Friday, May 3, 2013

BERGAMBAR : Rakyat Kelantan Bermunajat Untuk PRU13

Munajat rakyat Kelantan bagi menghadapi PRU 13 di Stadium Sultan Muhammad IV bermula jam 3.00 pagi tadi.

Ia adalah "jawapan" kepada "keceluparan Najib yang sehari sebelumnya memperlekehkan kerajaan PAS negeri Kelantan kononnya tiada pembangunan selama 23 tahun memerintah Kelantan sedangkan royalti Kelantan telah dirompak oleh UMNO BN sepanjang tempoh berkenaan.

Malah Najib turut memperlekehkan usaha kerajaan PAS Kelantan untuk membina lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai. Katanya:

“Bo lah weh, cukuplah 23 tahun, tipu rakyat, bohong. Ini nak buat lebuh raya Kota Baharu-Kuala Krai, buat tabung, ingat boleh buat lebuh raya dengan tabung (pungut derma daripada rakyat)?, berapa banyak tabung masuk, (sedangkan) kos RM2 bilion…(tentunya) tak boleh buat,” katanya ketika berucap pada Program Himpunan Rakyat 1Malaysia di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petai.

Sekarang ini jawapannya, rakyat Kelantan menghadapkan wajahnya kepada Allah s.w.t. supaya dibalas segera segala tohmahan Najib berkenaan dan mengekalkan kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Doa yang dibacakan sendiri oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

"Ya Allah Ya Tuhanku. Aku tak berdaya lagi untuk menjaga agamaMu di Kelantan dan di Malaysia kerana amat kuat serangan yang datang dengan pelbagai cara.

"Oleh itu aku minta kepada Mu pertahankan agamaMu sebagamana Engkau pertahankan rumahMu dari serangan.

"Hancurkanlah mereka sebagaimana hancurnya tentera Abrahah seperti daun kayu dimakan ulat," kata Tuan Guru Nik Aziz dalam doa itu.














16 comments:
Write comments
  1. Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak pakatan pembangkang termasuk parti PAS di Kelantan pada PRU-13 akan datang kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini.

    ReplyDelete
  2. Perdana Menteri menggariskan antaranya dosa parti Pas ialah membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan Pas sendiri.

    ReplyDelete
  3. "Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara Pas, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat.

    ReplyDelete
  4. "Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini," katanya.

    ReplyDelete
  5. Menyentuh mengenai Pas mempermainkan matlamat perjuangannya, Najib berkata sebelum ini parti itu mahu melaksanakan hukum Hudud di negara ini tetapi demi politik dan takut kepada DAP, akhirnya mereka telah mengubah kepada dasar negara berkebajikan.

    ReplyDelete
  6. Katanya jika dahulu Pas menghentam cara Barisan Nasional (BN) berkongsi kuasa dengan parti lain tetapi kini mereka juga mengambil langkah yang sama dengan DAP dan ia jelas membuktikan sikap sebuah parti yang berubah-ubah demi mahukan kuasa.

    ReplyDelete
  7. "Kita mahukan transformasi bukan reformasi. Transformasi mensejahterakan rakyat. Transformasi bawa rahmat pada rakyat," katanya.

    ReplyDelete
  8. Perdana Menteri berkata cara bijaksana kerajaan mentadbir negara telah menjadikan negara ini makmur dan sebagai bukti ekonomi negara telah mencapai pertumbuhan kepada 6.4 peratus.

    ReplyDelete
  9. "BN cukup cakna kepada masyarakat. Cukup sengoti buat bermacam-macam demi faedah rakyat dan oleh itu yakin dan percayalah apa yang kita buat ini adalah yang terbaik untuk mensejahterakan rakyat," katanya.

    Beliau berkata tidak seperti pembangkang yang berjanji dalam manifesto yang dianggap seperti penjual ubat tepi jalan.

    ReplyDelete
  10. "Satu ubat semua boleh sembuh. Kita bukan mahu mengundi orang yang petah berkata-kata tetapi pilihan raya adalah untuk rakyat memilih kerajaan yang benar-benar boleh berjasa kepada negara.

    "Dan oleh itu yakinlah kepada BN," katanya.

    ReplyDelete
  11. BETUL JUGAK TOLAK PAS SPT SARANAN ANONYMOUS YG DI ATAS NI...BOLEH KITA GANTI MAJLIS ILMU ATAU PROGRAM MUNAJAT KPD ALLAH DGN ACARA K-POP ATAU GANGNAM STYLE...KAH KAH KAH..BEBAL MCM SETAN.

    ReplyDelete
  12. Dalam dunia ni byk sudah gila gara2 dunia. Kita pegi disko mcm komen di atas.

    ReplyDelete
  13. Macam mana lah otak orang bn skrg ni.

    ReplyDelete
  14. Walaupun aku bukan muslim.... tapi aku tetap Ameeeeeeeeeeeeeeeeeeeeennnnnn........

    ReplyDelete
  15. PAS kekal pertahankan kelantan tapi tidak dpt pertahankan Kedah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.