Sunday, July 7, 2013

30 Juta Rakyat Mesir Turun Ke Jalan Dukung Mursi!

Hari Jumaat (6/7) selepas solat Jumaat, jutaan rakyat Mesir dari berbagai penjuru tumpah ruah turun ke jalan. BBC melaporkan jumlah rakyat Mesir yang mendukung Mursi mencapai 30 juta orang. (Kiraan BERNAMA, Utusan, RTM dan Rais Yatim mungkin sekitar 3 ribu sahaja -GB). Mereka mendukung kepemimpinan sah Presiden Mursi dan menolak tegas kudeta tentera.

Pimpinan tertinggi Ikhwanul Muslimin Muhammad Badie muncul dan memberikan ucapannya dalam aksi massa pro Mursi di Rabaa, Kaherah, Mesir.

Badie sebelumnya diberitakan AP, ditangkap oleh militer di daerah Marsa Matrouh, kota pinggiran dekat perbatasan Libya.

Dalam ucapannya seperti disiar alahram, Badie mengatakan kumpulan jutaan orang di Raba mencerminkan kekuatan Mesir dari faksi yang berbeda. "Allah lebih besar dari semua yang mengorbankan dirinya untuk revolusi, Allah saksi kami," ungkap Badei yang disambut takbir dari puluhan juta massa.

Badei juga mengungkapnya dirinya bangga dengan Mursi dan melihat tindakan tentera sebagai tidak berpelebagaan. "Mursi adalah presiden saya dan semua orang Mesir," ungkapnya.

Badie juga tegas menyatakan rakyat takkan berdiam menghadapi makar sampai Mursi kembali ditetapkan sebagai presiden. "We will not leave the streets until president Morsi is reinstated." (Kami takkan meninggalkan jalanan sampai presiden Mursi kembali menjadi presiden yang sah).

Fahmi Huwaidi, penulis dan wartawan senior Mesir, di Aljazeera menyatakan, "Aksi demo 30 juta malam ini membuktikan bahwa rakyat Mesir menolak kudeta!"

Salah seorang kader Ikhwanul Muslimin yang juga pakar sejarah Islam, Muhammad Ilhami turut berucap. Berikut mafhum ucapannya:

"Tak ada pilihan selain mengembalikan kekuasaan Presiden yang sah, Muhammad Moursi. Kerana kami tidak memiliki pilihan lain:

=> Mati di medan perjuangan lebih utama daripada mati di dalam penjara.
=> Peluru yang menembus dada lebih baik daripada peluru yang menimpa punggung belakang.
=> Tembakan bom molotov lebih baik daripada pukulan cemeti.
=> Suasana di medan demonstrasi yang berhadapan dengan pihak keselamatan jauh lebih baik daripada medan penangkapan beramai-ramai.

Hal terburuk dari perlawanan dengan pihak keselamatan adalah huru-hara, namun huru-hara lebih baik daripada (mempunyai) penguasa yang zalim.

Tengoklah sejarah, jika kalian masih ragu-ragu:

Mana yang terbaik?
Harga yang harus dibayar Ikhwan tatkala memilih berhadapan melawan Abden Nasser di tahun 50-an, atau harga yang ternyata dibayar Ikhwan ketika terpaksa menyerahkan diri di tiang gantungan?

Mana yang lebih baik?
Harga yang harus dibayar gerakan Islam melawan kudeta tentera di Algeria dengan harga yang ternyata di kemudian hari dibayar dengan perpecahan-pergeseran-keretakan dalaman yang sebenarnya kental peranan tentera menghancurkan FIS dari dalam. Buktinya, gerakan Islam di Algeria ditumpas habis-habisan hingga tak tersisa. Perhatikan Algeria kini setelah 25 tahun pembonsaian FIS?

Mereka kebingungan tak jelas arah hingga saat ini.

Demi Allah, huruhara-kacau-kisruh jauh lebih baik daripada kekuasaan diktator. Apatah lagi, bukankah huruhara-kacau-kisruh itu juga belum tentu terjadi -dengan izin Allah, insya Allah? Terlebih -kita faham- tentera Mesir bukanlah lembaga yang sentimentil bukan pula lembaga haus materi, dan bukankah tidak semua anggota tentera menyetujui kudeta terhadap Presiden Mursi?

Yakinlah, keteguhan dan kekohan akan melahirkan pertolongan Allah. Di sisi lain, ia akan membuat ragu para peragu. Keteguhan akan melahirkan nikmat berganti kebahagiaan.

Allah Ghaalibun 'Alaa Amrihi


APA KATA MEREKA TERMASUK MEDIA BARAT TERHADAP AKSI DEMONTRASI PRO-MURSI

CNN: Komandan Angkatan Darat Mesir menekan Jendral Abdul Fattah As-syisi untuk menarik pernyataannya .. Dan mengembalikan Presiden Negara yang Sah Untuk menghindari perang saudara.

Surat kabar Washington Post mengumumkan: kudeta militer di Mesir gagal

Analis Israel: Apa yang terjadi ketika mereka mengumumkan kudeta adlah Gempa. Dan saya katakan bahwa apa yang terjadi sekarang, "gelombang tsunami menyapu"

Reporter TV Israel : indikasi awal dari US menyesali pemberian militer lampu hijau untuk kudeta terhadap Mursi.

Kepala intelijen Mesir Raafat Shehata menyatakan penolakan "lelucon" kudeta militer kepada Presiden Mohamed Morsy.

Jackson Diehl, Timbalan Penyunting Halaman Editor Washington Post : ... pihak yang kalah di dalam kudeta minggu ini ialah mereka yang bertempik sorak di peringkat awal kudeta berlansung.



xxx2

Komen Anda

66 Responses to " 30 Juta Rakyat Mesir Turun Ke Jalan Dukung Mursi! "
Anonymous said...
July 7, 2013 at 10:05 AM

Hantar FRU kita kesana, amacam,buleh ?? Kejar peserta Bersih Msia buleh le. Brhimpun mcm kambing takut kat hujan jer. Dmesir sana nun,cuba le kalau berani. Kah kah kahhh.


Anonymous said...
July 7, 2013 at 11:44 AM

Betul juga tu...sebab KPN cakap PDRM terbaik di dunia. Hantarlah aje tolong mesir halang peserta demo kat sana kalau berani. FRU kat Malaysia ni berani dengan rakyat malaysia yang hanya cuma tak nak melawan.Mana pencacai UMNO yang b ingai tu....


Anonymous said...
July 7, 2013 at 3:16 PM

hantar Zahid hamidi dan pengerusi Spr kat sana.... manalah tahu di perlukan....


gazi hardy said...
July 8, 2013 at 11:38 AM

Pergolakan di Mesir dilihat sebagai satu pertembungan nilai dan bukannya pertembungan politik semata-mata, kata Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Tan Sri Dr Rais Yatim.


gazi hardy said...
July 8, 2013 at 11:39 AM

Justeru, katanya penting bagi umat Islam menilai perkembangan itu supaya kejaguhan politik dan perjuangan ummah sentiasa terpelihara.


gazi hardy said...
July 8, 2013 at 11:39 AM

Jika tidak, apapun yang disebut menerusi sunnah dan ajaran Al-Quran diketepikan, tetapi apa yang kasar, berbentuk peperangan dan kerakusan akan keluar. Ini mesti kita atasi bersama.


gazi hardy said...
July 8, 2013 at 11:39 AM

Beliau diminta mengulas konflik terbaru di Mesir yang menyaksikan penggulingan Presiden Mohamed Morsi, pemimpin yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat Mesir pada 30 Jun 2012 bagi menggantikan Hosni Mubarak.


gazi hardy said...
July 8, 2013 at 11:39 AM

Rais, yang juga bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, berkata rakyat Malaysia juga harus berwaspada kerana pertembungan sesama sendiri boleh berlaku jika gagal menghadapi dan mengatasi permasalahan nilai.


gazi hardy said...
July 8, 2013 at 11:39 AM

“Soalnya ialah di mana di dunia ini orang Kristian bertembung sesama mereka? Jarang sekali. Di mana Buddhisme bertembung sesama sendiri? Jarang sekali. Tetapi di kalangan masyarakat Islam pertembungan sesama sendiri ini sudah seperti makan nasi dengan kuah. Hari-hari berlaku,” katanya.


gazi hardy said...
July 8, 2013 at 11:39 AM

Beliau mencadangkan agar pihak kerajaan dan institusi pengajian tinggi membentuk nilai-nilai bersifat universal yang boleh dihormati oleh semua pihak.


gazi hardy said...
July 8, 2013 at 11:39 AM

Rais dalam pada itu menolak kebarangkalian konflik yang sama boleh berlaku di negara ini kerana Malaysia mempunyai tunggak demokrasi yang jelas selain elemen tanggungjawab yang telah dipagari dengan Perlembagaan yang kukuh.


gazi hardy said...
July 8, 2013 at 11:39 AM

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mahu semua pihak menjadikan rampasan kuasa dan penahanan Presiden Mohammed Mursi ini sebagai satu iktibar bahawa keputusan demokrasi mestilah diterima dan dihormati semua pihak.


gazi hardy said...
July 8, 2013 at 11:39 AM

Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, berkata sebarang tindakan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik nyata melanggari batasan undang-undang dan perlembagaan.


jawis said...
July 8, 2013 at 11:40 AM

Tindakan menjatuhkan kerajaan hendaklah dikecam dan ditolak sepenuhnya. Insiden yang tercetus selepas demonstrasi berpanjangan ini bukan sahaja meragut nyawa tetapi juga membawa rusuhan dan pertembungan ganas antara penyokong dan penentang kerajaan di sana.


jawis said...
July 8, 2013 at 11:40 AM

Katanya beliau berharap Kementerian Luar akan terus memantau pergolakan di Mesir dan membuat persediaan awal sekiranya kerajaan terpaksa memindahkan rakyat Malaysia bagi mengelak insiden yang tidak dingini.


jawis said...
July 8, 2013 at 11:40 AM

Khairy turut menasihati rakyat Malaysia agar tidak menghampiri kawasan yang berisiko tinggi di negara itu.


jawis said...
July 8, 2013 at 11:40 AM

Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Abdul Azeez Abd Rahim berkata rakyat Malaysia perlu bermuhasabah diri dan menjadikan pergolakan di Mesir sebagai iktibar untuk menghargai keamanan sedia ada.


jawis said...
July 8, 2013 at 11:41 AM

Beliau berkata kerajaan hari ini lebih berpengalaman untuk mengurus tadbir negara dan rakyat seharusnya bersyukur dapat hidup dalam negara yang stabil.


jawis said...
July 8, 2013 at 11:41 AM

Abdul Azeez yang pernah terlibat dalam proses pemindahan 7,800 pelajar Malaysia di Mesir semasa kejatuhan Hosni Mubarak berkata, KP1M kini menunggu arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya bantuan yang sama diperlukan.


jawis said...
July 8, 2013 at 11:41 AM

Pandangan yang sama turut dikongsi Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan supaya rakyat mengambil iktibar daripada kejadian yang berlaku di Mesir.


jawis said...
July 8, 2013 at 11:41 AM

Jangan terikut rentak asing dan pembangkang yang akhirnya menyebabkan negara hancur lebur, katanya.


Jocelyn said...
July 8, 2013 at 11:42 AM

Pakatan pembangkang masih lagi mahu bermain isu undi popular sedangkan mereka tahu bahawa undang-undang Malaysia menetapkan bahawa kemenangan sesuatu parti itu berlandaskan kerusi yang dimenangi ,bukannya jumlah undi popular.


Jocelyn said...
July 8, 2013 at 11:42 AM

Asyiknya Ketua Pembangkang membangkit isu tersebut di parlimen di 'bash' dengan baiknya oleh Noh Omar dengan mengaitkannya dengan proses penghakiman kes liwat Anwar Ibrahim.Menurut beliau,daripada 7 hakim yang bersidang mengadili kes tersebut ,5 mengatakan Anwar bersalah dan 2 lagi mengatakan tidak bersalah.Jadi,sepatutnya sekarang ini Anwar sudah meringkuk dalam penjara ,tetapi kenapa dia didapati tidak bersalah?? Sebabnya menurut sistem kehakiman negara kita,kedudukan Mahkamah yang lebih tinggi boleh "overruled" keputusan perbicaraan mahkamah yg lebih rendah.


Jocelyn said...
July 8, 2013 at 11:43 AM

Jadi,rasanya Anwar tidak usahlah lagi menunjukkan kebodohan membawa isu undi popular di dalam parlimen dan patut sedar bahawa jika tidak kerana sistem kehakiman negara yang seperti ini,sudah lama agaknya Anwar dah melingkup masuk balik dalam penjara.


Richard said...
July 8, 2013 at 11:43 AM

Orang yang dikatakan ulama terkenal dunia , Yusof Qaradawi yang berasal dari Mesir dan menetap di Mesir pernah campur tangan dalam urusan politik Malaysia apabila menulis sepucuk surat kepada rakyat Malaysia supaya menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM.


Richard said...
July 8, 2013 at 11:43 AM

Daripada Mesir dia cuba untuk campur tangan hal ehwal politik Malaysia.... Hari ini kita semua tahu apa yang terjadi di Mesir...


Richard said...
July 8, 2013 at 11:44 AM

Di negara dia sendiri pun huru hara dan dia tak boleh nak nasihatkan rakyat negaranya atau selesaikan masalah, ada hati pula dia campur urusan politik di Malaysia dan nak nasihatkan rakyat Malaysia. Lucu kan ?


Richard said...
July 8, 2013 at 11:44 AM

Berhubung dengan krisis yang berlaku di Mesir, dijangkakan krisis tersebut akan semakin teruk dalam masa beberapa hari ini.


Richard said...
July 8, 2013 at 11:44 AM

Seperti yang kita maklum ramai rakyat Malaysia yang berada di Mesir, terutamanya para pelajar. Dalam krisis yang berlaku beberapa tahun lalu kerajaan telah memunggah rakyat Malaysia pulang ke tanah air demi menjaga keselamatan mereka. Seperti yang kita sedia maklum juga ramai para pelajar Malaysia adalah penyokong Pas.


Richard said...
July 8, 2013 at 11:45 AM

Saya jangka untuk krisis kali ini kemungkinan besar kerajaan sekali lagi akan menggerakkan operasi membawa pulang rakyat Malaysia.


Fasyilah said...
July 8, 2013 at 11:45 AM

Berpuluh-puluh tahun Pas menidakkan usaha orang lain membangunkan syiar islam di bumi Malaysia, termasuklah menidakkan usaha Umno ke arah itu. Bagi mereka dalam Malaysia ini hanya mereka sahaja yang islam. Orang lain semua tak islam...


Fasyilah said...
July 8, 2013 at 11:46 AM

Waktu Tun M nak tubuhkan ASB dulu, Pas hasut orang supaya jangan melabur dalam amanah tersebut kerana katanya haram. Malah ada pemimpin Pas yang mengibaratkan pelaburan dalam ASB seperti mencampak seketul daging lembu dalam sekawah daging babi untuk menghalalkan gulai babi. Hari ini cuba kita periksa berapa banyak pemimpin dan orang-orang Pas yang simpan duit dalam ASB ?


Fasyilah said...
July 8, 2013 at 11:46 AM

Selain ASB, Pas memperlekehkan usaha Umno melalui Kerajaan BN menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Tabung Haji dan beberapa agensi berteraskan islam yang lain. Umno terus meneruskan di tuduh kafir.


Fasyilah said...
July 8, 2013 at 11:46 AM

Dua hari lepas Tabung Haji membuat pengumuman perlantikan Ahli Parlimen Baling yang juga bekas ahli lembaga pengarah Tabung Haji, YB Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai pengerusi TH yang baru.


Fasyilah said...
July 8, 2013 at 11:46 AM

Pas parti yang sudah tidak ada agenda islamnya sekarang ini , tiba-tiba menjadi prihatin terhadap Tabung Haji. Badut Pas lulusan SRP yang tidak asing lagi dengan kenyataan-kenyataan bodohnya membuat kenyataan. PAS mendesak kerajaan menjelaskan kriteria serta syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk pemilihan seseorang bagi memegang jawatan Pengerusi Tabung Haji.


Jadir said...
July 8, 2013 at 11:47 AM

Ahli akademik yang arif tentang selok-belok pilihan raya wajar dibawa menganggotai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menambah baik peranan badan itu, saran seorang ahli akademik.


Jadir said...
July 8, 2013 at 11:47 AM

Pensyarah di Jabatan Komunikasi Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid berkata ramai ahli akademik di negara ini membuat kajian dan penerbitan berkaitan 13 pilihan raya umum yang dijalankan sebelum ini dan boleh dimanfaatkan sebagai nasihat atau cadangan kepada SPR.


Jadir said...
July 8, 2013 at 11:47 AM

Negara mempunyai ahli akademik yang pakar dalam bidang pendidikan pilihan raya yang boleh menjadi ahli dan panel SPR.


Jadir said...
July 8, 2013 at 11:47 AM

Kalau mereka tidak mempunyai pengetahuan, mereka (SPR) mungkin disalah tafsir dan terjadi salah anggapan oleh masyarakat kita


Didie said...
July 8, 2013 at 11:57 AM

Inilah yang kita perlu elakkan sebenarnya. Jangan kita biarkan perkara ini berlaku di negara kita.


Hidup Di Sabah said...
July 8, 2013 at 11:58 AM

Pembangkang telah merancang semau ini. Untuk melakukan perkara yang boleh menghuru-harakan negara ini.


Qq said...
July 8, 2013 at 11:58 AM

Jadi rasanya kita tidak patut menyokong usaha seperti ini. Kita perlulah menentang sekeras2nya.


Fredenan said...
July 8, 2013 at 11:58 AM

Perakra sebegini hanya akan merugikan negara kita. tidak ada yang faedah kita dapat dengan semua ini.


Karulnaim said...
July 8, 2013 at 11:59 AM

Perhimpunan haram yang dibuat oleh pembangkang hanya akan menimbulkan kebinasaan kepada negara.


Nurrul said...
July 8, 2013 at 12:00 PM

Sebagai rakyat kita seharusnya bijak. Jika negara sudah musnah bukannya sehari dapat dibangunkan lagi. Tapi bertahun-tahun lamanya.


Qq said...
July 8, 2013 at 12:00 PM

Fikirkan sebelum terlambat. Jangan mudah terpedaya dengan permainan sesetengah pihak yang mengadakan perhimpunan.


Hajuim said...
July 8, 2013 at 12:01 PM

Jika ingin membantah sesuatu rasanya ada cara yang lebih baik dan berkesan. Bukannya perhimpunan seperti pembangkang lakukan.


Anonymous said...
July 8, 2013 at 2:39 PM

Dunia kini memperlihatkan keadaan huru hara yang semakin tidak dapat dikawal. inilah akibatnya jika terlalu inginkan kebebasan.


Anonymous said...
July 8, 2013 at 2:43 PM

Semoga rakyat negara Malaysia dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari keadaan2 yang berlaku di luar negara ni.biarlah rakyat tetap hidup bersatu padu dan sentiasa bertolak ansur.


Malaysia AMAN jika tidak suka seila ke MESIR wahai pembangkang! said...
October 6, 2013 at 11:23 AM

Berikut saya kongsikan beberapa fakta penting berkaitan krisis pergolakan yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini, untuk tatapan dan pengetahuan anda semua.


Fakta 1

Penglibatan tentera dalam mencorakkan sejarah Mesir moden bukanlah sesuatu yang baharu. Raja Farouk, monarki terakhir dalam sejarah Mesir telah digulingkan oleh Muhammad Naguib dan Jamal Abdul Nassir, kedua-duanya merupakan pegawai tentera. Muhammad Naguib, yang kemudiannya menjadi Presiden pertama Mesir, digulingkan pula oleh Jamal Abdul Nassir setelah hanya setahun memerintah!

Pemerintahan tentera ke atas Mesir disambung oleh Anwar Sadat yang kemudiannya mati dibunuh oleh para pegawai tenteranya sendiri pada tahun 1981. Anwar Sadat kemudiannya digantikan oleh Hosni Mubarak yang memerintah Mesir sehinggalah awal tahun 2011, apabila dia dijatuhkan menerusi Revolusi Musim Bunga rakyat Mesir.

Sepanjang tempoh pemerintahan Jamal Abdul Nassir sehinggalah Hosni Mubarak, perintah darurat yang memberikan kuasa mutlak kepada pihak tentera dikuatkuasakan; kira-kira 44 tahun lamanya!


Malaysia AMAN jika tidak suka seila ke MESIR wahai pembangkang! said...
October 6, 2013 at 11:24 AM

Fakta 2

Pergolakan yang sedang berlaku di Mesir pada hari ini adalah kesan langsung daripada rampasan kuasa oleh pihak tentera, yang diketuai oleh Jeneral Abdul Fatah as-Sisi ke atas Presiden Muhammad Mursi yang digulingkan pada 3 Julai 2013 yang lalu. Sebagai tindak balas, para penyokong Presiden Mursi mengadakan protes dan tunjuk perasaan secara aman di seluruh Mesir, namun fokusnya adalah di Kaherah (Cairo), Mesir.


Malaysia AMAN jika tidak suka seila ke MESIR wahai pembangkang! said...
October 6, 2013 at 7:50 PM

Penggulingan Presiden Mursi dilihat oleh banyak pihak sebagai haram dan tidak sah, sementelah beliau telah memenangi pilihan raya Mesir secara adil dan saksama, apabila memperoleh lebih 51% daripada undi rakyat Mesir. Ironinya, mereka yang mengadakan demostrasi untuk menjatuhkan Presiden Mursi adalah mereka yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang demokrasi.


Malaysia AMAN jika tidak suka seila ke MESIR wahai pembangkang! said...
October 6, 2013 at 7:51 PM

Fakta 4

Antara yang mendalangi demonstrasi dan tunjuk perasaan yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Presiden Mursi termasuklah Muhammad el-Baradei, Amr Moussa, Hamdeen Sabahi dan Hisham Bastawisy, hampir kesemuanya calon yang kalah dalam pilihan raya Presiden Mesir.

Terdapat dakwaan daripada Ikhwanul Muslimin betapa el-Baradei dan konco-konconya bersekongkol dengan kerajaan Zionis Israel dan Amerika Syarikat dalam merencana kekacauan dan haru-biru di Mesir, sehingga akhirnya membawa kepada penggulingan Presiden Mursi.


Malaysia AMAN jika tidak suka seila ke MESIR wahai pembangkang! said...
October 6, 2013 at 7:51 PM

El-Baradei telah dilantik sebagai Naib Presiden baru bagi kerajaan sementara Mesir; itu pon setelah dibantah oleh ramai pihak kerana tidak bersetuju dengan cadangan untuk melantiknya sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Terbaru, El-Baradei telah pon meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden kerana tidak bersetuju dengan tindakan tentera Mesir membunuh para penunjuk perasaan di Medan Rabaah dan kawasan sekitarnya.


Malaysia AMAN jika tidak suka seila ke MESIR wahai pembangkang! said...
October 6, 2013 at 7:52 PM

Fakta 5
Telah terdedah rahsia penglibatan Amerika Syarikat, Israel dan musuh-musuh Islam yang lainnya dalam merencana kejatuhan Presiden Mursi dan penguasaan FJP dalam parlimen Mesir.

Pergerakan Tamarrud, yakni nama yang diberikan kepada para penunjuk perasaan penentang Presiden Mursi telah terbukti menerima pembiayaan daripada Amerika Syarikat. Pendedahan ini ada dilaporkan di al-Jazeera.

Antara tindakan pertama yang dilakukan oleh kerajaan sementara pimpinan Presiden Adly Mansour adalah dengan menutup sempadan Rafah, yang sebelum ini telah dibuka oleh Presiden Mursi. Sempadan ini menjadi penghubung penting rakyat Palestin dalam mendapatkan bekalan asasi harian. Penutupan ini jelas memperlihat persengkokolan yang berlaku antara Israel dan kerajaan Mesir yang baru.


Malaysia AMAN jika tidak suka seila ke MESIR wahai pembangkang! said...
October 6, 2013 at 7:52 PM

Fakta 6

Negara-negara Arab juga ada yang terlibat dalam konspirasi jijik menjatuhkan Presiden Mursi. Sebaik sahaja Adly Mansour dilantik sebagai Presiden baru bagi kerajaan sementara Mesir, Arab Saudi adalah antara negara yang terawal yang menghantar perucapan tahniah.

Arab Saudi, Kuwait dan Emiriyah Arab Bersatu masing-masing menyalurkan bantuan kewangan bernilai bilionan dolar Amerika usai kudeta yang menjatuhkan Presiden Mursi. Negara-negara ini sememangnya terkenal memusuhi Ikhwanul Muslimin, kerana takutkan kepada ideologi yang dibawa oleh mereka.

Sementara itu, dua negara yang paling lantang menyatakan bantahan dan protes mereka terhadap rampasa kuasa haram tersebut adalah Tunisia dan Turki. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan tidak mengiktiraf kerajaan sementara pimpinan Adly Mansour dan menuntut agar Presiden Mursi dibebaskan dan dikembalikan kepada kedudukannya yang asal.


Malaysia AMAN jika tidak suka seila ke MESIR wahai pembangkang! said...
October 6, 2013 at 7:52 PM

Fakta 7

Pada 3 Julai 2013, Jeneral Abdul Fatah as-Sisi mengumumkan di televisyen nasional Mesir bahawa pihak tentera telah mengambil alih kuasa daripada Presiden Mursi kerana kegagalan beliau memenuhi beberapa tuntutan oleh pihak Tamarrud dan ultimatum yang telah diberikan oleh pihak tentera. Presiden Mursi telah dikenakan tahanan di suatu tempat rahsia yang sehingga kini tiada siapa tahu lokasi sebenarnya, melaikan pihak tentera.


Malaysia AMAN jika tidak suka seila ke MESIR wahai pembangkang! said...
October 6, 2013 at 7:53 PM

Siapa dia as-Sisi? Dia telah dilantik sendiri oleh Presiden Mursi untuk menggantikan Muhammad Hussein Tantawi sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Mesir yang baharu. Dia dilihat sebagai moderat dengan pegangan agama yang kuat; calon yang paling sesuai untuk menggantikan rejim Mubarak yang lama. Siapa sangka, dialah yang menjadi dalang utama dalam menjatuhkan bos besarnya sendiri.

Selepas melantik Adly Mansour sebagai Presiden bagi kerajaan sementara, as-Sisi melantik dirinya sendiri sebagai Menteri Pertahanan yang baru, selain jawatan Timbalan Perdana Menteri.


Malaysia AMAN jika tidak suka seila ke MESIR wahai pembangkang! said...
October 6, 2013 at 7:53 PM

Fakta 8

Apa/Siapa itu Ikhwanul Muslimin?

Ikhwanul Muslimin merupakan suatu pergerakan dakwah yang telah diasaskan oleh Hassan al-Banna pada tahun 1928, sebagai tindakan langsung daripada kejatuhan khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924. Sejarah pergerakan ini sangat panjang dan berwarna-warni; cukuplah saya merumuskan sejarah Mesir moden terlalu banyak dipengaruhi oleh pergerakan ini.

Perbalahan yang berlaku antara pihak tentera dan Ikhwanul Muslimin sememangnya diketahui umum. Ahli-ahli IM telah ditangkap, dihumban ke dalam penjara dan diseksa dalam jumlah yang pukal pada zaman Jamal Abdul Nassir, sehingga dianggarkan jutaan ahli IM ditangkap di seluruh Mesir. Ramai daripada mereka dibebaskan pada zaman Anwar Sadat, kemudian ditangkap dan sekali lagi dihumban ke dalam penjara ketika era Hosni Mubarak. Antara tokoh-tokoh besar IM yang mati di tangan pihak pemerintah diktator termasuklah Sayyid Qutb, Abdul Qadir Audah dan Syaikh al-Faraghli.

Semenjak itu, IM diharamkan daripada bergiat aktif, apatah lagi dalam arena politik kerana pihak pemerintah melihat mereka sebagai ancaman besar. Namun ahli-ahli IM terus bergiat aktif dalam masyarakat dengan berselindung di sebalik nama persatuan atau badan yang lain.


Malaysia AMAN jika tidak suka seila ke MESIR wahai pembangkang! said...
October 6, 2013 at 7:54 PM

Kepopularan dan pengaruh IM dalam kalangan masyarakat amat ketara apabila akhirnya mereka dibenarkan bertanding dalam pilihanraya Mesir usai kejatuhan Mubarak, mereka menang mudah di kebanyakan tempat terutamanya di kawasan luar bandar. Selain itu, kebangkitan rakyat menentang penggulingan Presiden Mursi yang melibatkan jutaan rakyat Mesir juga menggambarkan sokongan padu rakyat terhadap pergerakan yang hampir mencecah usia 100 tahun itu.

Sehingga kini, IM memainkan peranan yang penting dan aktif dalam mencorakkan sosia- politik dan -ekonomi rakyat Mesir.


Malaysia AMAN jika tidak suka seila ke MESIR wahai pembangkang! said...
October 6, 2013 at 7:54 PM

Fakta 9

Pembunuhan beramai-ramai yang berlaku ke atas para penunjuk perasaan bermula 14 Ogos 2013 apabila pihak tentera nekad untuk mengosongkan Medan Rabaah, Medan al-Nahda dan Medan Mustafa Mahmud di Giza daripada para penyokong letigimasi Presiden Mursi. Sebelum ini sudah pon berlaku persitiwa Subuh berdarah, apabila sebahagian penyokong Mursi ditembak oleh pembidik tepat ketika mereka sedang bersolat Subuh pada pagi 8 Julai 2013.

Namun, pembunuhan beramai-ramai yang berlaku pada 14 Ogos lebih melampau dan zalim lagi. Bukan setakat rakyat dibunuh, masjid dibakar, mayat para syuhada' dibakar dan ada yang dilanggar oleh jentolak hidup-hidup! Jumlah kematian yang dicatatkan berbeza-beza mengikut sumber; tetapi angka kematian tertinggi yang dilaporkan adalah lebih daripada 2,200 nyawa. Hal ini jelas merupakan kezaliman melampau, apatah lagi di dilakukan oleh rakyat Mesir sendiri terhadap saudara-saudara mereka. Malah, ada yang menyifatkan tindakan pihak tentera yang didalangi oleh Amerika dan Israel ini, lebih dahsyat dan keji daripada pembunuhan Bashar al-Assad terhadap rakyatnya dan kezaliman kerajaan Zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Tindakan mereka ini jelas melanggar semua nilai-nilai kemanusiaan yang ada.


Malaysia AMAN jika tidak suka seila ke MESIR wahai pembangkang! said...
October 6, 2013 at 7:54 PM

Reaksi dunia, seperti biasa dan sudah boleh dijangka, hanya mampu untuk mengutuk tindakan zalim as-Sisi dan anjing-anjingnya. Malah Amerika sendiri, yang tangan mereka jelas berlumur dengan kekotoran kerana terlibat sama dalam konspirasi menjatuhkan Mursi, penuh kepura-puraan mengutuk tindakan tentera ke atas rakyat Mesir.


Malaysia AMAN jika tidak suka seila ke MESIR wahai pembangkang! said...
October 6, 2013 at 7:55 PM

Fakta 10

Perlu juga disebutkan di sini, apakah sebabnya Presiden Mursi digulingkan? Atau apakah alasan yang digunakan oleh golongan Tamarrud dan pihak tentera untuk menjatuhkan Presiden Mursi?

Mereka mendakwa Presiden Mursi telah gagal dalam mengotakan janji-janjinya di awal pelantikannya sebagai Presiden Mesir. Presiden Mursi juga telah gagal memulihkan keadaan ekonomi Mesir yang runcing, di samping beberapa faktor politik, ekonomi dan sosial yang lain, termasuklah peluang pekerjaan, polis yang menzalimi para penunjuk perasaan dan sebagainya.

Itu adalah alasan yang mereka gunakan.

Hakikatnya, tidak munasabah untuk Presiden Mursi memulihkan sepenuhnya keadaan Mesir yang telah hampir binasa dan rosak dari pelbagai aspek pasca pemerintahan rejim Hosni Mubarak yang puluhan tahun lamanya itu, dalam masa setahun. Mursi memerlukan kuasa magis untuk menjadikan Mesir sebuah negara yang aman dan makmur dalam sekelip mata.


Malaysia AMAN jika tidak suka seila ke MESIR wahai pembangkang! said...
October 6, 2013 at 7:55 PM


Namun, 'dosa-dosa' Presiden Mursi yang paling besar, yang benar-benar menyebabkan musuh-musuhnya tidak puas hati termasuklah:

-Meningkatkan produktiviti gandum kepada 60% dari 20%
-Membangunkan kilang-kilang industri seperti elektronik, senjata dan kereta, yang memberi peluang pekerjaan dan mengurangkan pergantungan rakyat Mesir kepada import dari luar
-Memberi kebebasan kepada media, sehingga pada tahap mereka tanpa segan silu mencacinya hampir setiap hari. Namun beliau kool sahaja dan sabar menghadapinya (kalau zaman Mubarak dahulu konfem si editor dah kena humban masuk penjara!)
-Hafaz al-Quran dan selalu bersolat jemaah dan menjadi imam di masjid
-Tidak mahu tinggal di istana Presiden dan menolak untuk dilindungi oleh para pengawal peribadi
-Menyokong perjuangan Palestin, Syria dan Myanmar, antaranya dengan membuka sempadan Rafah untuk kemudahan rakyat Palestin
-Membebaskan pemerintahan kerajaan Mesir dari cengkaman tentera
...dan lain-lain lagi.
[Sumber: bersamadakwah.com]

Inilah faktor sebenar mengapa beliau dijatuhkan. Faktor sebenar mengapa Presiden Mursi digulingkan adalah kerana beliau membawa syiar Islam ke dalam pemerintahannya. Ia adil, saksama, amanah, bersih dan bijaksana. Mana mungkin taghut dan jahiliyyah boleh duduk diam dengan pemimpin sebegini rupa; jika mereka biarkan Mursi dan ikhwan terus membawa perubahan berteraskan Islam di Mesir, mereka tahu yang kegemilangan Islam pasti akan kembali semula. Maka mereka mula menanam makar-makar jahat dan keji, untuk menjatuhkan Mursi.


Malaysia AMAN jika tidak suka seila ke MESIR wahai pembangkang! said...
October 6, 2013 at 7:56 PM

Sekarang anda sudah tahu sedikit sebanyak apa yang berlaku di Mesir walaupun ia hanya gambaran kasar terhadap apa yang berlaku.

Tidak mustahil pergolakan di Mesir akan berlarutan dan berpanjangan sehingga membawa kepada peperangan saudara. Na'udzubillah. Sekiranya itu berlaku, ia bakal menjadi lebih teruk dan mengerikan daripada apa yang berlaku di Syria; sekurang-kurangnya di Syria jelas sekali ia adalah perbalahan antara puak Syiah dan Sunni, sedangkan apa yang berlaku di Mesir adalah saudara sesama pegangan dan aqidah.


Nora said...
October 6, 2013 at 7:57 PM

Para pembangkang yang kuat membuat rusuhan, adalah lebih baik mereka dibuang ke Mesir.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx