Thursday, September 4, 2014

Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 4

Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah flat di Kem Batu 10 dekat Kuantan semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam kejadian pada kira-kira 6.30 petang, mangsa dilapor ditinggalkan seorang diri di rumah oleh bapanya yang keluar mengambil adik-beradik yang lain di sekolah.

Beliau berkata ibu mangsa, yang berusia 30-an, pula keluar bekerja.

"Beberapa saksi ada ternampak kanak-kanak itu cuba memanjat balkoni sebelum terjatuh," katanya kepada Bernama.

Abdul Aziz berkata mangsa, yang mengalami kecederaan parah di muka dan kepala, dikejar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 7.30 malam.

- Bernama

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.