Friday, July 12, 2013

Janji bonus kepada guru sandaran tak ditunai?

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa tidak menunaikan janji untuk memberi imbuhan sebanyak setengah bulan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan termasuk guru sandaran.

Menurut Teo, beliau menerima aduan daripada tiga orang guru sandaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Senai yang tidak pernah menerima imbuhan yang sepatutnya diterima pada bulan Disember tahun lalu dan Januari tahun ini.

Katanya, perdana menteri pada tahun lalu berjanji akan memberikan imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi kali kedua kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

"Mereka sepatutnya menerima imbuhan pada Disember tahun lalu dan Januari tahun ini. Tetapi tidak terima sampai sekarang.

"Saya tak tahu lah sama ada mereka ini tidak tahu pekeliling atau apa," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pada Julai tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan untuk memberi imbuhan sempena Aidilfitri kepada penjawat awam.

Bagaimanapun Najib berkata, pemberian imbuhan itu adalah bergantung kepada kemampuan kerajaan.

Bayaran imbuhan minimum bagi tahun 2012 adalah RM1,500-RM500 untuk bulan Ogos 2012, RM500 untuk bulan Disember 2012 dan RM500 untuk bulan Januari 2013.

Sehubungan itu, Teo berkata, beliau meminta agar kerajaan memberi imbuhan kepada pegawai perkhidmatan awam serta guru sandaran seperti yang dijanjikan.-MK
xxx2

Komen Anda

42 Responses to " Janji bonus kepada guru sandaran tak ditunai? "
mak jemah said...
July 12, 2013 at 10:14 AM

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.


mak jemah said...
July 12, 2013 at 10:14 AM

Omar berkata, pemberian bonus bukan sahaja khabar gembira buat 1.4 juta penjawat awam bahkan akan turut memberi kesan langsung kepada ekonomi negara apabila terdapat aliran tunai yang aktif di dalam negara.


mak jemah said...
July 12, 2013 at 10:14 AM

CUEPACS juga berharap agar skuad pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan terus membantu memantau harga barangan dalam pasaran, kata beliau.

Pada tahun lepas, kerajaan memberi bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam dan pemberian bonus tersebut merupakan yang terbaik pernah diberikan oleh kerajaan setakat ini.

Katanya, bersempena dengan kedatangan Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri nanti semestinyalah penjawat awam mengharapkan bantuan dalam bentuk bonus daripada kerajaan bagi meringankan beban kewangan mereka.


Anonymous said...
July 12, 2013 at 11:24 AM

The new minimum requirement of 7As, set for students with Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) from the peninsula to join the teaching profession, beginning this year, can uplift the profession's standard to become more challenging.


who say said...
July 12, 2013 at 11:24 AM

Sebanyak 41,573 calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Asasi ditawarkan untuk mengikuti pengajian di 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2013/2014.


who say said...
July 12, 2013 at 11:26 AM

West Malaysia Malay Teachers' Union (KGMMB) president Mohamed Sabri Mohd Arsad said however, besides academic excellence, the education ministry should also emphasise on co-curricular activities.


kaukuatmeh said...
July 12, 2013 at 11:30 AM

Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Prof Datuk Moshidi sirat, berkata jumlah itu adalah 71.9 peratus daripada 57,802 pemohon yang layak dan melepasi Syarat Am Universiti serta Syarat Khas Program Pengajian.


ciguterbaek said...
July 12, 2013 at 11:32 AM

dari segi pecahan kaum, seramai 30,903 calon (74.3 peratus) adalah Bumiputera, 7,913 calon (19 peratus) Cina, 1,824 calon (4.4 peratus) India dan 933 calon (2.3 peratus) dari lain-lain kaum.


ruthless said...
July 12, 2013 at 11:37 AM

Penjawat awam patut bersyukur dengan pemberian faedah pemindahan gaji bersamaan kadar satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Julai ini, menurut Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).


ruthless said...
July 12, 2013 at 11:37 AM

Timbalan Presidennya Azih Muda berkata walaupun kenaikan itu dilihat kecil oleh sesetengah pihak, ia memberi faedah besar kepada penjawat awam dalam jangka masa panjang.


ruthless said...
July 12, 2013 at 11:37 AM

"Walaupun kenaikan ini tidak besar, tetapi ia jelas menunjukkan Perdana Menteri amat prihatin terhadap kebajikan penjawat awam," katanya.


ruthless said...
July 12, 2013 at 11:37 AM

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan pelaksanaan eksesais itu susulan keputusan kerajaan berkaitan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan awam, landasan kerjaya dan pembetulan kepada masalah struktur gaji.


ruthless said...
July 12, 2013 at 11:37 AM

Menurut JPA masalah struktur gaji akan diselesaikan sebelum 31 Dis. Mengenai bonus tahun ini, beliau berkata Cuepacs yakin kerajaan akan memberikan habuan lebih baik daripada satu setengah bulan gaji tahun lalu.


ruthless said...
July 12, 2013 at 11:38 AM

Azih berkata Cuepacs juga berharap kerajaan memperuntukkan 30 peratus daripada sejuta buah rumah mampu milik yang akan dibina dalam tempoh lima tahun akan datang kepada penjawat awam.


ciguterbaek said...
July 12, 2013 at 11:40 AM

49 calon orang Asli, 68 calon Orang Kurang Upaya (OKU) dan 1,515 atlit kebangsaan serta antarabangsa berjaya mendapat tempat di IPTA.


Deeyn said...
July 12, 2013 at 11:41 AM

Golongan guru disaran supaya memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.


Deeyn said...
July 12, 2013 at 11:41 AM

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata ini bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka.


Deeyn said...
July 12, 2013 at 11:42 AM

Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan


Deeyn said...
July 12, 2013 at 11:42 AM

beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil Kuala Besut berkata BN telah menetapkan slogan 'Kuala Besut Bertambah Biru' dengan menyasarkan peningkatan majoriti dari 2,434 undi kepada lebih 4,000 undi.


Deeyn said...
July 12, 2013 at 11:42 AM

Tumpuan akan diberikan untuk mendampingi rakyat dari rumah ke rumah. Idris mengingatkan pengundi di Kuala Besut agar menyedari bahawa pembangkang tidak mampu membawa kemakmuran kepada mereka


Jocelyn said...
July 12, 2013 at 11:50 AM

Penjawat awam yang terlibat dalam aktiviti luar termasuk bidang sukan sehingga mewakili peringkat kementerian atau negeri akan diberikan markah penuh dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) mereka.


Jocelyn said...
July 12, 2013 at 11:51 AM

Ketua Setiausaha Negera Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, perkara itu yang akan dibincangkan bersama semua Ketua Setiausaha Kementerian dan ketua jabatan bertujuan bagi menarik minat penjawat awam menyertai aktiviti-aktiviti luar terutama sukan.


Jocelyn said...
July 12, 2013 at 11:51 AM

Kalau dalam penilaian LNPT memang ada lima peratus untuk aktiviti luar tapi kalau sampai ke peringkat kementerian atau negeri...mungkin kita boleh berikan markah penuh atau terbaik dalam kategori itu


Jocelyn said...
July 12, 2013 at 11:52 AM

Beliau berkata, langkah itu juga diharap dapat membantu mencungkil bakat-bakat tertentu dalam kalangan penjawat awam yang seterusnya boleh dimanfaatkan ke peringkat yang lebih tinggi.


Jocelyn said...
July 12, 2013 at 11:52 AM

bagi menggalakkan penyertaan jabatan atau kementerian dalam kejohanan sukan, mereka dibenarkan untuk mendapatkan sumbangan dan bekerjasama dengan pihak swasta.


Jocelyn said...
July 12, 2013 at 11:52 AM

ketika ditanya mengenai 'berita gembira' untuk penjawat awam sempena sambutan perayaan hari raya Aidilfitri tahun ini, beliau berkata ia akan ditentukan dan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jika ada.


ciguterbaek said...
July 12, 2013 at 11:55 AM

the basic requirement is excellence in at least three subjects and a credit in three other subjects, including Bahasa Melayu and History, as well as a pass in the English Language, besides special qualifications for the field of studies chosen.


Teja said...
July 12, 2013 at 11:55 AM

Proses pelantikan pengetua dan guru besar akan dimantapkan mulai tahun depan melalui pelaksanaan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) yang dijalankan Institut Aminuddin Baki (IAB), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Teja said...
July 12, 2013 at 11:56 AM

Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, perkara itu sejajar dengan anjakan utama untuk mentransformasi Sistem Pendidikan Negara dalam memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.


Teja said...
July 12, 2013 at 11:56 AM

Menurutnya, selain NPQEL, penilaian bagi sesuatu pelantikan akan dibuat berdasarkan kemampuan bakal pengetua dan guru besar melaksanakan tanggungjawab, kreativiti dan inovasi di samping mempunyai rekod cemerlang sepanjang kerjaya sebagai guru.


Teja said...
July 12, 2013 at 11:56 AM

Sudah sampai masanya jawatan pengetua dan guru besar tidak boleh lagi disandang secara automatik tetapi perlu melalui suatu proses penapisan yang teliti dan melalui program latihan serta bimbingan yang komprehensif


Teja said...
July 12, 2013 at 11:56 AM

Ini bermakna mereka (guru) harus melalui proses penilaian dari segi tahap kepemimpinan dan perkara lain berkaitan dengan kemampuan melaksanakan tanggungjawab. Kementerian mahu menekankan soal kepimpinan sekolah untuk bukan hanya mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) kementerian tetapi meningkatkan kualiti pendidikan negara


Teja said...
July 12, 2013 at 11:57 AM

Muhyiddin berkata, pemantapan proses pelantikan pengetua dan guru besar dilakukan berdasarkan rekod beberapa sekolah yang mencapai status cemerlang atas faktor daya kepimpinan sekolah berkenaan.


Teja said...
July 12, 2013 at 11:57 AM

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Kementerian Pendidikan akan membuat pertimbangan sewajarnya terhadap permohonan pertukaran sekolah bagi guru-guru yang hidup berjauhan dengan pasangan masing-masing.


Teja said...
July 12, 2013 at 11:57 AM

Walau bagaimanapun ujarnya, perkara itu bergantung kepada kekosongan yang ada selain sebab munasabah. ''Masalah penempatan guru (pertukaran) kita hadapi sepanjang masa dan tahun lalu kita menerima hampir 20,000 permohonan. Tetapi realitinya, jumlah yang memohon adalah jauh lebih banyak berbanding kekosongan.


Anonymous said...
July 12, 2013 at 11:59 AM

Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yakin pemberian subsidi kepada bakal jemaah haji akan diteruskan pada masa akan datang tetapi jumlahnya bergantung kepada keuntungan hasil pelaburan yang dibuatnya.


Anonymous said...
July 12, 2013 at 11:59 AM

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail, berkata tahun ini, agensi itu memberi sejumlah RM5,575 subsidi kepada setiap jemaah haji bagi memastikan kos mengerjakan haji kekal sebanyak RM9,980.


Anonymous said...
July 12, 2013 at 11:59 AM

Mohamed Sabri said the ministry should also offer higher salaries and other benefits such as housing, for teachers who graduated with flying colours.


rawna H said...
October 2, 2013 at 3:59 PM

Musstahil tidak dibayar... bonus para guru sandaran sudah dibayar... mereka patut bersyukur.


Peter Opu said...
October 2, 2013 at 4:00 PM

Ini hanya helah para pembangkang untuk memburukkan kerajaan, janganlah kita semua terpedaya.


Anna said...
October 2, 2013 at 4:05 PM

Para rakyat, jangan terlalu taksub dengan kenyataan dari pembangkang ini, mereka hanya mahu menghuru-harakan Negara.


Rossy said...
October 2, 2013 at 4:07 PM

Bonus para guru sandaran dibayar mengikut saluran yang lain, harap maklum.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx