Sunday, May 5, 2013

Hampir sejuta warga Sabah layak mengundi esok

Sejumlah 981,814 warga Sabah layak mengundi esok untuk memilih kerajaan negeri baharu dengan penganalisis politik tempatan meramalkan kemenangan kepada parti gabungan Barisan Nasional (BN) Sabah itu.

Selepas 14 hari berkempen, BN Sabah yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dengan pengalaman pengurusan kewangan negeri yang cemerlang, dilihat berada di laluan untuk meraih majoriti kukuh bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selain menawan sebahagian besar kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Sungguhpun berlaku pertarungan sengit di beberapa kawasan parlimen dan DUN pada pilihan raya umum ke-13 ini, bukanlah mustahil untuk BN mengulangi pencapaian memberangsangkan pada pilihan raya lepas. Pada pilihan raya umum 2008, BN Sabah kalah hanya kerusi Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjung.

Kali ini, kerusi Parlimen Kota Kinabalu, Sandakan, Kota Belud, Tuaran, Beaufort, Tawau dan Pensiangan akan menyaksikan saingan hebat berikutan pertandingan pelbagai penjuru, semuanya menjadi sasaran pakatan pembangkang.

Calon BN bagi kerusi Parlimen Kota Kinabalu Chin Tek Ming, yang mengharapkan nasib menyebelahinya, berdepan tugas getir untuk menawan semula kerusi itu daripada DAP.

Teck Ming terlibat dalam pertandingan tiga penjuru dengan Wong Sze Phin daripada DAP dan Michael Liew King Leong daripada Star.

Pada pilihan raya umum 2008, Hiew King Chiew daripada DAP menang dengan majoriti 106 undi. Pertandingan satu lawan satu di Sandakan melibatkan calon BN, Datuk Liew Vui Keong dan calon DAP, Wong Tien Fatt.

Pada pilihan raya 2008, Liew menang dengan majoriti 176 undi.

Calon BN bagi kerusi Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, menghadapi tentangan daripada PKR, Star dan dua calon Bebas.

BN memenangi kerusi itu pada pilihan raya 2008 dengan majoriti 3,020 undi.

Bagi kerusi Tuaran, Datuk Wilfred Madius Tangau daripada BN berdepan tentangan Datuk Wilfred Mojilip, bekas anggota BN dan kini bertanding atas tiket PKR, serta dua lagi calon masing-masing daripada Star dan Bebas.

Kerusi Beaufort menjadi 'ujian litmus' bagi penyandang, Datuk Seri Lajim Ukin, yang meninggalkan BN dan kini bertanding atas tiket PKR, manakala BN pula meletakkan Datuk Azizah Mohd Dun sebagai calonnya.

Kerusi parlimen lain yang menyaksikan persaingan sengit ialah Tawau.

Pada pilihan raya umum 2008, kerusi itu dimenangi calon BN ketika itu, Datuk Dr Chua Soon Bui tetapi penyandang itu kini bertanding atas tiket SAPP dan menghadapi tentangan daripada calon BN Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin.

Kerusi parlimen Pensiangan melibatkan pertandingan empat penjuru apabila penyandangnya, Tan Sri Joseph Kurup, yang juga presiden PBRS, menang tanpa bertanding pada 2008.

Saingan sengit turut berlaku di Papar apabila penyandangnya dan calon BN, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, terlibat dalam pertandingan tiga penjuru dengan ditentang Datuk Haji Yahya Lampong daripada PKR dan Balon Mujim daripada Star.

Bagi kerusi DUN, BN bersandarkan kepada keyakinan berterusan rakyat terhadap dasar yang dilaksanakannya untuk mengekalkan kerusi Likas, Api-Api, Klias, Kuala Penyu, Bingkor dan Merotai, manakala kerusi DUN Sri Tanjung, yang dimenangi DAP pada pilihan raya umum lepas, berkemungkinan mengekalkan status-quo.

Likas dan Api-Api turut menjadi kawasan yang menyaksikan saingan sengit apabila BN mengekalkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum lepas masing-masing dengan majoriti 862 dan 174 undi.

Kerusi DUN Bingkor adalah pertembungan empat penjuru antara calon muka baharu daripada BN, Kennedy Jie John @ Kenn dan Presiden Star bahagian Sabah Datuk Jeffrey Kitingan.

Sementara itu, seorang penganalisis politik tempatan, Salman Nurillah meramalkan BN berkemungkinan memenangi lebih 50 daripada 60 kerusi DUN dan 20 daripada 25 kerusi parlimen yang ditandinginya.

Beliau berkata sebelum pilihan raya umum, pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS, PKR, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Star berminat dalam perlawanan satu lawan satu antara BN dan pembangkang di semua kawasan pilihan raya di Sabah, namun gagal menjadi kenyataan.

"Saya percaya kegagalan pembangkang untuk bersatu akan menyebabkan mereka kalah teruk dalam pilihan raya ini. Bagaimanapun, dalam politik, apa saja boleh berlaku pada hari pengundian. Pada akhirnya, pengundilah yang akan menentukan keputusannya," katanya kepada Bernama.

Salman, seorang bekas penjawat awam dengan ijazah undang-undang dari Universiti Malaya dan ijazah Sarjana dari UiTM turut meramalkan parti pembangkang seperti DAP, PKR, STAR dan SAPP berkemungkinan melakukan beberapa kejutan di kawasan tertentu yang dikuasai pengundi Cina dan Bumiputera, termasuk kerusi DUN Api-Api, Luyang, Likas, Inanam, Klias dan Bingkor. — Bernama

50 comments:
Write comments
  1. SPR NAMPAK BETUL MENI[U PENUNDI HIDUP2 APA TIDAKNYA SAYA BARU HABIS BAUNAG UNDI CUBA MEMBERSUHKAN JARI MENGUNAKAN TANAH DAN AIR TANPA MASALAH DAN MUDAH DAH BERSIH DARI DAWAT SPR,ADUIII INI DAWAT MURAH BUKAN HARGA SAMPAI JUTA RUNGGIT,HARAP SPRM BUAT SISATAN.

    ReplyDelete
  2. Ya. Kami satu rumah pun sama juga ini. Hilang sudah dakwat lepas cuci.

    ReplyDelete
  3. Dakwaan pengundi meragukan dari Sabah diterbangkan ke Semenanjung kebelakangan ini dibuat bagi menakutkan ribuan warga negeri ini yang menjadi pemilih berdaftar di sana untuk mengundi.

    ReplyDelete
  4. Presiden Persatuan Kebajikan Pekerja Anak-Anak Sabah di Selangor, Zulkarnain Mahdar, berkata pihaknya menerima maklumat ada usaha menghalang rakyat Sabah mengundi sekurang-kurangnya di lima negeri di Semenanjung iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Negeri Sembilan.

    ReplyDelete
  5. “Kita bimbang dengan perkembangan ini yang menghalang pengundi menjalankan tanggungjawab mereka. Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Jalan Sulaman, semalam (kelmarin) dan saya sendiri sudah memberi keterangan di Balai Polis Karamunsing bagi membolehkan siasatan dijalankan.

    ReplyDelete
  6. “Saya ingin jelaskan bahawa warga Sabah di Semenanjung itu adalah pengundi berdaftar dan mereka sudah lama menetap di sana, termasuk menukar alamat mengundi,” katanya.

    ReplyDelete
  7. Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa ribuan pengundi meragukan dari Sabah diterbangkan ke Semenanjung sejak beberapa hari lalu untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

    ReplyDelete
  8. Mengulas lanjut, Zulkarnain berkata, pihaknya tidak mahu warga Sabah yang menetap di Semenanjung itu dijadikan kambing hitam oleh sesetengah pihak sehingga mereka tidak dapat menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi serta melancarkan proses demokrasi.

    ReplyDelete
  9. Katanya, pihaknya juga meminta majikan pekerja Sabah di Semenanjung membenarkan pekerjanya keluar mengundi kerana pihaknya menerima aduan bahawa gaji pekerja akan dipotong sekiranya mereka pergi mengundi.

    ReplyDelete
  10. “Ini sesuatu yang tidak boleh dilakukan dan kami minta majikan benarkan pekerja dari Sabah keluar mengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

    ReplyDelete
  11. Mengenai dakwaan kewujudan pengundi dari Sabah diterbangkan ke Semenanjung untuk mengundi, beliau berkata, siasatan yang dijalankan pihaknya mendapati dakwaan itu tidak benar.

    ReplyDelete
  12. “Kita ada menempatkan tiga pegawai di lapangan terbang di Kota Kinabalu untuk menyiasat dakwaan itu dan apa yang kami dapati adalah orang di Sabah melancong ke Semenanjung berikutan promosi harga tambang murah,” katanya.

    ReplyDelete
  13. Para pengundi diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan kempen parti Pakatan Rakyat untuk menukar kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN), dengan mendakwa kononnya mereka mampu membawa lebih banyak kebaikan kepada rakyat.

    ReplyDelete
  14. Calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu, Datuk HamisaSamat berkata kempen sekadar janji kosong parti Pakatan Rakyat itu bagi merebut kuasa sedangkan rekod menunjukkan mereka tidak mempunyai perancangan jelas untuk rakyat.

    ReplyDelete
  15. Katanya apabila kerajaan parti Pakatan Rakyat memenangi negeri Selangorselepas menabur pelbagai janji manis termasuk pemberian air percuma, pemotongancukai pintu kediaman dan perniagaan serta berpuluh-puluh bantuan kepada rakyat,mereka gagal menunaikannya.

    ReplyDelete
  16. "Hasilnya selepas lima tahun memerintah, janji tinggal janji. Bantuan yangdisalur cuma sekadar melepaskan batuk di tangga. Rakyat akhirnya tertipu danterpedaya. Pada pilihan raya ini, mereka sekali lagi cuma menabur janji baru.

    ReplyDelete
  17. "Oleh itu, setiap pengundi walau di mana sahaja berada, jadikanlah rekodburuk pemerintahan di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan sebagaipengajaran. Kita berharap para pengundi membuka mata melihat betapa gagalnyapemimpin parti Pakatan Rakyat berbanding apa yang telah, sedang dan akandilakukan oleh kerajaan BN," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    ReplyDelete
  18. Reminded voters not to be swayed by the People's Alliance party campaign to change the government of the Barisan Nasional (BN), claiming that they had been able to bring more benefits to the people.

    ReplyDelete
  19. Employees Welfare Association Children Sabah Selangor Mahdar Zulkarnain, said they received no information as to deter the people of Sabah to vote at least five states in the peninsula, Kuala Lumpur, Selangor, Penang, Johor and Negeri Sembilan.

    ReplyDelete
  20. We are worried by this development prevents voters exercise their responsibilities. A police report was lodged at the police station Embroidery, yesterday (Tuesday) and I have to give evidence at the police station Karamunsing to enable investigation.

    ReplyDelete
  21. Elaborating, Zulkarnain said he did not want people to West Sulawesi was made a scapegoat by some that they can not fulfill its obligations as voters and launch a democratic process.

    ReplyDelete
  22. He said his ministry was also asked employers to allow workers in West Sulawesi employees out to vote because they received a complaint that workers' wages will be cut if they go to vote.

    ReplyDelete
  23. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri

    ReplyDelete
  24. Angkat sumpah berkenaan juga menandakan ia penggal keempat Musa mengetuai kerajaan negeri sejak pelantikan pada 2003 mengikut sistem penggiliran.

    ReplyDelete
  25. Musa menjadi ketua menteri selepas mengetuai kemenangan BN pada pilihan raya umum 2004

    ReplyDelete
  26. Selepas pilihan raya umum semalam, BN mengekalkan pemerintahan Sabah dengan majoriti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

    ReplyDelete
  27. BN Sabah kali ini kehilangan 12 kerusi Dun berbanding tiga pada PRU 2008. Musa mengekalkan kerusi Dun Sungai Sibuga dengan majoriti 11,569 undi.

    ReplyDelete
  28. rakyat Sabah memilih BN untuk terus memerintah

    ReplyDelete
  29. Barisan Nasional (BN) mengekalkan pemerintahan Sabah dengan majoriti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)

    ReplyDelete
  30. BN Sabah, yang dipimpin oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, turut menyumbang 22 daripada 25 kerusi Parlimen di negeri itu untuk membolehkan BN menubuhkan kerajaan di peringkat pusat.

    Bagaimanapun, BN Sabah kali ini kehilangan 12 kerusi Dun berbanding tiga pada PRU 2008.

    ReplyDelete
  31. Pemuda Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi bagi mengkaji trend pengundian pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kata Pengerusinya Khairy Jamaluddin.

    ReplyDelete
  32. Khairy berkata Pemuda BN memperoleh keputusan yang baik pada pilihan raya semalam apabila memenangi sembilan kerusi Parlimen dan 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

    ReplyDelete
  33. "Daripada 42 calon Pemuda BN yang menang, 26 merupakan wakil Pemuda Umno yang menang di 21 kerusi DUN dan lima kerusi Parlimen," katanya. Khairy, yang mengekalkan kerusi Parlimen Rembau, berkata walaupun ada calon Pemuda BN yang tewas, namun sebagai muka baharu, mereka sudah berjaya mendapat pengalaman, latihan dan pendedahan melalui PRU kali ini.

    ReplyDelete
  34. "Jadi, pada PRU akan datang mereka merupakan muka-muka yang sudah dikenali masyarakat tempatan," katanya.

    Khairy juga meminta calon Pemuda BN yang menang kali ini supaya memikul amanah yang diberikan rakyat dengan sebaik mungkin dan tidak mensia-siakan peluang yang diberikan.

    ReplyDelete
  35. Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pergerakan itu akan mengadakan mesyuarat tidak lama lagi bagi mengkaji 'tsunami undian' dalam kalangan calon-calon BN.

    ReplyDelete
  36. "Puteri Umno ingin mengkaji faktor yang menyebabkan tsunami undian berlaku. Saya sedih melihat tsunami ini kerana ia menunjukkan isu dan sentimen perkauman yang dimainkan pembangkang berjaya meracuni sebahagian rakyat," katanya.

    ReplyDelete
  37. Rosnah yang mengekalkan kerusi Parlimen Papar berkata sembilan wakil Puteri Umno bertanding di dua kerusi Parlimen dan tujuh kerusi DUN pada PRU13.

    "Daripada sembilan calon itu, hanya seorang calon Puteri Umno kalah di kerusi DUN Sikamat di Negeri Sembilan. Antara faktor kekalahan itu termasuklah undi masyarakat Cina yang tidak berpihak kepada BN," katanya.

    ReplyDelete
  38. Rosnah berkata secara umum, calon-calon Puteri Umno mencatatkan prestasi yang baik dan berjaya mendapat sokongan pengundi di kawasan masing-masing.

    ReplyDelete
  39. Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sedar mengenai keretakan pertautan nasional dan timbulnya rasa terpinggir dalam kalangan sesetengah rakyat Malaysia, dan komited untuk menangani cabaran itu. Perdana menteri berkata situasi itu berlaku akibat polemik nasional yang bersandarkan kepercayaan, ras, pegangan politik, demografik bandar, luar bandardan kelas.

    ReplyDelete
  40. Najib bagaimanapun berkata beliau dan rakan-rakan dalam kerajaan akur bahawa mereka memikul amanah dan tanggungjawab kepada semua rakyat Malaysia sama ada yang menyokong mereka ataupun tidak susulan pilihan raya umum ke-13 (PRU13)baru-baru ini yang menyaksikan BN kembali menerajui kerajaan persekutuan. "Kerajaan Tuanku ialah kerajaan yang menjadi payung kepada setiap rakyat Malaysia," tegas beliau dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu''adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di Istana Negara.

    ReplyDelete
  41. Kerajaan, kata perdana menteri, akan merangka pelan terbaik untuk mengukuhkan lagi perpaduan kebangsaan serta membaik pulih persefahaman nasional,dan ini memerlukan kerjasama semua pihak. "Ia harus diasaskan kepada dialog membina di semua peringkat. Ia harus menjadi agenda semua pihak bagi mencapai kejayaan serta membuahkan hasil," kata Najib.

    ReplyDelete
  42. Pihak-pihak tertentu dilihat cuba mempertikaikan keputusan PRU13 yang memihak kepada BN dengan membangkitkan isu seperti undi popular, penggunaan dakwat kekal, dakwaan kehadiran ''pengundi hantu'' dan kononnya berlaku gangguan elektrik ketika pengiraan undi. Najib menarik perhatian sesungguhnya amat mudah untuk mengambil jalan menidak dan menyalahkan, namun ia tidak akan menyelesaikan sebarang masalah mahupun merungkai segala cabaran yang dihadapi Malaysia.

    ReplyDelete

  43. "Kerajaan ingin menyeru kepada pertimbangan rakyat Malaysia bagi melihat faktor-faktor kebersamaan yang mampu mempersatukan kita daripada melihat kepada titik-titik yang akan terus membuatkan kita terperangkap dengan nostalgia serta realiti lalu," katanya. Perdana menteri seterusnya berkata kerajaan komited untuk mencipta masa depan lebih baik untuk setiap rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  44. "Kami impikan sebuah Malaysia di mana semua kaum dan penganut pelbagai kepercayaan mampu hidup secara aman dan harmoni tanpa sebarang syak wasangka,sebuah Malaysia yang maju serta makmur, bumi yang mencukupi untuk semua," katanya. Najib berkata beliau dan rakan-rakan dalam kerajaan akan terus mempertahan, melindungi dan memelihara prinsip keluruhan perlembagaan, kedaulatan undang-undang, meraikan kepelbagaian, mengamalkan sikap inklusif dan mendahulukan rakyat dalam mengurus hal ehwal negara di bawah lembayung Seri Paduka.

    ReplyDelete
  45. Kerajaan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan disaran agar dapat menyalurkan segala peruntukan kewangan untuk pembangunan negeri ini kepada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah (SDO). Ahli Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Dr Bernard S Maraat berkata, perkara ini memang sudah lama dibincangkan iaitu sejak beliau menjadi Ahli Parlimen pada 2004 namun malangnya apa yang telah dipersetujui pada perbincangan itu tidak dilaksanakan.

    ReplyDelete

  46. Bernard yang juga mantan Ahli Parlimen Pensiangan berkata, kurangnya ketelusan dan disiplin dalam penyaluran peruntukan kewangan daripada kerajaan Persekutuan menyebabkan banyak projek-projek pembangunan telah diluluskan dilaksanakan dengan tidak melalui SDO atau jabatan-jabatan kerajaan berkenaan di negeri ini. Pada masa sama, disebabkan ketidak telusan banyak projek-projek pembangunan di kawasan luar bandar tidak dapat dilaksanakan terutama sekali naik taraf jalan-jalan raya, bekalan air bersih dan juga elektrik walhal projek-projek ini sudah diluluskan.

    ReplyDelete
  47. Menurut beliau, ada projek yang sudah diluluskan oleh kerajaan tetapi tidak dapat dilaksanakan disebabkan ketiadaan peruntukkan kewangan terutama sekali projek naik taraf jalan-jalan raya dan ini perlu diberikan perhatian oleh kerajaan. “Saya yakin ramai rakyat kita yang suatu masa dahulu begitu yakin dan setia kepada kerajaan BN telah mengundi pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke 13 dan ini jelas bahawa kebanyakan janji-janji kerajaan pada PRU12 masih belum ditunaikan. Dan inilah apa yang berlaku di kawasan Parlimen Keningau, Tenom dan Pensiangan.

    ReplyDelete
  48. “Walaupun BN menang namun daripada prestasi jumlah undi, pembangkang telah mendahului kita. Maka saya berharap kerajaan BN yang diberikan mandat memerintah semula Negara ini, lebih komited terhadap pemasalahan dan kebajikan rakyat terutama di kawasan-kawasan luar Bandar,” katanya kepada media di sini kelmarin. Bernard memberitahu bahawa kebanyakkan kewangan yang disediakan oleh kerajaan Persekutuan terutama sekali di peringkat Kementerian tidak disalurkan kepada jabatan yang bertanggungjawab (SDO) bagi menyelaras projek-projek pembangunan di negeri ini.

    ReplyDelete

  49. “Di Sabah SDO yang menggantikan Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) adalah dipertanggungjawabkan sebagai agensi yang menyelaras projek-projek pembangunan Persekutuan termasuk daripada Kementerian-Kementerian di peringkat Persekutuan dan saya berpendapat sepatutnya semua kewangan daripada kerajaan Persekutuan termasuk daripada Kementerian-Kementerian perlu disalurkan terus ke SDO dan bukan agensi lain yang tidak berkenaan. “Kita memandang berat masalah ini kerana kita hanya ada lebih kurang tujuh tahun lagi bagi mencapai status Negara Maju tetapi bila kita berbalik di kawasan luar bandar, masih banyak rakyatnya yang masih hidup di bawah tahap kemiskinan dengan pembangunan di kawasan tertentu masih terlalu begitu daif sekali.

    ReplyDelete
  50. “Kita tidak seharusnya bangga status Negara maju menjelang tahun 2020 jika masih banyak kawasan-kawasan di luar Bandar yang keadaan pembangunan nya masih daif sementara jalan raya masih menggunakan jalan balak yang berlumpur, elektrik tidak ada dan demikian juga penduduk masih bergantung kepada air sungai dan air hujan,” katanya. Bernard berkata, perlu bagi kerajaan Persekutuan agar peruntukan kewangan sama ada yang disediakan oleh kerajaan mahupun daripada Kementerian-Kementerian di peringkat Persekutuan hendaklah disalurkan terus kepada SDO agar mudah bagi pejabat ini menyelaras segala projek-projek pembangunan yang dilaksanakan di kawasan luar bandar di seluruh negeri ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.