Thursday, May 2, 2013

5 Mei Undi, 6 Mei Bentuk Kerajaan, 7 Mei Turun Harga Minyak!

Rakyat Malaysia bakal merasai penurunan harga minyak kenderaan dalam masa lima hari lagi dari sekarang jika Pakatan Rakyat diberikan mandat memerintah Malaysia kata, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifudin Nasution Ismail.

"5 Mei kita mengundi, 6 Mei kita tubuh kerajaan baru, 7 Mei kita dapat harga minyak yang baru, insya Allah," kata Saifudin.

Masa sudah tiba ujarnya, untuk rakyat buat perubahan ke arah yang lebih bebas tidak terkongkong dengan bebanan kenaikan harga barangan selepas ini terutamanya harga petrolium yang makin meninggi.

"Pakatan Rakyat tak janji kosong. Dah tak sampai seminggu ia akan jadi kenyataan. Berilah sokongan padu untuk melihat segala-galanya," jelasnya yang juga calon Parlimen Kulim Bandar Baru, Kedah.

Tegas beliau lagi, selepas sahaja diistiharkan Pakatan Rakyat menang keesokan bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengunjungi Istana Negara bertemu Yang Dipertuan Agung kemudian balik ke Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk berucap sebagai Perdana Menteri yang ke tujuh serta mengumumkan penurunan harga minyak serta merta.

Kepada sesiapa yang hendak menyaksikan sendiri peristiwa bersejarah itu di Kuala Lumpur, masih kena bayar tol seperti biasa bila ke Kuala Lumpur.

Selang beberapa hari selepas pembentukan kabinet kerajaan Pakatan Rakyat barulah apa yang dijanjikan termasuk tol lebuhraya, Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya akan diumumkan.

"Selepas itu rakyat barulah merasai keamanan, kebebasan dan keharmonian hidup dalam sebuah negara yang merdeka," katanya.

Menyentuh mengenai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail yang melebelkan dirinya sendiri sebagai calon paling bersih diposternya Saifudin menyifatkan, ia mengambaran keangkuhan sedangkan para ulamak yang muktabar pun masih merendah diri tidak sombong dan angkuh.

Adakah calon paling bersih itu jika menang berani tegur pimpinan Umno dan BN atau duduk diam membisu.

"Calon BN angap dirinya bersih..masuk bakul angkat sendiri. Bila sudah berada dalam 'tong najis' mana boleh bersih lagi melainkan mandi, sabun dan tukar pakaian baru jadi bersih sebersih bersihnya," terang beliau. -GB

71 comments:
Write comments
  1. MAAF YA DATUK SAIFUDIN NASUTION...SAYA TUMPANG TANYA...JANJI PILIHANRAYA 2008 SUDAH DI TUNAIKAN KAH BELUM? KALAU SUDAH, 5.5.2013 INI SAYA UNDI PR.KALAU BELUM, LAIN KALI LAH DATUK.

    ReplyDelete
  2. Semua tu auta belaka

    ReplyDelete
  3. 2008 menang kerajaan negeri sahaja, 2013 jika menang kerajaan pesekutuan baru tahu auta atau tidak, tunai janji atau tidak!.

    ReplyDelete
  4. Dah pun di tunaika.... kalau adapun pembangkang di negeri pakatan sengaja timbulkan isu.... ini kalilah..

    ReplyDelete
  5. Begini la cara puak-puak dan penjilat umno yg begitu dangkal dan bebal...

    KATA-KATA PEMIMPIN BN SYAITAN BENAR BANYAK BOHONGNYA...
    KATA-KATA PEMIMPIN PR ITU BOHONG ADA BENARNYA....

    aku ingat sudah mati urg utan di sabah ini yg masih menyembah umno/bn yg menjadi pengkhianat rakyat sabah...
    rupanya masih hidup lagi di sabah ini...
    Urg yg masih mau menyokong bn masih tiada akal untuk berpikir,,terang-terang masih tinggal di atas pokok kayu.,
    dengan taik gigi kuning yg nda pandai di berus dan klu bangun taik mata(tm touch) yg sudah kering dengan sarapan nasi semalam di goreng dengan belacan abis sarapan minum kopi tumbuk yg pekat lagi kaw-kaw isap rokok suria gudang garam kalau ada brim di kasi si najib kalau ndak ada isap rokok kirai saja dan duduk termenung bila lagi si najib kasi duit brim,bram,brommm....
    Atau di kasi tangki biru kalau ndak zink cap singa..

    Itu saja di pikiran urg sabah yg masih setia dengan bn/umno..
    ndak dapat beli astro dan komputer untuk internet terpaksa tinguk tv1,tv2,dan tv3 yg menjadi pujaan rakyat sabah yg tidak sedar sudah di buduh-buduhkan oleh kerajaan bn..
    Kalau cakap urg suluk macam menguluk-uluk ba i tu..

    ini saja lah cara hidup urg sabah yg masih takut dan trauma yg berpuluh tahun di racuni minda rakyat sabah oleh bn/umno untuk terus menjadi hamba abdi kepada kerajaan bn yg telah menjadi lanun.darat sejak berpuluh tahun di sabah..

    Ini kali laaa..
    BAYUMURNI...

    ReplyDelete
  6. datuk, janji2 cukai pintu, air free, ibu tunggal, dll sudah ditunaikan? atau merisaukan raayat menjelang pemilihan PRU13. kami risau ditipu lagi - cukai tanah diturunkan, ladang raayat untuk raayat, rumah mampu milik di p. pinang ? selangor / kedah. IPT yg berkecuali. padahal mambuhong saja!

    tengoklah LGBT, isu murtad yg dirisaukan pambangkang (PR) semasa PRU12. rupanya kami ditipu saja!

    kami mudah sahaja. orang biasa2. bawa viva ndak rasa myk naik, bha. hebat kempen PR dalam mendapat kuasa!!! PR adala juara kempen, tipu menipu & menaikkan emosi pengundi ketika PRU. kasihan BN yg selalu membantu & bekerja! biarlah ndak pandai cakap, asal ndak manipu, tapi buat kerja & tepati janji. bukan datang sekali sekala/ hebat berkempen saja.

    DAP ada ahli seramai 150 ribu sahaja. tapi dapat bantuan NGO Yahudi lebih 300 juta US di Singapore utuk PRU13& keganasan selepas PRU13. banyak dana tuu

    so, lainkalilah, datuk

    ReplyDelete
  7. Betul itu Bayumurni org sabah masih tinggal di pokok tidak pandai fikir

    ReplyDelete
  8. Hoi Bayunin berani kau cakap besar,baik aku undi PR 7 mei aku nak tengok kalu PR menang berkenan janjinya,ok ini kalilah ubah,reformasi orang mudah perlu perubahan lets go we change the gov.

    ReplyDelete
  9. Ingat BN- Ingat Barang Naik
    Ingat BN- Ingat Gst dilaksanakan
    Ingat BN- Ingat Minyak Naik
    Ingat BN- Ingat Budget seluar dalam
    Ingat BN- Ingat video porno
    Ingat BN- Ingat Lembu kondo
    Ingat BN- Ingat jawatan penting Sabah bagi pada Malaya
    Ingat BN- Ingat permit bas sekolah pun diluluskan di putrajaya
    Jadi Kita sokonglah BN

    ReplyDelete
  10. Barisan Nasional (BN) memerlukan mandat baru untuk mempercepatkan reformasi untuk merangsang ekonomi, melawan rasuah, mengukuhkan keselamatan dan pendidikan untuk melahirkan masyarakat yang padu, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

    ReplyDelete
  11. Dalam surat terbuka kepada rakyat Malaysia sebelum pilihan raya umum 5 Mei, perdana menteri keenam negara itu mengatakan telah berlaku banyak transformasi sepanjang empat tahun berkhidmat akan tetapi masih banyak yang perlu dilakukan.

    ReplyDelete
  12. “Masih banyak yang perlu dilakukan: Saya sedar bahawa transformasi kami adalah cerita yang belum selesai.Dengan mandat baru, saya berharap untuk mempercepatkan reformasi, untuk terus memastikan ekonomi lebih kukuh dan politik kita lebih responsif. Saya mahu melakukan lebih banyak untuk melawan rasuah, untuk memperkukuhkan keselamatan dan sistem pendidikan, dan membina masyarakat yang lebih padu. Saya mahu membantu membina negara lebih baik dan ini yang saya lihat untuk Malaysia,” kata beliau

    ReplyDelete
  13. Pengerusi BN itu menjadi perdana menteri pada 3 April 2009 dan terus memulakan Model Ekonomi Baru (NEM) yang termasuk Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) untuk menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020.

    ReplyDelete
  14. Kedua-dua program memberikan nafas baru kepada ekonomi, menarik pelaburan dalam dan luar negara dan menarik rakyat Malaysia di luar negara untuk pulang sepanjang lima tahun lalu.

    ReplyDelete
  15. menurun kan semua barang tak semudah yg dicakap.tapi tak apa kita lihat nanti.kalau boleh bagus lah tapi kalau tak boleh pakatan juga akan ditumbang kan munkuin juga tidak sampai sepenggal.berjanji memang mudah

    ReplyDelete
  16. jgnlah mudah percaya pada janji pakatan, berjanji mmg mudah tunaikan tidak mudah.

    ReplyDelete
  17. Lim Guan Eng berpegang kepada consensus pakatan, PM pakatan adalah Anwar Ibrahim. Hadi Awang pula telah menyatakan kesediaannya untuk menjadi PM jika pakatan memerintah.

    ReplyDelete
  18. Anwar pula mengumumkan akan kembali ke bidang akademik jika gagal memenangi PRU13.

    ReplyDelete
  19. DAP dijangka memenangi kerusi paling banyak di antara gabungan pakatan, diikuti oleh Pas dan terakhir PKR.

    ReplyDelete
  20. Pas pula menyatakan melalui Haron Din akan melaksanakan hudud. Pada masa yang sama DAP memberi amaran jangan sebut pasal hudud.

    ReplyDelete
  21. Boleh dibayangkan apa kan terjadi jika diandaikan PR menang 112 kerusi untuk membentuk kerajaan. Ok takpa, kita bagi bonus tambahan. Katalah PR menang 130 walaupun setakat ini termasuk antara perkara mustahil.

    ReplyDelete
  22. Jika Pas menang 30 kerusi pun Pas tetap akan mempunyai kuasa tawar menawar untuk menentukan siapa akan menjadi PM.

    ReplyDelete
  23. Jika Pas tidak setuju, maka Anwar tidak layak untuk mengadap YDA Agong untuk mengangkat sumpah sebagai PM. Paling-paling pun Anwar hanya boleh mengulangi peristiwa 16 September, mengangkat sumpah depan gambar Agong.

    ReplyDelete
  24. Keadaan ini bukan saja menyulitkan pakatan untuk membentuk kerajaan, malah kedudukan kerajaan dan negara pasti akan mengalami ketidaktentuan dan haru-biru. Hanya rakyat yang emosi dan tidak berfikir panjang saja yang tidak ambil pusing situasi getir seperti ini jika berlaku.

    ReplyDelete
  25. Majoriti rakyat pasti akan terfikir apa akan jadi dengan masa depan negara. Apa jadi dengan ekonomi negara dan pelaburan asing. Apa akan jadi dengan keharmonian dan keamanan negara. Apa jadi dengan apa yang telah sekian lama mereka nikmati.

    ReplyDelete
  26. Apatah lagi untuk memikir, menilai dan menanti janji bukan janji manifesto Pakatan Pembangkang untuk ditetapi.

    ReplyDelete
  27. Pakatan Pembangkang tidak mungkin ada masa untuk menyelesaikan semua perancangan yang dijanjikan. Pakatan pembangkang tidak akan ada ruang untuk membuat keputusan ntuk menurunkan harga minyak, jalanraya bebas tol, pendidikan percuma, dll janji.

    ReplyDelete
  28. Mana mungkin mereka boleh memikirkan itu semua kerana untuk menubuhkan kerajaan dan menentukan siapa bakal PM pun mereka sudah gagal.

    ReplyDelete
  29. Keputusan pengundi untuk mengundi pakatan pembangkang adalah merupakan keputusan membunuh masa depan mereka sendiri. Tindakan mereka bukan membunuh BN tetapi membunuh masa depan negara dan masa depan rakyat seluruhnya.

    ReplyDelete
  30. Terlalu berisiko tinggi untuk rakyat menukar pemerintah yang mereka sudah tahu pasti akan bermasalah, bermula dari hari pertama kerajaan bertukar tangan lagi.

    ReplyDelete
  31. Rakyat jangan mimpilah untuk menanti pengumuman tol akan dihapuskan, harga minyak akan diturunkan pada hari pertama pemerintahan Pakatan Pembangkang seperti yang dijaja oleh Anwar.

    ReplyDelete
  32. Takkan ade der… Rakyat akan terbangang dan diperbangangkan sebaik saja Pakatan Pembangkang mengambil-alih kerajaan.

    ReplyDelete
  33. Ingat BN- Ingat Bantu Rakyat Bawahan Yg Aktif
    Ingat BN- Ingat Kemakmuran Ekonomi
    Ingat BN- Ingat BR1M
    Ingat BN- Ingat Jaminan Pada Anak2 Ingat BN- Ingat Mesra Rakyat & 1 Malaysia
    Ingat BN- Ingat Kesaksamaan Dalam Membantu Semua Rakyat
    Ingat BN- Ingat Agama Dihormati & Diiktiraf
    Ingat BN- Ingat jawatan penting Sabah bagi Bumiputra Ingat BN- Ingat Politik Yg Wasatiyyah
    Ingat BN- Ingat permit teksi, Lori, Bas, Perniagaan Yg Efisien
    Jadi Kita MEMANG PATUT sokong BN!!!

    ReplyDelete
  34. Pelaksanaan manifesto pembangkang bakal meningkatkan defisit fiskal kerajaan persekutuan kepada 11.5 peratus daripada
    empat peratus yang disasarkan tahun ini.

    ReplyDelete
  35. Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata ini sekaligus akan meningkatkan hutang kerajaan sehingga 62.1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding dengan 54.6 peratus sekarang ini.

    ReplyDelete
  36. Logik akal : Batil - Terbukti PR tidak mampu urus & tadbir negeri seperti Selangor, Kelantan, Kedah & P.Pinang. Inikan pula sebuah negara??? Kebenaran - BN telah membangunkan negara mengikut acuan sendiri hingga menjadi contoh kepada negara luar. Berkeupayaan menjamin kestabilan ekonomi, keharmonian kaum dan keselamatan negara. Rumusannya = Jika mahu bergelar pemain bolasepak profesional, bertanding di padang kampung, kmdn daerah, kmdn negeri & apabila telah mahir sepenuhnya baru wakil negara. Ada benarnya kata orang tua2, "Kami dah makan garam sebelum kamu".

    ReplyDelete
  37. Lebih parah lagi, kerajaan akan mengalami defisit akaun semasa.

    “Ini bermakna kerajaan perlu meminjam untuk membayar gaji, subsidi, pencen dan hutang negara seterusnya menyebabkan negara mengalami krisis kewangan dan ekonomi sebagaimana yang sedang berlaku di beberapa negara Kesatuan Eropah,” kata Ahmad Husni.

    ReplyDelete
  38. Beliau berkata kerajaan hari ini telah berjaya mengurangkan defisit fiskal daripada 6.7 peratus pada 2009 kepada 4.5 peratus tahun lepas.

    ReplyDelete
  39. Tidak cukup dengan itu, kerajaan terus komited untuk terus mengurangkan defisit kepada empat peratus tahun ini dan sekitar tiga peratus pada tahun 2015.

    ReplyDelete
  40. Katanya, kerajaan hari ini hanya meminjam untuk menampung perbelanjaan pembangunan kerana kesan pengganda kepada ekonomi akan memberi jaminan kepada kemakmuran dan seterusnya kesejahteraan rakyat.

    ReplyDelete
  41. “Kita punya pengurusan kewangan, antaranya perlu mengekalkan lebihan operasi. Kita tidak mahu pinjam untuk membayar gaji dan sebagainya dalam perbelanjaan mengurus. Ini merupakan falsafah yang dilaksanakan oleh kerajaan,” kata Ahmad Husni.

    ReplyDelete
  42. Jadi berdasarkan manifesto pembangkang, maknanya hasil kerajaan tidak dapat menampung perbelanjaan mengurus yang bertentangan sama sekali dengan konsep perbelanjaan berhemah, katanya.

    ReplyDelete
  43. Ketika ditanya sama ada kerajaan boleh mengurangkan kadar hutang lebih dari sekarang ini, Ahmad Husni berkata kerajaan sentiasa mengamalkan pengurusan kewangan yang berhemah dengan menetapkan hutang kerajaan pusat tidak melebihi 55 peratus kepada KDNK.

    ReplyDelete
  44. Katanya kerajaan boleh mengekalkan kadar hutang tidak melebihi 55 peratus sehingga tahun 2020, dibantu oleh pertumbuhan KDNK yang menggalakkan, hasil cukai yang terus meningkat, ditambah pula dengan kadar defisit sentiasa menurun.

    ReplyDelete
  45. Kesannya termasuk penarafan negara akan jatuh, jumlah pelaburan langsung asing berkurangan dan kadar pengangguran meningkat dan seterusnya boleh meruntuhkan ekonomi serta menjejaskan kesejahteraan rakyat.

    ReplyDelete
  46. PR HANYA BERANGAN-ANGAN..

    AHLI ADA 1.1 JUTA.. PENGUNDI 13.1 JUTA.

    **DARIPADA AKU, MEWAKILI 17.8 AHLI BN & PEMANDU2 TEKSI YG DIJAGA KEBAJIKAN OLEH BN!!!

    ReplyDelete
  47. KALO TURUN RM 1 ATAU RM 1.20 KA INI KALILAH...KALO 1 SEN, 2 SEN LAIN KALILAH!!!!!

    ReplyDelete
  48. Pemimpin dan penyokong BN bangga dan ego dengan pengalaman memerintah 55 tahun yang lalu. Pembangkang mengenalpasti kelemahan pengurusan negara dan kewangan negara. Bila Pakatan Rakyat menang diorang sudah tahu mana amalan yang merugikan rakyat dan negara dan amalan itu diberhentikan. Wang negara boleh safe untuk Negara Berkabajikan.

    ReplyDelete
  49. PANTUN UNTUK DATUK SAIFUDIN NASOTIUN:

    SIAKAP SINOHONG,
    GELAMA IKAN PARI,
    JANJI DATUK JANJI KOSONG,
    LEPAS PRU GIGIT JARI.

    LAIN KALI LAH DATUK.



    ReplyDelete
  50. Dijangka tidak akan muncul juara yg kuat. Akan timbul suasana yg hampir sama. Apapun, pehak yg lebih sikit pun tidak boleh mencanangkan mereka sbg juara mutlak. Tidak mustahil kali ini negara kita akan melahirkan unity government. Sebagai pembaca tegar blog, saya memang mohon berkongsi idea dgn tuan..momokan lalu, harus tidak dijadikan alasan utk kita semua boleh hidup bahagia tanpa "perpaduan"...saya amat yakin menuju masa depan yg makin kecamuk, isu ini sgt vital. Dan saya sgt teruja dgn komentar dan pandangan tuan...tapi, akhirnya kita semua wajib menjaga keamanan dan keharmonian negara dan terus tetap menghalang org luar mencampuri urustadbir negara kita wa ima PR atau BN yg memerintah nanti

    ReplyDelete
  51. Bukalah mata...harga minyak turun + takde Tol...saya jimat $5,000 setahun.....Batalkan AP, kereta Baru lagi turun..Jimat lagi $30,000 ringgit....tak payah bayar kos sekolah ....jimat $1500-5000 setahun

    Berapa kali x 1BRM kita sudah rakyat dapat dengan SATU ABU - UBAH?? Lebih kurang 20 dalam SATU tahun. Sangat bodoh kalau rakyat Malaysia Lepaskan peluang Ke-Emasan untuk Pahatkan ERA Baru! Change the Government to make UMNO live in MISERY!! Aku Nak UMNO turunkan Kos hidup mereka dalam pembangkan!!

    Akhirnya ekonomi negara pun akan Runtuh kalau UMNO=BN menang secara TIPU Pilihanraya. Kita Turun Jalan Raya. Suara Rakyat Suara Keramat!!

    ReplyDelete
  52. Satu hakikat yang tidak boleh kita nafikan ialah keadaan akan tetap menjadi ‘problematic’ jika yang kalah itu tidak kalah semua dan yang menang itu tidak akan menang semua. Dalam beberapa hari ini jelas ada unsur baru dalam pemikiran rakyat terutamanya di kalangan yang berpendidikan dan yang mempunyai pemikiran dan minda yang terbuka. Mereka ini mahukan kestabilan yang kekal dan abadi

    ReplyDelete
  53. kalau pemimpin makan rasuah, tak sholat, sekongkol judi dan arak dan hanya ingat kemewahan dunia, bagaimana non muslim nak respect.Tengok keluarga sudah, tah ada ciri ciri Islam, mneyesal kalau pilih mereka. Di akhirat nanti anda akan jadi buta apabila subahat dengan pemerintah tak ikut suruhan Allah.Ingat lah manusia siksaan Allah itu amat keras dan dasyhat.Mewah didunia tak mesti nya mewah akhirat kerena kemewahan di dunia selalu nya melupakan kurnian Allah

    ReplyDelete
  54. SIAPA-SIAPA PUN MEMERINTAH PUN BOLEH LULUSKAN. SEBENARNYA ADA YG TAKUT HILANG KEPENTINGAN.hehe Ingat pro ingat kontra..

    ReplyDelete
  55. PTPTN DIMANSUHKAN????

    ISU Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) masih lagi hangat diperkatakan pada masa kini. Di samping negara Malaysia menggalakkan pendidikan yang berkualiti ada pihak yang ura-ura menyatakan adalah lebih baik jika diberikan pendidikan secara percuma yang mana ia lebih dianggap tidak membebankan sesiapa khususnya kepada penuntut di institusi awam atau swasta.

    ReplyDelete
  56. PTPTN DIMANSUHKAN??//
    Selalu juga kita dengar daripada sesiapa sahaja jika diberi sesuatu barang atau apa sahaja dalam bentuk percuma siapa yang tidak mahu menerima? Bahkan, berlumba-lumba orang ramai ingin mendapatkannya jika betul dengan cara pemberian. Hal ini juga boleh diibaratkan kepada para pelajar seperti mengantuk disorongkan bantal ataupun lebih sinonim dengan pepatah pucuk di cita ulam mendatang.

    Para pelajar khususnya memang mengharapkan sistem pendidikan yang berbentuk percuma, kerana apa-apa kos pendidikan yang digunakan seperti yuran khususnya akan ditanggung oleh pihak kerajaan. Namun, sejauh mana perkara ini boleh membantu para pelajar? Bagi sesiapa yang berfikiran ke hadapan, jika pendidikan di negara Malaysia juga mengamalkan sistem pendidikan percuma ia merupakan sesuatu yang akan mendatangkan keburukan pada masa akan datang. Seperti yang kita sedia maklum, majoriti pelajar di IPTA dan IPTS menyambung pengajian mereka dengan menggunakan bantuan wang pinjaman PTPTN ini.

    Justeru, adalah lebih baik sekiranya bantuan ini diteruskan kerana lebih banyak baiknya daripada sesetengah pihak terus mempertikaikan supaya PTPTN diteruskan dan agar cadangan mereka diterima pakai iaitu dengan menghapuskan PTPTN. Sebelum mengulas lanjut berkenaan dengan kebaikan PTPTN diteruskan, kita perlu melihat kesan atau akibat sekiranya PTPTN tersebut dimansuhkan atau dengan kata lain diberikan pendidikan percuma kepada para pelajar.

    ReplyDelete
  57. PTPTN DIMANSUHKAN????

    Kita melihat dari sudut pelajar itu sendiri. Sekiranya pendidikan percuma diberikan kepada para pelajar, dengan erti kata lain ia merupakan jaminan untuk meringankan beban para pelajar tersebut. Namun, apabila difikirkan semula, ia adalah lebih membebankan para pelajar khususnya pelajar yang menyambung pengajian yang merupakan pelajar yang tergolong dalam golongan miskin atau sederhana. Hal ini menunjukkan, sekiranya diberi pendidikan percuma, ia hanya menampung kos yuran atau kos pendidikan di sesebuah institut pengajian.

    Ini bermakna kos sara hidup sama ada perbelanjaan harian iaitu makanan dan peralatan untuk belajar terutamanya, adalah ditanggung seratus peratus oleh pelajar tersebut bersama-sama dengan keluarga mereka. Hal ini nampak begitu mudah jika ia melibatkan pelajar daripada golongan berada, namun ia nyata merupakan bebanan kepada rakyat Malaysia.

    Perkara yang disebutkan di atas adalah berkenaan dengan keadaan pelajar yang berkenaan. Bagaimana pula dengan pelajar yang menuntut bukan di tempat asal mereka? Contohnya, para pelajar yang berasal dari Kepulauan Borneo datang ke Semenanjung Malaysia untuk merealisasikan impian mereka menimba ilmu pengetahuan.

    ReplyDelete
  58. PTPTN DIMANSUHKA????N

    Apa yang cuba untuk diketengahkan di sini adalah kos pengangkutan. Sememangnya benar para pelajar boleh menyambung cita-cita ke Menara Gading kerana diberikan kos pendidikan percuma, namun ia tidak termasuk dalam kos pengangkutan ulang-alik pelajar dari negeri asal ke tempat pengajian dengan menggunakan sistem penerbangan.

    Ia merupakan kos pengangkutan yang tinggi dan sekiranya para pelajar ditawarkan untuk meneruskan pengajian pun, mereka akan berfikir sama ada untuk meneruskan kejayaan mereka atau tidak lantaran masalah kewangan yang dihadapi dalam kos pengangkutan pula.

    Kesan yang lebih dahsyat lagi yang kita akan nampak sekiranya sistem pendidikan di negara ini diberikan secara percuma, ia akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi Malaysia. Seperti yang kita tahu, negara ini merupakan negara membangun dan ekonomi Malaysia juga tidak dianggap begitu stabil lagi. Ini dapat dibuktikan dengan Dasar Ekonomi Baru Malaysia yang mana belum mampu untuk menghapuskan kadar kemiskinan rakyat

    Sewajarnya, pihak yang berkenaan perlu menitikberatkan ekonomi rakyat terlebih dahulu dengan berpaksikan ekonomi negara. Walhal, ekonomi negara tidak begitu stabil, maka adakah relevan untuk memberikan pendidikan secara percuma? Adalah lebih baik sekiranya wang bayaran daripada peminjam PTPTN digunakan untuk sesuatu yang lebih menghasilkan faedah contohnya dengan memajukan kawasan pedalaman atau mengatasi masalah kemiskinan rakyat.

    Selain itu, kesan lain yang dapat kita lihat daripada pemansuhan PTPTN adalah akan menutup ruang kepada generasi akan datang khususnya Bumiputera untuk melanjutkan pendidikan. Seperti mana yang diulas oleh Ketua Pemuda Umno Negeri, Mohd Helmy Din berkata, “Pemansuhan PTPTN sebenarnya akan menutup ruang kepada generasi akan datang khususnya Orang Melayu untuk melanjutkan pendidikan,” pada 15 April 2012 di sebuah akhbar tempatan. Hal ini terjadi mungkin disebabkan beban tanggungan negara ke atas sistem pendidikan yang diberikan percuma sehingga menutup peluang untuk melahirkan ramai graduan Bumiputera khususnya untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi lagi.

    Justeru itu, banyak kesan buruk yang dapat kita perhatikan sekiranya PTPTN dimansuhkan. Kita perlu berfikiran jauh dalam merangka sesuatu perkara sebelum kita bertindak melulu untuk memutuskan keputusan dalam sesuatu perkara. Kita perlu menimbang baik buruk sesuatu perkara tersebut bukan berdasarkan emosi sahaja, bahkan kita perlu mengambil kira akan kesan yang akan datang supaya kita lebih bersedia dalam menghadapi kemungkinan pada masa hadapan.

    Sekiranya, ingin penambahbaikan dalam sistem pendidikan berkenaan dengan PTPTN adalah wajar sekiranya dihentikan bunga terhadap peminjam pinjaman PTPTN contohnya sekiranya peminjam hanya meminjam RM15,000, maka bayaran yang harus dibayar juga adalah RM15000 tanpa dikenakan sebarang bunga ke atas peminjam.

    Banyak kebaikan yang kita dapat sekiranya PTPTN tidak dimansuhkan kerana ia merupakan inisiatif bagi membantu para pelajar melanjutkan pendidikan di universiti di samping meringankan beban mereka dalam menyara kehidupan di alam kampus tanpa mereka perlu mengalihkan fokus ke arah kerja sambilan semata-mata untuk mendapatkan wang saku untuk perbelanjaan mereka.

    Selain itu, sistem ujrah yang dijalankan juga merupakan langkah yang tepat untuk membantu peminjam dalam melunaskan hutang pinjaman mereka seiring dengan kehendak syariah. Kesimpulannya, sekiranya pemansuhan PTPTN dilakukan, ia bukanlah jalan terbaik dalam meringankan beban rakyat bahkan juga tidak meringankan beban negara.

    ReplyDelete
  59. LAGI PTPTN DIMANSUHKAN

    Dengan wujudnya akta PTPTN 1997 pula, mereka yang kurang berkemampuan boleh memilih pinjaman dari tabung PTPTN untuk membiayai pengajian mereka samada di IPTA atau IPTS dengan pilihan tawaran pertukaran kepada biasiswa untuk pelajar yang cemerlang. Dalam masa yang sama, biasiswa JPA masih diberikan kepada mereka yang terpilih dan dikhususkan untuk jurusan yang lebih kritikal. Kerajaan sendiri masih perlu menanggung 90% kos pengajian tinggi di lebih 20 buah IPTA sebagaimana biasa dalam bentuk subsidi.

    Gambaran yang cuba diberikan oleh pihak tertentu kononnya PTPTN umpama ah long yang mencekik darah pelajar jelas berniat jahat. Tabung pendidikan ini diwujudkan melalui sejumlah dana yang telah diberikan oleh kerajaan. Selebihnya PTPTN sendiri membuat pinjaman dari Tabung KWSP dengan jaminan pembayaran balik dengan kadar faedah yang lebih tinggi berbanding kadar faedah yang dikenakan kepada pelajar. Ini bermakna setiap warganegara yang mencarum dengan KWSP juga adalah penyumbang kepada peluang pendidikan yang dinikmati oleh setiap mahasiswa di IPT hari ini.

    Seandainya PTPTN tidak memperolehi semula bayaran balik dari peminjam maka dana dalam tabung akan semakin susut kerana PTPTN perlu melunaskan setiap hutang kepada KWSP. Jika ini dibiarkan, maka secara tidak langsung kita sebenarnya menafikan hak orang lain untuk mendapatkan pembiayaan pengajian mereka. Dengan sejumlah besar kos subsidi yang ditanggung oleh kerajaan bagi pendidikan percuma di peringkat sekolah, maka ekonomi negara tidak akan dapat bertahan jika sekiranya PTPTN dihapuskan dan kerajaan dipaksa menanggung segala kos pengajian tinggi termasuk di IPTS berjumlah puluhan billion sebagaimana yang dicadangkan oleh pemimpin tertentu.

    Isu PTPTN yang cuba dianggap kompleks oleh sebahagian rakyat hari ini sebenarnya tidaklah begitu rumit untuk dihuraikan sebab ianya hanya berpunca dari seorang individu yang mempunyai masalah moral akibat terpengaruh dengan budaya songsang. Beliau terperangkap dengan kenyataannya yang menyokong Israel lantas menyebabkan rakyat marah. Konsep pluralism agama yang dibawanya juga ditentang oleh para ulamak. Skandal demi skandal yang mula terbongkar memberi tekanan kepadanya.

    ReplyDelete
  60. It is time to show who we are

    ReplyDelete
  61. Datang la mengundi jalankan tanggungjawab anda

    ReplyDelete
  62. We are on the side of moving on right now.

    ReplyDelete
  63. Modern election should be in modernalized ways

    ReplyDelete
  64. Terbentuknya satu kerajaan baru

    ReplyDelete
  65. Tunggu dan lihat pengumuman pada hari Ahad ini

    ReplyDelete
  66. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said it was his determination to always do the best for Malaysians that gave him the energy despite his hectic campaign schedule for the 13th general election

    ReplyDelete
  67. Siapa yang terdesak sebenarnya ni?

    ReplyDelete
  68. Terbentuk satu kaedah baru untuk memartabakan bangsa

    ReplyDelete
  69. He said the realisation of the heavy responsibility he shouldered as a prime minister also made him to be physically fit

    ReplyDelete
  70. International Islamic University Malaysia's (IIUM) head of the electoral studies unit Datuk Prof Dr Syed Arabi Idid said, for BN this would suffice to remain in Putrajaya

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.