Friday, July 12, 2013

Janji bonus kepada guru sandaran tak ditunai?

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa tidak menunaikan janji untuk memberi imbuhan sebanyak setengah bulan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan termasuk guru sandaran.

Menurut Teo, beliau menerima aduan daripada tiga orang guru sandaran di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Senai yang tidak pernah menerima imbuhan yang sepatutnya diterima pada bulan Disember tahun lalu dan Januari tahun ini.

Katanya, perdana menteri pada tahun lalu berjanji akan memberikan imbuhan tahunan dan bayaran khas prestasi kali kedua kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan.

"Mereka sepatutnya menerima imbuhan pada Disember tahun lalu dan Januari tahun ini. Tetapi tidak terima sampai sekarang.

"Saya tak tahu lah sama ada mereka ini tidak tahu pekeliling atau apa," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Pada Julai tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan untuk memberi imbuhan sempena Aidilfitri kepada penjawat awam.

Bagaimanapun Najib berkata, pemberian imbuhan itu adalah bergantung kepada kemampuan kerajaan.

Bayaran imbuhan minimum bagi tahun 2012 adalah RM1,500-RM500 untuk bulan Ogos 2012, RM500 untuk bulan Disember 2012 dan RM500 untuk bulan Januari 2013.

Sehubungan itu, Teo berkata, beliau meminta agar kerajaan memberi imbuhan kepada pegawai perkhidmatan awam serta guru sandaran seperti yang dijanjikan.-MK

42 comments:
Write comments
  1. Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.

    Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, CUEPACS telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari ini dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  2. Omar berkata, pemberian bonus bukan sahaja khabar gembira buat 1.4 juta penjawat awam bahkan akan turut memberi kesan langsung kepada ekonomi negara apabila terdapat aliran tunai yang aktif di dalam negara.

    ReplyDelete
  3. CUEPACS juga berharap agar skuad pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan terus membantu memantau harga barangan dalam pasaran, kata beliau.

    Pada tahun lepas, kerajaan memberi bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam dan pemberian bonus tersebut merupakan yang terbaik pernah diberikan oleh kerajaan setakat ini.

    Katanya, bersempena dengan kedatangan Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri nanti semestinyalah penjawat awam mengharapkan bantuan dalam bentuk bonus daripada kerajaan bagi meringankan beban kewangan mereka.

    ReplyDelete
  4. The new minimum requirement of 7As, set for students with Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) from the peninsula to join the teaching profession, beginning this year, can uplift the profession's standard to become more challenging.

    ReplyDelete
  5. Sebanyak 41,573 calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Matrikulasi/Asasi ditawarkan untuk mengikuti pengajian di 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi sesi akademik 2013/2014.

    ReplyDelete
  6. West Malaysia Malay Teachers' Union (KGMMB) president Mohamed Sabri Mohd Arsad said however, besides academic excellence, the education ministry should also emphasise on co-curricular activities.

    ReplyDelete
  7. Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Prof Datuk Moshidi sirat, berkata jumlah itu adalah 71.9 peratus daripada 57,802 pemohon yang layak dan melepasi Syarat Am Universiti serta Syarat Khas Program Pengajian.

    ReplyDelete
  8. dari segi pecahan kaum, seramai 30,903 calon (74.3 peratus) adalah Bumiputera, 7,913 calon (19 peratus) Cina, 1,824 calon (4.4 peratus) India dan 933 calon (2.3 peratus) dari lain-lain kaum.

    ReplyDelete
  9. Penjawat awam patut bersyukur dengan pemberian faedah pemindahan gaji bersamaan kadar satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Julai ini, menurut Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

    ReplyDelete
  10. Timbalan Presidennya Azih Muda berkata walaupun kenaikan itu dilihat kecil oleh sesetengah pihak, ia memberi faedah besar kepada penjawat awam dalam jangka masa panjang.

    ReplyDelete
  11. "Walaupun kenaikan ini tidak besar, tetapi ia jelas menunjukkan Perdana Menteri amat prihatin terhadap kebajikan penjawat awam," katanya.

    ReplyDelete
  12. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan pelaksanaan eksesais itu susulan keputusan kerajaan berkaitan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan awam, landasan kerjaya dan pembetulan kepada masalah struktur gaji.

    ReplyDelete
  13. Menurut JPA masalah struktur gaji akan diselesaikan sebelum 31 Dis. Mengenai bonus tahun ini, beliau berkata Cuepacs yakin kerajaan akan memberikan habuan lebih baik daripada satu setengah bulan gaji tahun lalu.

    ReplyDelete
  14. Azih berkata Cuepacs juga berharap kerajaan memperuntukkan 30 peratus daripada sejuta buah rumah mampu milik yang akan dibina dalam tempoh lima tahun akan datang kepada penjawat awam.

    ReplyDelete
  15. 49 calon orang Asli, 68 calon Orang Kurang Upaya (OKU) dan 1,515 atlit kebangsaan serta antarabangsa berjaya mendapat tempat di IPTA.

    ReplyDelete
  16. Golongan guru disaran supaya memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut.

    ReplyDelete
  17. Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata ini bagi melahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan yang banyak memperjuangkan kebajikan mereka.

    ReplyDelete
  18. Tidak ada sebab guru membiarkan kerajaan bersendirian dan kini sampai masanya mereka membantu kerajaan untuk memastikan BN mengekalkan kerusi di Kuala Besut sebagai ucapan terima kasih mereka kepada kerajaan

    ReplyDelete
  19. beliau yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya Kecil Kuala Besut berkata BN telah menetapkan slogan 'Kuala Besut Bertambah Biru' dengan menyasarkan peningkatan majoriti dari 2,434 undi kepada lebih 4,000 undi.

    ReplyDelete
  20. Tumpuan akan diberikan untuk mendampingi rakyat dari rumah ke rumah. Idris mengingatkan pengundi di Kuala Besut agar menyedari bahawa pembangkang tidak mampu membawa kemakmuran kepada mereka

    ReplyDelete
  21. Penjawat awam yang terlibat dalam aktiviti luar termasuk bidang sukan sehingga mewakili peringkat kementerian atau negeri akan diberikan markah penuh dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) mereka.

    ReplyDelete
  22. Ketua Setiausaha Negera Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, perkara itu yang akan dibincangkan bersama semua Ketua Setiausaha Kementerian dan ketua jabatan bertujuan bagi menarik minat penjawat awam menyertai aktiviti-aktiviti luar terutama sukan.

    ReplyDelete
  23. Kalau dalam penilaian LNPT memang ada lima peratus untuk aktiviti luar tapi kalau sampai ke peringkat kementerian atau negeri...mungkin kita boleh berikan markah penuh atau terbaik dalam kategori itu

    ReplyDelete
  24. Beliau berkata, langkah itu juga diharap dapat membantu mencungkil bakat-bakat tertentu dalam kalangan penjawat awam yang seterusnya boleh dimanfaatkan ke peringkat yang lebih tinggi.

    ReplyDelete
  25. bagi menggalakkan penyertaan jabatan atau kementerian dalam kejohanan sukan, mereka dibenarkan untuk mendapatkan sumbangan dan bekerjasama dengan pihak swasta.

    ReplyDelete
  26. ketika ditanya mengenai 'berita gembira' untuk penjawat awam sempena sambutan perayaan hari raya Aidilfitri tahun ini, beliau berkata ia akan ditentukan dan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jika ada.

    ReplyDelete
  27. the basic requirement is excellence in at least three subjects and a credit in three other subjects, including Bahasa Melayu and History, as well as a pass in the English Language, besides special qualifications for the field of studies chosen.

    ReplyDelete
  28. Proses pelantikan pengetua dan guru besar akan dimantapkan mulai tahun depan melalui pelaksanaan Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) yang dijalankan Institut Aminuddin Baki (IAB), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    ReplyDelete
  29. Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, perkara itu sejajar dengan anjakan utama untuk mentransformasi Sistem Pendidikan Negara dalam memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.

    ReplyDelete
  30. Menurutnya, selain NPQEL, penilaian bagi sesuatu pelantikan akan dibuat berdasarkan kemampuan bakal pengetua dan guru besar melaksanakan tanggungjawab, kreativiti dan inovasi di samping mempunyai rekod cemerlang sepanjang kerjaya sebagai guru.

    ReplyDelete
  31. Sudah sampai masanya jawatan pengetua dan guru besar tidak boleh lagi disandang secara automatik tetapi perlu melalui suatu proses penapisan yang teliti dan melalui program latihan serta bimbingan yang komprehensif

    ReplyDelete
  32. Ini bermakna mereka (guru) harus melalui proses penilaian dari segi tahap kepemimpinan dan perkara lain berkaitan dengan kemampuan melaksanakan tanggungjawab. Kementerian mahu menekankan soal kepimpinan sekolah untuk bukan hanya mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) kementerian tetapi meningkatkan kualiti pendidikan negara

    ReplyDelete
  33. Muhyiddin berkata, pemantapan proses pelantikan pengetua dan guru besar dilakukan berdasarkan rekod beberapa sekolah yang mencapai status cemerlang atas faktor daya kepimpinan sekolah berkenaan.

    ReplyDelete
  34. Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Kementerian Pendidikan akan membuat pertimbangan sewajarnya terhadap permohonan pertukaran sekolah bagi guru-guru yang hidup berjauhan dengan pasangan masing-masing.

    ReplyDelete
  35. Walau bagaimanapun ujarnya, perkara itu bergantung kepada kekosongan yang ada selain sebab munasabah. ''Masalah penempatan guru (pertukaran) kita hadapi sepanjang masa dan tahun lalu kita menerima hampir 20,000 permohonan. Tetapi realitinya, jumlah yang memohon adalah jauh lebih banyak berbanding kekosongan.

    ReplyDelete
  36. Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) yakin pemberian subsidi kepada bakal jemaah haji akan diteruskan pada masa akan datang tetapi jumlahnya bergantung kepada keuntungan hasil pelaburan yang dibuatnya.

    ReplyDelete
  37. Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail, berkata tahun ini, agensi itu memberi sejumlah RM5,575 subsidi kepada setiap jemaah haji bagi memastikan kos mengerjakan haji kekal sebanyak RM9,980.

    ReplyDelete
  38. Mohamed Sabri said the ministry should also offer higher salaries and other benefits such as housing, for teachers who graduated with flying colours.

    ReplyDelete
  39. Musstahil tidak dibayar... bonus para guru sandaran sudah dibayar... mereka patut bersyukur.

    ReplyDelete
  40. Ini hanya helah para pembangkang untuk memburukkan kerajaan, janganlah kita semua terpedaya.

    ReplyDelete
  41. Para rakyat, jangan terlalu taksub dengan kenyataan dari pembangkang ini, mereka hanya mahu menghuru-harakan Negara.

    ReplyDelete
  42. Bonus para guru sandaran dibayar mengikut saluran yang lain, harap maklum.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.