Thursday, September 18, 2014

MB Selangor baru angkat sumpah Selasa ini

Menteri besar baru Selangor akan mengangkat sumpah pada 10 pagi, Selasa depan di Istana Alam Shah, Klang.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Sulit sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Difahamkan, kad undangan untuk upacara itu dilapor sudah dihantar kepada pemimpin-pemimpin negeri, wakil rakyat dan orang-orang kenamaan.

Menurut Mohamad Munir lagi, pilihan menteri besar baru itu akan didedahkan kemudian dan keputusan akhir telah dibuat.

Beliau ketika dihubungi bagaimanapun enggan mendedahkan menteri besar baru itu daripada parti mana.

Istiadat itu difahamkan akan diadakan di Balairong Seri istana dan tetamu undangan dikehendai memakai pakaian kebangsaan dan bersongkok hitam. -mk
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " MB Selangor baru angkat sumpah Selasa ini "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx