Friday, May 3, 2013

Kantoi: Ada Cubaan SPR Bawa Keluar Kertas Undi?

Lumut : Kejadian aneh berlaku pagi semalam apabila cubaan pihak tertentu untuk memindahkan kotak-kotak undi awal dan kertas undi kosong disedari oleh calon Pakatan Rakyat di Parlimen Lumut.

Kertas undi pos yang telah dipangkah cuba dipindahkan dari lokap balai polis.

Perkara yang tidak dirancang itu berlaku apabila calon-calon Pakatan Rakyat singgah melawat petugas parti yang bergilir mengawal kotak undi awal dan kotak kertas undi kosong di lokap IPD Seri Manjung.

Salah seorang dari mereka yang menyaksikan kejadian adalah calon KEADILAN bagi Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid.

“Saya sampai di tepi IPD ini, dan nampak ada pegawai SPR sedang memunggah kotak-kotak itu masuk ke dalam kenderaan pacuan empat roda. Saya tanya nak bawa ke mana. Dia kata nak bawa ke dewan undian. Saya tanya untuk apa. Dia kata untuk semak.

“Saya tekankan dalam peraturan tak ada pun yang mengatakan kotak-kotak ini boleh dibawa keluar. Hanya boleh dibawa keluar pada 5 Mei sebelum pilihan raya dilaksanakan,” kata Imran mendedahkan perkara itu.

Mereka berjaya mengambil gambar bukti kotak kertas undi yang sedang dikeluarkan dengan alasan untuk ‘SEMAKAN SPR’.

Ia pula dibuat tanpa sebarang notis dari pihak SPR kepada para calon atau wakil-wakil mereka.

Ekoran itu, pihak peguam dari wakil parti dalam Pakatan Rakyat sedang mengambil tindakan selanjutnya.

Dalam PRU 13 ini, selain Imran, Rohawati Abidin, calon PAS akan mewakili DUN Pasir Panjang, manakala DUN Pangkor diwakili Saifullah Zulkifli dari KEADILAN.

xxx2

Komen Anda

38 Responses to " Kantoi: Ada Cubaan SPR Bawa Keluar Kertas Undi? "
Hidup Di Sabah said...
May 4, 2013 at 10:22 AM

Tidak tahu benar atau tidak ini. Atau mereka main teka-teki saja membuat andaian.


Hidup Di Sabah said...
May 4, 2013 at 10:23 AM

Entah-entah dalam kotak itu dokumen yang tidak berguna lagi. kita tidak tahu.


Hidup Di Sabah said...
May 4, 2013 at 10:24 AM

Kalau benar. teruskan ambil tindakan dengan peguam PR itu. Kita lihat setakat mana kebenarannya.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:26 AM

Tidak tahu lagi.. Benar juga mungkin ini hanya satu andaian tanpa dikaji lagi oleh mereka ini.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:28 AM

Tipu saja itu mereka sebarkan semua ini. Ini memang cara mereka sekarang dengan memburuk-burukkan SPR. Cubaan mereka untuk memastikan rakyat salah anggap dengan ketelusan SPR.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:54 AM

Ramai sebenarnya yang tertanya-tanya kenapa pakatan pembangkang yang diketuai Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim begitu bersungguh benar menyerang kredibiliti SPR meskipun badan rasmi pengendali pilihan raya yang sama inilah yang membolehkan PR menang di lima buah negeri semasa PRU 12 2008.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:54 AM

Satu persatu isu dibangkitkan dari hal remeh temeh seperti nama pengundi yang sama, keraguan terhadap undi pos, pendatang asing yang kononnya dibenarkan mengundi sehinggalah yang terkini isu dakwat kekal yang dikatakan tidak bertahan lama dan mudah hilang kesannya.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:54 AM

Perihal dakwat kekal yang dicalitkan pada jari pengundi asalnya idea oleh NGO Bersih sekutu PR selepas keberkesanan kaedah biometrik dipertikaikan, kini bila SPR mengesahkan penggunaan dakwat kekal untuk PRU-13, tanpa segan silu PR juga yang memanipulasikannya untuk menghentam SPR.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:55 AM

Pendek kata SPR yang sudah berjaya melaksanakan tanggungjawab mengendalikan 12 pilihan raya umum dan beratus lagi pilihan raya kecil ini dianggap sebegitu buruk sekali, ada sahaja yang tak kenanya meskipun SPR ini jugalah yang mengisytiharkan PR menang di 8 daripada 16 Pilihan Raya Kecil (PRK) sejak pasca PRU 12.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:55 AM

Yang hairannya, dalam duk sibuk pertikai itu ini dan persoalkan ketelusan dan kredibiliti SPR, boleh pula para pemimpin PR bersungguh benar untuk menyertai proses PRU-13 siap ada di sesetengah kawasan berlaku pertindihan antara calon PKR dan PAS.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:55 AM

Itu satu hal, yang paling tak boleh tahan sampaikan masing-masing dalam PR sibuk meramalkan konon mereka akan menang PRU-13 termasuklah sehingga menyebabkan Anwar terbayang-bayang akan menjadi Perdana Menteri. Tak ke bangang namanya tu?


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:55 AM

Sebetulnya, serangan berterusan Anwar dan pemimpin PR yang lain ke atas SPR terselit agendanya yang tersendiri yakni untuk menimbulkan persepsi buruk kepada SPR kerana Anwar tahu PRU-13 tidak menjanjikan kejayaan yang sama seperti PRU 12 2008 dulu.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:55 AM

Samada laporan dan risikan di pihak BN mahu pun PR, masing-masing tahu senario mutakhir dan trend semasa menunjukkan amat besar kemungkinan PR akan menerima kekalahan memalukan disebabkan kebangkitan semula BN yang berterusan mendapat sokongan majoriti rakyat.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:55 AM

Disebabkan itulah Anwar dan PR berusaha untuk menimbulkan persepsi buruk terhadap SPR selanjutnya menyemai keraguan penyokong PR terhadap ketelusan perjalanan pilihan raya di negara ini. Sampai satu masa, rasa ragu boleh bertukar menjadi benci dan dendam sehingga akhirnya menjadi protes jalanan dan mungkin berevolusi menjadi keganasan.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:55 AM

Awal tahun ini Anwar pernah membayangkan akan ada “Malaysia Spring” yang bermaksud kebangkitan jalanan dan kejatuhan pemerintah melalui kuasa jalanan dan keganasan sebagaimana yang berlaku di negara Arab yang dikenali sebagai “Arab Spring”.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:55 AM

Bukankah itu kelihatan seperti isyarat tersirat oleh Anwar yang menandakan akan ada sesuatu yang seiras Arab Spring samada sebelum atau selepas PRU-13?


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:56 AM

Demonstrasi ganas Bersih 3.0 pada April 2012 membuktikan PR sanggup melakukan apa saja untuk mencapai kemaruk menuju puncak kuasa, jadi tentulah ada kemungkinan kejadian yang sama berulang, bukan begitu?


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:56 AM

Andai tidak terdetik sedikit pun sedemikian, rakyat amat mengalu-alukan sekiranya Anwar sanggup membuat satu kenyataan dan akujanji bahawa PR yang terdiri dari PKR, DAP dan PAS berikrar untuk memastikan proses pilihan raya ini berjalan aman, samada sebelum dan selepasnya.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:56 AM

Khalayak ternanti-nanti untuk mendengar jaminan tersebut selari dengan jaminan yang sama yang pernah diikrarkan oleh BN. Soalnya sekarang beranikah Anwar dan PR memberi jaminan tersebut?


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:04 PM

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusofmenegaskan bahawa suruhanjaya itu tiada sebarang agenda untuk menipu bagi memenangkan pihak tertentu dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:04 PM

Abdul Aziz yang menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa SPR bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN), berkata kemenangan dan kekalahan seseorang calon serta parti politik bukanlah kerana SPR tetapi kerana pengundi tidak memilih.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:05 PM

"Apa yang kita buat adalah mengikut aturan dan undang-undang. Kita (SPR) telah adakan 12 kali pilihan raya. Tidak ada langsung agenda SPR untuk menipu bagi memenangkan seseorang," katanya dalam sidang media


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:05 PM

Sidang media itu diadakan berhubung dakwaan Naib Presiden PKR Tian Chua bahawa SPR dan BN mempunyai agenda melakukan penipuan dalam pilihan raya kali ini.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:06 PM

Sementara itu bagi memastikan tiada sebarang kecelaruan pada hari mengundi, beliau berharap tiada sesiapa yang cuba mencampuri urusan petugas SPR dan calon serta pemerhati tidak boleh mengatasi tugas ketua tempat mengundi.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:06 PM

"Mana-mana ejen tidak boleh bawa masuk komputer. Ejen jangan nak jadi ketua tempat mengundi. Ketua tempat mengundi pula jangan ikut arahan ejen parti. Mereka hanya pemerhati," katanya.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:07 PM

Abdul Aziz berkata bagi menghadapi masalah teknikal seperti gangguan elektrik dan telefon, pihaknya telahpun berhubung dengan Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional Berhad.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:07 PM

Ketika ditanya mengenai isu dakwat kekal, Abdul Aziz berkata beliau tidak menyalahkan pegawai SPR yang bertugas kerana kejadian itu hanya kesilapan kecil untuk cubaan kali pertama.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:07 PM

"Ia (dakwat) tidak akan tanggal jika digunakan dengan betul. Kami tidak pernah menggunakannya sebelum ini. Saya yakin ia kekal di jari. Saya berharap tidak jadi isu, harap semuanya sempurna tetapi realitinya kami tidak dapat mencapai kesempurnaan," katanya.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:09 PM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan tidak akan berlaku pengundian dua kali oleh pengundi pos walaupun jari dan kuku mereka tidak dicalitkan dengan dakwat kekal pada PRU-13.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:09 PM

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, berkata soal pengundian kali kedua bagi pengundi pos tidak timbul kerana nama mereka yang mengundi pos akan dipotong daripada senarai Daftar Pemilih.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 8:07 PM

Inilah bukti penipuan SPR..... bubarkan sahaja SPR dan biar PBB masuk campur uyntuk undi lebih telus....


Anonymous said...
May 4, 2013 at 8:10 PM

SPR penipuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu 999999999999999999999999999999999999 xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Anonymous said...
May 5, 2013 at 11:54 PM

Whether the reports and intelligence in the BN nor PR, respectively know the latest and current trends scenario very likely show PR will accept humiliation due to the ongoing revival BN had the majority of the people.


Anonymous said...
May 5, 2013 at 11:54 PM

That is why Anwar and PR tried to create a bad perception of the EC further sow doubt PR supporters against the election transparency in the country. Until one time, a sense of doubt can turn into hate and vengeance and eventually become street protests and may evolve into violence.


Anonymous said...
May 5, 2013 at 11:55 PM

Do not know yet .. This may also be true only an assumption without further studied by them.


Anonymous said...
May 5, 2013 at 11:55 PM

Many people actually wonder why the opposition-led general PKR chief Anwar Ibrahim was determined to attack the credibility of the EC true despite election official body of the same operator which led PR win in five states during 2008 GE 12.


Anonymous said...
May 5, 2013 at 11:55 PM

About indelible ink on fingers of voters who smeared originally an idea by Net NGO allies PR after the effectiveness of biometric methods in dispute, now when the EC validate the use of indelible ink for GE-13, PR unashamedly also manipulate to hit EC.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 11:23 AM

kini dah tau keputusan PRU, ia BN tetap menang


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx