Saturday, May 4, 2013

PRU 13 : BN, Pakatan bertarung sengit

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) dilihat terikat untuk memenangi Pilihan Raya 2013 dengan ekonomi menjadi isu pokok menjelang pilihan raya 5 Mei depan, menurut kaji selidik Merdeka Center.

Penyelidik itu mendapati 42 peratus pengundi mengakui PR perlu diberikan peluang untuk mentadbir negara berbanding 41 peratus yang mengatakan hanya BN yang boleh mentadbir negara.

Tambahnya empat peratus pengundi enggan memberikan maklum balas sedangkan 13 peratus pengundi mengatakan “tidak tahu.”

“Berdasarkan keputusan kaji selidik dan jangkaan pilihan raya bersih dan adil, kami menjangkakan tiada parti sama ada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat akan mendahului setakat 9.30 pagi pada 2 Mei 2013,” kata Merdeka Center dalam satu kenyataan petang ini.

Kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center bermula 9.00 pagi pada 28 April dan 9.30 malam pada 2 Mei, melibatkan 1,600 pengundi berdaftar yang merangkumi 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus India yang ditemuramah melalui panggilan telefon.

Pemimpin BN telah menyuarakan keyakinan mereka untuk memenangi pilihan raya kali ini berbanding 2008, dengan mengatakan jentera parti itu bekerja keras untuk mendapatkan undi di kawasan bandar dan pedalaman bagi memastikan pemerintahan mereka sejak Kemerdekaan pada 1957 akan kekal.

BN turut percaya mereka akan memperolehi 142 kerusi, yang mana dikatakan jumlah kerusi yang berpindah tangan kepada parti sejak 24 jam lalu di kawasan Sabah dan Sarawak.

Pemimpin kedua-dua pihak bergerak ke seluruh negara sejak dua minggu lalu untuk memberi ceramah dan menggesa jentera parti bekerja keras memujuk pengundi atas pagar.

Berdasarkan hasil kaji selidik itu dengan tiga peratus margin kesilapan, Merdeka Center berkata BN akan mendapat 85 kerusi berbanding PR, 89 dengan 46 kerusi masih lagi menjadi rebutan.

Dua lagi kerusi di Sabah dan Sarawak akan dimiliki kerusi lain, tambahnya.

Kaji selidik itu juga mendapati rating Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menurun kepada 61 peratus berbanding 64 peratus pada kaji selidik terakhir pada 12 hingga 17 Mac lalu.

“Kami merasakan ianya disebabkan faktor “feel good” oleh Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan pemberian wang tunai kepada beberapa sektor pengundi,” katanya.

Jelasnya lagi, kebimbangan terhadap ekonomi berada pada tahap 25 peratus dan menjadi isu tertinggi antara yang mahu didengar pengundi, atau didebatkan ketika pilihan raya, diikuti pentadbiran dan kepimpinan sembilan peratus, isu sosial dan keselanatan umum tujuh peratus, isu berkaitan kaum tujuh peratus, dan rasuah enam peratus.

Dianggarkan 13.3 juta rakyat Malaysia termasuk 5,200 pengundi luar negara layak mengundi bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi negeri tidak termasuk 71 peratus kerusi Sarawak yang telah berlangsung pada 2011

-TMI

39 comments:
Write comments
  1. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas pakatan pembangkang yang menghasut rakyat untuk mencontohi budaya 'Arab Spring' dalam usaha menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  2. Tegas beliau, Malaysia tidak boleh disamakan dengan negara-negara Arab yang terjerumus pelbagai konflik pengurusan negara dan masalah ekonomi.

    ReplyDelete
  3. "Bagaimanapun, saya yakin sebahagian besar rakyat Malaysia cintakan keamanan dan perpaduan, kita mahu negara kekal aman dan selamat.

    "Waktu selesai pilihan raya, bila Barisan Nasional (BN) diumumkan menang, mereka harus mengakuinya. Mereka harus bersikap budiman dan terima, jangan persoal, jangan pertikai, jangan pergi jalan raya buat demonstrasi. Kita cabar mereka dan tengok apa terjadi," katanya.

    ReplyDelete
  4. Menurut Muhyiddin, beliau mempunyai pengalaman 39 tahun dalam menghadapi pilihan raya umum namun kali ini paling mencabar kerana pelbagai tohmahan jahat dan fitnah daripada pakatan pembangkang yang langsung tiada adab susila.

    ReplyDelete
  5. "Dua Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar buat laporan polis kononnya dakwat kekal tidak betul, apa takut sangat? Kalau dia yakin dia boleh menang, tidak payahlah.

    ReplyDelete
  6. "Malah, saya baca laporan, ada yang diberi kursus macam mana nak buat kekacauan pada hari mengundi 5 Mei ini. Kalau rasa dah menang, kenapa nak buat kekacauan? Biarlah orang undi, kenapa nak buat kacau? Ini semua kerana mereka tidak yakin boleh menang," katanya.

    ReplyDelete
  7. Menurut beliau, bukan mudah untuk menguruskan Malaysia yang berjaya kekal aman dan damai walaupun berbilang kaum dan agama.

    ReplyDelete
  8. Katanya, kecekapan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam tempoh 56 tahun selama ini telah membawa kemakmuran dan banyak kejayaan ekonomi sehingga rakyat menikmati kehidupan lebih baik.

    ReplyDelete
  9. Malah, tegas beliau, dakyah pembangkang memburukkan BN sebagai punca harga barang naik adalah fitnah jahat kerana kerajaan telah meringankan banyak beban rakyat menerusi subsidi seperti mengurangkan harga beras, gula, tong gas dan minyak.

    ReplyDelete
  10. "Sekarang ini, adalah saat kritikal, kita kena betul-betul istiqamah dan berpendirian tetap, bila sudah bertekad, kita bertawakal, usaha kita kena buat. Tempoh BN hendak capai kemenangan hanya tinggal beberapa jam, kita tidak boleh leka dan lalai," katanya.

    ReplyDelete
  11. encik anonymous: ini cadangan ke soalan?

    ReplyDelete
  12. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengingatkan semua parti politik bahawa tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang bermula 20 April lepas, akan tamat pada 11.59 malam ini.

    ReplyDelete
  13. Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam berkata selepas tempoh itu, tiada aktiviti berkempen dibenarkan lang­sung terutamanya pada hari mengundi.

    ReplyDelete
  14. Pada Ahad ini, katanya, SPR akan menguatkuasakan subseksyen 26(1) Akta Ke­salahan Pilihan Raya 1954 yang melarang diadakan, memanggil atau mengaturkan sebarang bentuk perjumpaan, perhimpunan, pertunjukan, hiburan atau memberi ucapan terbuka.


    ReplyDelete
  15. Akta itu juga melarang membekalkan apa-apa alat pembesar suara bagi maksud politik serta melarang mem­buka pejabat atau barung di dalam bahagian pilihan raya, katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di sini.

    ReplyDelete
  16. “Dalam jarak 50 meter dari sempadan tempat mengundi, adalah dilarang menentukan identiti mana-mana orang yang memasuki sesuatu tem­pat mengundi, menyemak dalam senarai nama, merayu-rayu atau memujuk supaya orang tidak mengundi serta menunggu atau berdiri di tempat mengundi (tanpa sebab munasabah),” ka­tanya.

    Abdul Aziz berkata,pada hari itu juga, SPR melar­ang mana-mana calon atau penyokongnya merayu undi di dalam bahagian pilihan raya dan dalam jarak 50 meter dari sempadan tempat mengundi atau dalam tempat mengundi memakai, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan atau payung yang tertera nama calon, lambang dan simbol parti politik.


    ReplyDelete
  17. Bagi kesemua kesalahan itu, katanya, pesalah boleh dipen­jarakan sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

    Selain itu, rumah persend­irian yang berada dalam ling­kungan jarak 50 meter dari sempadan pusat mengundi juga tidak dibenarkan untuk dijadikan tempat berkumpul dan meraih undi.

    ReplyDelete
  18. “Pejabat parti dalam ka­wasan 50 meter (sedia ada) dibenarkan beroperasi tetapi tidak boleh digunakan se­bagai tempat meraih undi,” katanya.

    Abdul Aziz turut mengin­gatkan pelbagai pihak supaya tidak menjual, menawar atau membeli kertas undi dan mereka yang berbuat demikian, boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


    ReplyDelete
  19. Mereka yang disabitkan juga tidak boleh didaftarkan atau disenaraikan sebagai pemilih atau pengundi dalam mana-mana pilihan raya seh­ingga lima tahun dari tarikh sabitan.

    Abdul Aziz juga mengin­gatkan supaya tidak meng­ganggu pengundi kerana se­siapa yang berbuat demikian boleh dihukum mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

    “Di bawah perenggan 3(1)(n) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, ia mem­peruntukkan sesiapa yang menghalang pengundi yang berhak, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga dua ta­hun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duan­ya,” katanya.


    ReplyDelete
  20. Ada dua Malaysia; satu dari golongan Melayu yang mengembalikan undi kepada Barisan Nasional (BN) kesan kempen 1Malaysia yang diharapkan dapat mengembalikan Kedah dan kerajaan meskipun hanya dengan majoriti kecil pada Pilihan Raya 13.

    ReplyDelete
  21. Satu lagi merupakan golongan rakyat berbilang kaum yang telah memberi lebih banyak undi serta kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di bandar-bandar dan pekan-pekan, menunjukkan pertambahan jurang antara kawasan pedalaman dan kota di sebuah negara yang sedang pesat membangun.

    ReplyDelete
  22. 80 peratus daripada 12.9 juta pengundi keluar mengundi semalam merupakan satu rekod baru yang membawa kepada saingan sengit antara BN dan PR bagi merebut kemenangan selain mengukuhkan lagi idea wujudnya sistem dua parti di Malaysia.

    ReplyDelete
  23. Selain itu, majoriti Melayu terbahagi kepada mereka yang bersyukur terhadap BN yang telah memajukan Malaysia selama tempoh 56 tahun pemerintahan parti tersebut atau golongan yang percaya dengan kempen gabungan tiga parti yang menjanjikan kesamarataan serta menolak amalan rasuah dan kronisme yang dikatakan sinonim dengan parti pemerintah tersebut. Akhirnya BN menang 133 kerusi Parlimen dan PR menang 89.

    ReplyDelete
  24. Saya rasa mereka berasa teruja dengan kempen pembangkang, kerana itulah ada sedikit perubahan undi… dan banyak sentimen yang dibangkitkan, ada yang berbau perkauman, yang turut dimainkan dalam pilihan raya kali ini, adalah tidak sihat untuk negara kita,” kata Najib kepada wartawan di ibu pejabat UMNO awal pagi tadi selepas kemenangan majoriti mudah diumumkan, mengesahkan BN kembali ke Putrajaya.

    ReplyDelete
  25. Saya memang ada jangka tapi tidak menjangka sehingga ke tahap ini. Tiada antara kami menjangka sampai sebegitu. Namun begitu, walaupun ada perubahan undi namun BN tidak jatuh,” tambahnya lagi.

    ReplyDelete
  26. Kempen 1Malaysia Najib yang merupakan sebahagian daripada kempen beliau untuk sebuah negara berpendapatan tinggi nyata telah mengukuhkan sokongan di kalangan Melayu yang merupakan majoriti daripada 40 peratus golongan bawahan yang dijanjikan perubahan dalam kempen tersebut.

    ReplyDelete
  27. Rayuan dan inisiatif Najib berjaya mengekalkan BN sebagai kerajaan di Parlimen dan DUN walaupun dengan majoriti mudah di beberapa negeri seperti Perak dan Terengganu.

    ReplyDelete
  28. Namun BN telah kalah di beberapa tempat di negeri kuat juga tempat kelahiran UMNO, Johor, di mana perancangan pusat koridor Iskandar menarik banyak pelaburan sungguhpun golongan Melayu risau mereka mungkin kalah dengan pelabur luar.

    ReplyDelete
  29. Johor menyaksikan perubahan undi Melayu dengan majoriti Cina menunjukkan sokongan terhadap PR yang membantu mereka menang di beberapa ibu negeri dari George Town ke Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan juga bandar besar negeri selatan tersebut.

    ReplyDelete
  30. Pengundi Cina merupakan pengundi terbesar berubah undi, selain pengundi Melayu, yang telah menurunkan jumlah undi kita,” kata ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan yang menyaksikan majoriti undinya pada 2008 dari 20,447 undi turun kepada hanya 3,200 dalam PRU kali ini.

    ReplyDelete
  31. Ini membantu DAP dan PKR mendapat lebih banyak kerusi di Parlimen bagi lima tahun akan datang manakala PAS telah kalah beberapa kerusi, menyebabkan ramai menyalahkan pengundi Melayu yang dikatakan berpihak kepada BN dan sebaliknya, kata pakar analisa.

    ReplyDelete
  32. Namun, kebanyakan golongan Melayu miskin kota telah menolah retorik BN sungguhpun menerima bantuan perumahan kos rendah, rebat dan pelbagai bantuan lain dan memilih kempen PR yang menjanjikan perubahan dan menolak rasuah dan kronisme, kata mereka lagi.

    ReplyDelete
  33. Seperti yang dilihat dalam pilihan raya umum lepas, pengundi Melayu dan Cina di kawasan bandar telah keluar mengundi dan menyokong PR manakala pengundi di kawasan kampung kekal mengundi BN.

    ReplyDelete
  34. Perubahan undi Melayu buat BN juga terhad ekoran hanya dapat merebut 275 kerusi dari 505 kerusi DUN yang dipertandingkan, meninggalkan 230 kerus untuk PR.

    ReplyDelete
  35. Ini bukan peperangan bangsa, ini peperangan golongan,” kata seorang pakar analisa yang enggan dinamakan. Beliau turut menambah Kedah kembali ke tangan BN akibat kegagalan PAS memerintah, bukan kerana rakyat negeri itu tertarik dgn BN.

    ReplyDelete
  36. Pembahagian kerusi DUN juga akan menunjukkan PR mendapat sokongan daripada pelbagai golongan, bukan hanya satu bangsa atau tempat,” tambahnya lagi, sambil menambah BN harus mengkaji keputusan PRU13 untuk kempen masa hadapan.

    ReplyDelete
  37. Beliau juga mengatakan kekalahan kerusi Parlimen dan sokongan terhadap BN juga merupakan satu kerisauan dan patut dikaji supaya mereka mendapat lebih sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  38. Congrats to Musa for securing its place in BN

    ReplyDelete
  39. Perlawanan memakan masa yang lama tuk d suarakan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.