Friday, June 10, 2011

Rebut Wanita, Pekerja Bangla Dan Vietnam Bergaduh

Hanya kerana seorang wanita, lebih 200 pekerja lelaki warga Vietnam dan Bangladesh bertempur mengakibatkan 23 cedera dalam pergaduhan di asrama sebuah kilang tekstil di Taman Semarak di sini, malam kelmarin.

Mereka yang cedera dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) dan tiga dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, dua kumpulan terbabit yang saling melakukan provokasi bertempur menggunakan kayu, besi dan membaling batu di dalam kawasan asrama yang terletak kira-kira 300 meter dari kawasan rumah penduduk.

Bagaimanapun, tindakan pantas 150 pegawai dan anggota polis termasuk dua pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berjaya meleraikan pergaduhan itu.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Abd Manan Mhd Hassan, berkata pergaduhan itu dipercayai berpunca daripada tindakan seorang pekerja Bangladesh yang cuba memikat wanita Vietnam ketika bekerja syif malam Isnin lalu.

“Wanita itu mengadu kepada teman lelakinya yang juga warga Vietnam bekerja di kilang sama yang kemudian membawa beberapa rakan senegara membelasah lelaki Bangladesh terbabit sekali gus mencetuskan ketegangan antara dua kumpulan itu,”
katanya di sini, semalam.

Berikutan itu, berlaku pergaduhan kecil di kilang tekstil di Kawasan Perindustrian Nilai itu sebelum melarat ke asrama yang terletak kira-kira dua kilometer dari kilang.

Katanya, polis juga berjaya menghalang lebih 500 pekerja Bangladesh yang berarak dari kilang untuk menyerbu asrama pekerja Vietnam dan menenangkan mereka sebelum mengiringi mereka pulang ke blok asrama masing-masing.

Abd Manan berkata, polis berjaya menenangkan kedua-dua kumpulan itu kira-kira lapan jam kemudian, tetapi terpaksa menempatkan 150 pegawai dan anggota termasuk satu pasukan FRU sebagai langkah berjaga-jaga di kawasan asrama itu hingga keadaan benar-benar selamat.

“Hari ini (semalam) kita akan membuat pemeriksaan di semua bilik pekerja di asrama untuk memastikan mereka tidak menyimpan senjata atau benda terlarang sebagai langkah berjaga-jaga.

“Polis belum membuat sebarang tangkapan dan sedang menyiasat lanjut kes ini mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya yang menasihatkan pengurusan kilang menghentikan operasi kilang itu selama sehari. -BH





11 comments:
Write comments
  1. hanya kerana seorang wanita mereka nak bergaduh smpai begitu sekali. beginilah sikap warga asing ni, suka membuat kecoh kerana perkara kecil.

    ReplyDelete
  2. beginilah keadaan jika adanya sentimen perkauman/bangsa antara Bangladesh dan Vietnam. perkara kecil pun boleh jadi besar.

    ReplyDelete
  3. polis wajar memantau dan membuat pemeriksaan terhadap warga asing ni. saya pasti mereka sanggup melakukan apa saja terhadap orang yang tidak sebangsa dengan mereka jika ada perasaan tidak puas hati.

    ReplyDelete
  4. inilah sebabnya mengapa ramai yang tidak suka kepada warga asing.

    ReplyDelete
  5. Inilah kejadiannya bila bertindak mengikut perasaan tanpa memikirakan akibatnya.

    ReplyDelete
  6. Sudahlah mencari rezeki di negara orang, mahu buat masalah lagi.

    ReplyDelete
  7. Semua ini disebabkan seorang wanita.

    ReplyDelete
  8. kalau tidak dapat kawal, hantar balik semua pekerja ke negara asal..

    ReplyDelete
  9. Kenapa mereka ini tidak memikirkan apa yang akan berlaku jika mereka bergaduh. Biar mereka dikenakan tindakkan nanti.

    ReplyDelete
  10. gara-gara seorang wanita..pergaduhan tercetus antara 2 puak dari negara asing...

    ReplyDelete
  11. lebih baik hantar saja balik mereka yang terlibat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.