Thursday, September 4, 2014

Benarkah Exco PAS jadi MB Selangor?

Krisis menteri besar (MB) Selangor bakal bergolak lagi selepas PAS dilaporkan menghantar nama tiga ahli majlis mesyuarat negeri (Exco) mereka untuk jawatan tertinggi negeri itu.



Akhbar berbahasa Inggeris The Star Online melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghantar tiga nama kepada istana Selangor untuk dipertimbangkan sebagai MB Selangor.

Sumber memberitahu akhbar itu, Hadi sendiri menandatangani surat yang dihantar ke istana Selangor itu.

Menurut akhbar berkenaan, tiga nama yang dihantar Hadi untuk dipertimbangkan Sultan Selangor sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi and Dr Ahmad Yunus Hairi.

Menurut The Star Online, seorang pegawai kanan Hadi "tidak menafikan surat sedemikian dihantar" tetapi mengatakan biarlah pemimpin parti yang memberikan kenyataan.

"Ini adalah perkara sulit dan saya tidak boleh berbincang mengenainya," katanya seperti dilaporkan The Star Online.

Langkah PAS ini akan meretakkan lagi hubungan parti Islam itu dan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) PKR dan DAP, yang hanya menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB Selangor.

Hadi dan Majlis Syura PAS sebelum ini secara terbuka menyokong Khalid dikekalkan sebagai MB Selangor walaupun PKR dan DAP mahu menggantikan beliau.

Bagaimanapun, selepas PKR memecat Khalid, PAS pada 17 Ogos mengubah pendiriannya dan bersetuju menyokong Dr Wan Azizah, tetapi turut menamakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai calon pengganti Khalid.

-TMI
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Benarkah Exco PAS jadi MB Selangor? "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx