Saturday, April 6, 2013

Orang Cina dengar kuliah TG Nik Aziz

Percayakah anda jika diberitahu kaum Cina juga mendengar kuliah Jumaat yang diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz di Dataran Ilmu, bersebelahan bangunan PAS Kelantan.

Namun inilah yang berlaku yang disifatkan sebagai hasil kerjasama antara PAS, PKR dengan DAP di bawah Pakatan Rakyat yang telah membuahkan hasil yang cukup ‘manis’ untuk Islam.

Ini kerana golongan bukan Islam bukan sahaja boleh menerima perjuangan PAS, sebaliknya turut mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Semalam, sekumpulan masyarakat Cina dari Hulu Langat, Selangor telah berkesempatan mendengar kuliah Jumaat yang disampaikan Tuan Guru di Dataran Ilmu, Kota Bharu.

Lawatan mereka selama dua hari untuk meninjau perkembangan politik di Kelantan selepas Parlimen dan Dun Kelantan dibubarkan dua hari lalu, mereka mengambil kesempatan untuk mendengar kuliah Jumaat.

Rombongan berkenaan mengambil tempat di ruang Pusat Penerangan PAS Negeri yang terletak di tingkat bawah bangunan PAS, Medan Ilmu.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, ketika diminta mengulas perkara itu turut mengakui berhubung fenomena itu.

Malah menurutnya, ia bukannya perkara baru sekarang ini.

“Bukan hanya umat Islam yang melawat negeri ini mengambil kesempatan mendengar kuliah agama dari Tuan Guru, sebaliknya golongan bukan Islam juga,”ujarnya.

Sebelum ini ada seorang anggota Parlimen dari DAP mendengar kuliah agama Tuan Guru termasuk pemimpin masyarakat bukan Islam Kelantan sendiri, antaranya Kenny Chua. -HD

57 comments:
Write comments
  1. headhunter said.. - LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  2. headhunter said...dalang penceroboh lidah syaitan.

    ReplyDelete
  3. BTN mengembangkan ideologi rasis untuk menyokong dan memperkasa Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada tahun 1971. DEB ini berhujah bahawa Orang Melayu miskin kerana harta kekayaan negara ini dibolot oleh orang Cina. Keseluruhan Orang Cina mengikut istilah rasis BTN dilihat sebagai musuh untuk keseluruhan Orang Melayu.

    ReplyDelete
  4. Orang ramai dan bakal pengundi tidak lagi menyokong konsep rasis Ketuanan Melayu. Kerana itu parti Ketuanan Melayu ini dengan bijak menggunakan pelbagai NGO sebagai anak syarikat untuk terus mengembang fahaman rasis. Badan NGO tajaan United Malays National Organisation ini sedang menyebarkan fahaman rasis dengan berselindung di belakang raja, bangsa dan Islam.

    ReplyDelete
  5. Jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa ‘muka-muka' besar dari BTN ini sedang bergerak cergas menyebarkan fahaman rasisme. Ramai pegawai-pegawai atau bekas pegawai BTN ini telah menyelinap masuk ke dalam pelbagai parti politik dan badan agama. Hasan Ali ‘taiko BTN' pada awalnya masuk ke dalam parti PAS, kini menjadi taiko Tiga Jalur. Roslan Kassim yang juga ‘taiko' BTN, pada awalnya memasuki PKR - kini bergerak cergas sebagai ketua penerangan Perkasa.

    ReplyDelete
  6. Orang Cina memang resis mahukan sekolah cina dan bahasa cina, kalau tinggal di negara china agak2 kalau kita minta sekolah kadazandusun boleh dapat ka.. tapi yang membodohkan orang melayu bukan org cina, yang membolot harta negara bukan orang cina, ini semua kerja Umno dan Barisan Nasional.. Tapi orang sabah lebih malang lagi sudahlah di bodohkan harta kekayaan negeri pun di sapu oleh Umno.. tinggalah tanak wagu pergi semenanjung kerja kilang.. yang sumandak jadi tukang urut di KL.. kesian betul..

    ReplyDelete
  7. Sebab Nik Aziz adalah keturunan Cina. Kelantan adalah Negeri Cina 95% adalah cina. Nik Aziz adalah ketuanya. PAS tetap menang di Kelantan. Orang Cina mendengar cakapnya.

    ReplyDelete
  8. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  9. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  10. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  11. 1malaysia mmg begitu

    ReplyDelete
  12. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  13. Mentransformasi seluruh negara kepada keadaan lebih baik dan mendekati semua lapisan masyarakat – demikian intipati manifesto Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

    ReplyDelete
  14. Daripada menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mewujudkan 3.3 juta pekerjaan baharu dengan pendapatan lebih tinggi, hinggalah kepada memanfaatkan sepenuhnya potensi dan keupayaan rakyat yang mempunyai keperluan khusus dan mengambil langkah proaktif bagi memulihara alam sekitar dengan lebih berkesan, dokumen ini sebenarnya mengandungi satu aspek yang amat penting.

    ReplyDelete
  15. Ia adalah segala janji yang diikrarkan bersifat realistik dan mampu dipenuhi oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dalam tempoh empat tahun lepas, telah membuktikan kemampuan dan keupayaannya melaksanakan semua komitmen yang diberi sebelumnya.

    ReplyDelete
  16. Dalam memperkenalkan program transformasi kerajaan dan ekonomi (GTP dan ETP) ketika menyandang jawatan, Najib memastikan semua program itu mencapai hasil yang diharapkan dan berdasarkan hakikat inilah beliau dengan yakin menegaskan bahawa kesemua janji PRU-13 boleh dikotakan.

    ReplyDelete
  17. Dalam sejarah manifesto pilihan raya di negara ini, manifesto kali ini merupakan satu-satunya manifesto yang sarat dengan projek, program dan tindakan khusus yang bakal dilaksanakan bagi meliputi setiap aspek kehidapan rakyat.

    ReplyDelete
  18. Manifesto 32 muka surat ini mengandungi lebih 150 komitmen, kebanyakannya melibatkan projek dan program khusus. Ini amat berbeza dengan manifesto pembangkang yang diumumkan baru-baru ini, yang mengikut setiausaha agung DAP Lim Guan Eng, mengandungi dasar, arah tuju dan sasarannya secara umum.

    ReplyDelete
  19. Lim memberi alasan tentang ketiadaan keterangan terperinci itu dengan berkata: “Pembangkang tidak boleh memuatkan keterangan secara terperinci dalam manifesto itu untuk mengelaknya menjadi terlalu tebal dan membuat orang ramai tidak berminat membacanya.”

    ReplyDelete
  20. Sebaliknya, BN berjaya membentangkan satu manifesto menyeluruh yang mengandungi segala maklumat yang benar-benar ingin diketahui pemilih, dalam kata lain, semua komitmen dihurai secara khusus berdasarkan projek dan program yang begitu realistik kerana BN telah menunaikan komitmen serupa dalam tempoh empat tahun lepas.

    ReplyDelete
  21. Perkara paling menyerlah dalam manifesto BN ini ialah penegasan Najib bahawa “kami tidak akan sekali-kali meminggirkan sesiapa” dalam mentadbir negara dan mencapai agendai nasional.

    ReplyDelete
  22. Sambil menggesa rakyat Malaysia supaya menghakimi BN berdasarkan merit, beliau berkata: “Marilah berganding bahu dengan saya dan rakan-rakan saya untuk memanfaatkan potensi kita ke arah memajukan sebuah negara yang benar-benar boleh kita banggakan.

    ReplyDelete
  23. “Sebuah negara di mana yang lemah diberi perlindungan, mereka yang memerlukan, diberi bantuan, yang paling kuat, diberi perlindungan, yang muda disayangi, yang tua dihargai, mereka yang memerlukan tumpuan, diberi perhatian dan mereka yang memiliki potensi, diberi peluang untuk berkembang.”

    ReplyDelete
  24. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  25. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  26. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  27. Populariti Datuk Seri Najib Razak atau faktor “Ah Jib Gor” akan membantu memujuk sebahagian segmen pengundi Cina menyokong kembali Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang, kata pemimpin akar umbi MCA, akan tetapi memberi amaran sukar untuk mengalahkan pembangkang di kubu kuat mereka di bandar.

    ReplyDelete
  28. Ini adalah sentimen di kalangan perwakilan yang menghadiri mesyuarat umum tahunan ke-59 MCA di Wisma MCA, yang dilihat sebagai peluang terakhir parti itu untuk mencartakan strategi pilihan raya menjelang pertempuran yang paling sukar bakal berlaku beberapa bulan akan datang.

    ReplyDelete
  29. “Najib adalah baik kerana dia telah melakukan banyak program untuk rakyat, saya yakin orang Cina akan mengundi BN,” kata seorang perwakilan, Lim Chee Cheong dari MCA Rasah, Negeri Sembilan.

    ReplyDelete
  30. “Najib telah melakukan banyak untuk orang Cina. Dan beliau mempunyai sokongan kami dan sokongan masyarakat Cina juga,” perwakilan lain, Loke Poh Chye dari MCA Pengkalan Kota, Pulau Pinang

    ReplyDelete
  31. Semasa mesyuarat sebelumnya, antara salah satu laungan pertempuran utama yang dibunyikan oleh kepimpinan parti adalah panggilan agar perwakilan “Berdiri dengan Najib”, yang digambarkan secara meluas sebagai pemimpin yang popular di kalangan orang Cina.

    ReplyDelete
  32. Ceramah PR yang dihadiri masyarakat Cina tidak semestinya menggambarkan sokongan kaum tersebut kepada pakatan pembangkang ekoran masyarakat Tiong Hua khususnya bijak dalam memimilh pemimpin yang dilihat kini memihak kepada barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  33. Masyarakat Cina kata Ahdli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Tan Cher Puk berasa kecewa dengan pimpinan DAP ekoran parti tersebut tidak membawa sebarang perubahan selepas diberi mandat selama lima tahun.

    ReplyDelete
  34. "Dari dulu memang ada yang sokong DAP, tapi apabila mereka lihat perkembangan dalam tempoh lima tahun tidak ada apa yang dibuat PR, mereka akan kembali menyokong BN."

    ReplyDelete
  35. "Saya yakin sokongan masyarakat Cina kepada BN. Orang Cina pandai. Dia dengar sana, dia dengar sini untuk menilai parti mana yang boleh menjana pendapatan tinggi kepada negara," katanya.

    ReplyDelete
  36. Tan menjelaskan, rakyat di Pasir Gudang boleh menilai pemimpin yang benar-benar membantu rakyat dan bukannya sibuk bertelagah mendapatkan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

    Katanya, rakyat akan memberi sokongan padu kepada BN pada PRU13 lebih-lebih lagi selepas isu lebuh raya dan setinggan di Pasir Gudang diselesaikan kelak.

    ReplyDelete
  37. “Saya yakin kepada pengundi yang tahu meneliti siapa yang memberi perkhidmatan dengan baik dan siapa yang telah menyelesaikan masalah yang dihadapi."

    “Jentera kita telah bersiap-sedia menunggu semboyan pembubaran parlimen ditiup dan berharap PR tidak terus bermimpi di siang hari untuk menawan Pasir Gudang dan Johor,” ujarnya lagi.

    ReplyDelete
  38. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  39. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  40. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  41. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  42. Otak pemimpin UMNO ni Otak Copy & Paste je..

    ReplyDelete
  43. Bagus lagi cina itu dari pencacai UMNO. Pd hal pencacai tu melayu dan tentu mngaku islam ( islam mcm mane ntah le) tapi anti gerakan Islam sama spt chua Soi lek yg persenda hukum islam dgn bantuan UMNO.

    ReplyDelete
  44. Perkauman tidak harus dipolitikkan. Negara kami dalam keadaaan aman damai walaupun berbilang kaum.

    ReplyDelete
  45. Kami menantik sama ada rakyat tetap menyokong BN.

    ReplyDelete
  46. Adakah program Transformasi BN berjaya menghasil?

    ReplyDelete
  47. “Bukan hanya umat Islam yang melawat negeri ini mengambil kesempatan mendengar kuliah agama dari Tuan Guru, sebaliknya golongan bukan Islam juga,”

    Inilah keunikan negara kami. Saling memahami dan menghormati walapun berbeza kaum dan bangsa.

    ReplyDelete
  48. PAS tetap kuat di Kelantan.

    ReplyDelete
  49. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  50. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  51. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  52. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  53. tiada lain copy & paste.. mak dia ajar bgtu kah?

    ReplyDelete
  54. Under the three-year implementation of the GTP 1.0, seven National Key Result Areas (NKRA) were introduced, of which according to the GTP Annual Report 2011, each NKRA had achieved composite scores of over 100 percent and some RM700 million in savings garnered.

    ReplyDelete
  55. The result of the targets and achivements were also made available via the GTP Annual Report 2011.

    ReplyDelete
  56. The seven NKRAs are aimed at reducing crimes, fighting corruption, improving students outcome, raising living standards of the low- income household, improving rural basic infrastructure, improving urban public transport and addressing the rising cost of living.

    ReplyDelete
  57. According to the report, the seven NKRAs will continue to provide the framework to establish and track achievements of the milestones.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.