Friday, May 3, 2013

Cyber-trooper Bertaubat, Seru Rakan Lain Henti Buat Kerja Dosa

Setelah menyerang setiap artikel Harakahdaily bertubi-tubi samada di Facebook Harakahdaily atau di web, akhirnya cybertrooper Umno yang terkenal “Lans Koperal Tangkap Lalat” akhirnya bertaubat.

Berikut ialah apa yang ditulis di dalam satu ruangan komen beliau –

“Assalamualaikum.

Tadi saya hampir terlibat dengan kemalangan yang mungkin meragut nyawa saya. Saya nyaris mati dilanggar lori besar tadi, dan saya yakin, Allah selamatkan saya untuk memberi peluang kepada saya bertaubat.

Saya tahu saya banyak berdosa.

Saya nak mintak maaf dekat Harakahdaily, kerana selama ini menghentam semua berita yang Harakahdaily terbitkan. Saya meminta maaf kepada semua penyokong/pimpinan PAS/DAP/PKR atas komen2 saya yang mengarut/merapu/mencerca/menghina anda semua selama ini.

Saya minta maaf, saya tahu kalau saya mati tadi, segala apa yang saya buat selama ini akan datang balik menghantui saya. Saya fikir, cukuplah saya menjadi macai menghina anda semua, tapi akhirnya saya masuk neraka.

Saya benar2 bertaubat. Saya takkan merapu lagi. Apa yang saya tulis selama ini, semua saya tahu bohong, tapi saya gila duit. Tapi kini saya sedar, duit yang banyak, kalau mati masuk neraka tak guna juga.

Saya minta maaf Harakahdaily. Saya dah bertaubat.

Saya akan minta rakan2 cybertroopers BN yang lain untuk turut berhenti buat kerja ini.”

Gambar berikut ialah snapshot komen beliau.



Facebook beliau boleh dilayari di sini:
https://www.facebook.com/lanskoperal.tangkaplalat Atas dasar kebebasan bersuara, Harakahdaily tidak pernah menghalang Lans Koperal Tangkap Lalat untuk menulis komen merapu di laman milik Harakahdaily.
xxx2

Komen Anda

6 Responses to " Cyber-trooper Bertaubat, Seru Rakan Lain Henti Buat Kerja Dosa "
wan said...
May 4, 2013 at 12:36 AM

ka dah tau B/end nak kalah tu tobat kot... tapi apa2 pun dah tobat biar betui2 takut kena bala lagi teruk sampai tak dan mengucap...


wan said...
May 4, 2013 at 12:36 AM

ka dah tau B/end nak kalah tu tobat kot... tapi apa2 pun dah tobat biar betui2 takut kena bala lagi teruk sampai tak dan mengucap...


Anonymous said...
May 4, 2013 at 9:27 AM

hahaha bagus.. terus kan berjuang..Jangan tertipu dengan permainan mereka ini. Kita dedahkana kebenaran dan serang dengan penyebaran palsu oleh pihak yang mementingkan diri sendiri..hahaha :D


Anonymous said...
May 4, 2013 at 9:30 AM

Jangan putus asa dengan hanya penyebaran perkara yang tidak benar ini. Taubat kunun mungkin orang2 PR tu yang patut ditaubatkan..


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:41 AM

cybertrooper pembangkang bila pula nak bertaubat?


Anonymous said...
May 4, 2013 at 8:49 PM

Baguslah tu.... pembangkang tak de cybertropper yang merapu.... mereka berikan fakta dan bukti ...... ini kalilah...


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx