Showing posts with label Perlis. Show all posts
Showing posts with label Perlis. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

Gambar & Video BLACK 505 Di Perlis

Sekalipun berstatus negeri terkecil di malaysia, sekitar 7,000 orang membanjiri dataran kompleks perniagaan di Kampung Bakau dekat sini malam tadi dalam program Black 505 peringkat negeri Perlis.

Himpunan membantah penipuan di dalam pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini dianggap sebagai antara himpunan paling besar pernah diadakan di negeri ini sekaligus menggambarkan satu fenomena kebangkitan rakyat menuntut sebuah sistem pilihan raya yang lebih telus di negara ini selain mendesak pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya mletakkan jawatan.

Walaupun pada awalnya, pihak polis dikatakan tidak memberikan kebenaran bagi mengadakan perhimpunan ini, program tetap diteruskan dengan kehadiran orang ramai dari pelbagai kaum.

Ia juga untuk menyambut kehadiran pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Majlis bermula dengan ucapan dari pimpinan tempatan termasuk Ketua Cabang PKR Kangar, Ko Chu Liang; Pengerusi PKR Perlis, Mohd Faisol Abdul Rahman; ADUN PAS Sanglang, Mohd Shukri Ramli serta Ketua Dewan Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob.

Turut menyampaikan ucapan, wakil DAP, Syed Araniri Syed Ahmad Al-Idrus; ADUN Indera Kayangan; Chan Ming Kai; Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman; Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail; ADUN Sidam, Dr Robert Ling dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Majlis yang disusuli dengan tepukan dan tiupan trumpet oleh hadirin ini dimeriahkan lagi bila Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin mengambil pentas.

Seterusnya, majlis dikendalikan oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan sejurus kemudian beliau menjemput Mohamad Sabu untuk menyampikan ucapan sebelum di akhiri dengan ucapan oleh Anwar.

Majlis diakhiri dengan semua pimpinan dan hadirin menyanyikan lagu Negaraku. -HD












Wednesday, April 3, 2013

Mufti Perlis Jadi Calon Pakatan?

Pengumuman calon PAS Perlis pagi tadi menimbulkan tanda tanya berhubung kedudukan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya yang sebelum ini dikatakan akan bertanding kerusi PKR di Parlimen Kangar.

Mufti kelahiran Sarawak itu sebelum ini difahamkan sudah bersetuju bertanding menentang BN dan melepaskan jawatan lantikan istana yang dipegangnya sejak hujung Januari 2009.

Pakatan cuba mengetengahkan Dr Juanda bagi bergandingan dengan tokoh agama popular PAS Datuk Dr Haron Din (kiri) yang akan bertanding di kerusi tradisinya di Arau, bagi merobek negeri kubu kuat BN.

Dengan pengumuman itu, Dr Juanda mungkin sukar mendapat tempat di negeri Indera Kayangan dan mungkin beralih ke sebuah lagi kerusi yang dikatakan diintainya di Sarawak.

Dalam pengumuman oleh Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin pagi tadi, parti Islam itu akan bertanding di kesemua tiga kerusi Parlimen di Perlis berbanding dua sebelum ini.

Ia antara perubahan yang dilaksanakan dalam pembahagian kerusi Pakatan Perlis yang mengambil risiko tidak mengekalkan status quo seperti dalam pilihan raya umum lalu.

Bagi kerusi DUN pula, PAS sebelum ini bertanding di 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan PKR di tiga kerusi. Bagaimanapun, pilihan raya kali ini akan menyaksikan parti Islam itu hanya bertanding di lapan kerusi dengan PKR sebanyak lima.

Sumber PKR dakwa tak muktamad


DAP pula diberikan dua kerusi, cubaan kali pertama mereka bertanding di negeri Utara semenanjung itu.

Hashim hari ini mengumumkan barisan calonnya seperti berikut: Ketua Urusan Ulama PAS Padang Besar Azamhari Mohamood (Padang Besar), Ahli Jawatankuasa PAS Kangar Baharuddin Ahmad (Kangar) dan Dr Haron (Arau).

Bagi kerusi DUN pula, Ahli Jawatankuasa Pusat PAS Mohd Anuar Tahir akan bertanding di Santan; Timbalan Yang Dipertua PAS Padang Besar, Wan Kharizal Wan Khazim (Beseri), Setiausaha Pilihan Raya Abd Jamil Kamis (Bintong), Setiausaha Perhubungan Ya'akub Abu Seman (Kayang), Ketua Dewan Ulama Idris Yaacob (Pauh), peguam Zulmi Sabri (Guar Sanji), Timbalan Pesuruhjaya 3 Rus'sele Eizan (Simpang Empat) dan Mohd Shukri Ramli (Sanglang).

Hashim menjelaskan, penetapan kerusi itu telah lama dibuat pada 15 Julai 2011 setelah dipersetujui sebulat suara dalam Majlis Pakatan Rakyat Negeri Perlis.

NONEBagaimanapun, sumber PKR memberitahu Malaysiakini, pembahagian kerusi negeri di Utara semenanjung itu masih belum diputuskan.

Perkara itu difahamkan akan menjadi salah satu agenda penting dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan di Kuala Lumpur esok.

Dalam pilihan raya umum lalu, PAS menang di DUN Sanglang dan Simpang Empat sahaja.

Dr Juanda (gambar atas, berbaju hitam) ketika dihubungi Malaysiakini hari ini bagaimanapun enggan mengulas berhubung perkara itu dan mahu menunggu masa yang sesuai terlebih dahulu. -MK

Sunday, March 17, 2013

48 pemuda Dun Guar Sanji sertai PAS



Kekuatan Umno BN Parlimen Arau dan Dun Guar Sanji tergugat lagi apabila seramai 48 orang pemuda menyerahkan borang untuk menyertai PAS, hari ini.

Majlis penyerahan borang keahlian PAS ini telah diadakan di Markas PAS Kampung Jelempok dekat sini dengan dihadiri oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Dalam majlis berkenaan, Dr Haron telah menerima borang keahlian yang diserahkan oleh bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Jelempok, Mohamad Azimar Razak dengan ditemani oleh Zulfahmi Mansor bagi pihak rakan-rakanya yang lain.

Hadir sama dalam majlis tersebut, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin; Ketua Ulamak PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob serta pemimin PAS kawasan dan Dun Guar Sanji. -HD

Friday, September 7, 2012

Bekas menteri lompat parti?

Bekas menteri dan juga masih menjadi Ahli Parlimen di Perlis dikatakan meninggalkan Barisan Nasional (BN) sekiranya beliau tidak dicalonkan semula kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Beliau yang pernah dilantik menganggotai kabinet semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri ke lima, Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila memenangi PRU ke-11 pada 2004, kemudiannya digugurkan apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil-alih pemerintahan.


Menurut laman Facebook pro-Umno Perlis, beliau juga dikatakan telah mengatur beberapa mesyuarat untuk menentukan nasibnya sekiranya tidak dicalonkan semula.

"Tidak sepatutnya mengugut kepimpinan dalam perjuangan BN, kena lihat apa juga sumbangan beliau semasa menjawat jawatan menteri. Apa yang beliau bawa kepada pembangunan Perlis?

"Umurnya pun sudah semakin meningkat, adalah wajar diberikan kepada pimpinan muda. Ini tidak, mengatur rancangan untuk berpaling tadah pula kepada BN," katanya dipetik Sinar Harian, semalam.

Perlis mempunyai tiga kerusi Parlimen milik BN dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dua daripadanya dimenangi pembangkang.

Ahli Parlimen di Perlis adalah, Datuk Seri Azmi Khalid (Padang Besar), Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad (Kangar) dan Datuk Ismail Kassim (Arau).

Menurut sumber lain, Ahli Parlimen berkenaan juga dikatakan sedang mengintai peluang bertanding kerusi DUN dan menjadi Menteri Besar sekiranya tidak dicalonkan di Parlimen.

-DD

Tuesday, June 26, 2012

PhD MB Perlis Diragui, Pemuda UMNO Arau Buat Laporan Polis

Seorang ahli Pemuda Umno Arau membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Mohd Isa Sabu mengenai status ijazah doktor falsafah (Phd) beliau.

Syed Atif Syed Abu Bakar yang juga Ketua Pemuda Umno cawangan Bandar Arau membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar tengah hari tadi.

“Menteri Besar telah menggunakan gelaran itu dalam dokumen dan majlis rasmi kerajaan negeri dipercayai diperolehi dari sebuah institusi pengajian tinggi yang tidak mendapat tauliah atau akreditasi daripada agensi pemberi tauliah yang diamanahkan oleh kerajaan Malaysia mahupun kerajaan Amerika Syarikat.

“Saya membuat laporan ini supaya pihak polis dan kerajaan Malaysia menyiasat status Phd milik Mohd Isa atas dasar intergriti yang berkaitan dengan unsur-unsur jenayah penghinaan akademik yang serius dan menyalahi undang-undang negara,” katanya dalam laporan polis tersebut.

Atif berkata, rakyat Perlis bercakap mengenai status Phd milik Menteri Besar itu.

“Sebelum ini, kami mengadakan peraduan menawarkan hadiah RM10, 000 dalam Facebook untuk membolehkan orang ramai mengesahkan status Phd tersebut.

“Bagaimanapun, selepas peraduan itu dibuat lawan web rasmi kerajaan negeri telah mengeluarkan gelaran Phd tersebut,” katanya.

Ahli Umno Pauh, Abdul Halim Sani yang hadir sama di IPD Kangar hari ini mendakwa Mohd Isa menggunakan Phd dari Universiti New Port, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, menuurt Syed Atif, universiti tersebut tidak wujud sama ada di Amerika Syarikat atau di tempat lain. -FMT

Sunday, June 24, 2012

Gelombang Hijau landa Perlis

Gelombang Hijau ke Putrajaya meneruskan momentumnya dengan himpunan yang diadakan di peringkat negeri Perlis pada 22 Jun lalu di Markas PAS Kampung Paya di DUN Santan dekat sini.

Meskipun buat julung kalinya, program besar seumpama ini diadakan di luar premis induk PAS Perlis samada Kompleks PAS Perlis di Kangar mahupun Markas Tarbiah PAS Perlis di Jejawi, sambutan orang-ramai amat membanggakan dengan lebih 5000 orang hadir membanjiri dataran di hadapan markas PAS tersebut.

Sambutan hangat ini diceriakan lagi dengan kehadiran begitu ramai ahli dan penyokong Umno tempatan dan luar kawasan yang sama-sama ingin mendengar ucapan dari pimpinan khususnya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan undangan khas, Tamrin Ghafar.

Program himpunan dimulakan dengan majlis solat hajat dan munajat yang dipimpin oleh Dewan Ulama PAS Perlis.

Kemudiannya, program kemuncak himpunan dimulakan dengan para hadirin menyanyikan lagu Negaraku dan lagu rasmi PAS dengan diikuti bacaan surah an-Nasr oleh qari jemputan yang mambacanya dalam tiga lagu tarannum.

Pengarah Program, Mohd Anuar Tahir memulakan ucapan diikuti ucapan dari Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Perlis, Khoo Yang Chong; Timbalan Ketua Muslimat PAS Perlis, Haton Osman; Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Ustaz Azmir Azizan dan Ketua Ulama PAS Perlis, Ustaz Idris Yaacob.

(Ustaz Hashim Jasin berucap dengan diperhatikan Mohamad Sabu dan Tamrin)

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin. Beliau menggambarkan himpunan yang diadakan pada malam tersebut adalah suatu petanda yang perlu diambil pengajaran oleh Umno/BN yang mana ianya adalah petanda kepada apa akan bakal berlaku dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Program himpunan ini kemudiannya diteruskan dengan majlis bacaan ikrar dan baiah oleh para peserta himpunan dengan dipimpin oleh Setiausaha Perhubungan PAS Perlis, Ustaz Ya'akub Abu Seman.

Semakin ramai orang Umno

Seterusnya Tamrin, tampil menyampaikan ucapan dengan memulakannnya dengan laungan 'takbir'. Ucapannya yang bersahaja menggunakan loghat utara jelas menarik minat orang ramai.

"Saya baru sama-sama dengan tuan-tuan dan Pakatan Rakyat dalam tiga bulan. Saya lihat di manapun saya pergi sambutan rakyat amat baik. Yang menariknya semakin ramai orang-orang Umno yang hadir ke program kita, jangan padang sepi lagi dengan kehadiran mereka.

"Inilah berkat pengorbanan dan kesabaran pimpinan PAS yang berjuang sejak dahulu lagi, ditohmah, dicaci dan dihina. Saya pun dulu ikut sama. Tapi siapa sangka hari ini, ramai orang termasuk pimpinan Umno telah meninggalkan Umno dan bersama PAS," katanya.

Tawan Johor

Majlis diakhiri dengan ucapan oleh Timbalan Presiden PAS yang menggambarkan bahawa gelombang kebangkitan rakyat yang menyokong PAS/Pakatan Rakyat kini semakin memuncak di seluruh negara.

"PAS dan pakatan Rakyat sudah diterima rakyat bukan sahaja di negeri Perlis ini, tapi sekarang ni Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk menawan negeri Johor.

"Dulu Tun Daim Zainuddin kata negeri yang selamat untuk BN hanyalah tiga iaitu Johor, Pahang dan Melaka, tapi dengan pergolakan yang berlaku, hari ini kita lihat Pakatan Rakyta juga mampu mengambil-alih pemerintahan di Johor,"katanya.

-HD