Wednesday, September 3, 2014

473,175 calon ambil UPSR 9-11 September

Seramai 473,175 calon telah mendaftar untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari 9 hingga 11 September ini.



Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan, 463,937 adalah calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan baki 9,238 merupakan calon sekolah swasta.

Sebanyak 8,299 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara bagi peperiksaan itu dan 51,438 petugas telah dilantik bagi memastikan ia berjalan lancar.

Semua calon diingatkan supaya merujuk kepada jadual waktu peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung selain membawa kad pengenalan ke pusat peperiksaan. - Bernama
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " 473,175 calon ambil UPSR 9-11 September "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx