Sunday, September 28, 2014

8 ketua Umno Sabah memberontak

KOTA KINABALU: Sebuah NGO Sabah yang pro Barisan Nasional menolak pertemuan lapan Ketua Bahagian Umno Sabah dengan Perdana Menteri Najib Abdul Razak di Putrajaya pada 10 Julai, sebagai tindakan yang dilakukan secara persendirian.

Lapan ketua bahagian itu dilaporkan mencadangkan satu pelan peralihan kepimpinan tertinggi dalam Kerajaan Sabah.

“Ia adalah pandangan peribadi mereka,” kata Presiden Pakatan Pro BN, Zulkarnain Mahdar.

“Tidak semestinya ia pandangan ahli-ahli di peringkat cawangan dan ahli-ahli BN di kawasan pilihan raya masing-masing.”

Pada masa yang sama, beliau percaya pelan peralihan yang dicadangkan itu boleh dikira sebagai tanda hasrat untuk memudahkan peralihan kepimpinan “apabila tiba masanya ia berlaku”.

“Dalam kes itu, pandangan itu mencerminkan bahawa demokrasi benar-benar diamalkan dalam Umno dan ada kebebasan bersuara,” katanya. “Tiada siapa bebas daripada kritikan.”

Malah katanya, sebagai contoh, Najib juga telah diminta untuk berundur berikutan kritikan yang dilemparkan kepadanya oleh bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad.

“Mahathir secara literal meminta Najib untuk meletak jawatan dan ia bukannya pandangan yang dipegang oleh majoriti penduduk di Malaysia,” kata Zulkarnain.

Zulkarnain tidak mengulas mengenai dua daripada pemimpin bahagian, Bolkiah Ismail (Kudat) dan James Ratib (Beluran) yang menafikan baru-baru ini bahawa mereka ada kaitan dengan pelan peralihan berkenaan.

Mereka bagaimanapun mengakui hadir dalam pertemuan dengan Najib.

Jumat Idris daripada Sepanggar, salah seorang daripada pemimpin bahagian yang bertemu Najib, menjelaskan bahawa “ia merupakan perkara biasa dalam mana-mana organisasi untuk membuka jalan bagi peralihan yang lancar”.
Beliau menafikan bahawa beliau adalah sebahagian daripada plot yang ingin menggulingkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Empat lagi pemimpin bahagian itu adalah Rubin Balang (Tenom); Ghani Yassin (Pensiangan); Sairin Karno (Keningau); dan John Ambrose (Penampang).

Kecuali mungkin Ghani Yassin, tiga yang lain adalah pemimpin yang menukar parti dari Parti Bersatu Sabah (PBS).

Seorang lagi ialah Wetrom Bahanda dari Kota Kinabalu.

-fmt
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " 8 ketua Umno Sabah memberontak "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx