Friday, December 5, 2014

Apa lagi yang Jeffery mahu?

Apa lagi yang pemimpin politik Sabah Datuk Jeffrey Kitingan mahukan selepas laporan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) berhubung pendatang haram Sabah dikeluarkan?

Persoalan itu dibangkitkan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal (bawah) hari ini.

“Apa lagi yang kamu mahu? Kamu mahu RCI, RCI telah dibentuk.

“Kamu mahu badan bebas dalam jawatankuasa, ada badan bebas. Kamu maju kami beri laporan, laporan sudah ada,” katanya dalam sidang media hari ini.

Jeffrey semalam berkata laporan yang dikeluarkan bertujuan menyelamatkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikaitkan dengan “Projek IC” pemberian kad pengenalan sebagai tukaran undi sebelum ini -mk
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Apa lagi yang Jeffery mahu? "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx