Saturday, September 13, 2014

Tiga penjuru di PRK Pangkalan Kubor

Tiga calon sah bertanding dalam Pilihan Raya Kecil DUN Pengkalan Kubor.

Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan kerusi itu akan ditandingi calon PAS, BN dan Bebas.



PAS meletakkan Wan Rosdi Wan Ibrahim sebagai calon manakala BN pula meletakkan Mat Razi Mat Ail sebagai calon mereka.

Manakala calon Bebas ialah Izat Bukhary Ismail Bukhary, 48, yang pernah bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum lalu.

Proses penamaan calon dibuka pada jam 9 pagi ini di
Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.

Proses itu berlangsung sejam sebelum Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Sobri Ramli mengumumkan nama calon pada jam 10.20 pagi ini.

Tarikh pengundian ditetapkan pada 25 September ini.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian ADUN sebelum ini, Datuk Noor Zaidi Omar, 57, akibat kanser.

Dalam pilihan raya umum lalu, allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (bebas) dengan majoriti 1,736 undi.

Bagaimanapun, kali ini, PKR menyerahkan kerusi itu kepada PAS yang mempunyai jentera pilihan raya yang lebih kuat di sana, dengan harapan untuk merampas kerusi itu daripada BN.

Orang ramai kelihatan mula memenuhi kawasan berkumpul mengikut parti masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama penyokong dan pemimpin BN mengiringi calon BN ke pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat pada pukul 8.40 pagi.

Calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim, calon BN Mat Razi Mat Ail serta seorang individu dipercayai calon bebas dilihat memasuki pusat penamaan calon pada jam 9.02 pagi.

-mk
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Tiga penjuru di PRK Pangkalan Kubor "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx