Wednesday, October 22, 2014

Perintah berkurung ESSZone dilanjutkan

KOTA KINABALU : Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, perintah berkurung yang dikuatkuasakan di perairan enam daerah di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) akan dilanjutkan sehingga 6 November depan.

Katanya, pelanjutan perintah berkurung yang meliputi kawasan perairan daerah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau dari jam 7 malam hingga 5 pagi tu berkuatkasa hari ini.

“Saya memikirkan kawasan keselamatan di timur Sabah memerlukan perintah berkurung bagi menjamin ketenteraman dan kedaulatan.

“Keduanya, untuk kita mengekang aktiviti-aktiviti penyeludupan serta mempermudah tugas agensi-agensi penguatkuasaan yang berada di kawasan perintah berkurung,” katanya memetik laporan dari Bernama.

Tambahnya, sepanjang pelaksanaan perintah berkurung sebelum ini, agensi keselamatan negara di kawasan ESSZone terus mendapat sokongan daripada orang awam, pelancong dan pengusaha pelancongan yang mahu perintah berkurung tersebut agar diteruskan.

Katanya, perintah berkurung tersebut tidak mejejaskan ekonomi atau mata pencarian penduduk setempat termasuk golongan nelayan.

-fmt
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Perintah berkurung ESSZone dilanjutkan "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx