi berdaftar yang terdiri daripada rakyat jati tempatan.

Menurut mangsa, tuntutan ajaran ugama Islam, sesuatu harta benda yang telah diwakafkan kepada seseorang, apatah lagi dirinya sebagai OKU; Pewakaf tidak lagi mempunyai hak untuk menuntut kembali harta benda tersebut, namun bagi UMNO/BN tuntutan ajaran ugama boleh dipolitikkan.

"Saya, sama seperti orang lain yang inginkan perubahan, mengesyorkan kepada pihak yang berwajib agar mengembalikan kerusi roda tersebut," ujar mangsa yang terkejut dengan peristiwa zalim berkenaan semata-mata marah kerana beliau menghadiri majlis APS.

Sementara itu, Pengerusi APS Beluran, James Miki dan Ketua Cabang PKR, Ambrose Kadandi telah menyerahkan empat ekor lembu korban kepada penduduk Pulau Kaniogan dan Pulau Tetabuan yang masing-masing menerima dua ekor lembu korban sempena perayaan Aidiladha.

Oleh: CYBERTROOPER APS BELURAN (sabahkini)

Saham Sabah meeting Turned Down



KOTA KINABALU: Saham Amanah Sabah (SAS) unit holder Chin at Chow Chew, who organised a petition for a meeting, regrets that a request for a Meeting of Unit Holders has been turned down.

He urged Deputy Chief Minister Datuk Dr.Yee Moh Chai to fulfill his duty and facilitate the convening of the meeting.
"The meeting to discuss and decide on resolutions with regards to the losses incurred which the unit holders have requested through a letter is now officially declined by Saham Sabah Berhad (SSB).

"I suspect SSB was under undue influence or external pressure by Dr Yee to decline the petition for a meeting and ignore the rights and interests of the unit holders," he said, in a statement, Wednesday.

Chin hoped Dr Yee who had been very vocal and is knowledgeable on the matter could fulfill his own promise to reveal the truth behind the colossal losses of SAS.

He said the incident has drastically affected the interests of the public, it therefore should not be left in doubts without a transparent and reasonable explanation. S "Obviously, the manager (SSB) is citing an excuse to their convenience to stifle the legitimate request of the unit holders.

"The fact is that, with reference to the Third Supplemental Deed signed between Saham Sabah Berhad and Mayban Trustees Berhad on the April 21, 2008, Division 17.1.2 clearly stipulates that "The Unit Holders may apply to the Manager to summon a meeting for any purpose including, without limitation, for the purposes as per mentioned ...provided always that the number of unit holders requesting such meeting shall not be less than 50.

"Why has the Manager, SSB, ignored Division 17.1.2 of the Third Supplemental Deed, and instead opted a shortcut to frustrate the intention of the unit holders to find the truth behind the SAS losses?," asked Chin.

He said the colossal losses of SAS had long aroused suspicions of the public, and ill-willed parties and individuals had made use of the incident to mud-sling innocent people.

"As a matter of fact, the fiasco has been troubling the management and staff of the company cannot hold their heads high. Have they been under pressure from certain sectors to deter them from taking practical actions to satisfy the legitimate requests of the unit holders?" Chin queried.

He also urged that Dr Yee who has received his written request, to give full support and facilitate SSB to call for a meeting of the unit holders.

"After all, Dr Yee, since the unit prices collapsed in 1998 through 2002 when he was in the opposition, has been very resourceful in exhausting all ways and means in the State Assembly, lodging reports to police and MACC, and demanding the State Government to issue White Paper reveal the truth behind the SAS losses.

"Now that he is elevated as Deputy Chief Minister, it is the right and opportune time for him to perform his duty to materialise and fulfill his promises," he said.

Chin said that the 55,000 unit holders/investors have high confidence that Dr Yee will realise the BN slogan of "Janji Ditepati" and have the courage to fulfill his promises those years to the unit holders/investors, by facilitating the meeting of the unit holders.

At the same time, he said, Dr Yee should prove to the people at large that there is no hidden agenda to cover up for the real culprits behind the refusal of the SSB to call for the meeting. -(DE / Sabahkini)

VIDEO : Pemandangan Air Laut Bercahaya Di Maldives

Cahaya biru terang datang dari pantai di Pulau Vaadhoo selepas setempat plankton ini bertindak balas dengan oksigen dalam air laut untuk menghasilkan cahaya lebih cerah daripada galaksi Bima Sakti.

Fenomena semulajadi, dipanggil ‘bio-luminescence, yang jarang dilihat terlalu hampir dengan daratan telah ditangkap dengan jurugambar Doug Perrine ketika malam perjalanan ke Lautan Hindi.

Dia memberitahu gambar ini diambil ketika malam penuh bintang, tetapi tiada bulan. Setiap gelombang kecil menghempas ke pesisir pantai diterangi seperti lembaran kilat.

Plankton ini menghasilkan pertunjukan cahaya tertumpu sepanjang pinggiran pantai. Organisma yang menghasilkannya adalah cukup besar untuk dilihat dengan mata kasar.

Seorang pakar, Peter Frank menjelaskan fenomena itu, berkata apabila bersesakan, setiap organisma akan mengeluarkan cahaya biru kilat yang dihasilkan oleh tindak kimia di dalam sel.

Fenomena yang jarang berlaku ini biasanya hanya dapat dilihat jauh dari daratan apabila kapal mengacau dasar laut. -biarbetul/HMO

Saksikan video di bawah

Penentang Anwar Alami Krisis Peribadi

Apakah erti semua ini dan bagaimana anda mentafsirkannya? Semua orang bekas orang-orang besar di dalam Umno bangkit bersatu untuk menantang Anwar bagi menghalang Anwar terus mara ke Putrajaya. Nampaknya kebangkitan ini begitu serius tanpa ada sedikit ruang kemaafan dan harapan diberikan kepada Anwar. Dalam mata mereka, mereka melihat Anwar begitu comot dan lebih jahat dari Yahudi.

Apakah pandangan mereka itu benar dan tindakan mereka itu suci dan sahih? Ini perlu ditilik dan direnungi sebaik mungkin agar semua orang tidak terkeliruan dan berada dalam kepungan zalim mereka.

Apa yang menjadi konfius mereka yang bangkit bersatu menentang Anwar adalah mereka yang ada masalah atau mengalami krisis peribadi dengan Anwar. Justeru apa yang mereka perjuangkan menjadi tandatanya apakah fakta atau hujah penolakan mereka kepada Anwar benar-benar ikhlas ataupun kerana mereka kecewa disebabkan tidak dapat sesuatu dari Anwar.

Orang-orang besar Umno itu boleh dikatakan mereka yang menjadi penggerak utama parti suatu masa dulu dan juga bersekongkol dengan Anwar dalam parti sekular redikal Melayu - Umno. Mereka setengahnya bersama Anwar, bahkan menerima Anwar sebagai dewa dan hero ketika itu, tetapi menjadi renggang disebabkan perbezaan fahaman, pegangan dan keyakinan kepada agama dan bangsa. Perbezaan political will atau nawaitu perjuangan mengenai bangsa juga menjadi penyebab berlaku krisis peribadi. Dan ada juga yang meninggalkan Anwar kerana melihat Anwar tidak berpelung mempunyai tangan panjang bagi menyuap nasi ke mulut mereka.

Mereka dimaksudkan itu terdiri daripada bekas Presiden Umno, Mahathir Mohamad, bekas ketua Pemuda Umno, Abdul Rahim Tamby Chik, bekas ahli MT Umno yang dilantik Inchek Ibrahim Ali; mereka ini diikuti oleh anak-anak buah mereka yang ikut sama membenci Anwar walaupun mereka tidak pasti kenapa mereka merasai perasaan demikian. Mereka benci kerana membeli keburukan dan kejelekan Anwar yang dijual oleh para pedagang tadi. Adakanya yang mengambil upah atau pun mendapat rezeki dari kontrak memburuk-burukkan Anwar.

Dan terbaru bekas orang kuat Umno yang juga mengaktifkan diri bangkit bersatu memburukkan Anwar ialah Sanusi Junid, Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno dikenali kaya dan kreatif dengan berbagai andaian dan kesimpulan politik bangkit mengemukakan dakwaan kononnya Anwar adalah orang yang mengkhianati dan mengagalkan agenda ekonomi Melayu yang digagaskan Mahathir Mohamad.

Kata Sanusi Mahathir telah melaksanakan dasar seperti mana dilakukan Germany untuk tidak memberi lesen kepada orang Yahudi; dengan tidak memberikan lesen perbankan kepada bukan Melayu bagi mengawal ekonomi negara.

Wah terlalu mudah dan simple hipotesis Sanusi terhadap Anwar. Apakah beliau mengira akan mempercayainya semata-mata kerana beliau bekas pemimpin Umno dan seorang yang kuat membaca.

Sebaliknya tuduhan dan kecaman Sanusi terhadap Anwar itu mengesahkan bahawa dasar kerajaan yang ditunjungi Umno adalah perkauman dan pilih kasih. Sedang dalam masa sama Umno memperakui mereka bersifat adil dan saksama. Sekali lagi Sanusi menelanjangkan kemunafikannya sendiri. Beginilah kalau kita ghairah untuk menuduh orang lain salah, maka kesalahan kita akan terdedah dengan sendiri.

Orang Umno yang otak kemetot dan sudah berasap dengan Anwar akan menelan begitu saja tuduhan Sanusi itu tanpa usul periksa. Mereka akan jadi macam ikan lapam menelan tahi dari bawah jamban. Tetapi bagi mereka yang ada otak dan sudah dapat menghidu bau hasad dengki Sanusi akan menelaahnya terlebih dahulu.

Misalnya orang akan memeriksa rekod-rekod perkhidmatan Anwar semasa menjadi menteri kewangan dan juga TPM. Rekod itu masih ada disimpan kerajaan sampai sekarang dan kalau ianya benar Najib Razak dapat mengeluarkan rekod berkenaan. Sanusi boleh bercakap lebih dahsyat dan menarik daripada itu, tetapi orang memerlukan bukti atas apa-apa jua dakwaannya. Cerita Sanusi mengenai kehebatan ideanya mengenai Melayu samalah si tua terkukur yang leka mengah-ngahkan terkukurnya sehingga 'burung'nya sendiri terlondeh keluar.

Cuma satu pertanyaan saya untuk Sanusi Junid kalau benar Anwar berbuat demikian apakah tidak ada kawalan? Apakah yang Umno dan beliau sendiri lakukan ketika itu. Pada masa Anwar menjadi menteri kabinet Sanusi juga berada dalam kabinet, apakah beliau tidak membuat teguran dan pembaikian ketika itu dan kenapa sesudah berada diluar. Kalau tidak berbuat apa-apa, menegur Anwar ini bermakna Sanusi tidak amanah kepada jawatan dan tanggungjawabnya.

Bukankah setiap apa yang dilakukan menteri kabinet, ianya akan dikawal bukan sahaja oleh jemaah menteri tetapi Umno sendiri menjadi pengawalnya. Ada dua instrument menerusi Umno untuk mengawal perjalanan dasar dan polisi kerajaan yang dilakukan oleh menteri; iaitu Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat setiap bulan, dan kedua Perhimpunan Agung Umno yang bersidang setahun sekali.

Kerana saya tidak ahli Umno, saya tidak tahu apakah ada mana-mana perwakilan membangkitkan apa yang dilakukan Anwar itu mengikut 'sunnah' Sanusi Junid itu. Adakah... atau memang perhimpunan agung Umno tidak bangkit kerana yang menjadi perwakilan itu semua jahil mengenai masalah kewangan dan ekonomi, atau pun semua mereka tidak cerdik. Kerana kalau mengikut kata Mahathir orang yang menyertai Umno orang bodoh kerana orang cerdik dihalang.

Sekali lagi bukankah sindiran Mahathir itu mengenai batang hidungnya sendiri kerana 22 tahun beliau memimpin Umno beliau gagal melahirkan orang cerdik dalam Umno ataupun sememangnya beliau sendiri menternak ahli Umno menjadi seperti lembu laki Sharizat untuk mudah diuruskan ke mana saja hendak disimpan dan dikandangkan mereka.

Jelas tuduhan Sanusi itu hanya untuk menambahkan keburukan kepada Anwar sahaja. Dunia politik mengetahui bagaimana kelicitan dan keYahudian Sanusi di dalam politik. Sanusi seorang sangat cerdik termasuk dalam mereka-reka cerita memberi reputasi buruk kepada seseorang yang lain. Dia seorang yang kuat membaca dan memahami berbagai teori politik baik Yahudi, Barat, China, Jepun dan Islam. Lantaran kerana kelebihan cerdik itulah meyebabkan beliau ada kalanya menjadi sangat lemah dan bodoh.

Mengapa saya mengatakan begitu, untuk berdepan dengan Abu Bakar bagi merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Langkawi pun beliau kalah. Rasanya tidak ada mana-mana Menteri Besar dan ketua menteri di negara ini yang berkhidmnat tidak sampai sepenggal. Sanusi menjadi MB Kedah tidak sampai sepenggal sebelum digugurkan diganti dengan Syed Razak Syed Zain. Jadi rekod sebagai MB yang terpendek masih dipegang oleh Sanusi Junid.

Yang menarik mereka menjadi hero menyerang Anwar dan mahu memastikan Anwar tidak naik, mereka yang ada masalah dengan Anwar; mengalami krisis peribadi - dengki, cemburu dan meluat dengan Anwar. Mereka kecewa dengan ketegasan dan prinsip Anwar Ibrahim dalam menjaga negara dan kepentingan rakyat. Mahathir marah kepada Anwar apabila Anwar sebagai menteri kewangan tidak bersetuju untuk digunakan wang Petronas bagi menyelamatkan perniagaan anaknya, Mirzan Mahathir. Tindakan ini adalah menjadi kudis dalam hubungan mereka sebagai anak dengan bapak dan kemudian menular menjadi barah yang bernanah sampai kini.

Mahathir mula mengenali siapa dia Anwar sebenarnya, seorang budak suruhan yang selamanya tidak akan sedia menjadi hamba kepadanya. Jadi demi menyelamatkan banyak lagi kepentingan maka beliau terpaksa menghapuskan Anwar walaupun tindakan itu sangat berat dan melukakan ahli Umno lain.

Demikian juga dengan Rahim Tamby Chik. Kebenciannya kepada Anwar bukan sangat kerana Anwar difitnahkan bergelumang dengan dosa dan maksiat. Bagi Rahim itu tidak menjadi kudis gatal buatnya kerana dia juga suka berenang dalam lautan maksiat. Tetapi apa yang menyakitkan hati Rahim ialah apabila Anwar mengarahkan Ahmad Zahid Hamidi menentang Rahim di kerusi Ketua Pemuda Umno.

Inilah bermulanya api kemarahan Rahim kepada Anwar. Rahim merasakan Anwar adalah penghalang cita-cita politiknya. Tindakan itu disusuli pula degan arahan Anwar agar Rahim dibersihkan dari maksiat dalam isu penyelewengan dan skandal dengan budak sekolah. Dua tindakan Anwar ini menyebabkan Rahim berdendam dengan Anwar sampai ke hari ini dan sehingga sanggup menjadi pruducer filem biru.

Jelas penentangan Rahim kepada Anwar bukan kerana soal prinsip perjuangan atau pendekatan dan stail Anwar yang mahu menerapkan nilai-nilai dan falsafah Islam dalam Umno tetapi kerana Anwar dianggap mengusik kepentingan dan cuba menghalang hobinya.

Demikian juga dengan Ibrahim Ali. Dia menantang Anwar bukan ada sebab yang jelas dan bukan perkara hakikat misalnya soal prinsip. Dia menentang Anwar disebabkan Anwar tidak mahu melantiknya sebagai Pengerusi Perhubungan Keadilan di Kelantan, itu saja. Semasa terjemnpit dan perahu politiknya hanyut tatkala dibuang dan terpecah dari Umno Ibrahim mencari pulau untuk beradu... dengan harpaan Anwar mengambilnya menjadi pengerusi Keadilan Kelantan. Ibrahim yang selalu berfikiran hanuman kera putih tidak sedia untuk menjadi ahli biasa sebagai ekor. Dia mahu menjadi kepala walaupun, berkapala tiga?

Tetapi malang Keadilan Kelantan tidak sedia berketuakan Ibrahim kerana mereka sudah kenal bau dan bentuk mukanya. Bagi saya penolakan Keadilan Kelantan kepada Ibrahim sesuatu yang kurang bijak dan bukan bersifat politik serba mungkin.

Atas kekcewaan itu maka beliau bangkit menentang Anwar dan dalam masa sampa mengharap ada simpati dan pujian dari Najib. Malangnya usaha itu tidak memberi kejayaan dan segala tingkah lakunya Najib juga kena tidak menarik perhatian Najib. Walaupun Ibrahim telah menggunakan Rosmah untuk mendapat blessing Najib, tetapi Najib juga berhati-hati dengan makhluk ini bimbang akan ditinggalkan bendalir beracun didalam pinggan nasinya.

Bagaimana pula dengan Sanusi Junid, apakah yang menyebabkan beliau marah kepada Anwar? Sanusi selalu menggunakan alasan Anwar pengkhianat Melayu. Anwar sebagai muanfik untuk memperjuangkan Islam. Itulah kata-kata yang akan luruh dari mulut Sanusi Junid di mana saja dia bercakap mengenai topik mengenai Anwar.

Sanusi ada bukti dan pandangannya sendiri sehingga dia merasakan dia lebih Islami daripada Anwar. Tetapi dalam kajian saya dari sudut psikologi kenapa Sanusi marah Anwar bukan kerana tuduan-tuhdan itu tadi. Kenapa saya mengata begitu kerana mereka berdua pernah duduk dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim). Merka berdua adalah orang besar Abim. Kalau benar Sanusi sudah mengetahui Anwar munafik, kenapa beliau sanggup bersama Anwar Ibrahim di dalam Abim?

Dalam suluhan saya tindakan Sanusi memusuhi Anwar samalah dengan apa dilakukan Mahathir, Rahim Tamby Chik dan Ibrahim Ali. Puncanya kerana kecewa dan cemburu dengan Anwar. Bukan sama sekali kerana Anwar terlibat dengan skandal, itu adalah rekaan dan alasan dicari untuk membalas dendam mereka disebabkan berlakunya krisis peribadi. Kalau bertolak dari soal peribadi kenapa Mahathir membisu terhadap orang Umno lain yang juga berbelit dengan skandal.

Seperti dikatakan tadi Mahathir kecewa kerana Anwar tidak sedia mengikut telunjuknya demi kepentingan kroninya. Begitu juga dengan Rahim Tamby Chik, baginya Anwar adalah pemusanah istana politiknya. Ibrahim Ali kecewa kerana Anwar tidak membantunya memulih peta politiknya. Dan Sanusi Junid kecewa kerana dia merasakan dia lebih berhak berada di hadapan dalam politik Umno kerana beliau lebih awal menyertai Umno tetapi Anwar yang dimanja-manjakan oleh Mahathir.

Itu sahaja sebabnya. Jadi apa juga hentaman, hujah dan tuduhan mereka ke atas Anwar tidak berasas sama sekali dan semua penentangan itu tidak ada sangkut paut dengan soal-soal agama, bangsa dan negara, Semuanya adalah disebabkan soal dan kepentingan mereka yang menentang itu. Mereka menentang kerana cemburu, benci dan dengki atas kehebatan Anwar.

http://msomelayu.blogspot.com

Penipuan SPR Terdedah Lagi?



Satu demi satu penipuan SPR terbongkar, tetapi tidak pernah kita dengar SPR membuat pengakuan terbuka tentang penipuan yang mereka lakukan. Ada saja jawapan, ada saja alasan - sekalipun tidak menasabah - sekarang kita nak dengar apa pula "jawapan" SPR terhadap kes di atas.

Penipuan tetap penipuan. Allah akan tetap bantu kita untuk mendedahkan penipuan SPR itu.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan, satu demi satu penipuan terbongkar. Walaupun rakyat boleh ditipu dan diprdaya, tetapi bodohnya SPR, Allah pun hendak ditipu dan dilawan.

Allah akan tetap bersama kebenaran dan keadilan kerana Dia Al-Haq (Yang Maha Benar) dan Dia Al-Adl (Maha Adil) sekalipun SPR cuba sedaya upaya untuk menipu seluruh rakyat jelata.

Kita akan terus berdoa kepada Allah swt agar kebenaran itu dibongkar dan didedahkan. Allah memperkenankan doa orang yang dizalimi dan difitnah. -GB

BN nafi arah cari calon p'raya

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan bahawa individu tertentu telah diarahkan oleh perdana menteri, timbalan perdana menteri atau setiausaha agung BN kononnya untuk ‘mencari calon pilihan raya’ atau membuat kajian selidik calon di kawasan tertentu.

"Ada yang masuk ke kawasan dengan menjual nama saya, perdana menteri, presiden lain dengan menyatakan dia telah diarah turun untuk mencari calon.

"Ini adalah tidak betul dan satu pembohongan yang besar. Jangan terpedaya dengan mereka," kata Tengku Adnan kepada pemberita selepas majlis korban dan kenduri rakyat sempena Aidiladha anjuran Umno Bahagian Putrajaya, semalam.

Sementara itu,Tengku Adnan berkata nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang sedang melalui pelbagai saringan untuk disenarai pendek.

"PRU-13 boleh diadakan pada bila-bila. Nama calon semua sudah kita terima dan separuh sudah dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan.

"Ada satu tempat, terdapat dua atau tiga nama (calon). Kadangkala, satu nama sahaja di kawasan tertentu, namun proses saringan tetap dijalankan.

"Kita nak calon yang rakyat nak, bukan calon yang parti nak atau calon yang orang tertentu nak. Calon yang rakyat nak kerana mereka akan menjadi wakil kepada rakyat," katanya.

Tengku Adnan juga berkata BN berkemungkinan akan menamakan calon pilihan rumum lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini.

Beliau berkata perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon Umno sahaja malah semua parti komponen BN.

Katanya, ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya dan menegaskan ada sedikit perbezaan pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, katanya, rancangan itu terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN, untuk membuat keputusan.

"Saya yakin kali ini ia akan dilaksanakan dengan sedikit perbezaan. Barangkali ia akan dinamakan lebih awal dari biasa," katanya.

Kelmarin, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata Umno belum bercadang untuk mengumumkan lebih awal nama calon bagi mengelak perbuatan sabotaj termasuk mereka yang tidak dipilih mewujudkan ‘pasukan’ bagi menjatuhkan calon terpilih.

Mengenai Perhimpunan Agung Umno dari 27 November hingga 1 Disember ini, Tengku Adnan berkata ia akan menumpukan kepada persiapan pilihan raya yang akan datang.

"Seperti biasa, kita akan bincang berkenaan usul dan ucapan presiden, usul ekonomi, agama dan pendidikan.

"Dalam ucapan presiden, beliau (Najib) akan kekalkan mengenai persiapan untuk menghadapi pilihan raya, kalau pilihan raya belum diadakan tetapi kalau pilihan raya sudah diadakan, berkemungkinan beliau akan sebut kemenangan yang kita capai," katanya.

- Bernama

Friday, October 26, 2012

Gempar : Otak Mayat 20 Tahun Masih Elok

SEBERANG PRAI – Tuhan Maha Besar. Lebih 50 orang ahli keluarga Allahyarham Salasiah Jasni, 78, yang hadir pada majlis pengebumiannya di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini menyaksikan bukti kebesaran Ilahi.

Ini kerana, sebaik tiba di tanah perkuburan itu, mereka terkejut apabila dua penggali kubur yang sedang menyiapkan liang lahad untuk Salasiah menunjukkan penemuan otak manusia.

Lebih mengejutkan sebaik penemuan otak itu beberapa kejadian aneh berlaku hingga menyebabkan semua ahli keluarganya beristighfar panjang dan memuji kebesaran Allah.

Menghairankan otak manusia yang ditemui itu masih dalam keadaan baik sedangkan tulang dan papan keranda dipercayai dari kubur lama bersebelahan liang lahad yang baru di gali itu sudah hancur.

Cucu Allahyarham, Shuhaili Che Ros, 37, berkata, penemuan otak manusia yang masih dalam keadaan elok itu amat menghairankan ahli keluarganya.

“Sepanjang pengetahuan kami otak manusia yang ditemui itu berasal dari sebuah liang lahad yang sudah berusia 20 tahun.

“Malah papan keranda dan semua tulang milik si mati sudah reput tetapi otak ini masih dalam keadaan baik dan sempurna,” katanya.

Menurutnya, dia mengambil otak yang dipenuhi lumpur itu dan meletakkan di atas daun pisang sambil diperhatikan ahli keluarganya yang lain.

“Menghairankan, otak itu kemudiannya dilihat bertukar menjadi bersih dan lumpur yang melekat padanya tertanggal dengan sendiri.

“Kami tidak mengusiknya dan selepas hampir 20 minit otak itu kemudiannya berubah warna dari kehitaman kepada warna merah dan pada masa sama urat darah mula timbul menyebabkan kami melihat ia seperti otak baru,” katanya.

Setelah itu otak berkenaan kemudiannya dikebumikan semula bersama jenazah neneknya.
Dalam pada itu penggali kubur yang menemui otak itu, Saad Shaari, 60, berkata, ini adalah pengalaman peliknya yang pertama selepas hampir 30 tahun menjadi penggali kubur.

“Saya dan adik, A Rahim, 55, menemui otak ini ketika hampir separuh menyiapkan liang lahad untuk Allahyarham Salasiah.

“Menghairankan sepatutnya otak ini sudah hancur bersama tulang dan papan keranda,” katanya.
Menurutnya lagi, begitu juga ketika kerja penggalian dijalankan kerana ia melibatkan penggunaan cangkul dan skop, tetapi otak itu masih lagi ditemui dalam keadaan sempurna.

“Ini ialah salah satu kebesaran tuhan dan kita yang melihatnya sepatut mengambil pengajaran dari penemuan ini.

“Di samping itu, penemuan ini juga bagi saya adalah satu ingatan agar kita sering melakukan kebaikan sepanjang hidup ini kerana Allah tidak pernah memungkiri janjinya memberi kebaikan kepada hamban:ya yang melakukan kebaikan,” katanya.Saad berkata, liang lahad lama yang terletak bersebelahan kubur Salasiah itu adalah milik seorang hamba Allah yang sentiasa membaca al-Quran.


Renungan

Firman Allah swt yang bermaksud:
Dan ingatlah (serta amalkanlah) apa yang dibaca di rumah kamu dari ayat-ayat Allah (Al-Quran) dan hikmah pengetahuan (hadis-hadis Rasulullah). Sesungguhnya Allah Maha Halus tadbirNya, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. [Surah Al-Ahzab;34]

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Surah Al-Imran; 31]

Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir. [Surah Al-Imran; 32]
Al-Qur’an Sebagai Pembela Di Hari Akhirat

Abu Umamah r.a. berkata : “Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur’an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur’an.”
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur’an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.”

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, ” Kenalkah kamu kepadaku?” Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : “Siapakah kamu?”
Maka berkata Al-Qur’an : “Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari.”

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur’an itu : “Adakah kamu Al-Qur’an?” Lalu Al-Qur’an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : “Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?”

Lalu dijawab : “Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur’an.”
Wallahu’alam….

590 Hectares Excised From Forest Reserve

OVER 3,000 people residing in 13 villages within the Gumantong-Guluang-Gesusu Forest Reserve Class 1 have reason to smile now that the State Legislative Assembly has approved an amendment to de-gazette the status of the forest.

Matunggong Assemblyman Sarapin Magana, who welcomed the decision, said it would enable long-standing land applications by the villagers to be processed by the Land and Survey Department and local authorities.
"I am very grateful to Chief Minister Datuk Seri Musa Aman for being concerned for the need of the villagers to occupy 590 hectares in the three areas.

"De-gazetting the three areas in the forest reserve is really good news and timely to the 3,500 villagers because they strongly believe they have native customary rights on the land as they have been living there for many generations.

"Also, they have been toiling the land for so long by planting rubber, coconut trees and oil palm and have been enjoying the harvests.

In addition, they have built their family homes and ancestral burial grounds in the three areas," he said.

Sarapin said this after the approval of the amendment to de-gazette the Gumantong-Guluang-Gesusu Forest Reserve Class 1, Wednesday.

The 590 hectares have been de-gazetted for the purpose of agriculture and settlements. These areas are found not suitable to be retained as Forest Reserves as the areas are titled land, occupied by settlers and have been degraded.

"Actually the area was gazetted as Forest Reserve Class 1 in 2007. However, the villagers only realised that they are living inside the forest reserve belonging to the State Government, last year," said Sarapin.

"Therefore, they submitted their objection to me as the elected people representative and sought help to bring out the 13 villages from the forest reserve on the grounds that they have been living there for so many years.

"Together with Kota Marudu MP Datuk Dr Maximus Ongkili, I highlighted the issue to the Assembly last year to de-gazette and the Government agreed to do so in the same year," he said.

However, Sarapin said the matter was not yet discussed as a Bill at the sitting last year and he explained to the villagers that the process would take some time.

Unfortunately, the opposition played the issue up to fish for votes by claiming that the Government wanted to grab the land from the villagers.

"On behalf of the villagers, thank the government for its concern for the needs of the locals in line with the 1Malaysia concept: People's First, Performance Now," Sarapin said. (DE)

PRU13- Khairi Jamaluddin jadi korban pertama?

"Ketua Pemuda UMNO Malaysia Sdr. Khairi Jamaluddin mungkin menjadi korban pertama dalam PRU13. Nasib Khairi bagaikan telur dihujung keris UMNO, bila-bila masa jatuh terhempas dan pecah berkecai. Dengan cerita soseh soseh dalam kelambu UMNO Khairi Jamaluddin tidak ada nama dalam senarai PRU13. Malah namanya disekat oleh kumpulan yang mahu menjatuhkan Khairi...

Malah dalam Pemuda UMNO Malaysia Khairi Jamaluddin sudah hilang taring dan gusi serta kawan. Cakap cakap dan arahan Khairi Jamaluddin sebagai ketua Pemuda UMNo Malaysia kurang diendahkan dan kurang dihormati oleh sebahagian besar pemuda pusat dan negeri.

Idea dan gerak politik Khairi dalam UMNO khasnya pemuda UMNO nampak cukup terasing dan kurang sambutan seratus peratus. Dalam sejarah UMNO dan pemuda UMNO, tercatat tinta hitam satu satu pemuda UMNO Malaysia dan ketua pemuda UMNO yang kurang dihormati oleh kaumnya serta tidak bergerak bersama tranformasi politik Najib Razak.

Khairi Jamaluddin terbukti gagal menahkhodakkan perjalan dan pelayaran pemuda UMNO Malaysia. Nampak jelas Khairi Jamaluddin keseorangan dan selalu ditinggal bas dan train.

Mungkin ada benarnya Khairi Jamaliddin tidak namanya dalam senarai calun PRU13. Kebarangkalian ada kumpulan atau geng dalam Pemuda UMNO Malaysia menyekat perjalanan Khairi Jamaluddin dalan arus politik Najib Razak.

Namun Khairi Jamaluddin sudah membaca dan terhidu kentuk dan tahi dalam pemuda UMNO yang mahu menyekat dan menamatkan Khairi Jamaluddin dalam peta politik UMNO yang penuh dengan nanah dan rasuah.

Sehingga kini Khairi Jamaluddin berusaha dengan penuh semangat kental agar nama beliau tidak tericicir disaat saat akhir keputusan calun yang bertanding PRU13. Itu cerita soseh soseh politik tentang nasib Khairi Jamaluddin. Betul atau tidak kita tunggu senarai calun yang diputuskan oleh Najib Razak.

Namun ramalan kami Khairi Jamaluddin ada peluang untuk bertanding PRU13. Ingat Najib Razak terhutang budi dan jasa Pak Lah dan Khairi adalah menantu Pak Lah."

Bunuh Diri Sebab Cantik?

Seorang murid menggantung diri didalam bilik tidur. Jade Stringer, 14, meninggal dunia enam hari selepas dia ditemui tidak sedarkan diri oleh bapanya, Daud. Kawan mengatakan remaja itu, yang disukai dan amat menarik selalu dibuli sejak beberape bulan sebelumnya kerana kecantikannya.

difahami bahawa dia juga mungkin telah kecewa apabila keluarganya merampas talifon pintarnya. Beliau dikejarkan ke Fairfield Hospital Umum di mana beliau meninggal dunia selepas hampir seminggu kepada sokongan hayat. Rakan-rakan remaja yang menghadiri Haslingden Sekolah Tinggi di berdekatan Rossendale, Lancashire, mendakwa dia telah dibuli. Ufti ke kiri Jade di Twitter dan Facebook berkata dia telah menjadi mangsa buli. Satu murid menulis, 'Dia telah dibuli oleh orang ramai.'

Adun Sekong Gali Kubur Sendiri?

TINDAKAN Adun Sekong, Datuk Haji Samsudin Yahya menggesa agar RCI menyiasat asal usul Ketua Pemuda PAS, Lahirul Latigu yang ditakrifnya sebagai PATI ketika membahaskan Belanjawan Negeri Sabah 2013 di Dewan Undangan Sabah baru-baru ini merupakan tindakan bodoh seperti menggali kubur sendiri.

Bagaimanapun saya mengalu-alukan gesaan Samsudin kerana Panel RCI perlu menyiasat kenapa permohonan bapa Lahirul iaitu Latigu Laando yang membuat permohonan kewarganegaraan mengikut lunas undang-undang belum diluluskan; tetapi dalam masa yang sama Jabatan Pendaftaran Negara memberikan kerakyatan songsang kepada Pia Bte Dahlan, PATI Filipina yang memalsukan keterangan diri dan mengaku sebagai anak saudara TYT Sabah.

Bagi saya, kerakyatan Lahirul adalah sah menurut undang-undang kerana salah seorang ibu atau bapanya adalah warganegara Malaysia; selaras dengan Bahagian II [Perkara 14(1)(B)] Kewarganegaraan Melalui Kuat Kuasa Undang-Undang; sekalipun bapanya masih memegang kerakyatan Indonesia.

Bagaimanapun kerakyatan Samsudin pula mendatangkan kesangsian kerana siasatan saya mendapati data peribadi Samsudin di Jabatan Pendaftaran Negara begitu mencurigakan iaitu tanpa 'Ibubapa'.

Saya agak terkejut kerana dalam data JPN, Samsudin dilahirkan di Kampung Lupak Meluas sedangkan pada hari kelahirannya 08 Februari 1955, kampung berkenaan belum lagi wujud.

Sebelum ini, Paparazzi Sabahkini.net telah mendedahkan bahawa Samsudin telah terlibat secara langsung mendapatkan MyKad untuk 'Gundiknya' Pia Bte Dahlan yang memalsukan keterangan diri dan mengaku sebagai saudara TYT Sabah. Mungkin kerana tidak dapat tanduk, maka telinga beliau pulas dengan menjadikan Lahirul sebagai sasaran untuk mengalihkan perhatian rakyat Sabah dan Panel RCI.

Blog dan komen di Sabahkini.net juga turut mendedahkan bahawa Samsudin lahir di Filipina sebelum dilahirkan sekali lagi setelah tembuninya ditanam di Bongao, Filipina; mendapat suaka di Tambisan sebelum berhijrah ke Sandakan bersama Dahlan dan dipelihara ibu angkat bernama Fatnah.

Jika benar Samsudin mempunyai ibubapa yang sah, kenapa Samsudin tidak mengemaskini rekodnya di JPN dan tanpa segan silu menjalani ujian DNA dengan salah seorang anggota keluarganya untuk mengesahkan bahawa beliau anak jati Sabah dan bukannya PATI sebagaimana didakwa rakyat Tambisan dan penduduk asal Batu Sapi.

Jika pendedahan Sabahkini.net tidak benar, maka Samsudin sewajarnya menyaman Sabahkini.net dan bukannya menjadikan Lahirul dan seteru ketatnya, Jimmy Wong (Adun Sri Tanjung) sebagai Korban di Hari Raya Korban ini.

Dalam hal ini Samsudin sepatutnya insaf di atas perbuatannya yang bukan sahaja mencemarkan ajaran Islam dengan melanggar Undang-Undang Poligami di Malaysia; melakukan jenayah syariah dengan berkhalwat dengan bukan muhrim di Hotel Hyyatt Kinabalu; malah menjadikan dirinya sebagai 'Pengkhianat Negara' kerana mendalangi kegiatan subversif mendapatkan kerakyatan songsang kepada 'Gundiknya' dan sebahagian besar ahli UMNO di Batu Sapi.

Oleh : CITRA MASADI (sabahkini)

BN Mungkin Umum Nama Calon Lebih Awal

Barisan Nasional (BN) berkemungkinan akan menamakan calon Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon Umno sahaja malah semua parti komponen BN.

Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung Umno, berkata ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya dan menegaskan ada sedikit perbezaan pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, katanya, rancangan itu terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Pengerusi BN, untuk membuat keputusan.

"Saya yakin kali ini ia akan dilaksanakan dengan sedikit perbezaan. Barangkali ia akan dinamakan lebih awal dari biasa," katanya kepada pemberita selepas majlis korban dan kenduri rakyat sempena Aidiladha anjuran Umno Bahagian Putrajaya, di sini, Jumaat.

Semalam, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata Umno belum bercadang untuk mengumumkan lebih awal nama calon bagi mengelak perbuatan sabotaj termasuk mereka yang tidak dipilih mewujudkan 'pasukan' bagi menjatuhkan calon terpilih.

Tengku Adnan berkata nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang sedang melalui pelbagai saringan untuk disenarai pendek.

"PRU-13 boleh diadakan pada bila-bila. Nama calon semua sudah kita terima dan separuh sudah dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan. Ada satu tempat, terdapat dua atau tiga nama (calon). Kadang-kala, satu nama sahaja di kawasan tertentu, namun proses saringan tetap dijalankan.

"Kita nak calon yang rakyat nak, bukan calon yang parti nak atau calon yang orang tertentu nak. Calon yang rakyat nak kerana mereka akan menjadi wakil kepada rakyat," katanya.

Sementara itu, Tengku Adnan menafikan bahawa individu tertentu telah diarahkan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri atau Setiausaha Agung BN kononnya untuk 'mencari calon pilihan raya' atau membuat kajian selidik calon di kawasan tertentu.

"Ada yang masuk ke kawasan dengan menjual nama saya, Perdana Menteri, presiden lain dengan menyatakan dia telah diarah turun untuk mencari calon. Ini adalah tidak betul dan satu pembohongan yang besar. Jangan terpedaya dengan mereka," katanya.

Mengenai Perhimpunan Agung Umno dari 27 November hingga 1 Disember ini, Tengku Adnan berkata ia akan menumpukan kepada persiapan pilihan raya yang akan datang.

"Seperti biasa, kita akan bincang berkenaan usul dan ucapan presiden, usul ekonomi, agama dan pendidikan.

"Dalam ucapan presiden, beliau (Najib) akan kekalkan mengenai persiapan untuk menghadapi pilihan raya, kalau pilihan raya belum diadakan tetapi kalau pilihan raya sudah diadakan, berkemungkinan beliau akan sebut kemenangan yang kita capai," katanya. - BERNAMA

Banner Korban : Kebetulan Atau Sabotaj?



Sungguh nakal org yg buat banner ini...sama ada ia kebetulan atau disengajakan. Mengapa di sama besarkan perkataan Lembu dgn dato seri sharizat jalil..disusun sebaris dan warna yg sama... bukankah ini bakal menimbulkan fitnah...hihi..... -dppsa

Robert Phang Dakwa Dana 40 Juta Luar Biasa

PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan akan menetap duluan (precedent) yang luar biasa jika tiada ketelusan terhadap sumbangan RM40juta yang disalurkan kepada Umno Sabah.

"Jika tidak ditangani dengan baik, Perdana Menteri akan dianggap membiarkan perbuatan itu," kata Bekas Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Robert Phang.
"Ia bermaksud bahawa jika seseorang ditangkap (menyalurkan) dana, ia dianggap sebagai sumbangan politik dan jika dia tidak ditangkap, maka ia dikira 'sendirian berhad'," kata Phang berkata dengan sinis.

"Ini akan memudarkan usaha kerajaan membanteras rasuah dan membawa Program Transformasi Kerajaan ke arah sia-sia jika perkara ini tidak dilakukan dengan telus.

"Ia akan menetapkan duluan yang buruk dan membahayakan BN kerana membenarkannya."

Semasa Persidangan Persatuan Antarabangsa Pihak Berkuasa Antirasuah (IAACA), isu sumbangan politik dibangkitkan dan panel bersetuju ia boleh dianggap sebagai rasuah jika ia tidak dilakukan secara telus.

Semalam, Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang kini ahli parlimen Bebas Lajim Ukin berkata, beliau tidak pernah tahu Umno Sabah mempunyai begitu banyak wang. - SK

Wednesday, October 24, 2012

Di mana wang pampasan RM207 bilion?



Keengganan Menteri Kewangan menjawab persoalan berkaitan RM207 bilion wang pampasan kepada waris buruh paksa landasan keretapi Siam - Burma hanya menambahkan kebimbangan jika wang tersebut disalahgunakan.

Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kementerian sepatutnya memberikan penjelasan bagi memastikan dana tersebut segera diagihkan kepada waris.

"Sayangnya, tiada sebarang penjelasan diberikan berhubung persoalan saya ketika saya dedahkan perkara tersebut di Dewan Rakyat, sebelum ini.  Menteri tidak menjawab langsung," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Ia telah disiarkan Harakahdaily (gambar) dan Harakah cetak pula telah menyiarkan laporan ini di muka depannya.

Dalam laporan itu, Nizar melalui ucapan di Parlimen mendedahkan kerajaan Jepun telah memberikan wang pampasan kepada kerajaan Malaysia sebanyak RM207 bilion untuk diserahkan kepada waris buruh paksa landasan kereta api terbabit.

Bagaimanapun, beliau dimaklumkan waris mangsa tidak mendapat wang pampasan tersebut biarpun ia telah diserahkan kepada kerajaan Malaysia sebelum ini.

Perkara tersebut didedahkan Nizar ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013, di parlimen, 10 Okt lalu.

Dalam pada itu, Nizar turut melahirkan rasa kesal apabila individu yang membekalkan maklumat tersebut telah dihubungi pihak tertentu kerana bertindak mendedahkan perkara tersebut.

"Saya dimaklumkan individu yang memaklumkan kepada saya tentang perkara ini telah pun dihubungi pihak tertentu yang mempertikaikan tindakan mendedahkan maklumat tersebut kepada saya,"  dakwa beliau.

Bagi Nizar, ia satu tindakan ancaman kepada pemberi maklumat berkenaan.

Soalnya, tambah Nizar individu tersebut terpaksa mendedahkan perkara itu kepada beliau memandangkan ia sudah tertangguh sekian lama.

Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan agar memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut, selain menyegerakan pembahagian wang pampasan itu kepada waris mangsa. -HD

Siapa Terima 1 juta Saham Felda?

SEORANG MP BN menuntut kerajaan menjelaskan dakwaan bahawa terdapat individu di Sabah yang menerima sebanyak sejuta saham Felda Global Ventures Holding (FGV) walau 'tiada kena mengena dengan pembangunan Felda'.

Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) juga berkata individu yang didakwa menerima saham tersebut tidak menyumbang kepada pembangunan Felda.
"Ada orang di Sabah, yang tidak ada kena mengena dengan Felda, mendapat sejuta saham. Saya tidak sebut nama. Saya minta menteri menjawab secara bertulis, kerana orang ini tidak menyumbang dari segi politik dan pembangunan Felda.

"Saya minta diberi senarai pihak yang menerima pink form ini yang dapat sejuta syer," kata Abdul Ghapur dalam satu soalan lisannya di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan kemudiannya mempersetujui saranan Abdul Ghapur untuk mengemukakan jawapan bertulis bagi menyenaraikan golongan yang layak menerima tawaran saham dan syarat kelayakannya.

Sebelum itu, Ahmad menjelaskan bahawa golongan yang menerima “pink form” tersebut adalah pengarah kumpulan FGV, kakitangannya serta kumpulan yang menyumbang kejayaan Felda dan FGV.

"Tetapi daripada senarai yang saya ada, saya tidak dapat melihat sesiapa yang disebut oleh Yang Berhormat itu.

"Saya ingin menjelaskan di sini, kerajaan negeri Sabah telah diperuntukkan 5 peratus saham dalam Felda Global Ventures ini. Itu nilainya yang amat besar untuk sebuah kerajaan negeri. Saya khuatir kekeliruan di situ nanti. Kerajaan negeri Sabah dapat 5 peratus saham itu," kata Ahmad Maslan. (MKINI)

DAP Disputes Suspending Jimmy

DAP Sabah disputed the Barisan Nasional government suppressed the democracy in Sabah for suspending DAP Sabah’s Seri Tanjung assemblyman Jimmy Wong for the rest of the current State Assembly Sitting unreasonably.

DAP Sabah Deputy Chief, Fred Fung (red neck-tie) commented that the assembly shouldn’t suspend Jimmy Wong from the assembly sitting because everyone is entitled the freedom of speech in the assembly, especially a state assemblyman should given the right to speak for the rakyat.
Furthermore, he should entitled to his opinion and assembly's action is against the parliamentary democracy practise. "How can every argument and opinion raised are considered as 'sangkaan Jahat'?" He said, ministers are to respond all DUN's debate and not forcing out by standing order.

He said, Wong is speaking on behalf of the people to question the allegation on Chief Minister regarding corruption. The government should answer to question or allegation directly, but not to suspend anyone who has different political situation.

Fred had, in the view of democracy, dismissed the decision by the state assembly which is under majority controlled by Barisan Nasional. “If no freedom of speech and practice of democracy in the State Assembly, then it would be no democracy practiced in Sabah."

" The democracy is dead in the state assembly.” Fred concluded.

UMNO Condoning Corruption

IN response to Kota Belud MP, Datuk Abdul Rahman Dahlan on RM40 million donation to Umno, I feel his admission that it is not wrong for political party to recieve donation from any individual, the Kota Belud is implying that UMNO in and of itself is condoning corruption.

His admission also leave many unanswered questions. Such as Where did the money came from? Is the money tax-exempted or Did the donor paid income tax on the money donated?
If the money was meant to be donated to UMNO, Why was it remitted into an individual and personal bank account? Why was others, especially family members and children of an UMNO leader were able to withdraw the money from the said accounts bit by bit? Was the withdrawal approved by UMNO?

In as far as APS is concerned, and well understood by the people of Sabah, UMNO is BN and BN is UMNO. UMNO dictates everything in the overall policy adopted by BN. With this admission, UMNO condones corruption at its highest level and thus is condone by BN as well.

With this admission, it also proves that there may exist other form of corrupt practices condoned by BN-UMNO and it is for this very reason that the people have lost confidence in the BN government and that the people of Sabah as a whole should make a wise decision by voting for a change. A vote for Pakatan Rakyat would be a vote for a change in the Federal Government after the next general election.

By : DATUK SERI WILFRED M. BUMBURING

Suami Cekup Isteri Berkhalwat Di Blik Tidur

Luluh hati seorang kontraktor apabila mendengar suara isteri tersayang bergelak ketawa dengan lelaki lain di dalam bilik tidur mereka di kediamannya di sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, di sini, lewat malam Ahad lalu.

Akibat tidak sanggup melihat kecurangan isteri, lelaki berusia 36 tahun itu menggagahkan diri ke pejabat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) dan mengetuk pintu jabatan penguat kuasa bagi memaklumkan hal berkenaan, awal pagi kelmarin.

Dakwa suami malang itu, dia terpaksa meminta penguat kuasa Jaim mencekup kedua-dua mereka yang berusia 24 tahun apabila dipermainkan isterinya buat kali kedua selepas pernah ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain tidak sampai setahun lalu.

Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Salman berkata, dia yang sedang bekerja pulang ke rumah untuk mengambil pengecas telefon bimbit yang tertinggal.

“Isteri yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pusat beli-belah di sekitar negeri ini biasanya bekerja pada hujung minggu, bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.

“Tetapi sebaik sahaja tiba di luar rumah, saya dengar suara seorang perempuan dengan seorang lelaki ketawa bersama. Lebih tiga kali saya memastikan suara itu sebelum terpaksa menerima hakikat bahawa ia milik isteri saya,” katanya.

Menurutnya, dia dengan berat hati kemudian membuat laporan kepada Jaim kira-kira jam 3 pagi untuk tindakan lanjut.

"Dia pernah dicekup bersama lelaki lain tetapi saya beri peluang kedua untuk dia dan saya perbaiki kelemahan masing-masing tetapi kali ini saya tidak mampu bersabar lagi," katanya yang tidak mempunyai anak hasil perkahwinan selama empat tahun.

Salman berkata, ia adalah perkahwinan keduanya selepas isteri pertama meninggal dunia akibat barah dan empat anaknya kini tinggal bersama ibunya di Bukit Piatu, di sini.

“Saya tidak menyalahkan sesiapa dan reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penguat kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, serbuan lima anggotanya kira-kira jam 4.15 pagi mendapati terdapat dua wanita dan seorang lelaki di dalam rumah tersebut.

“Selepas anggota kami mengetuk pintu rumah beberapa kali, seorang wanita berusia 31 tahun membuka pintu.

"Dia kemudian mengetuk dan membuka pintu bilik kedua rumah tersebut. Kami dapati ada seorang lelaki dan wanita di dalamnya," katanya.

Menurutnya, selepas disoal siasat, ketiga-tiga mereka ditahan dan dibawa ke pejabat penguat kuasa Jaim untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu berkurung mendatangkan syak ataupun bersekediaman. -SH

Isu Scorpene

 : NGO tuduh Anwar terlibat

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan pembelian kontroversi kapal selam Scorpene semasa beliau menjadi menteri kewangan pada tahun 1995, kata sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berkempen menentang penglibatan SUARAM dalam penyiasatan kes itu, hari ini.

Syarikat dari Perancis DCNS telah memenangi kontrak bernilai €1 billion pada tahun 2002, ketika Anwar sedang menjalani hukuman penjara atas tuduhan liwat pada tahun 2000, tetapi kumpulan tersebut menuduh kelulusan tersebut berlaku ketika beliau menjadi menteri kewangan pada tahun 1990an.

"Kenapa SUARAM tidak mendedahkan pembelian Scorpene itu dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim?" kata Dzulkarnain Taib, presiden Kelab Wartawan Muda di sidang medianya hari ini.

Beliau mendakwa isu Scorpene dibincangkan dalam Kabinet pada tahun 1991.

"Dalam tahun 1995, menteri kewangan pada ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan pembelian Scorpene," kata Dzulkarnain.

Beliau menerangkan kronologi tentang pembelian dua kapal selam itu, dan berkata perjanjian itu ditandatangani pada tahun 2002 dan menerima kapal selam tersebut pada 2010.

Pada 11 Oktober lalu beberapa kumpulan NGO berkata Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) tidak mewakili plaintif dalam inkuiri di Perancis tentang perjanjian kapal selam Scorpene itu.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) peringkat Wilayah Persekutuan.

Beliau bagaimanapun enggan menunjukkan dokumen tetapi hanya memberi nombor rujukan mahkamah pada dokumen itu.

Bila ditanya apakah mereka tahu tentang permohonan SUARAM untuk menjadi plaintif bersama, Dzulkarnain berkata "tidak mendengar apa-apa" tentang permohonan 16 Mac.

Beliau juga ditanya apakah mereka mendapat maklumat status plaintif bersama dari SUARAM.

"Kami tidak mendapat maklumat, kerana maklumat yang kami dapat hanya pada 16 Mac," katanya lagi.

SUARAM 17 Oktober lalu berkata mereka masih lagi terlibat membantu siasatan di Perancis,dan berkata akan memberi keterangan di mahkamah Perancis pada 19 April . -TMI

Sudah-sudahlah dengan Oppa Gangnam Style

Bersilang tangan bergoyang ke sana-sini ala-ala naik kuda… bila diaksi beramai-ramai akan pecah perut ketawa. Namun berapa ramai rakyat Malaysia terutama yang beragama Islam faham bahasa Korea? 

Apatah lagi jika lama ditonton rakaman Oppa Gangnam Style di Youtube, maka dengan jelas, terang lagi bersuluh akan dipaparkan aksi lucah & berahi.

Tanpa menyelidik, kita terbawa-bawa dan turut terkinja-kinja membuat rakaman oppa gangnam style versi Malaysia. Lihat sahaja di Youtube, berapa banyak style yang telah diupload. Kampung style. Raya style. Senamrobik style. Itulah anak bangsa kita.





“A girl who is warm and humanle during the day
A classy girl who know how to enjoy the freedom of a cup of coffee
A girl whose heart gets hotter when night comes
A girl with that kind of twist
I’m a guy
A guy who is as warm as you during the day
A guy who one-shots his coffee before it even cools down
A guy whose heart bursts when night comes
That kind of guy”
Apa makna tersirat di sebalik lirik ini? Gadis? Hot waktu malam? Jejaka? Gelora jiwa waktu malam?

Menari & merangkak di celah kelangkang wanita? Ini bukan budaya untuk rakyat Malaysia

“Eh- Sexy Lady, Oppa is Gangnam style
Eh- Sexy Lady oh oh oh oh
A girl who looks quiet but plays when she plays
A girl who puts her hair down when the right time comes
A girl who covers herself but is more sexy than a girl who bares it all
A sensable girl like that I’m a guy
A guy who seems calm but plays when he plays
A guy who goes completely crazy when the right time comes
A guy who has bulging ideas rather than muscles
That kind of guy”

Banyak lagi gambar gangnam style yang berbau seks tetapi tak sanggup saya paparkan di sini. Saya pernah lihat official fanpage fb oppa gangnam style, memang sangat dahsyat!

Tidak perlu masuk universiti untuk memahami bahawa lirik Oppa Gangnam Style ini lucah. Tariannya juga lucah. Fenomenanya merbahaya.

Tidak perlu ijazah syariah tinggi-tinggi untuk membuat kesimpulan bahawa hukum Oppa Gangnam Style ini HARAM.


Namun, amat menyedihkan kerana media termasuk TV dan radio juga terbawa-bawa dengan demam gangnam ini. Malah, ada rancangan kanak-kanak dalam satu saluran tv yang beriya-iya menunjukkan kanak-kanak berjoget oppa gangnam style.

Usahlah kita membiarkan anak-anak kecil menyanyikan lagu yang mengajak kepada perhubungan haram.

Balanya akan menjadi ancaman kepada negara.

Islam tidak menghalang untuk berhibur, tetapi berhiburlah secara baik, berakhlak dan tidak melanggar syarak. Biarlah hiburan itu tidak melalaikan. Malah, sebaiknya ia mendatangkan faedah dan mengajak kepada berbuat kebaikan dan kebajikan.

Ingatlah firman Allah swt. dalam surah al-Baqarah ayat 216, maksudnya: “Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu) sedangkan kamu tidak mengetahuinya.”
Saya berharap supaya sedikit teguran ini akan disampaikan kepada khalayak yang ramai, mudah-mudahan ia dapat memberikan kesedaran dan menjauhkan kita daripada kerosakan dalam kalangan masyarakat.

Amy (Search) Tutup Restoran Selepas 4 Tahun

Selepas empat tahun beroperasi, penyanyi Amy (Search) akhirnya terpaksa menutup Restoran Cheng Ho miliknya di Wangsa Maju dekat sini pada Selasa.

Menurut laporan Kosmo pada Rabu, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 53, berkata, restoran yang terkenal dengan masakan ala Cina itu terpaksa ditutup kerana pihak yang diberikan tanggungjawab untuk menguruskan perniagaan itu berdepan pelbagai masalah.

“Apa pun, saya tetap sedih kerana perniagaan ini sudah lama dijalankan tetapi akhirnya terpaksa ditutup,” katanya.

Restoran tersebut menyediakan masakan ala Cina kegemaran pelanggan antaranya ketam masak telur masin, udang bersalut mentega dan ikan siakap nyonya.

Menurut Amy, dia memulakan perniagaan tersebut empat tahun lalu dengan modal RM250,000. Bagaimanapun, pada Jun tahun lalu dia menyerahkan segala urusan perniagaan itu kepada seorang rakan tetapi ia berdepan masalah.

Amy berkata, dia bernasib baik kerana telah mempatenkan nama Restoran Cheng Ho sebelum ini.

Justeru, katanya, tiada pihak yang dibenarkan menggunakan nama tersebut.

Amy kini mencari pelabur baharu bagi mengusahakan kembali restoran itu atas jenama sama di lokasi lain yang sedang dikenalpasti.

Katanya, pihak yang berminat untuk menjalinkan kerjasama boleh menghantar e-mel di amysearch@gmail.com.

Pada 24 September 2008, seorang pelanggan Nik Zahir Nik Mohd Idris memfailkan saman terhadap penyanyi itu bagi pihak anaknya Nik Zakwan, 6, yang melecur pada bahagian belakang badan selepas terkena kuah tomyam akibat kecuaian pekerja restoran tersebut.

Penyanyi itu diperintahkan Mahkamah Sesyen Sivil di sini pada Mei 2010 untuk membayar ganti rugi sebanyak RM18,000 kepada keluarga Nik Zahir. -Mstar

Anggota Polis Ditahan Merogol Gadis 15 Tahun

Seorang pegawai polis rondaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kerana merogol seorang gadis berusia 15 tahun pada Ogos lalu.

Azman Zakaria, 28, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu selepas pendakwaan itu dibacakan kepadanya di hadapan Hakim, Rozina Ayob pada Selasa.

Dia dituduh merogol gadis berkenaan di sebuah rumah di Jalan Berkat 5, Kg Sri Aman, Puchong di sini kira-kira 6.30 petang pada 5 Ogos lalu.

Azman yang berkhidmat dengan Balai Polis Melaka Tengah didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, di mana memperuntukkan hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan jika disabitkan.

Timbalan Pendakwa Rakya Siti Aishah Ab Rashid menawarkan ikat jamin RM8,000 dengan menyatakan bahawa Azman adalah seorang penjawat awam.

Peguam Esther Tan Siew Choo yang mewakili Azman berkata, dia berharap pihak mahkamah dapat mengurangkan ikat jamin kepada RM3,000 kerana Azman telah memberi kerjasama kepada mahkamah.

Hakim Rozina kemudian membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan juga memerintahkannya untuk tidak mendekati saksi, keluarga dan mangsa.

Hakim Rozina menetapkan 23 November untuk sebutan kes sementara menunggu laporan perubatan. -Mstar.

Hasan Ali : MCA, DAP berpakat tarik sokongan Cina

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Hasan Ali mengesyaki terdapat semacam wujudnya persefahaman di antara MCA dan DAP, khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Hasan mendakwa, MCA sebuah parti yang didokong masyarakat Cina dikatakan hanya mampu meraih undi nominal di kalangan masyarakat tersebut dan mungkin merasakan lebih logikal untuk membawa keseluruhan sokongan masyarakat Cina kepada DAP.

Beliazlanau mengesyaki ianya dilakukan bagi menentukan DAP menjadi wakil mutlak masyarakat Cina dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang sekian lama dibuat oleh masyarakat Cina

"Hati kecil saya juga membisikkan bahawa masyarakat Cina seolah-olah mempunyai satu “grand design” merentasi fahaman dan aliran politik.

"Fahaman dan aliran politik yang kelihatan berbeza dan bertentangan secara luaran tidak lebih daripada wayang lakonan sahaja," kata Hasan yang juga presiden NGO Jalur Tiga (JATI) dalam satu kenyataan malam ini.

"Mereka mempunyai agenda besar. Sebahagian daripada agenda besar DAP sekali lagi ditimbulkan baru-baru ini. Inti agenda besar DAP itu bukan merupakan satu rahsia lagi," katanya yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor.

Dalam dua tiga hari ini, tegas Hasan, timbul semula isu Negara Islam dan pelaksanaan hudud.

Isu ini, tambah Hasan, seperti biasa menyemarakkan semula suasana politik bertepatan dengan bertambah hampirnya PRU13.

Dalam episod terbaru ini, Hasan mendakwa, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dengan secara tiba-tiba menjadi orang pertama yang menekan butang jentera menentang pelaksanaan Negara Islam dan hudud di negara ini.

Menurutnya, penentangannya terhadap Negara Islam dan hudud menerima tindakbalas yang sengit daripada pimpinan Pakatan Rakyat, DAP, PKR dan PAS.

"Secara jujurnya saya tidak melihat ada perkara yang baru dari segi hujah-hujah yang dikemukakan sama ada dari pihak MCA, DAP dan juga dua lagi parti komponen Pakatan Rakyat itu.

NONE"Hanya hati kecil saya sahaja tampil membisikkan bahawa terdapat beberapa andaian yang boleh digunakan untuk mengatakan bahawa buat sekian kalinya MCA dan DAP membuat pementasan lakonan politik," katanya sambil menambah bahawa isu yang selama ini dimainkan oleh MCA dan DAP menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam.

"Isu ini juga menarik sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan DAP disebabkan apa yang dilontarkan selari dengan kehendak, kemahuan dan tuntutan masyarakat keturunan Cina," tegasnya.

Sehubungan itu, Hasan bertanya, kalau masyarakat keturunan Cina mempunyai agenda besar, maka bagaimana pula masyarakat Melayu-Islam yang menjadi warga peribumi negara ini.

"Setakat yang saya ketahui serta pengalaman berada di barisan tertinggi pimpinan parti PAS khasnya, hubungan di antara parti-parti politik Melayu Islam hampir berada di tahap berkerat rotan berpatah arang," katanya.

Hasan mendakwa, kenyataan yang selama ini keluar dari mulut pimpinan PAS dan PKR, terutamanya yang menyentuh persoalan penyatuan masyarakat Melayu Islam, menceritakan segala-galanya.

"Saya ingin membawa bisikan hati kecil saya ini kepada pengetahuan barisan pimpinan masyarakat Melayu-Islam. Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berdendam kesumat?

"Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berkerat rotan berpatah arang? Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang didorong oleh sifat sombong, angkuh dan bongkak?

"Akhirnya, wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang menggerhanakan nasib umat dan generasi pengganti yang akan datang?" tambahnya.

Hina Islam? Selamat Jalan MCA!

Tiada lain yang dapat ku ucapkan kepada Chua Soi Lek selain ‘selamat jalan’, tatkala seluruh negara melihat betapa gigihnya MCA menggali kubur sendiri sewaktu persidangannya hujung minggu lalu. Sambil mengelap air mata meratapi pemergian parti Cina terbesar di Malaysia, kita turut menitipkan belasungkawa buat United Malays National Organisation yang kian sunyi menyendiri di dalam sebuah barisan politik yang sedang nazak.

Mari kita bertafakur sejenak dan mengenang kembali fiasco konvensyen MCA yang baru sahaja berlalu. Kita faham keadaan mereka sekarang. Selalunya orang yang menghampiri ajal akan buat dan cakap yang bukan-bukan.

DAP tidak perlu menjawab tuduhan MCA, apatah lagi bermain drama politik MCA. Sebagai sebuah parti yang lama, MCA sepatutnya lebih punya pengalaman dan kebijaksanaan untuk melakukan perkara yang lebih masuk akal, selain menghina Islam secara terang-terangan. Sangkanya permainan begitu akan menjerat DAP, tetapi MCA ternyata silap.

DAP, sebagai sebuah parti yang tidak berasaskan kaum mahupun mengangkat nama mana-mana agama; hanya sekadar melihat dengan ekspresi tidak percaya pada politik ‘lagak ngeri’ yang diperlihatkan MCA dua tiga hari lalu. Tidak menyangka parti Cina tersebut mampu memberanikan diri untuk menyerang dan menghina Islam dan hudud secara terang nyata.

Seolah-olah pemimpin MCA ini semua telah salah makan ubat.Mabuknya itu lain macam, hatta menyebabkan kaum Cina lain menepuk kepala dan menggeleng-geleng tidak percaya.

Antara tuduhan paling gila pastilah yang keluar dari mulut Naib Pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kie yang mendakwa kononnya PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya wanita tersebut tidak menepati peraturan berpakaian yang disarankan agama Islam. Mengucap panjang saya apabila membaca laporan ini. Bagaimana agaknya beliau boleh membenci Islam sampai ke tahap ini, sehingga sanggup memfitnah PAS sampai begitu sekali.

Apakah Heng Sai Kie langsung tidak membaca atau melakukan sebarang penyelidikan? Tidak mampu menggaji seorang dua pembantu penyelidik kah? Atau memang betul-betul salah makan ubat? Tidak saya bukan menghina, cuma saya mahu tahu. Bagaimana mungkin dalam negara yang begitu majmuk, masih boleh wujud dua tiga kerat manusia yang begitu tidak peduli dengan sensitiviti sehingga langsung tidak berfikir apabila berkata-kata.

Malaysiakini memetik Heng sebagai berkata, “Daripada ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?” Dari kejauhan kita dengar bunyi ‘pap’ yang amat kuat. Bunyi puluhan ribu rakyat Malaysia yang menepuk dahi dengan kenyataan tidak masuk akal ini.

Mungkin inilah sebabnya hatta NGO ultra-Melayu, Perkasa pun akhirnya keluar ‘fatwa’ bahawa haram bagi orang Melayu untuk mengundi MCA. Perkasa, sebagai sebuah NGO pro-UMNO pastinya rasa serba salah untuk bergulat dengan MCA, sebuah parti yang pastinya punya kuasa politik besar dalam Barisan Nasional. Lainlah kalau Perkasa sendiri sudah boleh membaca bahawa ada kemungkinan UMNO akan “fly-solo” dalam pilihanraya akan datang.

Apa maksud “fly solo”?

Bacaan politik saya dua tiga hari ini memberitahu bahawa akan ada kemungkinan bodoh untuk UMNO meninggalkan regu politik paling akrabnya dan bertanding dalam pilihanraya akan datang dengan penglibatan minima MCA, atau mungkin dengan tidak melibatkan MCA langsung. Dead-weight dah MCA ni, kata orang putih. Seumpama mengusung mayat.

Sebagai parti politik yang masih terjerat dalam permainan sentimen perkauman dan agama, MCA tidak belajar dari kesilapan 2008. UMNO tidak boleh terus memberi muka kepada parti politik Cina yang biadap dengan Islam. UMNO pun Islam juga kan? Bukan PAS sahaja yang Islam. Tetapi MCA ini sudah merepek di luar kawalan apabila ia menyangka hanya PAS sahaja yang Islam dan pro hukum Tuhan, tanpa menyedari bahawa dengan menyerang Islam, MCA turut mencederakan UMNO.

Kita cuma berharap UMNO tidak cukup bodoh untuk menyahut seruan MCA dan tumpang sekaki dan turut menyerang Islam, tidak kiralah versi siapa pun. Saya yakin UMNO tidak sebodoh itu. (Tetapi malangnya UMNO itu bodoh juga.. -GB)

Di penghujung konvensyen MCA jelaslah kepada rakyat Malaysia seluruhnya bahawa tiada lagi harapan untuk parti politik berasaskan kaum yang dengan terang nyata tidak mahu melayan sebarang ide baru menjelang pilihanraya umum akan datang. Ini ertinya MCA akan terus bermain di dalam lingkungan politik perkauman sempit seperti kebiasaannya berpuluh tahun lampau.

Dengan sentimen yang dibakar oleh presidennya hujung minggu lalu, pastilah kita boleh mengagak bahawa hanya kebencian terhadap Islam yang akan terus ditiupkan sepanjang kempen pilihanraya umum akan datang. UMNO akan terus berdiam diri kerana yang terkorban hanyalah MCA. Apa guna lagi membantu jasad yang sedang nazak.

Maka selamat jalan kita ucapkan buat MCA. Jasamu kan tetap kami kenang – Roketkini.

Tuesday, October 23, 2012

Anwar tidak layak jadi perdana menteri?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada majlis jamuan Janji Ditepati di Stadium Majlis Perbandaran Manjung Perak, berkata Pakatan rakyat tidak mampu memerintah

Sehubungan dengan itu,Tun Dr Mahathir Mohammad ketika menjawab soalan seorang peserta pada sesi dialog selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Bicara Negarawan, Pemantapan Profesionalisme, Tranformasi Budaya Kerja dan Pentadbiran Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu berkata, Anwar tidak layak jadi perdana menteri.

Pendek kata dimana sahaja perdana menteri dan bekas perdana menteri pergi pasti itulah serangan terhadap pakatan dan rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membuat rakyat yakin dan mengundi umno/BN pada PRU 13 nanti.

Setakat hari ini barangkali sebanyak 2.5 juta ahli umno percaya dan yakin dengan kata kata Perdana menteri Mohd Najib Razak bahawa Pakatan rakyat (pembangkang) tidak mampu memerintah.Tetapi belum tentu mereka yakin dengan kata kata Tun Mahathir, Anwar tidak layak jadi perdana menteri.

Akan tetapi kita kena ingat sebanyak 500 ribu ahli umno tidak percaya dengan kata kata perdana menteri satu Malaysia dan bekas perdana menteri ke 4 yang pakatan rakyat (pembangkang) tak mampu memerintah. Mereka yakin pakatan rakyat mampu memerintah Negara Malaysia.

Atas sebab itulah 500 ribu ahli umno mengundi pakatan rakyat pada pilihanraya umum ke 12 dahulu.punca dapat menafikan 2/3 parlimen. Demikian juga MCA yang Presidennya Dr. Chua Soi Lek turut berkata pakatan rakyat tak mampu memerintah konon ketika cuba bersandiwara di depan Najib di perhimpunan Agung partinya.

Alasan Najib mengatakan Pakatan Rakyat (PR) yang dianggotai tiga parti berbeza sanggup bersandiwara dan berpura-pura sesama sendiri semata-mata untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) PRU 13 nanti mungkin tak boleh diterima.

Sejarah telah membuktikan Kelantan yang diperintah oleh PAS mendapat pujian audit Negara yang menunjukkan kerajaan yang baik dan boleh dipercayai dan mampu memakmur dan mesejahterakan rakyat.

Tun Mahathir pasti amat tahu Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana Ketua Umum PKR itu mempunyai “karektor yang tidak boleh sebagai pemimpin.dan bertanya “Apakah kita nak pilih orang macam ini sebagai pemimpin, dijawapanya, orang macam ini tidak dibenarkan gantinya. Dia harus disingkirkan.Memang pun, kerana Anwar dianggap musuh ketatmya.

Untuk menguatkan hujahnya, Tun Mahathir berkata,“dalam mesyuarat MT (Majlis Tertinggi) dengan sebulat suara bersetuju Anwar dikeluarkan dari Umno, bukan keputusan saya seorang.Kita tak boleh terima manusia yang moral terlalu rendah untuk menjadi pemimpin kita, kita malu dengan pemimpin macam ini,”

Tun Mahathir malu dengan Anwar, tapi tidak segan silu mengatakan Dr Ling liong Sik seorang yang jujur dan tidak menipu, Demikian pandangan seorang musuh terhadap musuhnya dan pandangannya terhadap kawan akrabnya. Musuh miskipun baik tetapi jahat padanya. Kawan akrab miskipun jelas jahat tapi dianggap jujur dan baik.

Pada penulis, semua itu prejudis belaka.

Pemimpin UMNO Kebas Hutan Simpan Tetap?

Akibat rasuah dan kroni Hutan Simpan Tetap Jeram Padang Selatan di Jempol, Negeri Sembilan seluas 487.3 hektar bertukar milik kepada pemimpin Umno-BN.

Hutan yang wartakan sejak 30 Ogos 1918 kini diteroka bagi tujuan pembalakan.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa, status hutan simpan tetap itu kemudiannya dibatalkan pada 11 Mac 2004 untuk membolehkan aktiviti pembalakan berlaku di situ.

Beliau berkata, pembatalan tersebut bertentangan dengan Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar Dan Desa (Akta 172).

“Berdasarkan siasatan dan kajian yang dilakukan, PKR mendapati bahawa Negeri Sembilan adalah negeri di Semenanjung Malaysia yang paling banyak menghapuskan hutan simpan untuk tujuan pembalakan.

“Di antara tahun 2005 hingga 2011, Umno-BN di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Utama Mohamad Hasan menghapuskan hutan simpan seluas 8,616 hektar melalui pewartaan membatalkan status hutan simpan kekal yang diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh beliau,” katanya.

Menurutnya, berdasarkan Rancangan Tempatan Daerah Jempol 2002–2015 jelas menunjukkan bahawa Hutan Simpan Tetap Jeram Padang Selatan adalah berkategori Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1 dan tidak boleh dibangunkan.

Sementara Rancangan Struktur Negeri Sembilan 2001–2020 secara jelas menyebut bahawa Zon KSAS pada tahap tinggi perlu dipelihara supaya tidak membawa bencana alam seperti tanah runtuh yang akan mengancam nyawa dan harta benda masyarakat.

“Oleh yang demikian, pewartaan membatalkan status hutan simpan tetap bertarikh 11 Mac 2004 adalah tidak sah disisi undang-undang kerana bertentangan dengan rancangan tempatan sedia ada, lalu melanggar Seksyen 18(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa.

“Malangnya, Umno-BN di bawah pentadbiran dua orang Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad dan Mohamad Hassan tidak menghiraukan undang-undang dan membenarkan penerokaan berlaku.

Balak di kawasan hutan ini telah ditebang sepenuhnya dan kini ia telah diusahakan pula sebagai kawasan penanaman kelapa sawit,” katanya lagi.

Tambahnya, PKR turut mempunyai bukti bahawa pimpinan Umno-BN mendapat keuntungan dari tindakanmelanggar undang-undang itu hasil daripada kegiatan pembalakan dan penanaman kelapa sawit. -selangorku

Kelebihan solat 5 waktu terutama Subuh

Orang Islam digalakkan solat lima waktu berjemaah kerana terdapat banyak fadilatnya. Orang yang menunaikan solat lima waktu khususnya solat Subuh maka dia tetap berada dalam jaminan (tanggungjawab) Allah sepanjang hari.

Daripada Jundub bin Abdullah, katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang bersolat Subuh (pada waktunya secara berjemaah) maka dia berada dalam jaminan (keamanan dan perjanjian Allah dengan itu janganlah sampai Allah menuntut sesuatu kepada kamu daripada jaminan – perjanjian). (Jangan sampai kamu meninggalkan solat Subuh) kerana sesungguhnya sesiapa yang dituntut oleh Allah daripada suatu jaminannya (perjanjiannya) tentu akan tercapai (berlaku), kemudian Allah menyembahkan mukanya ke dalam api neraka.” (Riwayat Muslim)

Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.

Sesiapa yang menganiayai atau menghalang seseorang daripada beribadah, nescaya dia akan diazab oleh Allah SWT. Meninggalkan solat Subuh maka terbatallah jaminan yang diberikan Allah kepada hamba berkenaan.

Dikhususkan (ditentukan) solat Subuh dengan kelebihan ini kerana solat Subuh lebih berat daripada solat lain disebabkan Subuh waktu sedang nyenyak tidur, pada musim sejuk pula sukar untuk berwuduk.

Rasulullah SAW bersabda: “Segerakanlah solat Subuh sebelum matahari terbit. Sebab ketika itulah para pengikut syaitan sedang keluar dari sarangnya. Ketika itu pula orang kafir tengah bersujud kepada matahari.” (Riwayat Muslim)

Kita hendaklah sentiasa berusaha untuk mengerjakan solat di awal waktu kerana di akhirat kelak, perkara pertama sekali disoal oleh Allah SWT adalah solat. Jika sempurna solat seseorang itu maka sempurnalah amalannya yang lain.

Seorang Muslim yang taat tidak akan melewat-lewatkan solatnya. Contohnya bersolat Zuhur apabila sudah hampir sampai waktu Asar, solat Maghrib menghampiri waktu Isyak, solat Subuh ketika matahari sudah terbit (subuh gajah).

Berusaha memperbaiki solat menjadi lebih sempurna bukan saja memastikan solat di awal waktu tetapi dilaksanakan secara berjemaah di masjid atau surau dengan menjaga kekhusyukan, bacaan, rukun dan kesempurnaan wuduk.

Rasulullah SAW bersabda: “Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafaqun Alaih)

Anwar: Mana Maruah Najib Bila Soi Lek Serang Islam?

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar perdana menteri supaya menyatakan pendirian terhadap dakwaan MCA bahawa hukum hudud yang dianjurkan PAS akan menggalakkan orang Islam untuk merogol wanita bukan Islam.

Menurut Anwar, Datuk Seri Najib Razak tergamak menghadiri pembukaan mesyuarat agung tahunan MCA hujung minggu lalu tetapi hanya membungkam apabila kenyataan timbalan pengerusi sayap wanita parti itu disokong presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek.

"Presiden MCA boleh berucap menyerang Islam begitu biadap sekali dan dia boleh duduk senyum.

"Kemudian bila berucap tak tegur pun.

"Mana dia maruah (Najib) sebagai umat (Islam)?" tanya Anwar dalam ucapannya di program ceramah di Taman Melati, Kuala Lumpur semalam.

Anwar berkata, tindakan Chua Soi Lek itu keterlaluan dan turut membangkitan isu rakaman hubungan seks luar nikah presiden MCA itu dengan seorang wanita lain.

"Siapa dia (yang bercakap)? Chua Soi Lek.

"Bercakap soal moral, saksi dia Datuk Najib. Saya ingat ini sudah keterlaluan," kata Anwar sinis.

Sabtu lalu, Chua memperakui kenyataan Heng Seai Kie yang mendakwa mursyidul am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat.

Heng dilaporkan menyatakan demikian berdasarkan satu video ceramah Nik Aziz yang dipercayai dirakam sekitar tahun 2008.

Nik Aziz bagaimanapun dilaporkan tidak langsung menyebut tentang wanita bukan Islam dalam video itu dan Heng menyesuaikan sendiri konteks ceramah Nik Aziz untuk meliputi wanita bukan Islam.

Minggu lalu, Chua turut mengundang kontroversi apabila membuat kenyataan mendakwa 1.2 juta pekerjaan akan hilang apabila hukum hudud dilaksanakan.

Turut sama membidas kenyataan MCA pada majlis ceramah semalam adalah MP Petaling jaya Utara, Tony Pua yang berkata Umno sebagai rakan MCA dalam BN hanya mendiamkan diri dalam perkara itu.

Tetapi pada masa sama DAP bertindak membela Nik Aziz walaupun mereka menolak pelaksanaan hudud, katanya.

"YB Lobak, Anthony Loke dia masuk Dewan (Rakyat) tepuk sama meja minta supaya MCA meminta maaf sama tok guru dan minta MCA dikenakan tindakan kerana mereka menghina Islam," katanya.

Beliau turut mengulangi pendirian DAP bahawa parti itu menghormati Islam sebagai agama rasmi Persekutuan walaupun menolak hudud.

"DAP tak bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud dalam perlembagaan kita tetapi kita hormat kepada penganut agama Islam.

"Kita hormat agama Islam adalah agama rasmi negara kita. Kita tak hina agama Islam seperti MCA dan BN," katanya. -mk


Najib penakut, tak berani tegur MCA hina Islam

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak penakut untuk menegur Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menghina Islam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Chua Soi Lek begitu biadap serang Islam (tetapi) Najib cuma duduk senyum sahaja, (malah) beliau langsung tak suarakan bantahan dalam ucapannya selepas itu,” kata Ketua Umum KEADILAN itu depan 3,500 rakyat pada Ceramah Perdana Demi Rakyat di tapak pasar malam Taman Melati, di sini malam tadi.

Soi Lek dalam ucapannya di Perhimpunan Agung MCA Ahad lalu menyatakan 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika undang-undang Islam dilaksana.

Pemimpin MCA lain pula memfitnah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat kononnya beliau menggalakkan wanita bukan Islam dirogol.

Anwar berkata, tindakan berkenaan menunjukkan kegagalan Umno menjelaskan kefahaman Islam terhadap parti komponen BN dan tiada kesefahaman sesama mereka.

Tambah Ketua Pembangkang itu, ia berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat yang sentiasa mengadakan perbincangan jika berlaku salah faham.

“Ketika DAP buat kenyataan (dan timbul salah faham), saya undang semua pemimpin Pakatan Rakyat dan kita bincang.

“Dari pukul 8 hingga 12 tengah malam, kita bincang di ibu pejabat PAS untuk selesaikan (masalah) dan keluarkan kenyataan bersama,” katanya.

Turut berucap Penyelaras KEADILAN Wangsa Maju, Dr Tan Kee Kwong; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin; bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari dan artis tanah air yang juga Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Dayangku Intan.