Sunday, October 12, 2014

Bajet 2015 hanya secubit untuk Sabah

Parti Reformasi Negeri Sabah (Star Sabah) menyifatkan Belanjawan 2015 tidak banyak memberi manfaat kepada negeri itu.

Star malah menyifatkan negeri itu dijadikan sebuah negeri jajahan Malaya untuk dieksploitasi dan dikawal.

“Ia menguatkan andaian rakyat Sabah bahawa Putrajaya dan kerajaan persekutuan masih mempunyai cara fikir seperti tuan penjajah, pekak dan tuli akan keperluan Sabah dan Sarawak,” kata presidennya Datuk Jeffrey Kitingan.

Katanya, ketika negara lain berhati-hati dan berjimat, belanjawan Malaysia berbelanja besar sehingga mencecah rekod defisit RM38.70 bilion.

Beliau juga membangkitkan soal Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan menyumbang RM23.2 bilion berbanding Cukai Perkhidmatan dan Jualan (SST) sebanyak RM9.4 bilion yang digantikannya.

Ia juga membangkitkan bagaimana keuntungan itu digunakan untuk meningkatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Ini bermaksud kerajaan ambil dengan tangan kanan dan berikan semula sebahagiannya dengan tangan kiri,” katanya.

Berhubung pembinaan Lebih Raya Pan Borneo, Jeffrey berkata, kosnya ditetapkan RM27 bilion tetapi tiada pula peruntukan dinyatakan.

-mk
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Bajet 2015 hanya secubit untuk Sabah "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx