Wednesday, July 10, 2013

Perkasa ugut tolak BN di PRK K.Besut?

Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini memberi amaran akan "beralih arah" sokongan sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini terus mengabaikan Melayu dan Bumiputera.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali (gambar) menegaskan, masyarakat Melayu meluat dengan kerajaan sekarang kerana mereka kini "menelan" apa sahaja yang disediakan kerajaan walaupun hakikatnya perkara itu "pahit".

"Sekiranya kerajaan terus berkeadaan begini, jika terpaksa sokongan kami mungkin beralih arah. Demi kepentingan orang Melayu dan Bumiputera kami akan lakukan," katanya dalam satu kenyataan petang ni.

"Terkadang terfikir juga oleh orang Malayu, apakah masih ada lagi pemimpin Melayu dalam negara ini. Sebelah kerajaan takut untuk menunaikan desakan orang Melayu dan Bumiputera. Begitu juga pemimpin Melayu di sebelah pembangkang," katanya.

Beliau menjelaskan, terlalu banyak memorandum mahu pun resolusi sudah dihantar kepada kepimpinan negara berkaitan beberapa isu ekonomi, pendidikan dan agama untuk komuniti Melayu dan Bumiputera, namun kurang 15 peratus yang dilaksanakan kerajaan, sedangkan desakan kumpulan lain ditunaikan kerajaan.

"Tuntutan yang lama masih dibiarkan tanpa ada tindakan positif bertambah lagi dengan beberapa keputusan yang menjengkelkan orang Melayu," katanya.

Sebelum itu, Perkasa juga memuji tindakan Anggota Majlis Tertinggi Umno, Dr Ahmad Puad Zarkashi yang menggesa Putrajaya menubuhkan kembali Kementerian Pembagunan Usahawan.

"Perkasa sambut baik kenyataan itu tetapi Perkasa tidak yakin kerajaan dapat wujudkan kembali jika kepimpinan yang ada sudah tekad untuk kuatkan agenda meliberalisasikan pelbagai sektor seperti apa yang diumumkan oleh perdana menteri di London baru-baru ini," katanya merujuk kepada projek majlis pecah tanah Stesen Jana Kuasa Battersea, yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama-sama Perdana Menteri Britain, David Cameron di London.

"Desakan supaya kerajaan mengembalikan kementerian ini oleh Perkasa dan NGO-NGO Melayu sejak hampir lima tahun sudah tidak dipedulikan lagi oleh kerajaan kerana kerajaan lebih mendengar dari kumpulan pendesak kaum lain," katanya.

Syed Hassan bagaimanapun menegaskan Perkasa tidak akan mengalah dalam perjuangannya demi kepentingan Melayu dan Bumiputera walaupun kerajaan BN tetap membisu dalam menunaikan hasrat Perkasa.

"Perkasa akan terus menyuarakan desakan demi desakan kami kepada kerajaan. Tetapi ingatlah bahawa kesabaran orang Melayu ada hadnya." - TMI.

65 comments:
Write comments
  1. Dalam kemunculan sulungnya selepas kalah dalam PRU13 yang lalu, Presiden PERKASA telah melahirkan rasa kecewa, marah dan geramnya terhadap Presiden UMNO yang telah dibodeknya habis-habisan sebelum PRU13 yang lalu..

    ReplyDelete
  2. Malah kerana terlalu geram beliau telah mengugut Najib dengan berkata "Jangan salahkan kami dengan apa yang akan kami lakukan selepas ini... kami sudah cukup bersabar dan kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya.

    ReplyDelete
  3. Sebelum itu beliau melahirkan rasa dengkinya terhadap HINDRAF dan juga Dong Zong dengan berkata Kerajaan jumpa Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum pilihan raya, tapi ada tak dengar Perkasa dapat layanan sama? Ada tak pemimpin Umno yang hadir ke mesyuarat Perkasa atau rasmikan majlis anjuran Perkasa?

    ReplyDelete
  4. Kemuncak dari kekecewaannya itu Ibrahim Ali hari ini secara serius berkata beliau akan menimbangkan untuk menjadi pemandu teksi sepenuh masa untuk menyara kehidupannya.

    ReplyDelete
  5. Beberapa orang pemimpin UMNO yang gentar dengan ugutan Ibrahim Ali itu menyatakan kesediaan untuk bertemu pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) itu, Datuk Ibrahim Ali bagi memujuknya..

    ReplyDelete
  6. Ibrahim Ali dan juga Perkasa dipercayai tidak mahu berjumpa dengan mereka kerana mereka-mereka itu tidak mampu menjanjikan apa-apa..

    ReplyDelete
  7. Apa yang mereka harapkan ialah Najib yang datang bertemu mereka untuk menjanjikan habuan buat mereka.. Malang nasib mereka.. Najib langsung tak peduli.. Rentetan dari itu mereka mengugut lagi....

    ReplyDelete
  8. Pemimpin Umno menyatakan kesediaan untuk bertemu pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) itu, Datuk Ibrahim Ali bagi merungkai sebarang kekeliruan.

    Menyifatkan kemarahan Ibrahim itu sebagai 'salah faham', beberapa pemimpin Umno memberitahu The Malaysian Insider, mereka tidak berniat meminggirkan Perkasa.

    PERKASA SEPATUTNYA LEBIH PROFESIONAL DALAM MENGHADAPI SEBARANG MASALAH DAN KETIDAKPUASAN HATI.

    ReplyDelete
  9. Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim mengatakan parti itu akan mengadakan perbincangan dengan Ibrahim.

    “Ibrahim Ali memainkan peranan penting kepada Umno,” katanya merujuk kepada peranan dimainkan Ibrahim dalam PRU13.

    “Umno perlu adil kepada semua. Akan adil kepada Perkasa dan Ibrahim. Kita akan duduk berbincang dan menjernihkan suasana,” katanya yang menyifatkan, Perkasa sebagai mesra Umno dan tidak timbul persoalan parti berkenaan menolak peranan mereka.

    IBRAHIM ALI SEBAGAI PEMIMPIN PERKASA WAJAR UNTUK MEMASTIKAN PERJUANGAN MEREKA ADALAH SELARI DENGAN OBJEKTIF PERTUBUHAN.ELAKKAN MENIMBULKAN ISU SENSITIF DALAM MASYARAKAT.

    ReplyDelete
  10. Selain Razali, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid turut menafikan Umno meminggirkan Perkasa.“Saya tidak nafikan dakwaannya. Akan tetapi sebagai Ahli Parlimen biasa Umno, saya nak beliau tahu Umno tidak pernah meminggirkan Perkasa.

    “Tidak betul untuk dia (Ibrahim) marah-marah. Tuntutan mereka boleh dipertimbangkan Umno selagi tidak menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat berbilang kaum,” katanya.

    IBRAHIM ALI PERLU TAHU KELEMAHAN DAN KESILAPAN MEREKA SENDIRI DAN CUBA PERBETULKANNYA.

    ReplyDelete
  11. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata asas kejayaan sistem demokrasi, antara lain, perlu merangkumi aspek kesanggupan menerima kekalahan, bukan kemenangan semata-mata.

    ReplyDelete
  12. Merujuk kepada penggulingan pemimpin Mesir oleh pihak tentera dan protes besar-besaran di negara itu, Dr Mahathir berkata, ia tidak harus berlaku kepada sebuah kerajaan yang dipilih melalui sistem demokrasi seperti di Mesir.

    ReplyDelete
  13. “Dalam kerajaan demokratik ada pemilihan, ada menang dan kalah, kalau kalah tak nak terima kekalahan, lepas itu buat angkara cuba jatuhkan kerajaan yang dipilih majoriti rakyat melalui aktivis demonstrasi, maka tidak ada demokrasi,” katanya.

    ReplyDelete
  14. Menegaskan nilai yang sama perlu diguna pakai di negara ini, Tun Mahathir mempersoal dakwaan pembangkang kononnya sistem pilihan raya negara ini tidak telus.

    ReplyDelete
  15. “Kalau di negara yang betul-betul menipu, kita dapati parti kerajaan akan menang 99 peratus tapi di Malaysia tidak pernah berlaku macam itu.

    “Setiap kali pilihan raya umum (PRU), parti lawan tetap akan dapat kemenangan…kalau nak tipu takkan nak bagi lima negeri kalah (seperti) sebelum ini,” kata Tun Mahathir yang merujuk kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada 2008.

    ReplyDelete

  16. Mengulas lanjut, beliau berkata: “Barisan Nasional (BN) terima tempat (kerusi) dia kalah, parti lawan tak nak terima, nak terima bila dia menang sahaja.

    “Ini tak faham demokrasi, kalau kalah tunggu la sampai PRU satu lagi.

    ReplyDelete
  17. Mengulas calon sesuai yang patut diletakkan BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu pada 24 Julai ini, Tun Mahathir berkata, individu berkenaan perlu dipilih dengan bijak dan diterima masyarakat setempat.

    ReplyDelete
  18. Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun tidak mahu memberi sebarang reaksi ketika ini.

    “Biar Ibrahim Ali tenang dulu. Kemudian kita boleh bincang mengenai kemarahannya,” katanya.

    TINDAKAN IBRAHIM ALI AMAT MELAMPAU.BELIAU PERLU PERBAIKI APA YANG SILAP DALAM PERJUANGANNYA.BANYAK ISU SENSITIF YANG BELIAU TIMBULKAN SEBELUM INI.

    ReplyDelete
  19. Ibrahim menyelar Umno kerana tulang belakang Barisan Nasional (BN) itu meminggirkan Perkasa, sebaliknya memberi layanan baik kepada kumpulan 'biadap' termasuk Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum PRU13.

    Berikutan itu, beliau kian hilang sabar dengan karenah kerajaan dan memberi amaran untuk mengambil langkah yang tidak dinyatakannya.

    SEBAGAI PEMIMPIN, KENALAH ADIL KEPADA SEMUA PIHAK TIDAK KIRA BANGSA,AGAMA DAN FAHAMAN POLITIK

    ReplyDelete
  20. Ramai orang tidak sedar bahawa Landskap politik Malaysia sudah hampir berubah baru-baru ini, namun begitu, kepimpinan beberapa parti belum menunjukkan keberanian sebenar mereka untuk menganjak paradigma.

    ReplyDelete
  21. Sukar untuk mendapat semula kepimpinan arwah Datuk Asri Muda yang begitu berani memecah tradisi demi keutuhan umat Islam, agama Islam dan juga orang Melayu.

    ReplyDelete
  22. Di Semenanjung Malaysia, DS Anwar mengetuai PKR walaupun Presiden PKR adalah isterinya. Manakala Dewan Ulama PAS mempunyai kuasa yang besar walaupun Presiden PAS dipegang oleh DS Haji Hadi Awang. Manakala, DAP didominasi oleh keluarga Lim Kit Siang dan Karpal Singh.

    ReplyDelete
  23. Di dalam UMNO, saya memuji Keputusan Mesyuarat UMNO Bahagian Kalabakan kerana membuat keputusan yang bijak dengan mencadangkan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan hujung tahun ini. Sebelum itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi turut meminta supaya dua jawatan tertinggi ini tidak dipertandingkan.

    ReplyDelete
  24. Very childish acting like a baby threatening UMNO non stop. Instead of lending a hand, Perkasa keeps attacking UMNO. Shame on Perkasa ! Ask what you can contribute first !!

    ReplyDelete
  25. Semasa UMNO didatangkan ke Sabah, ayah saya ketika itu AJK USNO Bahagian Tawau, telah diberi amanah oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai AJK Penaja UMNO Bahagian Tawau.

    ReplyDelete
  26. Ketika itu (1990), saya masih terlalu muda, tetapi darah kepimpinan memberi kekuatan kepada saya untuk membantu UMNO masuk ke Sabah dengan mudah. Saya membantu ayah saya dari aspek keurusetiaan, penambahan ahli dan penerangan di kampung-kampung.

    ReplyDelete
  27. Dalam Pertandingan di peringkat Bahagian, ayah saya berada di dalam pasukan allahyarham Datuk Hj. Kassim Kamidin (Ketua Penaja UMNO Bahagian Tawau) kerana kami semua berasal dari parti USNO. Manakala Datuk Ghapur Salleh ketika itu dari parti BERJAYA. Ketika itu, nikmat demokrasi di dalam UMNO amat dirasai oleh semua ahli UMNO, kerana tiada siapa menghalang untuk bertanding di peringkat Cawangan dan Bahagian. Ayah saya dan arwah Datuk Hj. Kassim Kamidin walaupun tewas tetapi terus setia bersama parti hingga ke hari ini.

    ReplyDelete
  28. P.e.r.k.a.s.a is a thorn in UMNO's flesh. That's the reason they are ignored. The rabid NGO does not contribute to national development by only fighting for Malay interests. If they learn to memp.e.r.k.a.s.a.kan Malaysians regardless of their ethnicity or creed, perhaps they might win over more hearts and minds.

    ReplyDelete
  29. There are just too many entities fighting for Malay rights and interests making it a crowded field. In no time P.e.r.k.a.s.a will die a natural death...as even the Malays are fed up with them! Only those with vested interest would be bothered...perhaps Ib Ali could not get the taxi permit he so sorely needs now that he gets mad with UMNO?

    ReplyDelete
  30. Datuk Ghapur Salleh tidak pula menyimpan dendam, bilamana anak kepada arwah Datuk Hj. Kassim Kamidin iaitu Datuk Hj. Kamil Kamidin diberi peluang sebagai ADUN Tg. Batu (2004-2008).

    ReplyDelete
  31. Rekonsiliasi sudah pasti akan berdepan cabaran dari luar dan dalam, namun begitu semua cabaran

    ReplyDelete
  32. Saya tidak boleh dipaksa mendedahkan keterperincian rekonsiliasi ini, namun kita boleh bermain bahasa. Apakah DAP sudah bersedia untuk menjadi pembangkang tunggal negara?

    ReplyDelete
  33. Mampukah DAP meneruskan survival mereka pada PRU14? Secara peribadi saya berpendapat, negara kita memerlukan Pembangkang yang kuat, bukan pembangkang yang merosakkan keamanan negara, perpaduan rakyat dan keutuhan bangsa Malaysia.

    ReplyDelete
  34. DS Najib nampaknya Presiden UMNO yang berusaha tidak melakukan kesilapan, sebab itu beliau tidak membelakangi Majlis Tertinggi UMNO dalam kes terbaharu baru-baru ini.

    ReplyDelete
  35. Semua pihak bercakap tentang survival. Mereka mahu survival mereka selamat. Lim Kit Siang sudah mempunyai Lim Guan Eng, Karpal Singh sudah memiliki Gobind Singh Deo, Nik Aziz sudah memiliki Nik Abduh, Tun Dr. Mahathir berjaya melalui Dato Mukhriz, Pak Lah berjaya melalui Khairy Jamaludin, DS Najib masih belum menonjolkan anak lelaki beliau, manakala DS Anwar belum berpuashati dengan kedudukan Nurul Izzah.

    ReplyDelete
  36. Dalam Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri mempunyai kuasa pregroratif untuk melantik sesiapa yang beliau fikirkan boleh membantu beliau untuk pembangunan negara dari segi kemashlahatan ummah dan rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  37. Namun begitu, di dalam Perlembagaan UMNO, saya tidak berapa ingat sama ada Presiden Parti memiliki kuasa pregroratif.

    ReplyDelete
  38. Jika kita faham kedudukan ini, bermakna kebarangkalian DAP menjadi pembangkang tunggal negara boleh menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  39. YB Karpal Singh satu-satunya Ahli Parlimen pembangkang yang memahami apa yang saya tulis, sebab itulah beliau memberi respon.

    ReplyDelete
  40. Sebaliknya ahli-ahli parlimen yang lain mengambil sikap berhati-hati. Beberapa ahli parlimen mahu bertemu saya, Allah SWT masih tidak memberi petunjuk kepada saya.

    ReplyDelete
  41. Saya turut menerima pelbagai pesanan supaya memberi penjelasan berkenaan hal rekonsiliasi.

    ReplyDelete
  42. Saya masih berfikir dan menanti petunjuk dari Allah SWT. Apa yang saya usahakan ialah untuk kemashalahatan ummah dan negara kita.

    ReplyDelete
  43. Apa yang kita semua inginkan ialah, negara kita maju ke depan, umat Islam berada di kedudukan terbaik dari segi politik, ekonomi dan sosial, orang Melayu khususnya yang masih jauh ketinggalan perlu terus dibantu.

    ReplyDelete
  44. Barangkali, DAP sudah perlu bersedia ke arah menjadi pembangkang tunggal negara!

    ReplyDelete
  45. PERKASA kini main ugut2 pla

    ReplyDelete
  46. Saya merasakan tindakan YB Ibrahim Ali selaku Presiden Perkasa yang mendesak YB Khairy Jamaluddin untuk meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Rembau kerana dikata membelakangkan agenda Melayu sebagai tidak wajar dan tidak munasabah sama sekali.

    Tidak timbul soal “menjual bangsa sendiri”, sedangkan YB Khairy selaku Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia adalah antara Ahli Parlimen pertama yang membantah cadangan pengecilan penawaran biasiswa JPA untuk pelajar-pelajar Malaysia yang cemerlang melanjutkan pengajian mereka ke luar negara.

    Ini adalah kerana pengecilan penawaran biasiswa ke luar negara tajaan JPA akan memberikan impak besar terhadap peluang pelajar pelajar Melayu dan Bumiputera terutamanya mereka yang benar benar cemerlang bagi mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negera.

    Sehubungan itu kenyataan balas YB Khairy Jamaluddin Ahli Parlimen Rembau terhadap YB Datuk Ibrahim Ali yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas semalam adalah, dengan niat bagi memperjelaskan keadaan sebenar berkaitan kenyataan oleh YB Wee Ka Siong dalam kontek yang lebih tepat sekali gus bagi menjernihkan suasana agar ia tidak menjadi salah tanggapan dan polemik yang berpanjangan.

    ReplyDelete
  47. Selaku Ketua Pemuda Umno Malaysia, beliau tentu sekali mendokong asas perjuangan parti yang tidak pernah menolak, tidak pernah berkompromi dan jauh sekali membelakangkan kepentingan agenda Melayu dan Bumiputera.

    Pemuda Umno Malaysia sentiasa konsisten dalam perjuangannya menegakkan agenda Melayu dan Bumiputera di bawah bumbung semangat 1 Malaysia sebagaimana yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri.
    Ini termasuklah membicarakan isu-isu “berkait” di dalam semangat yang lebih rasional dan berpandangan jauh.

    Ini TIDAK sama sekali bermakna, Pemuda Umno mahu mengenepikan agenda Melayu dan kepentingan Bumiputera. Dalam hal-hal yang jelas berkait dengan hak orang Melayu dan Bumiputera; kita tidak akan berkompromi malah rakan Kompenan Pemuda BN cukup jelas dan faham dalam hal ini.

    Sementara kita menghormati pandangan, maklum balas dan sentimen mana-mana pihak, haruslah ada usaha mencari penyelesaian yang lebih tuntas dan berkesan berkenaan perkara-perkara yang membawa ketidakpuasan hati sebahagian kelompok masyarakat.

    Pemuda Umno bersedia dan sentiasa mempertahan agenda Melayu dan Bumiputera; namun dalam masa yang sama enggan menggunakannya sebagai alasan untuk bersikap “tidak adil” sehingga tidak melihat keperluan masyarakat Malaysia secara keseluruhannya untuk menerima nikmat pendidikan yang lebih sempurna.

    ReplyDelete
  48. The Performance Management and Delivery Unit of the Prime Minister's Department (Pemandu) will push for more radical reforms under the Anti-Corruption National Key Result Area (NKRA) to combat corruption in Malaysia.

    ReplyDelete
  49. Aplikasi "The Malaysia Trip Planner" yang dilancarkan baru-baru ini menyediakan kepada pelancong maklumat secara peribadi dan praktikal tentang Malaysia.

    ReplyDelete
  50. Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab berkata platform mudah alih telah menjangkaui pengiklanan tradisional dan merupakan kaedah terbaik untuk mempamerkan pelbagai penawaran pelancongan negara.

    ReplyDelete
  51. Bagi kawasan pedalaman dengan kepadatan penduduk yang rendah, bekalan air alternatif termasuk perigi tabung, penuaian air hujan dan jerigen (kontena jerry can) digunakan untuk membekalkan air bersih.

    ReplyDelete
  52. Daripada 58,087 isi rumah yang disasarkan menerima air bersih atau terawat pada tahun 2011, 79% dihubungkan ke sistem retikulasi air sementara 21% lagi menerima air daripada bekalan alternatif.

    ReplyDelete
  53. PERKASA OTAK BODOH, BN TETAP MENANG DI K.BESUT.October 5, 2013 at 8:49 PM

    PAS  kena lupakan hajatnya hendak kasi goyang kerajaan negeri BN Terengganu menerusi pilihanraya kecil Kuala Besut.Strategi kempen 16:16 untuk samakan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri  dengan BN tidak menjadi.

    ReplyDelete
  54. PERKASA OTAK BODOH, BN TETAP MENANG DI K.BESUT.October 5, 2013 at 8:50 PM

    Keputusan rasmi pilihanraya kecil itu yang diumumkan pada jam 10.15 malam ialah calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman telah menewaskan calon PAS Azlan Yusof.

    Majoriti beliau 2,696  yakni lebih dari majoriti masa pilihanraya umum ke 13.Majoriti BN masa PRU13 ialah 2,434.

    Tengku Zaihan dapat 8,288 manakala Azlan 5,696.

    ReplyDelete
  55. PERKASA OTAK BODOH, BN TETAP MENANG DI K.BESUT.October 5, 2013 at 8:50 PM

    Azlan dan pimpinan PAS tidak hadir semasa pengumuman rasmi keputusan dibuat.

    Dalam sidang akhbarnya di di markas PAS PRK Kuala Besut di Kampung Baharu ,Azlan berkata beliau akur dengan kekalahannya kepada Tengku Zaihan.

    ReplyDelete
  56. PERKASA OTAK BODOH, BN TETAP MENANG DI K.BESUT.October 5, 2013 at 8:51 PM

    "Saya terima kekalahan ini dan kalah itu perkara biasa, kita tidak merasa pelik dengan kekalahan ini tetapi jikalau kita menang ia memang suatu yang luar biasa," katanya.

    Azlan, seorang kontraktor, menyifatkan pilihan raya ini sebagai aman dan beliau berpuas hati dengan kempen yang berlangsung selama 12 hari sejak 12 Julai lepas.

    ReplyDelete
  57. PERKASA OTAK BODOH, BN TETAP MENANG DI K.BESUT.October 5, 2013 at 8:52 PM

    Sebelum iu suasana gembira jelas terpancar semasa majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sebuah hotel di Kuala Besut bila tersebar khabar awal BN menang.

    ReplyDelete
  58. PERKASA OTAK BODOH, BN TETAP MENANG DI K.BESUT.October 5, 2013 at 8:53 PM

    Hadir sama Tengku Zaihan,Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor,Timbalan Pengarah PRK Kuala Besut BN Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar Terengganu,Datuk Ahmad said.

    ReplyDelete
  59. PERKASA OTAK BODOH, BN TETAP MENANG DI K.BESUT.October 5, 2013 at 8:54 PM

    Sementara itu pada waktu tempoh pengundian tamat jam 5 petang seramai 14,108 pengundi Kuala Besut buang undi.

    Ini termasuk 911 anggota keselamatan dan pasangan yang undi awal.

    Peratusannya ialah 79.78 dari keseluruhan 17,713 pengundi berdaftar.

    Sementara itu dalam reaksinya Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan BN di Kuala Besut Rabu membuktikan kekuatan Umno masih menyerlah.

    ReplyDelete
  60. PERKASA OTAK BODOH, BN TETAP MENANG DI K.BESUT.October 5, 2013 at 8:55 PM

    Justeru itu, Perdana Menteri berkata usaha untuk memperkukuhkan Umno akan terus diperkasa supaya mampu menambah keyakinan rakyat terhadap BN.

    "Alhamdulillah..BN telah menang di Kuala Besut dan terima kasih kepada semua pengundi di Kuala Besut yang telah menyokong BN.

    "Insya Allah kita akan tunaikan semua janji-janji pilihan raya kita ," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama sahabat, ketua bahagian, Puteri, Pemuda dan Wanita Umno di Seri Perdana di Putrajaya.

    Najib berkata demikian ketika mengulas kemenangan calon BN Tengku Zaihan dengan majoriti 2,592 undi ke atas calon PAS pada PRK Kuala Besut.

    ReplyDelete
  61. PERKASA OTAK BODOH, BN TETAP MENANG DI K.BESUT.October 5, 2013 at 8:56 PM

    Beliau melahirkan keyakinan dengan kredibiliti Tengku Zaihan, 37, untuk terus berkhidmat kepada masyarakat setempat.

    "Saya yakin beliau tokoh muda yang berkebolehan. Ini petanda baik sokongan rakyat terhadap BN.

    "Pertambahan majoriti kemenangan menunjukkan prestasi yang menggalakkan dan semoga ianya dapat memberikan semangat yang lebih kepada semua anggota BN untuk menambah sumbangan dan daya juang," katanya.

    ReplyDelete
  62. PERKASA OTAK BODOH, BN TETAP MENANG DI K.BESUT.October 5, 2013 at 8:56 PM

    Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan kemenangan BN pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut merupakan manifestasi sokongan dan kepercayaan berterusan rakyat terhadap segala usaha yang dirancang dan dilaksana kerajaan BN.

    Timbalan Perdana Menteri berkata kemenangan itu menjadi lebih menarik apabila BN menerusi calonnya Tengku Zaihan menang di semua lapan pusat daerah mengundi, termasuk di Kampung Nangka dan Bukit Puteri yang dikuasai PAS pada pilihan raya umum yang lepas.

    ReplyDelete
  63. PERKASA OTAK BODOH, BN TETAP MENANG DI K.BESUT.October 5, 2013 at 9:09 PM

    Sebelum iu suasana gembira jelas terpancar semasa majlis berbuka puasa yang dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sebuah hotel di Kuala Besut bila tersebar khabar awal BN menang.

    Hadir sama Tengku Zaihan,Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor,Timbalan Pengarah PRK Kuala Besut BN Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar Terengganu,Datuk Ahmad said.

    ReplyDelete
  64. PERKASA OTAK BODOH, BN TETAP MENANG DI K.BESUT.October 5, 2013 at 9:10 PM

    Sementara itu pada waktu tempoh pengundian tamat jam 5 petang seramai 14,108 pengundi Kuala Besut buang undi.

    Ini termasuk 911 anggota keselamatan dan pasangan yang undi awal.

    Peratusannya ialah 79.78 dari keseluruhan 17,713 pengundi berdaftar.

    Sementara itu dalam reaksinya Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kemenangan BN di  Kuala Besut Rabu membuktikan kekuatan Umno masih menyerlah.

    Justeru itu, Perdana Menteri berkata usaha untuk memperkukuhkan Umno akan terus diperkasa supaya mampu menambah keyakinan rakyat terhadap BN.

    "Alhamdulillah..BN telah menang di Kuala Besut dan terima kasih kepada semua pengundi di Kuala Besut yang telah menyokong BN.

    ReplyDelete
  65. PERKASA OTAK BODOH, BN TETAP MENANG DI K.BESUT.October 5, 2013 at 9:11 PM

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bersama sahabat, ketua bahagian, Puteri, Pemuda dan Wanita Umno di Seri Perdana di Putrajaya.

    Najib berkata demikian ketika mengulas kemenangan calon BN Tengku Zaihan dengan majoriti 2,592 undi ke atas calon PAS pada PRK Kuala Besut.

    Beliau melahirkan keyakinan dengan kredibiliti Tengku Zaihan, 37, untuk terus berkhidmat kepada masyarakat setempat.

    "Saya yakin beliau tokoh muda yang berkebolehan. Ini petanda baik sokongan rakyat terhadap BN.

    "Pertambahan majoriti kemenangan menunjukkan prestasi yang menggalakkan dan semoga ianya dapat memberikan semangat yang lebih kepada semua anggota BN untuk menambah sumbangan dan daya juang," katanya.

    Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan kemenangan BN pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut merupakan manifestasi sokongan dan kepercayaan berterusan rakyat terhadap segala usaha yang dirancang dan dilaksana kerajaan BN.

    Timbalan Perdana Menteri berkata kemenangan itu menjadi lebih menarik apabila BN menerusi calonnya Tengku Zaihan menang di semua lapan pusat daerah mengundi, termasuk di Kampung Nangka dan Bukit Puteri yang dikuasai PAS pada pilihan raya umum yang lepas.

    Beliau berkata walaupun peratusan keluar mengundi adalah rendah tetapi pendekatan 'man-to-man marking' yang dilaksanakan sepanjang kempen memberi impak begitu positif dalam jumlah undi yang diraih.

    "Walaupun kempen kita lebih tertumpu pada waktu malam melalui majlis berbuka puasa, tarawih dan moreh tetapi sentuhan berhemah tanpa menyerang peribadi lawan itu nyata memberi impak kepada pengundi.

    "Selain itu, inisiatif yang diambil dalam menyelesaikan hampir semua masalah penduduk juga memberi kesan yang mendalam kepada keyakinan pengundi terhadap calon dan kerajaan BN," katanya pada sidang media selepas pengumuman keputusan pilihan raya itu di dewan Majlis Daerah Besut di Jerteh pada Rabu

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.