Sunday, May 23, 2021

Panduan Menuntut Kredit eBelia RM150


Panduan bagaimana anda boleh mendaftar dan menuntut kredit ebelia sebanyak RM150.

Saturday, May 22, 2021

TERKINI..! Bantuan RM500 One Off Melalui Pakej PEMERKASA


Kerajaan memperkenalkan bantuan sebanyak Rm500 secara one off kepada golongan B40 dan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Friday, May 21, 2021

Adiwira Spiderman Jual Pati Teh Ais


Individu memakai kostum adiwira bagi menjual pelbagai produk makanan dan minuman di tepi jalan raya bukanlah pemandangan luar biasa lagi. Namun sejak PKp ni, ramai yang terpaksa membuat sesuatu yang kreatif untuk meneruskan kehidupan.. 

Terbaru adiwira spiderman yang menjual air teh ais di tepi jalan, mendapat sambutannya amat menggalakkan.. 

Jika kita mencari carian berkaitan dengan adiwira spiderman menjual teh ais avengers ini di media social ini terutamnya di youtube, memang banyak video yang berkaitan akan muncul di pelbagai tempat. 

Namun bagi mencipta kelainan dan sempena sambutan Aidilditri, ’adiwira Spiderman’ di Port Dickson turut mengenakan tanjak dan sampin sebagai menarik perhatian orang ramai. 

Tiga orang pemuda tersebut telah menjual pati teh ais di port dickson ini sejak lima bulan lalu biarpun negara dilanda wabak pandemik Covid-19.

Siapa Sebenarnya Yang Paling Popular....Rambutan Atau..?


Media kelmarin melaporkan, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan tokoh paling popular dalam kalangan pemimpin parti politik tanah air, demikian menurut satu tinjauan.

O2 Malaysia berkata Muhyiddin memperoleh tahap kepuasan sebanyak 51 peratus dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berada di tempat kedua selepas meraih tahap kepuasan sebanyak 34 peratus. 

Namun Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menempelak hasil tinjauan yang mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal sebagai pemimpin politik paling popular. 

Pada sisipan lain …Seorang pengguna Twitter yang bernama Sofeany membuat undian untuk mengetahui tahap kepopularan Tan Sri Muhyiddin Yasiin tersebut. Selepas lebih 30,000 pengguna Twitter mengundi, ternyata rambutan terbukti lebih popular berbanding Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila mendapat 96 peratus undi berbanding perdana menteri Malaysia itu walaupun dikatakan paling popular oleh satu badan kajian.

Thursday, May 20, 2021

WUJUD KERJASAMA WARISAN & UMNO PULA..BENARKAH..?


Dalam satu temuramah atau forum, moderator bertanya adakah berlaku kemungkinan Warisan dengan UMNO mempunyai bekerjasama. Datuk Bung Muktar memberi komen ketika itu mengatakan politik ini hidup, sebarang kebarangkalian boleh berlaku…jadi adakah khabar angina ini benar.? 

"Begitu juga Datuk Darell ada menyebut bahawa dalam politik ini apa-apa kebarangkalian boleh berlaku. Jadi kenyataan ini menjadi pencetus hingga menyebabkan kononnya berlaku perbincangan antara Warisan dengan UMNO. 

Ketua Wira Warisan, Datuk Azis Jamman pula bersetuju dengan pandangan Bung Moktar bahawa banyak kebarangkalian boleh berlaku dalam politik. 

Daripada kenyataan-kenyataan ini mungkinkah ada usaha antara parti UMNO dengan parti Warisan untuk bekerjasama membentuk kerajaan baru di Sabah.

Wednesday, May 19, 2021

KERJASAMA WARISAN & PBS : PERIKATAN NASIONAL TUMBANG..?


Isu kerjasama diantara warisan dan pbs timbul apabila presiden warisan Mohd Shafie Apdal dalam satu kenyataan mengatakan bahawa jika diberi pilihan dia berminat untuk bekerjasama dengan PBS kerana sentimen parti tempatan yang memperjuangkan benda yang sama, hak dan kepentingan rakyat Sabah. 

Lantaran daripada kata-kata itu, maka penyokong di kedua-dua pihak membuat andaian dan gambaran bahawa terdapat satu gerakan kerjasama antara PBS dengan Warisan," 

Isu ini terus belegar di semua media social bahawa kerajaan Perikatan Nasiaonal bakal tumbang dalam sedikit masa lagi…benarkah kenyataan ini…. Atau sekadar khabar angin