Friday, September 26, 2014

Barisan Exco Baru Negeri Selangor

Barisan baru Exco kerajaan negeri Selangor yang diumumkan pagi ini menyaksikan PAS kehilangan satu jawatan exco.

Jumlah ahli exco PAS dikurangkan daripada empat sebelum ini kepada tiga orang.

Manakala jumlah Exco dari PKR bertambah daripada tiga kepada empat orang.

Komposisi baru barisan Exco PKR-DAP-PAS itu, telah diperkenankan oleh Sultan Selangor semalam dan diumumkan oleh Menteri Besar, Azmin Ali.

Menurut Azmin hari ini, Nik Nazmi sudahpun meletak jawatan timbalan speakar dan menteri besar itu juga bersetuju bahawa jawatan tersebut akan diisi oleh wakil PAS.

“Mereka (PAS) akan putuskan, dan kita akan lantik timbalan speaker baru apabila Dewan kembali bersidang pada November,” katanya.

Tiga ADUN yang digugurkan dari barisan Exco itu ialah Sallehen Mukhyi (PAS), Halimah Ali (PAS) dan Rodziah Ismail (PKR).

Upacara mengangkat sumpah jawatan akan diadakan di Istana Alam Shah di Klang pada jam 3 petang ini.

Azmin juga menjelaskan bahawa portfolio untuk barisan exco baru itu akan dibincangkan pada hujung minggu ini.

Senarai baru Exco kerajaan negeri Selangor adalah seperti berikut:

Amirudin Shari (PKR) **
Daroyah Alwi (PKR)
Elizabeth Wong (PKR)
Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR) **

Ean Yong Hian Wah (DAP)
Teng Chang Khim (DAP)
V Ganabatirau (DAP)

Ahmad Yunus Hairi (PAS)
Iskandar Abdul Samad (PAS)
Zaidy Abdul Talib (PAS) **

** muka baru

-mk
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Barisan Exco Baru Negeri Selangor "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx