Tuesday, March 11, 2014

‘Raja Bomoh’ turut bantu cari pesawat MH370

Pelbagai cara digunakan untuk menunjukkan sokongan dan doa terhadap pesawat MH370 dan penumpangnya. Di Dataran Merdeka Kuala Lumpur, malam ini, lilin dibakar sebagai simbolik simpati supaya pesawat itu segera ditemui.  – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 10 Mac, 2014.Kehilangan pesawat MH370 sejak Sabtu lalu turut mendapat perhatian "Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP" Ibrahim Mat Zin.

Beliau berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, mendakwa dijemput oleh seorang pegawai tertinggi negara bagi menggunakan kaedah ilmu tradisional dan solat hajat.

"Kami menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta, berdoa supaya melepaskan mangsa yang terlibat agar dapat dijumpai secepat mungkin," katanya kepada pemberita.

Beliau yang melakukan solat sunat hajat di kawasan pintu ketibaan KLIA turut mendapat perhatian orang ramai yang tidak berputus asa mendoakan pesawat yang hilang ditemui selamat.

"Bagaimanapun, saya akan kembali ke KLIA dalam masa dua hari selepas melakukan doa dengan membawa sesuatu ke sini," katanya.

Pada masa sama, Ibrahim juga meminta orang ramai meneruskan upacara keagamaan masing-masing mendoakan supaya semua penumpang dan anak kapal selamat kembali ke tanah air.

Raja Bomoh berpengalaman selama 50 tahun itu menjadi popular apabila memberi perkhidmatannya dalam beberapa kes bencana negara termasuk kejadian Highland Tower runtuh, kes pencarian mayat semasa banjir di Kuala Dipang, Kampar Perak dan kes pembunuhan seorang ahli politik oleh Mona Fendy. - Bernama

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.