Tuesday, June 18, 2013

RCI : KL boleh ubah demografi Sabah'

Bekas Ketua Menteri, Datuk Sabah Harris Salleh pernah mengakui bahawa kerajaan persekutuan mampu mengubah demografi Sabah untuk memihak kepada mereka jika kerajaan negeri yang diterajui PBS tidak 'dengar cakap'.

harris mohd salleh former sabah chief ministerHarris membuat pengakuan itu dalam buku bertajuk "Harris Salleh of Sabah" yang ditulis oleh Paul Raffaele pada 1986, kata Setiausaha Agung Upko, Wilfred Madius Tangau kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah di Kota Kinabalu hari ini.

harris mohd salleh former sabah chief ministerMembaca dari buku tersebut yang tidak lagi diterbitkan dalam negara, Wilfred memetik Harris (kiri) sebagai berkata Kuala Lumpur
akan memastikan hak orang Melayu di Sabah dilindungi dan akan campurtangan jika kerajaan negeri yang diterajui PBS mengambil tindakan bersendirian.

"Kerajaan Persekutuan boleh mendaftar mana-mana pelarian dalam tempoh tiga jam, tiga hari, tiga bulan atau tiga tahun.

"Sudah pun di Kudat, kawasan PBS sekarang, lebih 3,000 Filipina mempunyai IC dan apabila mereka berdaftar untuk mengundi, kerusinya adalah Usno sekurang-kurangnya untuk sepanjang abad ini.

"Corak yang sama boleh dilakukan di seluruh Sabah supaya orang Kadazan menjadi minoriti kecil," Wilfred memetik Harris sebagai berkata dalam buku tersebut.

PBS, yang dilihat sebagai sebuah parti bumiputera bukan Islam, menang pada tahun 1985 selepas berpecah daripada parti pemerintah, Berjaya, sebuah parti komponen BN.

Berjaya bergabung dengan Usno pada tahun 1990 untuk membentuk Umno Sabah dan sebagai sebahagian daripada BN negeri, ia menumbangkan kerajaan negeri yang diterajui PBS pada 1994 melalui lompat parti, selepas PBS menang tipis dalam pilihan raya negeri pada tahun tersebut.

Kejatuhan PBS didahului oleh sekurang-kurangnya dua operasi rahsia yang melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membolehkan warga asing mengundi di antara tahun 1990 dan 1995, satu operasi oleh sekumpulan yang digelar sebagai G17 dan satu lagi operasi yang digelar "Ops Durian Buruk". -MK

245 comments:
Write comments
  1. R.C.i berjaya membongkar banyak rahsia.October 11, 2013 at 2:45 PM

    Kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad ke perbicaraan mengenai RCI Sabah baru-baru ini amat menarik untuk dilihat kembali.

    Tun Dr. Mahathir bertanya, “Jika ianya polisi kerajaan, kenapa dia tidak berhentikan?”. Adakah dia akan menipu di suruhanjaya dan mengatakan saya yang arahkan? Dia mesti tahu, kerana dia timbalan saya,”.

    ReplyDelete
  2. R.C.i berjaya membongkar banyak rahsia.October 11, 2013 at 2:48 PM

    Dua isu di atas telah dijawab lebih awal oleh DSP Joseph Pairin Kitingan. Pada ketika itu, DSP Pairin adalah Ketua Menteri Sabah yang memperjuangkan sebuah Suruhanjaya untuk menyiasat kes-kes penipuan di dalam isu Kad Pengenalan di Sabah.

    ReplyDelete
  3. R.C.i berjaya membongkar banyak rahsia.October 11, 2013 at 2:54 PM

    DSP Joseph Pairin Kitingan mengulas bahawa “It is true. He (Anwar) blocked our request for an RCI. He was the one who rejected it. He cannot be trusted, for this reason we cannot accept Pakatan, especially Anwar Ibrahim“.

    ReplyDelete
  4. R.C.i berjaya membongkar banyak rahsia.October 11, 2013 at 3:02 PM

    Saya tidak punya ulasan yang besar akan hal ini, kerana kita semua tahu jawapan DSP Pairin di atas melambangkan sikap Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri yang begitu berkuasa di Sabah ketika itu.

    ReplyDelete
  5. R.C.i berjaya membongkar banyak rahsia.October 11, 2013 at 3:10 PM

    Jika anda sebagai Manager, sudah tentu Assistent Manager anda seorang yang patuh dan melaksanakan kepada dasar-dasar yang telah dipersetujui. Sudah tentu Assistent Manager anda akan memaklumkan apa jua perkara yang berlaku di lapangan. Jika Assistent Manager anda menyembunyikan perkara yang berlaku di lapangan, tetapi memaklumkan perkara yang baik sahaja, adakah Assistent Manager anda seorang yang jujur dan amanah?

    ReplyDelete
  6. R.C.i berjaya membongkar banyak rahsia.October 11, 2013 at 3:11 PM

    Begitu juga apabila kita sebagai Timbalan Perdana Menteri, bagaimana kita memahami bahawa setiap hasil mesyuarat, perjumpaan, panggilan telefon, perbincangan, pesanan, sms, memo dan sebagainya dikategorikan sebagai arahan Perdana Menteri?

    ReplyDelete
  7. R.C.i berjaya membongkar banyak rahsia.October 11, 2013 at 3:15 PM

    Jika kita menginterpretasikannya sebagai suatu arahan, apakah semasa perlaksanaannya kita ada memberi laporan kepada Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan? Bagaimana cara kita akan melaporkan kepada Perdana Menteri, melalui telefon, datang berjumpa, menunggu mesyuarat kabinet, atau membiarkannya sahaja tanpa laporan. Atau membiarkan Perdana Meneteri mendapat maklumat daripada pihak lain dengan bukti sahih lagi berwibawa.

    ReplyDelete
  8. R.C.i berjaya membongkar banyak rahsia.October 11, 2013 at 3:18 PM

    Jika arahan Perdana Menteri, supaya pemberian Kewarganegaraan di negeri Sabah diberikan kepada mereka yang sudah layak, mengikut arahan dan prosedur, serta tidak melanggar Perlembagaan negara, adakah ianya dilaksanakan atau dibiarkan ‘leaking’ di mana-mana oleh pegawai-pegawai kerajaan atau sindiket? Adakah Perdana Menteri dimaklumkan berlakunya masalah leaking, sindiket jual-beli Kad Pengenalan, sindiket Kad Pengenalan palsu dan sebagainya?

    ReplyDelete
  9. R.C.i berjaya membongkar banyak rahsia.October 11, 2013 at 3:18 PM

    Kita harus faham bahawa Perdana Menteri membawa Dasar Kerajaan secara kolektif setelah dipersetujui di Parlimen dan setelah dipersetujui dalam mesyuarat-mesyuarat kabinet. Jika polisi yang baik, tetapi perlaksanaannya tidak berjalan dengan telus, mengapa Timbalan Perdana Menteri tidak memaklumkan kepada Perdana Menteri dan seterusnya mencadangkan supaya ianya dihentikan untuk siasatan.

    ReplyDelete
  10. R.C.i berjaya membongkar banyak rahsia.October 11, 2013 at 3:20 PM

    Semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, anda kiralah berapa ramai Pegawai Kerajaan ditangkap dan dihukum kerana terlibat dalam sindiket Kad Pengenalan?

    ReplyDelete
  11. R.C.i berjaya membongkar banyak rahsia.October 11, 2013 at 3:21 PM

    Anda kira semula, jika ianya melibatkan Tun Dr. Mahathir, mengapa Tun Dr. Mahathir membiarkan ahli-ahli UMNO ditangkap dan diISAkan dalam kes Kad Pengenalan di Sabah?

    Logiknya, jika betul ianya projek Tun Dr. Mahathir dan UMNO, sudah tentu lebih baik Tun Dr. Mahathir tutup mata telinga dan bebaskan sahaja ahli-ahli UMNO dan pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam sindiket Kad Pengenalan itu?

    ReplyDelete
  12. R.C.i berjaya membongkar banyak rahsia.October 11, 2013 at 3:22 PM

    Sebaliknya, Tun Dr. Mahathir tidak berkompromi kepada sesiapa pun yang melanggar undang-undang sama ada pegawai kerajaan, ahli UMNO hatta Timbalan Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  13. R.C.i berjaya membongkar banyak rahsia.October 11, 2013 at 3:22 PM

    Maka, kita harus memahami bahawa dalam konteks masa tersebut, arahan-arahan Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan perlu dilaksanakan dengan bijak!

    Allahyarham Tun Ghafar Baba, adalah antara Timbalan Perdana Menteri yang amat memahami arahan Perdana Menteri dalam isu-isu Sabah. Tatkala PBS keluar di saat-saat akhir PRU10, Tun Ghafar Baba melaksanakan arahan dengan cekap ketika membantu USNO dan umat Islam di Sabah dengan mempercepatkan kemasukan UMNO ke Sabah.

    ReplyDelete
  14. R.C.i berjaya membongkar banyak rahsia.October 11, 2013 at 3:24 PM

    TAN SRI VINCENT TAN
    Sebelumnya saya hendak bercerita tentang (Tan Sri) Vincet Tan. Beliau merupakan antara tokoh korporat yang melalui zaman kesusahan ekonomi negara merudum semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

    Beliau bercerita,”kamu tahu tak, sepanjang 22 tahun sampai sekarang ini, Tun Dr. Mahathir tidak pernah meminta kepada saya 10% kah 20% persenkah sampai dia pencen. Masa ekonomi kita tidak baik dahulu, Tun tolong saya, tolong ahli korporat yang lain juga, Tun telefon Bank supaya tidak kenakan interest yang tinggi kepada loan kami, beliau minta supaya kami diberi peluang beberapa bulan lagi, dan akhirnya Bank membantu kami. Kalau tidak, kamu imagine pada masa itu Bank boleh bunuh bisnes semua orang sekelip mata untuk bayar interest tinggi sedangkan ekonomi kurang baik”

    ReplyDelete
  15. R.C.i berjaya membongkar banyak rahsia.October 11, 2013 at 3:28 PM

    Cerita Tan Sri Vincent Tan lagi, ketika ekonomi negara tidak berapa baik,”Tun nasehat kami supaya bertahan, buat bisnes itu bisnes ini, yang penting rakyat ada peluang pekerjaan,yang penting rakyat boleh hidup, rakyat boleh makan, yang penting ekonomi dalam negara boleh berjalan”

    ReplyDelete
  16. R.C.i berjaya membongkar banyak rahsia.October 11, 2013 at 3:28 PM

    Kamu bayangkan berpuluh tahun Tun tidak pernah meminta wang atau persen daripada projek-projek kerajaan untuk kepentingan politiknya”.

    Sambung Vincent Tan lagi, “Hari ini saya sudah berjaya. Saya tidak boleh lupa jasa Tun Dr. Mahathir. Kalau Tun Dr. Mahathir mahu ke mana-manapun pakailah jet saya, saya sanggup beri percuma, malah kalau ada keuntungan bisnes saya, saya sanggup beri 10% atau lebih kepada Tun Dr. Mahathir walaupun Tun tak minta. Kejayaan saya adalah kejayaan Tun juga”.

    ReplyDelete
  17. R.C.i berjaya membongkar banyak rahsia.October 11, 2013 at 3:29 PM

    “Hari ini, setiap bulan saya mesti berusaha untuk makan bersama-sama dengan Tun kerana saya hormat Tun, saya tidak boleh lupa jasa Tun menolong kami”.

    Iklan
    Hari ini, bayangkan jika kita menjadikan amalan meminta 10% malah sampai 20% hingga 40%. Jika projek kerajaan itu bernilai RM20 Juta. Anda bayangkan berapa perlu dibayar kepada 20% dan 40%. Jika projek tidak siap kerana kos melambung, bagaimanakah hasil projek tersebut boleh berkualiti tinggi, dan terpaksalah memohon tambahan kepada kerajaan.

    ReplyDelete
  18. R.C.i berjaya membongkar banyak rahsia.October 11, 2013 at 3:30 PM

    Oleh itu, marilah kita rakyat Malaysia bersama menolak amalan rasuah.

    Selamat Hari Malaysia yang ke-50.

    *Kepada DS Anwar Ibrahim, ketika memberi hujah di RCI Sabah minggu depan jangan sampai mengguris hati umat Islam dan Bumiputera di Sabah yang telah berstatus warganegara Malaysia yang mereka perolehi setelah melalui proses permohonan, tapisan keselamatan, temuduga, ujian bertulis, angkat sumpah dan banyak lagi proses yang maha ketat.

    Ianya berbeza dengan proses anugerah kewarganegaraan dalam kes Yuan Yu Fang dan Rexy Mainaky.

    ReplyDelete
  19. kalau tiada pemimpin Sabah yang bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan pasti mereka tidak akan dapat mengubah sedikitpun Sabah ni.

    ReplyDelete
  20. Harris patut sedar dari dulu sebelum menjual Labuan..

    ReplyDelete
  21. sama ada orang bawahan atau atasan yang terlibat dengan kegiatan 'haram', biar semua merasa hukuman tu.

    ReplyDelete
  22. Berdasarkan bancian yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia setiap tahun iaitu 1970, 1980, 1991, 2000 dan 2010 menunjukkan peningkatan purata pertumbuhan penduduk seluruh negara pada kadar 2.5 peratus setahun.

    ReplyDelete
  23. Untuk tempoh 40 tahun sejak 1970 hingga 2010 berdasarkan maklumat bancian, purata kadar pertumbuhan penduduk di Sabah adalah agak tinggi berbanding dengan Semenanjung Malaysia dan di Sarawak.

    ReplyDelete
  24. Keadaan ini berlaku disebabkan beberapa faktor antaranya seperti pertambahan penduduk secara semulajadi berdasarkan kadar kelahiran dan kematian, faktor sejarah di mana dalam tempoh yang sama proses dokumentasi dilaksanakan di seluruh negara termasuk di Sabah.

    ReplyDelete
  25. Mobilisasi ekonomi penduduk antara negeri sama ada dari Sarawak atau Semenanjung, kehadiran pekerja-pekerja asing yang sah bekerja di dalam sektor perladangan, pertanian, pembinaan dan perkilangan, selain kehadiran pati di negara jiran

    ReplyDelete
  26. kalau cara mereka membuat perubahan demografi tu boleh membawa kesan buruk pada negeri, kenapa Harris tidak bertindak masa beliau yang jadi KM??

    ReplyDelete
  27. Ubah demografi dengan cara yang haram satu keburukan buat negeri Sabah khususnya.entah kenapa pemimpin masih tak sedar.

    ReplyDelete
  28. siapa yang kata orang KDM ni banyak yang miskin banding dengan PATI?ada buat kajian ka??memang s***

    ReplyDelete
  29. Indictor yang lebih baik mengenai pertambahan penduduk ialah pilihanraya umum.Katanya, dari segi kawasan, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri Sabah yang pertama pada 1967, daripada 32 kerusi, Usno menang 14, Upko (12 kerusi), Perikatan (3), SCA (2) dan Bebas satu kerusi.

    ReplyDelete
  30. Jumlah kerusi bertambah pada tahun-tahun seterusnya tetapi masih bersesuaian dengan komposisi kaum. Justeru 48 kerusi pada tahun 80an, Bumiputera bukan Islam dominan di 18 kerusi, Bumiputera Islam di 16 kawasan, lapan kerusi untuk Cina dan enam bagi kawasan campuran.

    ReplyDelete
  31. Bagaimanapun, selepas persempadanan semula pada tahun 90an, satu konfigurasi baru timbul di 48 kawasan, dengan majoriti Bumiputera Islam di 27 kerusi, Bumiputera bukan Islam hanya dalam 11 kawasan, Cina dikurangkan satu menjadi tujuh dan kawasan campuran tiga.

    ReplyDelete
  32. Justeru, dalam PRU 2008 untuk 60 kerusi Dewan Undangan Negeri, Umno bertanding dan menang di kesemua 32 kawasan, PBS (12), LDP (3), MCA (1), PBRS (1) dan UPKO (6). SAPP iaitu parti komponen BN ketika itu menang empat dan DAP satu kerusi

    ReplyDelete
  33. Sebelum ini mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menyatakan bahawa sesuai dengan semangat jitu gagasan BN, Umno tidak akan bertanding lebih daripada 50 peratus jumlah kerusi dalam mana-mana pilihanraya umum.

    ReplyDelete
  34. Mungkin BN boleh mengambil kira perkara ini bila sampai masanya untuk berbincang pengagihan kerusi, terutama sekali kawasan yang dahulunya dimenangi oleh bekas komponen parti BN

    ReplyDelete
  35. Dompok yakin suruhanjaya itu boleh menangani dan menyelesaikan secara tuntas isu kontrovesi PATI di Sabah.

    ReplyDelete
  36. Joseph Pairin Kitingan yakin kerjasama serta antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri dapat mengurangkan masalah kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negeri itu.

    ReplyDelete
  37. kerjasama itu penting kerana jabatan Polis dan Imigresen adalah di bawah kuasa kerajaan persekutuan yang boleh membantu mencegah kedatangan pendatang asing tanpa izin ke negeri itu terutama dari Filipina dan Indonesia.

    ReplyDelete
  38. kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa politik bagi menggerakkan penguatkuasaan undang-undang bagi mengekang masalah itu.

    ReplyDelete
  39. Sepanjang menjadi Ketua Menteri Sabah saya sudah berusaha sedaya upaya bagi mengatasi masalah kedatangan pendatang asing terbabit tetapi tidak berjaya tanpa kerjasama erat kerajaan Persekutuan.-Pairin

    ReplyDelete
  40. Rakyat Sabah ketika itu amat bimbang dengan isu kedatangan pendatang asing ini kerana ia menggugat kedudukan ekonomi dan keselamatan awam tempatan.

    ReplyDelete
  41. Pairin berkata rakyat negeri itu mahu keselamatan dan ketenteraman mereka terjamin serta isu pendatang asing tanpa izin terutama dari Filipina dapat diselesaikan dengan segera.

    Justeru, katanya beliau memberikan beberapa cadangan bertulis tentang isu berkenaan untuk diatasi kerajaan Persekutuan kepada perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

    ReplyDelete
  42. Atas kesedaran tentang jaminan keselamatan penduduk Sabah juga mendorong Parti Bersatu Sabah (PBS) menyertai semula Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  43. rakyat Sabah mahukan pembangunan tetapi dalam masa sama mereka mahu hidup dalam keadaan aman, selamat dan tenteram.

    ReplyDelete
  44. pendatang asing tanpa izin yang bekerja di Sabah patut diberi dokumen sementara supaya pergerakkan mereka dapat dikawal oleh pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  45. Pihak penguatkuasa boleh mengambil tindakan tegas sekiranya mereka melanggar undang-undang dan peraturan di negeri ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.