Friday, April 5, 2013

PAS umum calon anak tempatan di Labuan

PAS hari ini nekad meletakkan calon anak tempatan di Parlimen Labuan walaupun Timbalan PKR Azmin Ali semalam mengumumkan kerusi itu milik PKR.

Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Noor Mohamad mengumumkan Ketua Penerangan PAS Kawasan Labuan, Hadnan Mohamad sebagai calon parti itu bagi Parlimen Labuan (P166).

Hadnan, 53, anak tempatan Labuan dari Tanjung Aru bekerja sebagai Perunding Bekalan Barangan di Sabah Shell Petroleum Company Limited dan pernah menjawat jawatan Naib Presiden Kesatuan Pekerja Perindustrian Petroleum.

“Kami ingin memaklumkan bahawa PAS akan tetap bertanding di Parlimen Labuan untuk Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) sebagaimana keputusan yang dipersetujui dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Ogos 2011,” katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa di sini.

Mohamad Noor berkata pihaknya yakin dengan latar belakang dan ketokohan Hadnan mampu memberi peluang kepada PAS menang di Labuan.

“Dengan pengalaman luas beliau dalam bidang korporat serta tahap intelektual yang tinggi, PAS Wilayah Persekutuan percaya beliau adalah
orang paling sesuai sebagai calon PAS (Pakatan Rakyat) di Labuan,” katanya.

Pengumuman Mohamad Noor itu sekaligus membenam hasrat PKR untuk bertanding di Labuan, kerusi yang ditandingi PAS pada tahun 2008. Rekod buruk PAS

Keputusan PKR untuk bertanding di situ kerana melihat rekod buruk PAS semasa pilihan raya umum lalu (PRU) apabila hanya mendapat 22 peratus undi sahaja.

Namun Mohamad Noor sebaliknya mempertahankan kekalahan tersebut dengan mendakwa wujud pihak, dipercayai DAP yang menaja calon Bebas ketika itu, Lau Seng Kiat untuk bertanding tiga penjuru dengan BN dan PAS.

“PAS Wilayah Persekutuan menyeru semua ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Labuan agar tetap memilih calon PAS yang dipersetujui.

“Kami juga menggesa agar semua ahli, penyokong mahupun pengundi menolak mana-mana calon yang bertanding sebagai calon bebas di Labuan dalam PRU 13,” katanya. -FMT

41 comments:
Write comments
  1. PAS Labuan semakin dalam delima bila rakan sekutunya PKR seakan-akan mahu menggantikan mereka untuk bertanding pada PRU kali ini. Walaupun sebelum ini 3 PRU yang lepas Kerusi Parlimen P166 Labuan ditandingi oleh PAS.

    ReplyDelete
  2. Ingauan ngeri ini semakin menjadi kenyataan bila setiap program-program yang diadakan oleh PKR, tidak kelihatan kelibat Pemimpin-Pemimpin PAS yang hadir. Bahkan ada masanya Pemimpin-Pemimpin PAS sahaja yang dilihat cuba mendekati rakyat dalam dekat-dekat PRU ini.

    ReplyDelete
  3. Bukan itu saja, Malahan bila kehadiran Ketua Pembangkang Anuar Ibrahim ke Labuan baru-baru ini telah cuba memperlihatkan segalanya. Bila kehadiran beliau cuma disambut oleh Pemimpin dan penyokong-penyokong PKR. Adalah amat mustahil, Pemimpin yang mereka agungkan dalam Pakatan yang dicanang mahu menjadi Perdana Menteri seperti tidak dihargai Kehadirannya di Labuan.

    ReplyDelete
  4. Mujurlah malam diadakan Ceramah Umum di Dewan salah sebuah sekolah Cina memperlihatkan kelibat Pemimpin-Pemimpin PAS. Itupun kehadiran mereka dalam program ini seakan dinafikan pernanan mereka bila mereka hanya ditempatkan duduk bersama orang ramai di kerusi bawah.

    ReplyDelete
  5. Berbanding dengan Pemimpin-Pemimpin PKR yang hampir kesemuanya duduk di Pentas Utama dengan Pemimpin mereka dari Sabah dan Semenanjung. Bahkan tiada wakil dari Kepimpinan PAS yang diberikan peluang untuk memberikan Ucapan.

    ReplyDelete
  6. Disebelah pihak rakan sekutu mereka yang satu lagi, iaitu DAP pastinya cuba untuk memastikan yang PAS tidak akan bertanding kali ini. Ini dapat dilihat bila akaun DAP Labuan dalam facebook selalu menafikan yang kerusi Pru kali ini akan dirampas oleh pihak PKR. Seandainya jika berlaku lagi yang PAS masih bertanding tidak mustahil mereka akan keluar sebagai calon Bebas.

    ReplyDelete
  7. Itulah realiit dan kebenaran yang berlaku menimpa Pakatan Pembangkang di Labuan. Walaupun mereka cuba menyembunyikan dan menafikannya sebelum ini. Akan tetapi kelemahan dan keburukan itu pasti akan terdedah juga. Ibarat Kata Pepatah “Bangkai gajah tidak akan dapat ditutup dengan daun pisang”

    ReplyDelete
  8. RAKYAT SABAH DAN LABUAN PERLU FIKIR MASAK2 SEBELUM UNDI PAS ATAU PAKATAN RAKYAT

    Rakyat Kedah mula tertanya-tanya apa ceritanya tentang anggaran hasil RM20 juta dari penjualan air kepada Pulau Pinang yang dimegahkan oleh Menteri Besar Kedah sebagai langkah bijak untuk mengurangkan defisit bajet negeri itu. Apakah ia akan terus menjadi sekadar sebuah cerita dongeng yang dibacakan untuk menghiburkan hati rakyat?

    ReplyDelete
  9. RAKYAT SABAH DAN LABUAN PERLU FIKIR MASAK2 SEBELUM UNDI PAS ATAU PAKATAN RAKYAT

    Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak telah tersalah congak akan kuasa seorang Menteri Besar agaknya. Sangkanya, dengan hanya mengumumkan dalam bajet, maka perkara tersebut akan dengan sendirinya terlaksana. Atau mungkin juga beliau menyangka, apa yang perlu dilakukan selepas mengumumkan bajet, hanyalah menghantar ‘invois’ setiap hujung bulan kepada kerajaan Pulau Pinang sepertimana urusniaga biasa, dan kerajaan Pulau Pinang pun akan membayarnya. Oleh kerana kebebalan ini, maka Ketua Menteri Pulau Pinang juga mengambil sikap acuh-tak-acuh dengan cerita dongeng Azizan.

    ReplyDelete
  10. RAKYAT SABAH DAN LABUAN PERLU FIKIR MASAK2 SEBELUM UNDI PAS ATAU PAKATAN RAKYAT

    Apabila cerita dongeng ini meletup, si Phahrolrazi, exco kerajaan PAS Kedah pun terpaksa menunjuk tegas dengan membuat kenyataan yang Kedah tetap akan meletakkan harga ke atas air yang dibekalkan kepada Pulau Pinang. Malangnya, Phahrolrazi, mahupun Azizan sendiri enggan mengadap kerajaan negeri Pulau Pinang untuk berbincang. Apa yang difahamkan, hanya satu surat sahaja yang dihantar oleh Kedah kepada Pulau Pinang untuk menyatakan hasrat mengenakan bayaran terhadap bekalan air mentah kepada negeri itu.

    ReplyDelete
  11. RAKYAT SABAH DAN LABUAN PERLU FIKIR MASAK2 SEBELUM UNDI PAS ATAU PAKATAN RAKYAT

    Justeru, tidak salah apabila Pulau Pinang hanya menghantar Pengurus Besar Jabatan Bekalan Air Pulau Pinang, Jaseni Maidinsa untuk memberi respon terhadap kenyataan seorang exco. Dan tidak salah juga jika Jaseni memberi jawapan yang seolah-olah tidak serius iaitu Pulau Pinang hanya menggunakan sumber air Sungai Muda bermula dari sempadan sungai yang mengalir ke negeri itu sahaja dan oleh itu, ia tidak boleh dikenakan bayaran kerana ia bukan di dalam tanah jajahan Kedah. Dengan jawapan begitu, kerajaan Kedah pun menjadi kelu.

    ReplyDelete
  12. RAKYAT SABAH DAN LABUAN PERLU FIKIR MASAK2 SEBELUM UNDI PAS ATAU PAKATAN RAKYAT

    Inilah masalahnya apabila hanya bijak bercakap tetapi tidak tahu bekerja. Kedah kini benar-benar bergantung kepada sumber semulajadi, iaitu air dan balak. Melihat kepada keadaan semasa, di mana Azizan tidak pernah, tidak akan dan tidak mungkin akan berani berbincang dengan Guan Eng, maka Kedah pasti akan berputih mata dalam mengharapkan hasil dari penjualan air kepada Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  13. RAKYAT SABAH DAN LABUAN PERLU FIKIR MASAK2 SEBELUM UNDI PAS ATAU PAKATAN RAKYAT

    Sudahlah tidak dapat membawa hasil melalui air, satu-satunya yang dapat membawa hasil iaitu balak, nampaknya telah menyumbang masalah kepada bekalan air kepada rakyat Kedah pula. Pembalakan yang tiada batasan dan yang tidak menghiraukan sempadan kawasan tadahan bukan sahaja memberi kesan kepada geologi dan berisiko menyebabkan tanah runtuh atau banjir lumpur, tetapi juga mencemarkan bekalan air.

    ReplyDelete
  14. RAKYAT SABAH DAN LABUAN PERLU FIKIR MASAK2 SEBELUM UNDI PAS ATAU PAKATAN RAKYAT

    Antara yang paling kronik ialah kegiatan pembalakan yang cuma 100 meter dari Tasik Pedu. Sebelum itu, di kawasan seluas 5,000 hektar di Gunung Inas, Sik untuk diwujudkan Ladang Sejahtera manakala 350 hektar di hutan simpan dan tadahan hujan di Tasik Pedu dikatakan bakal dijadikan ladang buah-buahan. Meskipun mendapat bantahan keras pelbagai pihak, namun kerajaan Pas Kedah terus angkuh meneruskan kegiatan itu. Malah Azizan juga mahu mengenal pasti lagi kawasan pembalakan baru seluas 800 hingga 1,000 hektar untuk dipajak kepada pihak lain.

    ReplyDelete
  15. RAKYAT SABAH DAN LABUAN PERLU FIKIR MASAK2 SEBELUM UNDI PAS ATAU PAKATAN RAKYAT

    Masalah air yang tercemar kerana pembalakan luar kawal bukan cerita dongeng seperti dongeng ingin menjual air mentah kepada Pulau Pinang. Pada bulan Oktober 2011, penduduk-penduduk kampung sekitar daerah Pendang dan Padang Terap membuat demonstrasi membantah tindakan kerajaan negeri Kedah yang meluluskan lesen pembalakan kepada syarikat Ng N Beh Trading, no lesen KT 01-(P)-52-2011 di kawasan Hutan Simpan Kekal Bukit Perak. Akibatnya, air yang mengalir ke 7 buah kampung iaitu Kg Sg Mas, Kg Sg Pisang, Kg Sungai Siput, Kg Mahawangsa, Kg Lasau, Kg Titi Akar dan Kg Padang Durian menjadi keruh kerana aktiviti pembalakan tersebut dilakukan di kawasan tadahan air yang menjadi sumber air bagi ketujuh2 buah kampung terbabit. Penduduk kampung terpaksa menggunakan air yang berwarna merah berlumpur untuk urusan seharian termasuk memandikan jenazah.

    ReplyDelete
  16. RAKYAT SABAH DAN LABUAN PERLU FIKIR MASAK2 SEBELUM UNDI PAS ATAU PAKATAN RAKYAT

    Namun, kerajaan negeri Kedah masih lagi mengambil sikap tidak peduli dengan nasib rakyat. Kononnya, ini semua hanyalah mainan politik UMNO. Jelas bahawa Azizan sebenarnya telah buntu atau ‘mati kutu’ dalam usaha untuk menjana pendapatan negeri kerana itu beliau sanggup membiarkan kawasan hutan simpan terus digondolakan.

    ReplyDelete
  17. RAKYAT SABAH DAN LABUAN PERLU FIKIR MASAK2 SEBELUM UNDI PAS ATAU PAKATAN RAKYAT

    Segala-gala projek yang dirancang tidak menjadi, termasuk projek-projek besar seperti projek perladangan di Papua New Guinea. Ini sangatlah tidak menghairankan kerana projek bersifat biasa seperti perumahan juga telah gagal dilaksanakan dengan sempurna di bawah kerajaan negeri di mana terdapat unsur-unsur ketidaktelusan yang amat ketara sepertimana yang dilaporkan dalam pembentangan audit baru-baru ini.

    ReplyDelete
  18. RAKYAT SABAH DAN LABUAN PERLU FIKIR MASAK2 SEBELUM UNDI PAS ATAU PAKATAN RAKYAT

    Azizan tidak berjaya memaksa Pulau Pinang membayar harga bekalan air mentah dan tidak mampu pula untuk memberhentikan bekalan air kepada negeri itu. Sedangkan, rakyat Kedah pula berhadapan dengan masalah air yang masih tiada tanda-tanda akan selesai selagi kawasan pembalakan belum gondol sepenuhnya. Senarionya kini ialah apabila semua balak sudah selesai, rakyat Kedah mungkin akan berhadapan dengan masalah banjir lumpur pula, tetapi rakyat Pulau Pinang tetap akan menerima bekalan air dari Kedah secara percuma.

    ReplyDelete
  19. headhunter....taraf UMPORNO sama dengan moral Papakedana, yang menjadi rujukan para pencacai

    ReplyDelete
  20. TPM bidas dakyah BN 'sudah tua, harus ditukar'

    DAH LAH TUA...TAK MAHU DENGAR RINTIHAN RAKYAT!!!!! DAH LAH TUA KUAT MAKAN RASUAH!!!! DAH LAH TUA PEROMPAK PULA TU....TUA KUTUK TAK SEDAR DIRI NAK MAMPOSSSSS..

    ReplyDelete
  21. headhunter.hero samseng melayu keparat..?? hehe

    ReplyDelete
  22. patutler... std keja tukang penyapu, iq rendah mcm lembu. moooooooooooooo.headhunter

    ReplyDelete
  23. rasanya, dalam hal ini elok lah diberi peluang pada calon2 yang lebih muda, sehat dan bertenaga..
    baru lah semangat pengundi2 muda menyokong PR

    ReplyDelete
  24. Sunnah apa BN tegakkan. di dalam akhbar melayu ada nombor ekoq. AKu tak hairan kalau surat akhbar cina atau india,KADAZAN/DUSUN ada nomnbor ekoq, lagu mana utusan/berita harian ada nomboq ekoq.. adakah itu Sunnah? Wasatiyyah? hjehe

    ReplyDelete
  25. headhunter said.. - LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  26. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  27. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  28. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  29. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  30. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  31. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  32. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  33. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  34. Untuk makluman headhunter, Kuala Lumpur dan Singapura dulu asalnya hutan. Digondolkan kemudian ditanam semula dengan bangunan dan pokok-pokok. Di Kedah balak ditebang untuk diganti dengan taman pertanian. Banyak cerita air Pulau Pinang Kedah, masaalah air seluruh daerah, kampung di Sabah sudah semua ok kah?

    ReplyDelete
  35. kita tgk PAS boleh menang atau tidak di Labuan.

    ReplyDelete
  36. Kalau dulu aku tidak sokong PAS bertanding di Labuan sebab gerenti punya kalah. Tapi kali anitah aku sukung sebab seburuk buruk pun PAS dia masih lagi menitik beratkan anak tempatan Labuan yg banar2 membesar dilabuan. Bukannya macam PKR yg tidak sedar diri,macamlah dilabuan ni tiada orang yg layak jadi calun. pas tu ambil calun melalui Payung terjun, bukan itu saja bercakap pun macam ikut scrip sama jua macam dia punya ketua cabang serta barisan kepimpinan AJK. 2 x 5 = 10. Banyak tai pau phuiiii...
    PAS teruskan perjuangan. Biar kalah daripada bagi kerusi percuma kepada calun Payung Terjun.

    ReplyDelete
  37. Headhunter said & Mantera :-

    1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
    2) OTAK COPY PASTE
    3) LIDAH SYAITAN
    4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
    5) PERKAUMAN
    6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.

    ReplyDelete
  38. Headhunter said & Mantera :-

    1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
    2) OTAK COPY PASTE
    3) LIDAH SYAITAN
    4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
    5) PERKAUMAN
    6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.

    ReplyDelete
  39. Headhunter said & Mantera :-

    1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
    2) OTAK COPY PASTE
    3) LIDAH SYAITAN
    4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
    5) PERKAUMAN
    6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.

    ReplyDelete
  40. Headhunter said & Mantera :-

    1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
    2) OTAK COPY PASTE
    3) LIDAH SYAITAN
    4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
    5) PERKAUMAN
    6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.

    ReplyDelete
  41. Headhunter said & Mantera :-

    1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
    2) OTAK COPY PASTE
    3) LIDAH SYAITAN
    4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
    5) PERKAUMAN
    6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.