Saturday, May 4, 2013

Mengapa rakyat berubah sokong Pakatan?

SECARA imbas, peningkatan sokongan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat adalah kerana perubahan generasi yang baru sedang menolak BN.

Tetapi di sudut lain, apa yang menyebabkan perubahan ini ialah teknologi dan berlalunya ancaman komunis ekoran kejatuhan Kesatuan Soviet.

Dari segi teknologi, adanya kaset pada tahun 80-an, laman web pada tahun 90-an, blog pada tahun 2000-an dan laman sosial pada tahun 2010-an menjadikan usaha menguasai minda rakyat oleh BN semakin kurang berhasil.

Sementara berakhirnya ancaman komunis membuatkan sebarang langkah pengawalan maklumat dan penguasaan kegiatan atas nama keselamatan sudah tidak boleh diterima.

Ini bermakna kejayaan Perikatan-BN selama ini adalah kerana penguasaan maklumat dan kegiatan rakyat. Justeru, rakyat tidak memperoleh aliran pemikiran berbeza sehinggakan mereka menerima apa saja yang diberitahu.

Maka dalam hal ini kemenangan Perikatan-BN selama 13 pilihan raya termasuk yang diadakan pada tahun 1955 adalah atas ketidakdilan.

Masakan tidak, dari awal lagi parti-parti yang menentang Umno ditekan dan dinafikan hak yang sama. Pemimpin Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) umpamanya, ditahan secara ramai, dan sudah tentu kekosongan politik diisi cepat oleh Umno.

Selepas merdeka, syarikat Utusan Melayu diambil alih Umno dan serentak itu suara selain daripada Perikatan seperti PAS dan Parti Rakyat tidak mendapat sebarang ruang.

Itu belum dikira bagaimana pemimpin tertinggi PAS dan Parti Rakyat ditahan ISA yang serentak itu melumpuhkan sebarang tawaran politik alternatif.

Tindakan ke atas pihak penentang Umno dibuat atas alasan keselamatan negara, yang ketika itu diancam Parti Komunis Malaya (PKM) dan Indonesia.

Adalah tidak adil pemimpin parti politik yang menyertai demokrasi dianggap sebagai ancaman keselamatan. Adakah penahanan mereka benar-benar mengancam negara atau tindakan itu dibuat atas kepentingan politik Umno.

Peristiwa 13 Mei telah menyempitkan ruang politik demokrasi. Lebih-lebih lagi BN ditubuhkan atas asas mengurangkan politik untuk lebih tumpuan pada pembangunan.

Sedangkan politik yang pelbagai mampu mengimbangkan pembangunan supaya tidak berlakupenyelewengan, kesilapan dan rasuah.

Sememangnya Malaysia menentang komunis, tetapi dalam tindakannya ia mengambil beberapa cara; ada yang baik, dan tidak kurang pula buruk. Pertama, penguasaan ke atas media adalah seperti dilakukan pihak komunis. Ada buku diharamkan. Propaganda parti dengan slogan serta gambar besar pemimpin tidak jauh daripada amalan komunis.

Demokrasi tidak sepatutnya seperti itu. Akhirnya apa yang berlaku ialah kurangnya ruang untuk kritikan dan ia membawa kepada kelemahan dalam pelaksanaan dasar, maka ia jadi mediokrasi - kesederhanaan dalam pencapaian.

Tetapi paling penting, keadaan ini membolehkan BN menang mudah. Oleh itu, kegagalan parti lain bukan kerana rakyat menolak mereka semata-mata tetapi mesej tidak dapat disampaikan. Pada 1999, maka bermulalah revolusi Internet yang membolehkan rakyat menerima mesej alternatif.

Buat pertama kali, beberapa kawasan telah ditembusi PAS. Tetapi kegunaan Internet masih belum meluas dan kemenangan adalah terhad serta sementara..

Maka Abdullah Ahmad Badawi menang besar tetapi majoriti dua pertiga BN dinafikan pada 2008.

Ketika itu internet bertambah meluas.

Cuba bayangkan, kalau media tidak dikawal sejak pilihan raya umum pertama, nescaya Umno tidak boleh bertahan begitu lama. . Namun dalam PRU13, pihak BN juga telah menggunakan Internet secara besar-besaran. Dengan peruntukan dan jentera besar, mereka percaya mengatasi pihak lawannya. Namun, rakyat sudah dapat menilai dan tidak.

-Oleh ABU FIRDAUS (DD)
xxx2

Komen Anda

84 Responses to " Mengapa rakyat berubah sokong Pakatan? "
Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:36 AM

Lima Tahun Bergaduh Jawatan PM, Berapa Tahun Pula Bergaduh Rebut Jawatan Kabinet?

Selepas berjaya menafikan kedudukan 2/3 BN di Dewan Rakyat dan berjaya menang di 5 negeri dalam PRU 2008, pembangkang yang dulunya dengan idealogi dan fahaman masing-masing cuba membina ikatan mereka di bawah satu pertubuhan haram yang dinamakan pak-khatan rakyat.

Tempoh lima tahun(2008-2013) mereka cuba yakinkan rakyat Malaysia bahawa mereka semua bersatu, bersefahaman, ukuh dan jitu. Namun itu semua pembohongan.

Sampai ke hari ini pun mereka masih tidak mencapai persefahaman. Itulah bahana bila bernaung bawah ikatan haram. Sifat tamak dan tidak percaya mempercayai satu sama lain masih tebal dalam diri mereka.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:36 AM

Contoh yang pertama, pembahagian kerusi PRU….

Lima tahun mereka tidak boleh selesaikan soal pembahagian kerusi. Sampaikan selepas penamaan calon pun masalah itu tak selesai lagi. Kerana isu pembahagian kerusi tidak semena-mena salah seorang dari orang mereka menjadi mangsa. Nak tahu lanjut siapa yang menjadi mangsa sila baca di sini.

Contoh sifat tidak percaya mempercayai sesama mereka disahkan sendiri oleh Haji Hadi minggu lepas. Ketika mengulas isu pertindihan kerusi sesama mereka, Hadi berkata tindakan Pas menghantar borang penamaan calon di kerusi Dun Panti (Johor), kerana calon PKR tidak muncul di pusat penamaan calon.

Kerusi berkenaan telah diperuntukkan kepada PKR. Calon PKR lewat tiba di pusat penamaan calon pada hari berkenaan.

Apabila calon PKR lewat, tiba-tiba calon Pas masuk menyerahkan borang pencalonan mereka. Selepas calon Pas serah borang pencalonan, calon PKR pula tiba serah borang. Sepatutnya bila calon PKR serah borang, Pas tarik balik borang mereka sebelum nama calon disahkan. Tetapi itu tidak berlaku. Itu bukti sifat tamak Pas.

Untuk mengemukakan borang pencalonan calon Pas perlu ada watikah yang perlu ditandatangani oleh setiausaha agung atau presiden Pas. Ketika di pusat penamaan calon, bagaimana calon Pas boleh dapat watikah serta merta, sedangkan ketika itu setiausaha agung dan presiden Pas tidak berada di sana ?

Tidak lain tidak bukan watikah berkenaan telah disediakan awal-awal oleh Pas.

Kenapa Pas perlukan watikah untuk calon mereka sedangkan itu kerusi yang diperuntukkan kepada PKR ? Jika di kerusi dun berkenaan Pas telah siap sedia dengan calon dan watikah, tidak mustahil di semua kerusi yang ditandingi PKR di seluruh negara Pas juga telah siap sedia dengan calon dan watikah mereka. Itulah buktinya betapa tebalnya sikap tidak percaya Pas kepada rakan sebantal mereka.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:37 AM

Tinggalkan soal kerusi pilihan raya. Sekarang mari kita berbicara pasal siapa pula yang hendak dilantik sebagai PM.

Dari tahun 2008 – 2013 dan sekarang tinggal 7 hari lagi sebelum hari mengundi masalah siapa yang akan menjadi PM jika mereka menang, masih tak selesai-selesai lagi.

Sekejap kata semua setuju Anwar sebagai PM. Sekejap Pas kata pula PM belum diputuskan lagi. DAP pula kata hanya Anwar yang layak jadi PM. Orang Pas pula kata hanya Hadi yang akan layak jadi PM.

DAP pula kata mereka bimbang jika Hadi jadi PM. Lim Guan Eng pula kata pak-khatan rakyat setuju sebulat suara Anwar PM. Hari ini pula Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas kata Pas akan putuskan calon PM selepas mereka menang PRU ini.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:37 AM

Rakyat perlu menggunakan kuasa mengundi untuk mengekalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti berjaya membela rakyat dan membangun negara, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin.


Karulnaim said...
May 4, 2013 at 10:37 AM

Beliau berkata pemilih berdaftar perlu keluar mengundi pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti kerana setiap undi amat penting kerana ia akan menentukan nasib dan masa depan generasi kita.


Hidup Di Sabah said...
May 4, 2013 at 10:37 AM

Rakyat perlu sedar betapa pentingnya undi mereka kepada BN untuk membentuk kerajaan yang mampu membantu mereka, katanya pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat bagi Daerah Mengundi Putatan di Kampung Kepayan II dekat sini, hari ini.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:38 AM

Yahya yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Petagas mengingatkan rakyat khususnya di kawasan Putatan agar tidak mensia-siakan undi mereka dengan “cuba-cuba” mengundi pembangkang.


Karulnaim said...
May 4, 2013 at 10:38 AM

"Yang jelas, parti pembangkang setakat ini hanya tahu membuat pelbagai janji yang tidak mampu mereka tunai. Tiada bukti parti pembangkang mampu membela rakyat dengan baik," tegasnya.


Selasiah said...
May 4, 2013 at 10:38 AM

Sebaliknya menurut Yahya, kerajaan BN hanya membuat janji yang dapat ditunaikan seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM), bantuan Baucar Buku 1Malaysia, Bantuan Awal Persekolahan, bantuan rumah dan lain-lain.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:38 AM

Antara Pos

Masalah yang tak selesai-selesai selama 5 tahun. Apakah perlu kita bagi mereka 5 tahun lagi ?

Cuba anda bayangkan betapa teruknya mereka….Lima tahun masa berlalu dan kini kita sedang membilang hari untuk keluar mengundi, mereka masih bergaduh pasal siapa nak jadi PM.

Jika nak putuskan seorang PM tidak boleh diselesaikan dalam masa 5 tahun, cuba anda bayangkan jika mereka menang kelak. Jawabnya 5 tahun lagi pun tak selesai berebut kerusi TPM, kerusi menteri dan kerusi timbalan menteri.

Teruk beb……teruk……manifesto entah kemana, ekonomi entah kemana, rakyat entah kemana, akhirnya negara yang dibina lebih 50 tahun ini hancur lebur. Semuanya kerana mereka bergaduh berebut jawatan.

Oleh yang demikian jangan sesekali kita lakukan perjudian tentang masa depan negara. Jangan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran gara-gara nak cuba kerajaan baru. Kita di BN sudah buktikan.

Negara ini kita ambil dari penjajah boleh dikatakan dalam keadaan kosong. Kita bangun, kita bina, kita majukan sampai ke tahap yang ada pada hari ini. Tidak dinafikan ada kesilapan-kesilapan yang dilakukan BN. Manusia mana yang tak silap ? Tetapi BN mengakui kesilapan dan belajar daripada kesilapan untuk membentulkan keadaan.

Datuk Najib sebagai seorang PM sanggup merendahkan dirinya memohon maaf kepada rakyat diatas kesilapan-kesilapan yang berlaku.

Apabila PM memohon maaf, puak-puak sebelah sana memperlekehkan PM. Kegagalan puak-puak mereka menunaikan manifesto PRU lepas di beberapa buah negeri yang mereka perintah, ada mereka merendahkan diri memohon maaf kepada rakyat ? Manifesto bukan janji, katanya. Akhirnya MB cabut lari tinggalkan kerusinya dan bertanding di kerusi lain.


Karulnaim said...
May 4, 2013 at 10:38 AM

"Semua bantuan ini hanya dapat diteruskan jika rakyat terus memberikan sokongan padu dan mandat kepada BN dalam PRU-13 nanti," katanya.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:38 AM

Yahya optimis Parlimen Putatan yang meliputi Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas dan DUN Tanjong Aru akan terus menjadi milik BN dalam PRU-13.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:38 AM

Sifat semula jadi manusia memang tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada. Itu tak betul, ini tak betul. Itu tak cukup, ini tak cukup. Cuba duduk diam-diam sekejap dan renungkan balik kehidupan kita 10 tahun lepas, 20 tahun lepas, 30 tahun lepas. Ada kalanya kita tidak sedar dengan kesenangan-kesenangan yang kita kecapi.

Dulu kita nak ke pekan, tunggu bas pun dah setengah jam. Hari ini kereta 2-3 biji depan rumah. Hidupkan dan jalan. Syarikat-syarikat bas pun semua dah nak bangkrap sekarang kerana tiada penumpang dan terpaksa diselamatkan oleh kerajaan.

Mungkin ada yang kata, saya beli kereta , beli rumah, beli itu ini semuanya guna duit saya bekerja, saya berniaga, saya buat projek, bukannya duit kerajaan bagi. Ya betul ! saya setuju. Tetapi jika kerajaan tidak dapat sediakan persekitaran ekonomi yang baik kita boleh dapat kerja bagus ke ? Dapat perniagaan yang bagus ke ?

Mereka menuduh kerajaan yang ada pada hari ini mengamalkan rasuah yang berleluasa. Jika rasuah berleluasa di Malaysia jangan haraplah kita dapat maju seperti hari ini.

Lihat contoh di Indonesia cukuplah. Bagaimana negara mereka dan bagaimana negara kita ? Apakah BN yang memerintah Indonesia hingga rasuah berleluasa berakar umbi ?

Sekonyang-konyang BN yang mereka tuduh rasuah, tidak pernah terjadi lagi pemimpin BN keluarkan arahan kepada SPRM untuk menyiasat pemimpin BN, SPRM mesti siasat waktu pejabat dan perlu datang ke pejabat pentadbiran kerajaan. Tak boleh tangkap dan siasat di pejabat SPRM.


Selasiah said...
May 4, 2013 at 10:38 AM

Menurutnya, dengan sokongan padu yang diberikan oleh rakyat pelbagai kaum dan kerjasama erat jentera parti-parti komponen, BN akan dapat mempertahankan kerusi DUN dan Parlimen.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:39 AM

Di Selangor mereka tak boleh disentuh. MB nya menghalang. SPRM nak siasat. SPRM mesti datang ke bangunan pejabat MB dan diwaktu pejabat sahaja. PM dari BN sentiasa terbuka 24 jam untuk SPRM menyiasat mana-mana pemimpin BN.

Menjadi PM bukan satu perkara mudah seperti merebut jawatan Pengerusi PIBG. Dari menjaga keperluan rakyat, kesihatan rakyat, pembangunan negara, pembangunan ekonomi dan hinggalah hal ehwal dunia serta hubungan dengan negara-negara luar semua perlu diuruskan. Bukan sesedap naik kereta dengan diiringi polis trafik.

Apakah anda fikir Anwar Ibrahim yang hanya berkelulusan kesusasteraan melayu yang terpaksa diambil dua kali untuk lulus, boleh menguruskan ekonomi Malaysia ? Jika alasan yang diberikan dulu dia menteri kewangan dan boleh uruskan, itu silap.

Dulu Tun M ada di belakangnya. Banyak yang dia buat yang Tun batalkan. Temasuklah menaik kadar interest pinjaman waktu ekonomi tengah jatuh, menaikkan bayaran minimum kad kredit dan juga menaikkan bayaran lesen memandu daripada RM 20 kepada RM 50 di saat-saat ekonomi tengah gawat. Tun yang kemudian batalkan semua itu.

Di saat ekonomi sedang gawat, kita nak orang belanja wang supaya kegiatan ekonomi jadi meriah. Kalau semua orang ambil sikap tidak belanja dan simpan wang, hancurlah ekonomi. Jika bayaran interest pinjaman pembelian kereta dan rumah dinaikan berkali-kali ganda, siapa yang nak beli kereta dan rumah ? Jawabnya penjual-penjual kereta semua bungkus.

Apabila penjual kereta bungkus, jurujual mana nak dapat duit untuk sara hidup. Pekerja kilang kereta pun turut terjejas dan rantaian-rantaian seterusnya. Anwar punya bodoh pergi naikkan interest pula. Tun M marah dan batalkan semua itu.

Kemudian Tun buat pakej rangsangan ekonomi. Salah satu yang saya ingat adalah potongan KWSP kita dikurangkan. Jadi kita dapatlah gaji lebih sikit setiap bulan. Dengan gaji lebih itu Tun minta rakyat pergi belanja atau membeli belah, supaya kegiatan ekonomi kembali rancak.

Alhamdullillah, ekonomi kita pulih dalam masa setahun dua dan kita tidak perlu meminjam daripada IMF sepertimana yang dicadangkan Anwar.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 10:39 AM

Nak sokong Pas kerana islam ? Apa lagi yang islam ada pada Pas melainkan nama sahaja. Negara islam dah gugur, hukum hudud dah gugur, pejuang anti murtad di pecat, kalimah Allah digadai.

Dengar sini saya nak cakap…..

Hassan Ali sebelum ini adalah pemimpin Pas (Parti ISLAM Semalaysia). Sebagai seorang daripada parti ISLAM dan arif dari sudut agama beliau diberi kepercayaan untuk menjaga hal ehwal agama islam di Selangor.

Apabila ada laporan sebuah gereja di Petaling Jaya menjalankan kegiatan memurtadkan orang islam, Hassan Ali menggunakan kuasa yang diamanahkan kepadanya untuk menghalang perkara tersebut.

Bab orang islam nak dimurtadkan, jangan kata ada kuasa, tiada kuasa pun kita wajib halang, apatah lagi Hassan Ali yang ada kuasa. Dia perlu gunakan segala kuasa yang ada padanya untuk halang perkara tersebut.

Apabila Hassan Ali bertindak, ianya telah menimbulkan kemarahan DAP dan PKR. Parti islam yang Hassan Ali bernaung mengarahkan beliau untuk tutup mulut. Kerana tidak mahu kehilangan sokongan pengundi bukan islam, akhirnya Hassan Ali dipecat kerana parti islam rasa Hassan Ali merugikan mereka.

Sebab apa Parti ISLAM Semalaysia pecat Hassan Ali ?


Hidup Di Sabah said...
May 4, 2013 at 10:41 AM

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyeru rakyat di sini untuk meneruskan kebijaksanaan mereka memilih Barisan Nasional (BN) sebagai satu-satunya parti yang mampu membentuk kerajaan di peringkat nasional.


Hidup Di Sabah said...
May 4, 2013 at 10:41 AM

“Kita (rakyat) perlu memilih kerajaan yang kuat dan boleh membantu rakyat seperti BN. jika kerajaan kita kuat, ekonomi juga akan menjadi lebih stabil sekali gus menjamin masa depan negara dan membolehkan rakyat menikmati kemajuan.


Hidup Di Sabah said...
May 4, 2013 at 10:41 AM

Jika rakyat memilih parti yang lemah untuk menjadi kerajaan, ekonomi negara kita juga akan lumpuh, pelabur-pelabur tidak akan datang melabur dan pelancong-pelancong tidak akan datang ke negara kita kerana keada-an negara tidak menentu.


Hidup Di Sabah said...
May 4, 2013 at 10:42 AM

Justeru katanya, rakyat (pengundi) perlu bijak me-mastikan mereka menyokong BN yang sudah mempunyai pengalaman selama lebih 50 tahun menjadi kerajaan. Katanya manifesto BN jelas membuktikan banyak inisiatif telah dilakukan untuk membangunkan negara.


Hidup Di Sabah said...
May 4, 2013 at 10:42 AM

Namun katanya, untuk menubuhkan kerajaan baharu sokongan rakyat hendaklah dikekalkan. Kalau sokongan rakyat kuat, pelbagai inisiatif boleh dilakukan untuk melaksanakan pembangunan bukan sahaja di luar bandar, malah pembangunan dalam bandar, sekolah, belia, wanita, kesihatan dan keselamatan akan dapat kita pertingkatkan.


Hidup Di Sabah said...
May 4, 2013 at 10:42 AM

egara akan rugi besar sekiranya sebuah kerajaan yang baik pimpinan Barisan Nasional (BN) kehilangan kesinambungan pimpinan memandangkan gabungan itu menguruskan negara dengan sangat baik selama lebih 50 tahun.


gag said...
May 4, 2013 at 11:16 AM

TAK TAHU BERSYUKUR
Bukan mudah untuk menjadi seseorang yang tahu bersyukur. Terdapat dalam pepatah Melayu, beri betih, nak peha yang sangat tepat menggambarkan mengenai sifat dan perangai manusia yang tidak bersyukur.

TRUST BN


gag said...
May 4, 2013 at 11:17 AM

TAK TAHU BERSYUKUR
Ada pun bagi manusia yang tidak tahu bersyukur atau tidak pernah puas dengan apa yang mereka perolehi, maka sebanyak mana pun habuan atau nikmat yang mereka perolehi di dunia, maka nilainya menjadi kurang atau susut.

Dalam konteks negara kita, walaupun kerajaan BN telah melakukan hampir segala-galanya kepada rakyat, membantu rakyat, menyelamatkan rakyat dan memastikan kesejahteraan hidup rakyat, namun masih ada di kalangan mereka yang tidak bersyukur atau mencari salah kerajaan. Walhal, apa yang mereka perolehi, bukanlah sesuatu yang mampu diberikan oleh semua kerajaan.

Sifatnya sedang berada di tengah-tengah masyarakat kita. Mereka selalunya terdiri daripada mereka “yang tidak tahu malu” dan menerima apa jua pemberian kerajaan tetapi mereka menentang kerajaan. Ya, mereka adalah golongan minoriti tetapi kewujudan golongan ini sangat mengganggu masyarakat lain sebenarnya.

Mengapa ia berlaku sedemikian. Sebabnya, mereka memang diajar oleh golongan yang sememangnya tidak juga tahu bersyukur.

TRUST BN


gag said...
May 4, 2013 at 11:19 AM

TAK TAHU BERSYUKUR

Apa pun, rakyat Malaysia sebenarnya sangat bertuah dengan apa yang mereka miliki hari ini. Percayalah, kita ini telah memiliki melebihi apa yang sepatutnya. Ia berpunca daripada kejayaan pemimpin negara mengurus negara dan bukannya menghabiskan waktu dengan melalak di pentas ceramah politik.

Kerajaan BN dipimpin oleh mereka yang berkelayakan, berkemampuan dan bijak dalam mentadbir negara kita. Mereka adalah golongan yang berilmu dan tahu bagaimana ingin membentuk negara bertuah ini.

Mereka yang dengki dan tidak tahu bersyukur di atas apa yang telah dan sedang kita capai adalah golongan yang sememangnya akal mereka tidak boleh lagi menerima hakikat, apatah lagi mahu mempercayainya.

Sejak dahulu sehingga sekarang, setiap faedah yang kita kecapi dan nikmati adalah hasil usaha kerajaan BN. Ini adalah fakta yang akan terus kekal selama-lama di negara ini.

Kepada rakyat, terima kasih kerana terus menyokong dan memberikan undi kepada BN. Sesungguhnya sokongan anda adalah sangat berbaloi dengan apa yang sedang dan akan dilaksanakan kerajaan BN untuk kita semua.

TRUST BN


Anonymous said...
May 4, 2013 at 11:20 AM

Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor selaku calon Parlimen P.125 Putrajaya membidas pakatan pembangkang khususnya Pas yang beria-ia mahu menakluk kawasan terbabit sedangkan suatu ketika dulu apabila kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) membentangkan perancangannya maka merekalah yang membantah dengan melabelkan pelbagai tuduhan kepada BN dan kepimpinannya.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:13 PM

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar yakin momentum sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) yang semakin meningkat dari hari ke hari, akan membolehkan parti itu merampas kembali pemerintahan Kerajaan Negeri Selangor pada pilihan raya umum ke-13.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:14 PM

Keyakinan itu, katanya disandarkan kepada sambutan yang amat baik daripada rakyat terhadap program dan aktiviti turun padang oleh BN.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:14 PM

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata rakyat sudah jelak dengan pembangkang, yang hanya pandai menabur janji manis tetapi gagal menunaikannya, sepanjang hampir lima tahun memerintah Selangor.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:15 PM

"Saya tengok hari ini mood dan gelombang sokongan rakyat amat jelas. Kalau dahulu pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) memihak sebelah sana (pembangkang) tetapi sekarang semua sudah buat pusingan U dan beri sokongan kepada kita.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:15 PM

"Anak muda juga datang menawarkan diri secara sukarela untuk bantu BN dan memberitahu bahawa mereka telah melakukan kesilapan menyokong pembangkang pada 2008 yang jelas cakap tidak serupa bikin," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Guru Muda 1Malaysia peringkat daerah Kuala Selangor.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:16 PM

Noh yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Karang turut berkeyakinan bahawa BN akan memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU13, berbanding pada PRU12 pada 2008.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:16 PM

Pada PRU12, BN memenangi lima daripada 22 kerusi Parlimen dan 20 daripada 56 kerusi DUN.

Selain itu, beliau berkata kredibiliti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Pengerusi BN Selangor juga merupakan antara faktor meningkatnya sokongan rakyat terhadap BN di Selangor.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:17 PM

Sokongan masyarakat India di negara ini terhadap Barisan Nasional (BN) dilihat semakin meningkat dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yakin mandat daripada komuniti tersebut akan membantu BN mencapai kemenangan dalam Pilihan raya Umum ke-13.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:17 PM

Najib ketika wawancara eksklusif bersama Bernama turut melihat trend dan corak pemikiran masyarakat India telah mula memilih BN sebagai parti untuk disokong dalam pilihan raya akan datang.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:18 PM

Perkara itu juga sebelum ini telah diakui oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau yakin bahawa masyarakat India telah sedar bahawa kerajaan BN lebih cekap berbanding kerajaan pembangkang khususnya dalam memberi bantuan kepada kaum terbabit.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 12:18 PM

Sokongan itu kembali hasil daripada usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memperkenalkan dasar transformasi dan bantuan kepada rakyat yang turut menitik berat masa depan masyarakat India.


Anonymous said...
May 4, 2013 at 4:09 PM

Aku bersyukur di perintah BN yg hari2 Barang naik harga dan aku terus akan bersyukur jika ramai PATI masuk ke Sabah secara berleluasa dan bakal melenyapk peluang pribumi yg memang dah trhakis. Aku tetap brsyukur jika ramai Bangla Nepal dan Nyammar jadi rakyat malaysia mana tau rakyat Malaysia yg hidung kemek/pepes akan mancung selepas ini. Hensemmm..


Anonymous said...
May 4, 2013 at 6:44 PM

Inikalilah...tukar


Anonymous said...
May 4, 2013 at 8:20 PM

Ya bah Ayoooo sabahannnnn TUKAAAAARRRRRRRRRRRRRRRRRRR.... ini kalilah.....


zaimi said...
May 4, 2013 at 10:52 PM

Timbalan perdana menteri berkata janji-janji dalam manifesto parti itu diuar-uarkan dalam siri kempen mereka tanpa memikirkan kesan ekonomi kepada negara dan rakyat.



zaimi said...
May 4, 2013 at 10:55 PM

Duit mana mereka hendak gunakan untuk semua itu? Petronas? Kalau ambil semua duit Petronas, akhirnya ‘angsa emas’ ini takkan bertelur lagi,” katanya.



zaimi said...
May 4, 2013 at 10:58 PM

“Sampai ada slogan ‘Mari Bersihkan Malaysia’ macamlah Malaysia ini kotor sangat, adakah kita sekarang tak aman tenteram?



Anonymous said...
May 5, 2013 at 11:49 PM

People should use its voting power to maintain the ruling Barisan Nasional (BN), which has proven successful defense of the people and developing countries, said Deputy Chief Minister Datuk Seri Yahya Hussin.


Anonymous said...
May 5, 2013 at 11:50 PM

Seats allocated to party. PKR's late arrival at the nomination center on that day.


Anonymous said...
May 5, 2013 at 11:50 PM

After successfully denying 2/3 BN in Parliament and managed to win in 5 states in the general election of 2008, opposition to the ideology and beliefs previously tried their best to build their bond under an illegal organization called pak-khatan rakyat. Five-year period (2008-2013) they try to convince Malaysians that they are all united, understanding, strengthen and accurate. But it's all a lie.


Anonymous said...
May 5, 2013 at 11:50 PM

Five years they can not settle the question of the allocation of seats. Delivers nomination even after the problem was not finished yet. Because the issue of the allocation of seats suddenly they are one of those victims. To know more who are victims please read here.


Anonymous said...
May 5, 2013 at 11:50 PM

When the late PKR, PAS candidate suddenly handed in their nomination forms. After candidates submit nomination forms Pas, PKR candidate's submission of the form. PKR should submit any form, Pass withdraw their form before the nomination is confirmed. But that did not happen. Pass the evidence of greed.


mantera said...
May 6, 2013 at 11:27 AM

Mandat baharu yang diberikan kepada Barisan Nasional (BN) yang kembali membentuk kerajaan pusat pada pagi ini membuktikan rakyat Malaysia tetap mengutamakan kesederhanaan sebagai cara hidup terbaik dalam negara bermasyarakat majmuk.


mantera said...
May 6, 2013 at 11:28 AM

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan bahawa BN memenangi majoriti mudah 112 kerusi daripada sejumlah 222 kerusi Parlimen pada pukul 12.50 pagi.


mantera said...
May 6, 2013 at 11:28 AM

Ini diikuti dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kejayaan BN itu pada satu sidang media yang disiarkan secara langsung melalui televisyen ke seluruh negara.


mantera said...
May 6, 2013 at 11:28 AM

Walaupun ditawarkan pelbagai janji manis oleh Pakatan Rakyat, namun rakyat yang mengundi pada Ahad, melihat lebih kepada para pemberi janji itu yang di mata mereka mungkin ekstrem dalam kempen untuk menarik sokongan dan undi, yang bukan sahaja terlalu ghairah malah sehingga menakutkan pengundi.


mantera said...
May 6, 2013 at 11:28 AM

Satu contoh jelas ialah penentangan keterlaluan DAP terhadap pelaksanaan undang-undang syariah dan hukum hudud manakala kesungguhan keterlaluan di pihak PAS melaungkan janji kononnya tetap akan melaksanakan hukum hudud.


mantera said...
May 6, 2013 at 11:28 AM

Majoriti rakyat yang mahu status quo dalam hal itu tetap tidak goyah, tentunya memilih untuk mengundi BN yang sejak sekian lama mengendalikan isu itu dengan baik tanpa menjadikannya polemik yang dimanipulasi untuk memancing undi semata-mata.


mantera said...
May 6, 2013 at 11:29 AM

Penganalisis politik Dr Ibrahim Ghafar berkata rakyat juga melihat tawaran yang dibuat dalam manifesto Pakatan Rakyat sebagai janji yang ekstrem seperti penurunan harga kereta dan minyak secara mendadak, penghapusan pinjaman PTPTN, pelbagai pemberian tunai dan gaji minimum RM1,200.


mantera said...
May 6, 2013 at 11:29 AM

Rakyat bukan tidak mahu semua itu tetapi mereka mengamatinya dengan waspada. Bagaimana jika cukai pendapatan akhirnya terpaksa dinaikkan berkali ganda kerana pembangkang, jika menang, terpaksa melakukannya untuk meningkatkan hasil negara bagi menampung biaya besar semua janji-janji manisnya.


mantera said...
May 6, 2013 at 11:29 AM

Itupun kalau janji dalam manifesto pembangkang seperti penghapusan tol akan ditepati


mantera said...
May 6, 2013 at 11:29 AM

Lantaran itu, katanya, rakyat lebih cenderung mempercayai kesedarhanaan yang ditawarkan BN, yang dijanjikan akan dilaksanakan secara sedikit demi sedikit dan berhemah sehingga tidak membebankan kewangan kerajaan.


mantera said...
May 6, 2013 at 11:30 AM

Bagaimanapun kerajaan baharu BN ini wajarlah juga memerhatikan dengan lebih jauh di mana yang boleh mereka turunkan harga barangan dan perkhidmatan untuk membalas budi rakyat yang mengembalikan BN ke tampuk pemerintahan dalam PRU ini


mantera said...
May 6, 2013 at 11:30 AM

Ibrahim menyokong penuh hasrat yang diumumkan Najib pada sidang media kemenangan BN untuk melakukan penyatuan negara, yang dianggapnya sangat wajar untuk membolehkan 'biduk lalu kiambang bertaut' memandangkan Wawasan 2020 hanya tinggal tujuh tahun saja lagi dan memerlukan sokongan padu semua pihak.


mantera said...
May 6, 2013 at 11:30 AM

Namun penyatuan itu tidak boleh sepihak oleh Najib dan BN sahaja tetapi mestilah juga dengan keikhlasan pihak pembangkang juga. Rakyat telah membuat pilihan secara demokratik dan dalam sistem demokrasi, suara majoriti itu perlu dihormati dan diterima dengan baik.


mantera said...
May 6, 2013 at 11:30 AM

"Pembangkang perlu menerima keputusan dan pilihan rakyat. Marilah sama-sama bekerja keras dengan kerajaan untuk memacu Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi, yang faedahnya akan dinikmati semua termasuk penyokong pembangkang. Kalau perlu, lima tahun lagi bertandinglah semula," katanya.


mantera said...
May 6, 2013 at 11:31 AM

Dalam usaha penyatuan itu, katanya, pengundi Cina, India, Melayu dan pengundi muda juga perlu bermuhasabah diri dan menilai untuk menghargai dengan jujur sejauh mana Najib telah berusaha menunaikan semua kehendak mereka dan sejauh mana pula mereka membalasnya dengan mengundi BN.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:13 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak took his oath of office as Prime Minister today, after receiving the mandate through the Barisan Nasional (BN) which won 133 parliamentary seats in the 13th general election (GE13) Sunday.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:17 PM

Datuk Seri Najib Razak has taken his oath of office as prime minister before Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah at the Istana Negara here today.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:18 PM

The Barisan Nasional (BN) chief had led his 13-party coalition to victory in yesterday’s election, winning 133 seats out of 222 in the Dewan Rakyat but well-short of recovering the two-thirds supermajority they had been seeking as well as the popular vote.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:18 PM

Today’s ceremony provides the stamp of legitimacy for Najib who rose to office on April 3, 2009 to replace Tun Abdullah Ahmad Badawi after Malaysia’s fifth prime minister quit mid-stream following the ruling coalition’s dismal showing in the 2008 general election.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:20 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak took the oath of office as prime minister before the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah at Balai Rong Seri, Istana Negara at 4.07pm Monday.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:21 PM

Present at the ceremony was Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Hamidon. Najib, 59, accompanied by wife, Datin Seri Rosmah Mansor, repeated history when he took the oath before the same king who witnessed the oath taking by his father, Tun Abdul Razak Hussein, in 1970 as the second prime minister of Malaysia.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:22 PM

Also in attendance were former prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi and leaders of BN component parties. In Sunday's general election, Barisan Nasional (BN) was returned to power when it won 133 of the 222 parliamentary seats to form the new federal government.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:22 PM

However, the DAP, PAS and Parti Keadilan Rakyat (PKR) maintained their domination in Penang, Kelantan and Selangor respectively.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:23 PM

The big task, not only for Najib but also the Cabinet to be formed, is to continue to win the hearts and mind of the people to be together with the BN to lift Malaysia as a high-income economy as the other countries in the region are also eager to emerge as new economic nations.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:25 PM

The move is crucial in gaining the people's trustworthiness in total if the BN wants to continue to administer the country credibly till the end of the decade.Najib, who succeeded Tun Abdullah Ahmad Badawi as prime minister on April 2, 2009 defended his Pekan parliamentary seat in Pahang with a bigger majority of 35,613 votes beating the PKR candidate, Mohd Fariz Abd Talib, compared with 26,464 votes in 2008.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:26 PM

Najib has wide experience in the country's political arena and the government since joining politics in 1976 when he was offered to stand in the Pekan parliamentary constituency following the death of his father, Tun Abdul Razak Hussein. He created history when he became the youngest member of the UMNO Supreme Council at the age of 28 in 1981, and elected as the Pekan UMNO division head one year later and deputy chairman of the Pahang UMNO Liaison Body, and later as its chairman.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:27 PM

Najib's involvement in the government began in 1978 when he was appointed as the Deputy Minister of Energy, Telecommunications and Post at the age of 25 and moved to the Education Ministry as its Deputy Minister two years later. In the 1982 general election, he contested the Pahang state constituency of Bandar Pekan and was appointed as the 11th Pahang Menteri Besar at the age of 29.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:28 PM

After four years, Najib returned to join the federal government when he was appointed as the Minister of Culture, Youth and Sports after winning the Pekan parliamentatry seat. He was appointed as Defence Minister in 1990, Education Minister in 1994 before returning to the Defence Ministry in 1999, and became Finance Minister in September 2008.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:29 PM

When Tun Dr Mahathir Mohamad was succeeded by Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi as Prime Minister in 2003, Najib was appointed the Deputy Prime Minister. After taking over the national leadership in 2009, Najib introduced the 1Malaysia administration philosophy: People First, Performance Now, followed by various national transformation programmes to turn Malaysia into a modern and progressive nation.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:29 PM

Perubahan angin sentiasa berlaku.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:33 PM

But the big task for Najib, 59, as he had admitted as soon as the BN attained the simple majority of 112 seats and defeated the opposition coalition, was to promote national solidarity among the people.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:34 PM

This was because the GE13 saw a change in the political landscape especially when a section of the voters, particularly the Chinese community, had yet to fully accept the 1Malaysia concept.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:58 PM

LDP president Datuk VK Liew said the young generation or first time voters could have contributed to his defeat in Sandakan.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 10:59 PM

He said that though he polled an increase of over 5,000 votes compared to what he got in 2008, the result shows that are split in the middle in the straight fight.


Anonymous said...
May 6, 2013 at 11:00 PM

ANGIN PERUBAHAN HARUS SEIRING


Anonymous said...
May 6, 2013 at 11:00 PM

The wind of change is going to change human's mind.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx