Wednesday, September 24, 2014

Pangkalan Kubor : PAS mungkin kecundang?

PAS melihat peluangnya untuk menang dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor makin tipis kerana pengundian esok akan berlangsung pada hari bekerja.

Walaupun kerajaan negeri sudahpun mengumumkan esok sebagai hari cuti peristiwa, PAS melihat bahawa tarikh tersebut menghalang kira-kira 2,000 pengundi luarnya untuk pulang mengundi.

Pengarah jentera PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu mengharapkan kumpulan pengundi untuk memberi sokongan pada mereka, ekoran persaingan sengit yang dihadapinya sepanjang kempen ini.

“Logiknya, pengundi akan berkurang sebab pengundi luar mungkin tidak akan pulang kerana selepas ini akan raya haji, pengundi (perlu) balik ke kampung dua kali.

“Undi ini bukan pulang ke kampung untuk melancong, takkanlah dalam masa singkat ini sahaja perlu pulang ke kampung tiga kali?

“Sebab itu kita minta pada mereka kalau boleh balik juga,” kata naib presiden PAS itu.

Sementara itu, MP Shah Alam Khalid Samad berkata tindakan SPR menetapkan hari pengundian pada hari esok sebagai tidak bertanggungjawab.

"Tanggungjawab SPR ialah menentukan hari yang sesuai buat pengundi untuk pulang mengundi"

"Tindakan SPR menyukarkan pengundi luar untuk pulang", katanya.

Pengudian esok menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, Wan Rosdi Wan Ibrahim (PAS) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

-mk
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Pangkalan Kubor : PAS mungkin kecundang? "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx