Tuesday, July 16, 2013

Ramadan bulan jihad capai kemenangan

Kehadiran bulan Ramadan merupakan kesempatan untuk umat Islam meningkatkan usaha muhajadah dan memperkemaskan jentera jihad bagi mencapai kemenangan Islam.

Ramadan yang kembali menjelma menziarahi kita bukannya kelaziman yang tidak mempunyai makna.

Allah S.W.T. menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia lebih-lebih lagi kedatangan Ramadan yang mengajak kita untuk lebih prihatin kepada masalah diri dan umat Islam keseluruhannya.

Kita melihat saban waktu orang Islam kecundang dalam menghadapi musuh paling nyata mereka iaitu hawa nafsu dengan berpihak kepada kepentingan duniawi dan mengasingkan diri daripada mengejar kejayaan rohani.

Lebih-lebih lagi dalam perjuangan menegakkan agama Allah di persada tanahair yang boleh dikatakan secara umumnya masih terpinggir.

Berlakunya pemencilan terhadap Islam dalam kehidupan umat hari ini kerana hal-hal keduniaan yang lebih diutamakan termasuk mengenyangkan nafsu amarah lebih daripada memperjuangkan kalimah hukum Allah.

Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda dalam salah sebuah hadisnya yang bermaksud, "Jalan ke syurga penuh dengan perkara yang tidak diingini oleh nafsu manakala jalan ke neraka penuh dengan kekenyangan melayan hawa nafsu."

Oleh itu, Ramadan datang mengajak kita supaya lebih berhati-hati dalam meniti kehidupan supaya tidak terjerumus kepada kehendak nafsu duniawi.

Tegakkan keperibadian Muslim yang menyerah diri dan mematuhi perintah Allah. Laksanakan segala tuntutan Allah yang jelas tertera dalam al-Quran yang diturunkan dalam bulan Ramadan.


Oleh Dato' Dr Haron Din

10 comments:
Write comments
  1. Realitinya, PAS tetap kalah kepada BN.

    ReplyDelete
  2. Faktor terbesar adalah kedudukan Kuala Besut yang terpencil dari arus perdana politik tanah air yang mahukan perubahan.

    Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengakui penduduk Kuala Besut perlu memperkasa penggunaan IT mereka untuk membolehkan mereka terdedah kepada maklumat semasa tanpa dikawal BN.

    ReplyDelete
  3. Dalam PRU13, pengundi bandar yang terdedah kepada penggunaan internet dan media sosial menolak BN dan mengundi Pakatan Rakyat (PR) hampir di semua bandar utama di Malaysia kecuali Kangar melalui wakil mereka sama ada PAS, PKR atau DAP.

    ReplyDelete
  4. Di samping itu, kenangan lama perpecahan penduduk kawasan itu antara PAS dan Umno mengongkong mereka dari mendekati PAS walaupun PAS sudah berubah.

    Isu kafir mengkafir dan sembahyang dua iman masih menjadi stigma yang tidak boleh mendekatkan penyokong Umno yang meninggalkan PAS sebelum ini.

    ReplyDelete
  5. Usaha PAS untuk menampilkan seorang ahli perniagaan dan bercakap tentang ekonomi berbanding dengan tradisi meletakkan calon 'ustaz' dan bercakap mengenai agama semata-mata, belum berjaya memecahkan tembok minda.

    Isu-isu yang dimainkan PAS dalam menyerang Umno juga nampaknya berjaya dipatahkan dengan baik oleh BN dengan menggunakan kuasa wang mereka.

    ReplyDelete
  6. PAS GAGAL DI KUALA BESUTOctober 2, 2013 at 11:26 AM

    Misalnya, apabila PAS memainkan isu empangan yang rosak di bawah tangan calon BN, rakyat bertanya balik, siapa yang boleh memberi penyelesaian kepada masalah mereka, PAS atau Umno?

    ReplyDelete
  7. PAS berjaya mendedahkan isu tetapi BN melalui pengarah pilihan rayanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang datang dengan penyelesaian iaitu pengumuman peruntukan RM35 juta untuk membaiki balik empangan itu.

    ReplyDelete
  8. Begitu juga kemiskinan. PAS memang berjaya mendedahkan betapa miskinnya penduduk Kuala Besut tetapi siapa yang boleh menyelesaikannya, PAS atau BN?

    ReplyDelete
  9. Pengumuman PAS bahawa mereka tidak mahu jawatan menteri besar bahkan Datuk Seri Ahmad Said akan terus jadi memegang jawatan itu walaupun menang dalam PRK ini lebih memburukkan keadaan.

    ReplyDelete
  10. a menghantar signal salah kepada pengundi. Kalau PAS menangpun, parti itu bukan boleh menyelesaikan kemiskinan mereka, BN juga yang mampu, melalui Ahmad Said di Terengganu dan kerajaan Pusat yang dikuasai BN.

    Jika begitu, buat apa undi PAS? Baik kekal bersama BN, duit dapat, penyelesaian kepada masalah jelas kelihatan dan masa depan lebih cerah.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.