Wednesday, December 3, 2014

Apa cerita laporan RCI Sabah?

Lebih setengah tahun selepas kerajaan menerima laporan suruhanjaya siasatan diraja berhubung pendatang asing Sabah, Putrajaya akhirnya akan mengeluarkan dokumen berkaitan esok.

Kelewatan itu tidak mengejutkan selepas pendengaran enam bulan tahun lalu yang membayangkan wujudnya agenda untuk menukar demografi negeri itu secara kekal.

Semasa prosiding, tumpuan awam berkisar soal kemasukan pendatang haram secara tidak terkawal serta dakwaan wujudnya operasi rahsia melibatkan pihak dalam kerajaan untuk memberikan “kerakyatan segera” sebagai tukaran kepada undi pilihan raya.

Pembangkang mungkin menyifatkan laporan itu sebagai pewajaran terhadap dakwaan berpanjangan mereka terhadap penglibatan BN dalam kes itu.

Tugas sukar Putrajaya, yang sama kontroversi seperti kandungannya, bukan berkaitan apa yang telah berlaku, tetapi apa yang akan berlaku di negeri Sabah.

Berikut diketengahkan beberapa perkara tumpuan dalam laporan itu dan kenapa ia boleh membingungkan kerajaan.

'Warga tanpa negara'

Ramai kanak-kanak tanpa pengenalan diri di Sabah merupakan generasi ketiga pendatang asing atau pelarian sekitar tahun 1970 dan 1980.

Walaupun lahir di Sabah, mereka tidak mendapat kemudahan pendidikan dan kesihatan sempurna ekoran identiti itu. Malah, masa depan mereka juga kekal kabur.

Semasa pendengaran RCI, suruhanjaya diberitahu seramai 15,000 kanak-kanak di Sabah tidak dapat bersekolah kerana tiada sijil lahir.

Laporan yang dinanti-nantikan esok dijangka menyentuh isu ini, yang dilihat bakal memberi tekanan kepada Putrajaya untuk berdepan dengan isu yang sudah berdekad berlaku itu.

Satu penyelesaiaannya, yang dibayangkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi, melalui pemberian sijil lahir atas dasar kemanusiaan.

Bagaimanapun, masalah itu cuba satu daripada banyak lagi masalah. Di Sabah, generasi kedua pendatang dan pelarian, yang kebanyakannya kelahiran Sabah, juga kekal tanpa pengenalan diri sehinggalah dewasa.

Dalang

RCI kemungkinan besar tidak akan mencadangkan hukuman terhadap pihak didakwa dalang memberikan kad pengenalan untuk mendapatkan undi dalam pilihan raya, yang sering digelar pembangkang sebagai “Projek IC”.

Ini kerana ia bukan sebahagian daripada terma-terma penubuhannya.
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Apa cerita laporan RCI Sabah? "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx