Sunday, May 5, 2013

Pakatan Yakin 10 Parlimen Di Sarawak



Tidak sampai 24 jam sebelum hari pengundian, Pakatan Rakyat Sarawak yakin merampas lima kerusi ekoran sokongan pengundi Cina dan masih berusaha di lima lagi kerusi yang mereka kalah tipis pada 2008.

azlanPakatan dikatakan hanya memerlukan sepuluh kerusi di Bumi Kenyalang itu bagi membolehkan mereka melangkah ke Putrajaya.

Bagaimanapun, sokongan Dayak masih sudah dibaca ekoran masalah logistik dan perhubungan apabila sebuah kerusi di sana sebesar negeri Pahang di semenanjung.

Pakatan yakin selamat di Bandar Kuching, Stampin, Miri, Sarikei dan Lanang, yang mula ditembusi dalam pilihan raya negeri 2011.

Kerusi majoriti tipis itu adalah Sibu, Saratok, Baram, Hulu Rajang dan Limbang.

Pakatan memang Bandar Kuching pada 2008 dan menakluk Sibu dalam pilihan raya kecil 2010. -MK
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Pakatan Yakin 10 Parlimen Di Sarawak "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx