Tuesday, November 18, 2014

Mampukah Pakatan cabar batalkan keputusan PRU13?

Lebih 18 bulan selepas PRU13, Pakatan Rakyat (PR) akan membuat satu lagi percubaan untuk membatalkan keputusannya di Mahkamah Persekutuan dan behujah pilihan raya umum yang diadakan pada 2013 itu tidak bebas dan adil kerana masalah dakwat kekal.

Peguam Americk Sidhu berkata, PR sudah mengarahkannya untuk membawa kes ini ke Mahkamah Persekutuan walaupun dua mahkamah lebih rendah sebelum ini membenarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan saman mereka tanpa sebarang perbicaraan dijalankan.

Americk berkata, plantif di antara yang kalah dalam PRU13 yang diadakan pada Mei 2013, sudah merancang untuk memanggil saksi bagi memberikan bukti semasa perbicaraan.

"Anak guam kini mahu kami memohon kebenaran di Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan majoriti di Mahkamah Rayuan," katanya kepada The Malaysian Insider. – TMI
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Mampukah Pakatan cabar batalkan keputusan PRU13? "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx