Friday, July 12, 2013

Zahid Hamidi Disaman Lagi Selepas Polis Didakwa Abai Aduan

Seorang ahli perniagaan mengambil tindakan saman terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap laporannya.

Amir Bazli Abdullah berbuat demikian berikutan mendakwa polis mengabai laporannya mengenai kejadian Ahmad Zahid menumbuk mukanya di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang, pada 16 Januari 2006

Beliau juga mendakwa Ahmad Zahid yang ketika itu Timbalan Menteri Penerangan, mengugut membunuhnya selepas ditahan secara tidak sah di rumah Ahmad Zahid di Country Heights.

Dalam kenyataan tuntutannya, Amir Bazli menuntut kos ganti rugi khas, umum dan teruk, dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, semalam, beliau berkata, laporan polis sudah dibuat di balai Dang Wangi pada hari sama tetapi dipindah ke balai Kajang.

“Seorang polis berpangkat cif inspektor merakam kenyataan saya selama tiga hari,” katanya.

Beliau berkata, tiga pegawai polis bertemunya yang dirawat di sebuah hospital di Kelantan dan ada mengambil laporan perubatannya.

“Tiga empat bulan kemudian, cif inspektor itu memberitahu kes itu diklasifikasi sebagai ‘tiada tindakan selanjutnya’. Saya persoalkan kerana dia berjanji akan siasat dengan adil.

“Pegawai itu memohon maaf dan berkata 'tangannya terikat' kerana ia arahan dari atas.”

Amir kemudian cuba bertemu Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan di Bukit Aman untuk mendapatkan penjelasan tetapi mendakwa Musa enggan berjumpa.

“Saya sebaliknya disuruh berjumpa dengan Setiausaha KPN tetapi dia juga tidak mahu bertemu saya,” katanya.

Selepas dinasihati pegawai polis lain, Amir membuat aduan bertulis dan mengirimnya secara peribadi ke pejabat KPN tetapi tidak menerima sebarang jawapan selain pengesahan penerimaan surat itu.

Musa pula ketika mengulas hal ini memberitahu The Malaysian Insider dalam teks pesanan ringkas:“Saya tidak ingat dia pernah hubungi saya. Untuk berlaku adil, anda perlu bertanya kepada OCPD kawasan di mana laporan polis dibuat dan tanya kepadanya apa terjadi kepada laporan dan siasatan.”

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menafi pertuduhan berkenaan, sebaliknya mendakwa Amir menipu jalan ceritanya dan beliau pula membuat tuntutan balas dengan mendakwa Amir memalukannya dan mengalami trauma dari segi emosi akibat pertuduhan ahli perniagaan itu.

Kes saman Amir akan didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam bulan depan. -TMI
xxx2

Komen Anda

62 Responses to " Zahid Hamidi Disaman Lagi Selepas Polis Didakwa Abai Aduan "
mak jemah said...
July 12, 2013 at 10:21 AM

Tak nampak apa masalah dengan kes saman malu yang dihadapi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi ini. Apa isu yang besar sangat sehinggakan Dewan Rakyat diguna untuk membincangkan isu tersebut?


mak jemah said...
July 12, 2013 at 10:21 AM

Kebetulan atau sengaja diada-adakan, peguam yang mewakili plaintif dalam kes saman itu adalah juga ahli Parlimen DAP, Gobind Singh yang juga anak kepada Karpal Singh.


mak jemah said...
July 12, 2013 at 10:22 AM

Jelas sangat isu itu berkepentingan peribadi dan perniagaan dan imuniti dalam dewan digunakan untuk mencetus provokasi dan sentimen buruk terhadap Zahid. Modus operandi biasa, cetus sentimen dulu, kemudian bodoh-bodoh penyokong pembangkang di bawah ini akan mensensasikan isu tersebut dalam pelbagai cara setiap kali bercakap tentang Zahid Hamidi.


mak jemah said...
July 12, 2013 at 10:22 AM

Tapi aneh, dalam masa yang sama Ketua Pembangkang kita terbabit dengan dakwaan jenayah, liwat. Rayuan kes tersebut yang khabarnya akan di dengar bulan ini, silap-silap boleh menghantar semula Anwar Ibrahim ke penjara buat kesekian kalinya sejak dibebaskan atas alasan teknikal pada 2004. Patutnya dakwaan itu yang kecoh, apa kes tahun 2006 ini pulak yang dijadikan isu besar?


mak jemah said...
July 12, 2013 at 10:22 AM

Saman malu ini macam beli ekor juga, semua orang boleh beli tapi bukan semua orang boleh kena. Apatah lagi dalam isu membabitkan kepentingan politik macam ini dimana pembangkang sengaja melibatkan diri atas sebab yang kita semua tahu


mak jemah said...
July 12, 2013 at 10:23 AM

Kalau tak salah penulis, ramai juga ahli Parlimen pembangkang yang sedang menghadapi saman malu, antaranya Anwar sendiri dan Ahli Parlimen Pondan eh silap, Pandan, Raspussy Ramli. Jadi apa masalah yang besar sangat tu?


mak jemah said...
July 12, 2013 at 10:23 AM

Jadi penyokong pembangkang janganlah riuh sangat tentang isu saman malu Zahid ini, bukan ada apa sangat. Dalam kandang awak tu sendiri pun begitu ramai orang yang menghadapi saman malu tapi tidak pernah pulak nampaknya dijadikan isu.


mak jemah said...
July 12, 2013 at 10:23 AM

Malah antara yang dikatakan itu telah dinamakan untuk jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan II dan sebagainya kalau Pakatan haram ini berjaya memerintah negara (cerita mustahil), kenapa tidak ada masalah?


mak jemah said...
July 12, 2013 at 10:23 AM

Jelas sangat ini isu politik, bukan isu berkepentingan rakyat. Tidak seharusnya kelebihan dalam Dewan digunakan untuk kepentingan peribadi dan perniagaan di luar. Kalau rasa nak jadi peguam, jadi peguam terus, campur aduk dengan tugas yang sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat buat apa?


mak jemah said...
July 12, 2013 at 10:23 AM

Lagipun, sejak sidang parlimen bermula, belum lagi ada ahli parlimen pembangkang ini yang bawah isu-isu rakyat di kawasan masing-masing, lebih banyak bawak isu-isu nasional saja, apa hal? Selesa sangat, confirm tak boleh kalah dah ke?


Ivo Eyre said...
July 12, 2013 at 12:03 PM

Akta Hasutan 1948 menjadi isu hangat dan polimik yang besar bukan sahaja di Dewan Parlimen tetapi juga di tepi-tepi jalan dan warung-warung dimana rakyat biasa memberikan reaksi yang berbagai-bagai. Ia menjadi hangat kerana Najib telah berjanji untuk memansuhkan Akta ini pada tahun lepas sebagai salah satu janji pilihanraya beliau.Keadaan menjadi hangat apabila ada pihak dalam BN dan rakyat ramai sendiri merasa takut jika Akta itu dipinda atau dimansuhkan.


Ivo Eyre said...
July 12, 2013 at 12:04 PM

Ini merupakan satu usaha dan perjuangan pihak pembangkang sebegitu lama bagi Akta ini dihapuskan kerana terlalu mudah Akta ini dipergunakan untuk menekan pihak lawan oleh yang berkuasa. Akta ini digubal pada tahun 1948 sejurus selepas wujudnya Persekutuan Tanah Melayu yang menggantikan Malayan Union semasa itu.


Ivo Eyre said...
July 12, 2013 at 12:04 PM

Akta ini sudah berusia dan ia telah berada dengan kita sejak begitu lama. Tetapi ia mula menjadi isu kerana kelemahan pimpinan UMNO dan BN sendiri sehinggakan pihak pembangkang menggunakan isu ini dengan begitu ‘expedient’ sekali dan ia bersabit dengan kehendak politik pihak tertentu.


Ivo Eyre said...
July 12, 2013 at 12:04 PM

Dulunya Akta ini tidak mudah untuk diperjuangkan oleh pihak pembangkang yang menganggapnya sebagai satu Akta yang terlalu menekan dan bertentangan dengan kebebasan bersuara dan sebagainya. Pembangkang tidak pernah berjaya untuk membawa ia diperbincangan dimana-mana kerana kekuatan UMNO dan BN selama ini begitu kuat dan tidak mudah untuk digoyahkan oleh mana-mana pihak termasuk pembangkang.


Ivo Eyre said...
July 12, 2013 at 12:05 PM

Akta ini adalah Akta yang sangat tua, malahan lebih tua dari Perikatan atau BN. Sekarang UMNO dan BN sedang dalam keadaan yang paling lemah, maka apabila berada dalam keadaan lemah maka ia memudahkan pembangkang untuk memperjuangkan penghapusannya. UMNO begitu lemah kepimpinannya kerana pimpinannya tidak mempunyai kudrat pemikiran untuk memperkuatkan diri. Apabila kepimpinan lemah pemikirannya maka mudahlah elemen luaran mempengaruhi ramai dan membawa bersama tekanan terhadap BN itu.


Ivo Eyre said...
July 12, 2013 at 12:05 PM

Ada pandangan dan perbidalan Inggeris, ‘just as an idle mind is an evil’s workshop, a weak character and a coward is a devil’s playing field’. Kelemahan ‘character’ kebanyakkan kepimpinan UMNO pada hari inilah yang menyebabkan pemimpin menjadi penakut dan sentiasa bersedia untuk memenuhi tekanan pihak yang semakin hari semakin kuat mendapat sokongan rakyat.


Ivo Eyre said...
July 12, 2013 at 12:05 PM

Bagi setengah pendapat Akta ini amat penting kerana kita tidak tahu dan mampu menjangka apa yang akan berlaku kepada negara kita suatu hari nanti. Jika sampai ketahap sesiapa sahaja boleh bercakap dan melakukan apa sahaja yang mereka mahu tanpa sekatan kerana politik, akhirnya negara kita akan berada di dalam kekecuhan. Tidak ada sesiapa yang boleh bebas sepenuhnya dalam hidup ini.


Ivo Eyre said...
July 12, 2013 at 12:05 PM

Haiwan yang tidak dikawal oleh undang-undang dan bebas melakukan apa sahaja pun tidak mempunyai kebebasan sebenar. Harimau yang garang tidak bebas untuk keluar dari hutan dengan bebas kerana ia membahayakan dirinya sendiri. Harimau yang tidak berfikiran itu pun takut untuk keluar ke jalanraya kerana ia akan memudaratkan kehidupannya sendiri apabila dijumpai oleh manusia yang mempunyai cara dan kaedah canggih bagi membunuhnya.


Ivo Eyre said...
July 12, 2013 at 12:06 PM

Najib mahu memenuhi kehendak semua pihak kerana beliau ‘desperate’ untuk mendapatkan mandat rakyat dalam pilihanraya 13 yang baru selesai itu. Itulah sebabnya kita kedengaran beliau tunduk kepada tekanan kepada pihak yang membangkang beliau dan menjanjikan pemansuhan Akta ini. Hasilnya tidak pun berbaloi kerana rakyat tetap tidak memberikan sokongan padu kepada BN itu dalam PRU yang lepas.


Ivo Eyre said...
July 12, 2013 at 12:06 PM

Najib sepatutnya tegas dengan Akta yang begitu penting dan telah digunapakai sejak sebelum merdeka lagi. Kalau pun ia dipinda biarlah ia dipinda oleh pembangkang jika mereka berjaya mengambilalih kepimpinan dari UMNO dan BN itu. BN sepatutnya tegas mempertahankan Akta yang BN lindungi selama ini.


Ivo Eyre said...
July 12, 2013 at 12:06 PM

Sekarang nampaknya Zahid Hamidi begitu kuat dan lantang mempertahankan Akta ini. Jika Zahid benar-benar komited untuk mempertahankan Akta ini beliau seharusnya bersedia untuk menjadi korban semata-mata kerana menegaskan pendirian beliau untuk mempertahankan Akta ini.


Ivo Eyre said...
July 12, 2013 at 12:06 PM

berharap Zahid terus tegas dan jangan tunduk selepas pemilihan parti nanti. Zahid perlu melakukan ‘follow through’ yang jelas sampai selesai dan berjaya mempertahankan Akta ini.


Ariel Goblinglass said...
July 12, 2013 at 12:11 PM

Padah Main Politik Dengan Orang Asing,

Jusuff Kalla, mantan Naib Presiden Indonesia telah di kritik keras oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana membuat kenyataan yang boleh menjejaskan kredibiliti Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia.


Ariel Goblinglass said...
July 12, 2013 at 12:12 PM

Padah Main Politik Dengan Orang Asing,

Pengerusi DAP itu telah membidas Jusuff kerana membocorkan isi kandungan perbincangan sulit diantara Anwar dan PM Najib dan menuduh Anwar tidak memenuhi perjanjian diantara kedua-dua pemimpin negara itu. Anwar telah dikatakan mendapat bantuan kewangan dari syarikat besar dari Filipina, Amerika Syarikat, Turkey dan juga Thailand untuk membiayai ralli ‘blackout 505’ yang dianjurkan oleh pihak Pakatan Rakyat baru-baru ini.


Ariel Goblinglass said...
July 12, 2013 at 12:13 PM

Padah Main Politik Dengan Orang Asing,

Kenyataan Jusuff itu telah menjejaskan kredibiliti Anwar dan seterusnya menjejaskan kredibiliti Pakatan Rakyat sekali gus. Karpal mendesak Jusuff Kalla untuk memohon maaf kepada Anwar secara terbuka. Karpal berkata Anwar tidak sepatutnya percaya kepada Jusuff kerana tindakan Jusuff itu memberikan impak negatif kepada gerakan pembangkang dinegara ini. “Jusuf ternyata mempunyai agenda beliau sendiri” kata Karpal.


Ariel Goblinglass said...
July 12, 2013 at 12:13 PM

Padah Main Politik Dengan Orang Asing,

Saya tidak mahu memberikan komen tentang samada Jusuff patut meminta maaf diatas tindakan beliau membocorkan semua perundingan sulit Anwar dengan siapa dan dimana perundingan itu dibuat. Bagi saya seseorang pemimpin negara ini tidak kira Anwar atau pun sesiapa, melibatkan pemimpin asing untuk politik sendiri di negara sendiri itu adalah satu tindakan yang tidak bermoral.


Ariel Goblinglass said...
July 12, 2013 at 12:14 PM

Padah Main Politik Dengan Orang Asing,

Inilah padahnya jika keghairahan kita untuk menjadi orang penting negara membawa orang atau pemimpin asing untuk terlibat sama. Tindakan Jusuff membocorkan rundingan rahsia Anwar dengan Najib dan membocorkan cerita bantuan kewangan yang Anwar perolehi dari luar negara itu mungkin tidak beretika.


Ariel Goblinglass said...
July 12, 2013 at 12:14 PM

Padah Main Politik Dengan Orang Asing

Tetapi tindakan pemimpin negara menggunakan pihak luar untuk membantu politiknya sudah cukup untuk meyakinkan rakyat yang Anwar mampu diperguna oleh kuasa asing. Mendedahkan diri dengan bantuan politik dari luar ini akhirnya seorang pemimpin itu menjadi pemimpin ‘puppet’ kuasa asing.


Ariel Goblinglass said...
July 12, 2013 at 12:14 PM

Padah Main Politik Dengan Orang Asing

tu sebabnya sekarang sudah tidak ada lagi ‘freedom fighters’ di dunia ini kerana Amerika Syarikat dan kuasa asing yang lain telah mencorakkan politik banyak negara didunia ini. Kuasa asing telah mengadu-domba rakyat sesebuah negara dan kenyataan ini boleh kita lihat berlaku dinegara-negara Timur Tengah beberapa ketika dahulu dan disetengah negara itu masih berlaku.


Ariel Goblinglass said...
July 12, 2013 at 12:15 PM

Padah Main Politik Dengan Orang Asing


Jika kita kaji dari ‘content’ rundingan sulit itu ia melibatkan bantuan kewangan dari kuasa asing dan tidak terkejut jika negara kita seperti yang disyaki oleh banyak pihak juga terlibat dengan permainan halus kuasa asing itu.


Ariel Goblinglass said...
July 12, 2013 at 12:15 PM

Padah Main Politik Dengan Orang Asing

Jika kita menjadi alat permainan politik pengaruh dan kuasa asing maka kita wajar membuat pendirian yang tegas dalam hal ini. Kita boleh memilih untuk bermain politik mengikut suasana negara kita atau memilih untuk dijadikan alat oleh kuasa asing yang mempunyai kepentingan mereka dikalangan kuasa asing itu.


Ariel Goblinglass said...
July 12, 2013 at 12:15 PM

Padah Main Politik Dengan Orang Asing


Tetapi apa yang jelas kita lihat dalam urutan sejarah, sesebuah negara yang diperguna oleh kuasa asing itu selalunya menjadi hancur siasahnya dan akan hilang identiti rakyat dan negara-negara terbabit.


Ariel Goblinglass said...
July 12, 2013 at 12:16 PM

Padah Main Politik Dengan Orang Asing


Menjadi pemimpin dengan menggunakan kuasa asing untuk menyandarkan politiknya adalah selemah-lemah seorang pemimpin dan yang tidak bertulang belakang yang kuat. Tanpa bantuan kuasa asing pemimpin seperti Anwar sememangnya tidak mempunyai apa-apa ‘consequence’ dalam sesebuah negara itu.


Max said...
July 12, 2013 at 2:00 PM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempertimbangkan secara serius tindakan undang-undang terhadap pemimpin pembangkang yang memfitnah dan memburukkan suruhanjaya itu berhubung keputusan PRU-13.


Max said...
July 12, 2013 at 2:02 PM

Sambil meminta semua pihak tidak terus menipu rakyat kononnya SPR berat sebelah dan tidak adil ketika mengendalikan PRU-13, Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata keputusan menang atau kalah calon dan parti ditentukan lebih 85 peratus daripada 13.3 juta rakyat Malaysia yang mengundi 5 Mei lalu.


lukiluki said...
July 12, 2013 at 2:02 PM

The project will be focusing on commercial development, which will consist of shopping and office complexes, a business hotel and supermarket, among others.


Max said...
July 12, 2013 at 2:03 PM

Katanya, parti atau calon kalah sepatutnya mengumpul sebanyak mungkin bukti dan melantik peguam terbaik jika mereka berniat baik, sayangkan negara serta mahu menggunakan saluran undang-undang untuk mengemukakan bantahan menerusi petisyen di mahkamah.


Halim said...
July 12, 2013 at 2:04 PM

Pakatan Rakyat (PR) takut menyalahkan rakyat dengan keputusan Pilihan Raya 2013 yang tidak memihak kepada mereka, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar (gambar) menyebabkan mereka menjadikan pengendali pilihan raya itu sebagai "kambing hitam" dan mangsa untuk melepaskan kemarahan.


Halim said...
July 12, 2013 at 2:05 PM

Wan Ahmad menegaskan, rasa marah yang timbul oleh kepimpinan PR itu kemudiannya disalurkan kepada penyokong mereka yang tidak mengerti akan undang-undang dan seterusnya meluahkan rasa marah dengan membantah keputusan pilihan raya di jalanan dan terbaru demonstrasi di hadapan Parlimen


Halim said...
July 12, 2013 at 2:05 PM

Generasi muda tidak faham ... bila timbul emosi dan sudah pasti terbit rasa marah, dan mengambil jalan mudah dengan menyalahkan SPR, serta menjadikan SPR sebagai kambing hitam


Halim said...
July 12, 2013 at 2:05 PM

sekumpulan lebih 100 anak muda daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengadakan demonstrasi di perkarangan pintu masuk Parlimen sempena upacara mengangkat sumpah ahli Parlimen bagi Sidang Dewan Rakyat ke-13.


Halim said...
July 12, 2013 at 2:06 PM

Tindakan mereka (demonstrasi) tak masuk akal .. kita buat kerja betul, ikut undang-undang," katanya lagi. Beliau turut berkata tindakan demonstrasi dan himpunan dilaksanakan PR juga seperti mempunyai agenda tersembunyi, yang mana SPR telah melaksanakan tugas dengan betul ketika pilihan raya.


Anonymous said...
July 12, 2013 at 2:06 PM

KKIP Sdn Bhd, a wholly-owned subsidiary of the Sabah Government, signed the deal with SWJ to develop 22.96 acres in KKIP.


Halim said...
July 12, 2013 at 2:06 PM

Wan Ahmad menegaskan PR menjangkakan akan memenangi Pilihan Raya 2013, namun apabila itu tidak berlaku, SPR menjadi sasaran mudah dan disalahkan.


Halim said...
July 12, 2013 at 2:06 PM

Wan Ahmad dan Abdul Aziz telah menerima kritikan keras selepas keputusan pilihan raya diumumkan apabila PR mendakwa badan pengendali itu tidak telus dalam menjalankan tugas mereka yang menyaksikan PR memenangi 89 kerusi parlimen, manakala baki 133 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen menjadi milik BN.


Anonymous said...
July 12, 2013 at 2:09 PM

Portal pembangkang, HarakahDaily, yang telah menerbitkan berita fitnah mengenai satu insiden yang tak pernah berlaku, bakal hadapi tindakan saman fitnah daripada SPAD. Berita fitnah tersebut, telah diterbitkan semula oleh blog pembangkang, dan kemudiannya; diraikan oleh beberapa blog mesra kerajaan. Bagi pengesahan lanjut, Ketua Bahagian Penguatkuasaan SPAD telah dihubungi unutk mendapatkan penjelasan lanjut. Dato Paduka Mej, Jen (B) Che Hasni Che Ahmad, telah menegaskan, insiden yang dilaporkan itu tak pernah berlaku pun. Beliau telah menyelidik teliti dan mengesahkan insiden tersebut adalah rekaan dan fitnah semata-mata.


Anonymous said...
July 12, 2013 at 2:10 PM

Beliau seterusnya memaklumkan bahawa Prosedur Piawaian Operasi atau “Standard Operating Procedures (SOP)”, Pegawai Operasi Penguatkuasaan SPAD tidak dibenarkan sama sekali untuk menjalankan operasi secara bersendirian.


lukiluki said...
July 12, 2013 at 2:10 PM

The spillover effects from this project will be retail outlets, food and beverage outlets, finance service and other business activities.


Anonymous said...
July 12, 2013 at 2:11 PM

Beliau seterusnya memaklumkan, SPAD tak pernah buat operasi secara solo. “Kita mesti ada polis dan agensi agensi lain saperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), JPJ, DBKL dan pihak berkuasa tempatan yang lain.


lukiluki said...
July 12, 2013 at 2:23 PM

Deputy Chief Minister Datuk Raymond Tan Shu Kiah likened a Junior Chamber International (JCI) creed to the government’s decision to retract the proposed one-parent conversion law.


stingygreedy said...
July 12, 2013 at 2:36 PM

The JCI creed ‘that government should be of laws rather than of men’, he said remained relevant even after 67 years because its tenet is the welfare of the people and the law of the country shows no bias over race or the minority.


stingygreedy said...
July 12, 2013 at 2:42 PM

The retraction of the Bill was necessary to ensure that the issue of determining a child’s religion in certain cases was resolved in a fair manner for everyone, he explained.


stingygreedy said...
July 12, 2013 at 2:43 PM

The creed which embodied the JCI movement was written by William Brownfield in 1946 at Milwaukee, Wisconsin, USA and explained that ‘in a free society, the fundamental law is derived from the people. It is they who hold the final authority’.


stingygreedy said...
July 12, 2013 at 2:43 PM

Raymond also made a surprise announcement that he had successfully sourced two more machines for the association to bring the total to six.


rawna H said...
October 2, 2013 at 4:15 PM

Tuduhan sebegini hanya agenda jahat & tersembunyi pihak pembangkang.


Zahid & Amir Bazli Abdullah Sudah berdamai. said...
October 2, 2013 at 4:18 PM

Beberapa hari lepas, Gobind Singh Deo, anak lelaki Karpal Singh bagaikan dirasuk kekecewaan, cuba menggugat kedudukan Ahmad Zahid Hamidi selaku Ahli Parlimen Bagan Datoh dan Menteri Dalam Negeri dengan mempertikaikan kes yang menurutnya, perlu dikategorikan sebagai jenayah, bukannya sivil.


Zahid & Amir Bazli Abdullah Sudah berdamai. said...
October 2, 2013 at 4:20 PM

Hari ini, Zahid Hamidi dan Amir Bazli Abdullah mencapai persetujuan untuk penyelesaian di luar mahkamah tanpa kehadiran peguam kedua-dua pihak di hadapan hakim, Rohani Ismail.


Zahid & Amir Bazli Abdullah Sudah berdamai. said...
October 2, 2013 at 4:21 PM

Amir Bazli Abdullah telah menyaman Zahid Hamidi dan mendakwa mengalami kecederaan pada muka kerana ditumbuk oleh Zahid Hamidi. Dalam saman yang di failkan pada 4 Julai ,2007 untuk menuntut ganti rugi, Amir Bazli,42, mendakwa pada 16 Jan 2006, Ahmad Zahid menumbuk mukanya di Kelab Rekreasi Country Heights di Kajang hingga menyebabkan tulang hidungnya patah dan matanya bengkak.


Zahid & Amir Bazli Abdullah Sudah berdamai. said...
October 2, 2013 at 4:24 PM

Pecacai Pakatan sebelum ini sibuk menyerang dan melakukan fitnah terhadap Zahid Hamidi. Semuanya berpunca daripada sikap tegas yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi dalam menangani keganasan politik yang dicetuskan oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Ketegasan Zahid Hamid bersama-sama Ketua Polis Negara yang baru, dilihat menyusahkan aktiviti-aktiviti anarki yang telah dirancang sebegitu lama oleh kepimpinan Pakatan Rakyat dengan kerjasama beberapa NGO yang sealiran dengan perjuangan Pakatan Rakyat.


Zahid & Amir Bazli Abdullah Sudah berdamai. said...
October 2, 2013 at 4:25 PM

Itu sahajalah yang mereka mampu lakukan. Faktor sebenar yang mendorong kepada kejadian tersebut, tidak pernah didedahkan dan diterangkan oleh pecacai Pakatan Rakyat. Dan kita amat maklum dengan perangai mereka yang gemar memutarbelitkan kejadian sebenar asalkan dapat memberi keuntungan besar kepada Pakatan Rakyat.


Zahid & Amir Bazli Abdullah Sudah berdamai. said...
October 2, 2013 at 4:26 PM

Keputusan hakim, pastinya memberi pukulan hebat kepada Gobind Singh Deo, anak lelaki Karpal Singh yang cuba membangkitkan isu tersebut dalam sidang Dewan Rakyat.


Zahid & Amir Bazli Abdullah Sudah berdamai. said...
October 2, 2013 at 4:26 PM

Cabaran yang dibuat oleh Zahid Hamidi kepada Gobind Singh Deo agar memperjuangkannya di mahkamah terutama apabila Gobind sendiri merupakan peguam kepada Amir Bazli Abdullah, ternyata berakhir dengan rundingan dan keputusan menyelesaikan kes di luar mahkamah.


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx