Wednesday, February 27, 2013

Kisah Ayam Hidup Tanpa Kepala

Dengan hati-hati Mr. Olsen menyembelihnya dengan berusaha untuk tidak merosakkan tulang leher si ayam, kerana ia tahu itu adalah kesukaan sang ibu mertua. Setelah itu keadaan masih berjalan normal dengan si ayam menggelepar-gelepar seperti layaknya ayam yang baru saja disembelih.

Namun anehnya setelah ditunggu beberapa lamanya si ayam bukannya mati, justeru meneruskan aktivitinya sebagai seekor ayam yang tidak mengalami apa-apa. Ayam yang telah tidak mempunyai kepala ini berkelakuan seperti seekor ayam yang sihat berkeliaran, merenggangkan sayapnya dan bahkan cuba untuk mematuk tanah mencari makanan dengan lehernya yang telah kudung. Ia juga berusaha berkokok walaupun yang terdengar hanyalah suara geraman yang berasal dari sebahagian tenggorokannya yang tertinggal.

10 September 1945, seorang petani bernama Lloyd Olsen di daerah Fruita, Colorado, Amerika Syarikat sedang menunggu kunjungan ibu mertuanya untuk makan malam bersama di rumahnya. Isterinya menyuruhnya untuk menangkap dan menyembelih seekor ayam peliharaannya untuk dijadikan sajian. Ia memilih seekor ayam jantan berumur 5.5 bulan, dan dengan sebuah kapak ia cuba menyembelihnya seperti yang telah sering ia lakukan.

Keesokan harinya ternyata ayam ini masih hidup, dan Mr. Olsen berniat untuk merawatnya dengan menyuapnya makanan dan minuman yang diperlukan si ayam untuk bertahan hidup. Ia memberi nama si ayam Mike. Seminggu kemudian Mr. Olsen membawa Mike ke University of Utah di Salt Lake City sejauh 250 batu untuk diteliti. Di situ diketahui bahawa kapak Mr. Olsen tidak mengenai jugular vein (pembuluh darah dari otak ke jantung) yang membuat jaringan otak dan satu telinga Mike tidak terputus.

Dan kerana reaksi seekor ayam sebahagian besar dikawal oleh rangkaian otak ini, Mike dapat beraktifitas seperti biasa walaupun telah kehilangan kepala. Sebuah gumpalan menyelamatkan Mike untuk tidak mengalami pendarahan hingga mati.Mike bertahan hidup selama 18 bulan ke depan, dan menjalani "kerjaya" sebagai bintang persembahan yang sangat popular ketika itu dan digelar The Wonder Chicken, ayam ajaib. Di masa jayanya Mike dapat menghasilkan wang sebanyak $ 4,500 (nilai ini setara dengan $ 48,000 saat ini, ) dalam sebulan dari pertunjukannya.

-zamrispoon.blogspot.com

Penceroboh Tentera Sulu Berdegil

azlanKetua kumpulan penceroboh Raja Muda Agbimuddin Kiram yang telah berkampung di Lahad Datu, Sabah selama dua minggu lebih enggan berganjak dengan pendirian mereka untuk kekal berada di perkampungan tersebut mereka dan sedia berkorban sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Agbimuddin yang dipetik berkata kepada radio Filipina, Radio Inquirer jam 9 pagi tadi berkata setuju untuk berunding secara damai tetapi hak mereka perlu dipastikan terbela.

“Ya, kami mahu berdamai.

“Tapi ia hanya selagi hak kami tidak diambil daripada kami,” kata Agbimuddin.

Pemimpin tersebu yang mengaku sebagai Askar Kesultanan Sulu juga tidak menolak akan berlaku pertumpahan darah sekiranya mereka diserang oleh pihak berkuasa Malaysia.

“Tiada jalan lain selain mempertahankan diri.

“Terus berjuang atau mati,” kata Agbimuddin lagi.

Dalam pada itu, Agbimuddin juga membidas kenyataan oleh Presiden Filipina Benigno Aquino kepada Kesultanan Sulu bahawa mereka akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya tidak menamatkan pencerobohan di Sabah tersebut.

“Kami hanya lakukan apa yang kami rasakan betul. Saya rasa tiada undang-undang yang menghalang kamu daripada menuntut perkara yang betul,” ujar beliau lagi.

Ketua penceroboh juga menegaskan bahawa tujuan mereka mendarat di perkampungan tersebut bukan untuk mencari persengketaan, memandangkan kedua-dua negara menganut agama sama iaitu Islam.

Pada 13 Februari lepas, pasukan keselamatan Malaysia menahan sekumpulan warga asing bersenjata yang berpakaian tentera kerana menceroboh perairan Lahad Datu, Sabah.

Jumaat lalu, Manila menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia di pesisir pantai berhampiran Lahad Datu, Sabah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka.

Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur Johann Veronica M. Andal berkata pasukan tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu.

Sabah merupakan sebahagian dari Kesultanan Sulu sehingga Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888.

Walaubagaimanapun, hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan Sabah kemudiannya menjadi tanah jajahan Borneo Utara sehingga penyertaanya dalam Persekutuan Malaysia beserta Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963.

-TMI / MK

Ketua Cawangan Atau Ketua Mundu?

SELURUH Malaysia digegarkan dengan berita pencerobohan sekumpulan 'Lanun' (Mundu) yang kononnya tentera 'Sultan Sulu' sehingga Kampung Tanduo menjadi 'Medan Perang'; gara-gara 'kebijaksanaan' Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi @ Mat Bom melakukan percubaan 'Reverse Take Over' sebagaimana yang saya jangkakan akan berlaku sejak 1999 lagi iaitu selepas saya memberi keterangan dalam Petisyen Pilihanraya DUN Likas.

Ketika Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya bahawa Tentera Sultan Sulu menyerang dan menawan Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu, saya tergelak besar kerana saya tahu siapa yang tinggal di sana dan kenapa mereka mendarat di sana.

Sebagai Mantan Setiausaha Eksekutif UMNO Silam, saya kenal hampir kesemua 402 Ketua Cawangan UMNO Silam ketika itu (1995-1997) yang majoritinya 'Warga Penyu' termasuk Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk, Ahmad Malandi yang mempunyai akal Abu Nuwas.

Ahmad yang mempunyai akal kancil memang 'Pakar Bom' terutama membuat bom ikan dengan hanya menggunakan baja urea yang menjadi sumber pendapatan beliau sebelum FELDA 'menceroboh' tanah beliau dan saudara maranya seluas lebih kurang 100 hektar.

Ahmad menjadikan 'Penjara Air Panas' Tawau sebagai rumah kedua kerana usahanya tidak pernah putus-putus mengugut Pegawai dan kakitangan FELDA yang beliau dakwa menceroboh tanah pusakanya.

Sebenarnya Kerajaan Berjaya telah membatalkan semua permohonan tanah di Sahabat Pinggir dan Zon Keselamatan ketika menyerahkan kawasan yang menjadi Zon Persembunyian Lanun kepada FELDA untuk dibangunkan sebagai Rancangan Penempatan Tanah.

Namun Ahmad yang mempunyai akal panjang telah membuat permohonan Tanah Adat dan disahkan PPHT Lahad Datu berdasarkan banyak pokok langsat dan buah-buahan yang kononnya beliau tanam; sedangkan kesemua tumbuhan tersebut adalah langsat liar yang bercambah semula jadi hasil daripada najis binatang yang memakan langsat, rambutan, terap dan sebagainya.

Tambahan pula ketika itu, Ahmad dan saudara maranya telah bersetuju menyerahkan tanah tersebut kepada FELDA dan turut mendapat kontrak membangunkan tanah dan menuai buah sawit daripada FELDA.

FELDA telah banyak bertolak ansur dengan karenah Ahmad; malah sehinggalah saya dan Mantan Adun Lahad Datu, Datuk Mohd Yusof Ahmad Jamli membuat perundingan untuk menyelesaikan masalah tuntutan tanah Ahmad dengan FELDA.

Ahmad boleh hidup senang kerana memperolehi pendapatan bersih antara RM5,000 sehingga RM20,000 sebulan daripada hasil kontraknya dengan FELDA, namun akal Abu Nuwas membuatkan beliau dijangkiti sikap 'Tamak dan Haloba' sehingga menuntut dan menceroboh semua tanah yang dipohonnya bersama Haji Mahmood Mallang dan saudara maranya sebelum ini.

Dengan ehsan Datuk Seri Najib sebagai menteri yang menjaga FELDA ketika itu, Ahmad telah mendapat dua lot tanah masing-masing seluas 15 ekar sebagai jalan penyelesaian tuntutannya.

Tetapi bak kata pepatah, Ahmad yang telah diberi betis oleh FELDA, bukan sahaja mahu 'peha'; bahkan yang berada di 'celah peha' meneruskan gertakan dan pencerobohan sehingga saya dan polis sudah lali dengan perbuatannya yang melampaui batas.

Ahmad suka mereka cipta cerita baru setiap hari; termasuk membawa ke sana ke mari kisahnya yang saya bukukan dalam buku 'Koleksi Sabah' serta keratan surat khabar yang ditulis rakan saya, Ruhaidini Abdul Kadir daripada Utusan Malaysia untuk dijadikan asas tuntutan.

Ahmad bukan sahaja sering menimbulkan provokasi dengan membawa 'bom ikan'; sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai bom kerana tidak mempunyai alat peledak disebabkan tidak mempunyai detanator; melainkan pasir, beras, tepung dan garam; semata-mata untuk mengugut Polis Bantuan FELDA agar membuka pagar hadangan bagi membolehkan beliau mengeluarkan buah yang dituainya daripada ladang FELDA.

Sejak meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Eksekutif UMNO Silam pada 1997, saya hanya menemui Ahmad dua kali iaitu tiga tahun lalu di Kota Kinabalu, namun tidak sempat bercerita panjang kerana masing-masing sibuk dengan urusan.

Bagaimanapun Ahmad meminta saya membantu menulis surat kepada Sultan Sulu kerana beliau begitu yakin bahawa perjuangan beliau tidak lama lagi akan berhasil dengan bantuan saudara maranya di Sulu dan akan datang membantu beliau mendapatkan bukan sahaja 100 hektar 'Tanah Adat'; malah keseluruhan tanah FELDA.

Saya hanya tersenyum mendengar ceritanya (impian kosongnya) tetapi menyatakan tidak dapat membantu beliau menulis surat kerana saya akan terbang ke Pulau Pinang; apatah lagi saya kenal siapa dan apa kebolehan Ahmad; namun darah saya tersirap apabila beliau begitu serius ingin menjemput saudara maranya daripada Sulu jika beliau kalah dalam kes mahkamah.

Sejak daripada itu saya tidak lagi mengambil peduli kisahnya sehinggalah Pasukan Perisik Sabahkini.net memaklumkan kepada saya berhubung 'lawatan mengejut' saudara maranya daripada Sulu dan telah dikepung pihak berkuasa ketika Ahmad nazak terlantar di Hospital Lahad Datu akibat darah tinggi dan angin ahmar.

Saya hanya mampu berjenaka dengan Pasukan Perisik Sabahkini.net bahawa "Mereka datang mengambil BR1M," kerana majoriti mereka ini telah dianugerahkan IC Projek dan tidak terniat untuk membuat liputan di Kampung Tanduo kerana hati kecil saya berbisik 'Gertak Keling' Ahmad yang sebelum ini telah kecewa setelah semua jalan perundangan buntu.

Dalam keadaan Kesultanan Sulu yang sudah mengalami kehancuran sejak 1936 dan telah menjadi sebahagian daripada sejarah; maka 'Golongan Sultan Oportunis' mengambil kesempatan untuk melawat Ahmad yang sakit tenat di Hospital Lahad Datu; di samping menganyam rapi niat tersembunyi mereka untuk merampas kembali Borneo Utara daripada Kerajaan Malaysia.

Secara kebetulan Ahmad mempunyai hubungan rapat dengan 'Sultan Sulu' yang menabalkan diri sendiri tanpa melalui 'Ruma Bichara' (Majlis Raja-Raja) dan mungkin telah membuat kajian dan perancangan rapi bersama anaknya Mohd Ali.

Mengikut risikan saya, koresponden Sabahkini.net di Langunyan, memaklumkan bahawa mengikut sumber, Sultan Jamalul Kiram III telah melancarkan serangan 'Diplomatik Reverse Take Over' dengan menghantar 1,500 tenteranya ke Sabah; masing-masing 300 orang tentera Tungku, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan.

Namun tidak diketahui apakah kesemua tentera berkenaan telah mendarat melainkan dilaporkan antara 100 hingga 300 yang mendarat di Kg Tanduo, Tungku kerana masih mengkaji modus operandi dan jejak mereka masuk ke Sabah; tanpa dapat dikesan oleh pihak berkuasa; apatah lagi perbatasan Malaysia yang sentiasa bolos dan mudah dibolosi PATI.

Pasukan Perisik Sabahkini.net masih cuba mengesan kedudukan Ahmad dan anaknya Mohd Ali yang dipercayai menjadi dalang 'pencerobohan' ini kerana mengikut maklumat Hospital Lahad Datu, Ahmad sudah nazak dan dibenarkan dibawa pulang ke Kg Sungai Nyamuk, kerana dinantikan saudara maranya 'Tentera Sulu' yang terkepung oleh Pihak Berkuasa Malaysia.

Anak perempuannya juga tidak dapat dihubungi untuk mengetahui keadaan bapanya yang semakin tenat. Bagaimanapun Perisik Sabahkini.net di Tanduo mengesahkan bahawa kunjungan 'Tentera Sultan Sulu' ini atas jemputan Ahmad dan anaknya Mohd Ali.

Tambahan pula, Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah besan Ahmad kerana anaknya, Mohd Ali bernikah dengan anak Haji Musa.

Manakala pemimpin Nombor 1 kumpulan tersebut, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram pula bernikah dengan anak Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung.

Agak mengejutkan kerana saya mendapat tahu anak Datu Ibrahim @ Amirul Kiram di Malaysia iaitu Datu Amir Datu Amirul, ialah Ahli UMNO Cawangan Sungai Bilis 2.

Oleh itu tidak hairan jika kehadiran mereka tidak dapat dikesan Pihak Berkuasa yang belum pernah menggunakan 'kecanggihan satelit' di Jabatan remote Sensing negara untuk mengesan sebarang pergerakan keluar masuk bot besar atau perahu; apatah lagi 'Pusu' yang tidak mengeluarkan sebarang bunyi kerana eksosnya dibenamkan ke dalam laut.

Dalam keadaan penuh curiga, orang awam sukar bekerjasama dengan pihak berkuasa yang disifatkan sering menyalahguna kuasa dan bertindak kasar dan menuduh pemberi maklumat sebagai penjenayah yang bersubahat.

Saya terpaksa menahan ketawa membawa segala komen dan ulasan daripada semua pihak; apatah lagi 'kependekan akal' pihak berkuasa yang menghantar satu batalion tentera berkubu di Kampung Tanduo, Kampung Sungai Nyamuk, Kampung Sungai Merah untuk mengawal dan memantau 'Tentera Sultan Sulu'; sedangkan pada hakikatnya hanyalah 'Tentera Upahan' Ahmad Malandi @ Mat Bom.

Mengikut risikan Sabahkini.net hanya 76 orang sahaja 'Tentera' yang berjaya mendarat di Tanduo termasuk enam wanita untuk mempertahankan tanah adat yang didakwa milik Ahmad di FELDA Sahabat 18 setelah Ahmad menjanjikan mereka akan mendapat tanah yang telah ditanam kelapa sawit seluas beribu ekar di Felda Sahabat 18.

Dikhuatiri Ahmad dan Mohd Ali yang membiayai pembelian senjata api berkenaan di pasaran gelap di Tawi-Tawi dan segala makan minum mereka setelah kecewa dengan keputusan mahkamah yang memenangkan FELDA dalam kes tuntutan tanah beliau.

Kelicikan Ahmad berjaya mengaburi mata pihak berkuasa yang menyangka memang benar Tentera Sulu setelah Datu Ibrahim @ Datu Kuin berjaya mempengaruhi saudaranya, Sultan Jamalul Kiram III mengakui kumpulan tersebut sebagai 'Tentera Sultan Sulu' yang mendapat suaka sementara kerana Kerajaan Filipina sudah pasti akan menangkap mereka dan dibawa ke muka pengadilan.

Setelah tidak mempunyai harapan mendapat tanah yang dijanjikan Ahmad kerana dalam keadaan fizikalnya yang nazak; maka berlaku pertengkaran dan berselisihan pendapat sehingga Haji Musa dan Majid terbunuh dalam kejadian tembak menembak sesama mereka.

Sabahkini.net mendapat tahu bahawa Datu Ibrahim @ Kuin Jamalul Kiram turut tercedera terkena peluru sesat; malah mereka berbalah dan tidak sehaluan lagi setelah perunding dengan pihak berkuasa melalui jalan buntu.

Setelah membuat pertimbangan dan siasatan rapi, saya menganggap 'Drama' Ahmad Malandi hanya merupakan gertakan dan dalam keadaan fizikalnya sekarang, Mohd Ali tidak mampu melakukan apa-apa; malah terpaksa menggadai nyawa jika rundingan tamat. Lazimnya, jika mereka boleh masuk dengan senyap, maka sudah pastinya mereka akan keluar dengan lebih senyap daripada mereka masuk; sekalipun ketika pigak berkuasa sedang berkawal!

Mungkin tiba masanya Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Ketua APMM, Panglima Angkatan Tentera dan pihak berkuasa untuk bermuhasabah diri dan meletakkan jawatan kerana kejadian ini merupakan 'kemaluan' yang tidak dapat disorok daripada mata dunia yang melihat betapa rapuhnya sistem pertahanan Sabah; sehinggakan Ahmad Malandi @ Mat Bom boleh merancang 'Pintomen' serangan yang menyebabkan seluruh negara terpinga-pinga dan ketakutan.

Masa untuk berunding telah tamat. Bagaimanapun 76 tentera palsu Sultan Sulu yang terpedaya oleh 'Janji Terang Bulan' Ahmad Malandi ini wajar diberi peluang menyerah diri secara sukarela dan perlu diadili di mahkamah Malaysia kerana masuk secara haram dengan niat untuk menderhaka kepada yang DiPertuan Agong!

Sabahkini.net akan membongkar institusi Kesultanan Sulu dan apa relevannya lagi dengan Sabah dapat episod akan datang.

(NOTA : Sabahkini.net telah menarik keluar Pasukan Perisikan di Tungku kerana hanya membuang masa dan keringat melaporkan 'Drama' yang mahu menyebarkan dakyah Sultan Palsu dari Sulu)

Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini)

Manifesto Pakatan, Aktivis OKU Rasa Kesal?

AKTIVIS Orang Kelainan Upaya (OKU) melahirkan rasa kesal dan terhina kerana Pakatan Rakyat tidak memuatkan janji untuk menjaga kebajikan golongan tersebut.

Kekecewaan itu antaranya disuarakan Pengerusi Mobiliti Massa OKU Bangkit, Mohd Rosli Ibrahim yang berkata, manifesto itu sepatutnya menyenaraikan rancangan pembangunan untuk kepentingan golongan tersebut.
"Sebenarnya saya kesal dengan apa yang ada dalam manifesto Pakatan Rakyat. Dalam manifesto, apa yang kita harapkan ialah satu klausa mengenai pembangunan OKU secara menyeluruh.

"Kita OKU Bangkit dah sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat, mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen. Kenapa dalam manifesto Pakatan Rakyat tak ada (sebut tentang OKU). Pelik.

"Saya rasa ahli politik ini tidak melihat isu OKU ini isu besar. Kenapa tiba-tiba abaikan? Kami rasa terhina. Sebenarnya mereka ini hanya berfikir tentang kepentingan politik dan masih dalam paradigma duit, sama seperti BN," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Rosli berkata, Pakatan sepatutnya berjanji untuk menyediakan hak pendidikan dan aksesbiliti awam terhadap golongan OKU.

OKU Bangkit juga menuntut agar Pakatan membentuk kementerian khas untuk menjaga kepentingan golongan itu, katanya yang memberi amaran bahawa golongan tersebut mungkin tidak akan memberi sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Mereka tidak lihat bahawa golongan OKU ini sebagi satu konsep pembangunan insan. Itu masalahnya. Saya nak cakap bahawa, Pakatan Rakyat akan kehilangan doa daripada golongan OKU pada pilihan raya umum akan datang," katanya.

Sementara itu, aktivis yang juga merupakan seorang kartunis popular, Mohd Affandi Ramli pula berkata, manifesto Pakatan sepatutnya memuatkan janji untuk menubuhkan Pusat Latihan percuma untuk golongan OKU.

Namun, Pakatan mungkin tidak berminat dengan perkara seperti itu, katanya yang kecewa dengan manifesto Pakatan Harapan Rakyat, yang diumumkan semalam.

Dua orang cahaya matanya mengidap cerebral palsy dan salah seorang daripadanya meninggal dunia sebelum sempat mendapat rawatan pemulihan awal di China.

Mohd Affandi hari ini turut menyiarkan satu di laman Facebook hari ini bagi menyatakan kekesalannya ke atas BN dan Pakatan.

Ilustrasi tersebut, yang diolah sebagai 'Surat Terbuka' buat Pakatan, menunjukkan manifesto BN dan Pakatan saling melakukan kekerasan ke atas golongan OKU yang digambarkan sebagai individu berkerusi roda.

"Kalau kita lihat manifesto itu banyak sentuh tentang kebajikan rakyat, tetapi kenapa tak ada tentang keperluan untuk OKU. Golongan OKU sangat memerlukannya bukan sekadar penerimaan bantuan subsidi tetapi beri peluang yang sama rata.

"Kalau boleh adakan sekolah khas serta pusat latihan percuma. Ini kita pernah usulkan tetapi saya rasa mereka tak berminat. Sebenarnya ramai golongan OKU yang berpotensi ini telah dibunuh oleh pemerintah khususnya OKU yang terlantar yang meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan," katanya.

Beliau juga berkata, tuntutan daripada golongan berkenaan akan dibincangkan dalam satu dialong anjuran OKU Bangkit bersama Pakatan Rakyat di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur pada 3 Mac.

"Jemputan dah beri. Jadi kita tunggulah sahajalah siapa yang akan hadir nanti," katanya lagi.

Pengangkutan Awam Percuma

Sementara itu, jawatankuasa penyedia manifesto berkenaan Dr Dzulkefly Ahmad menolak dakwaan bahawa manifesto Pakatan menyisihkan kepentingan minoriti seperti OKU.

Bekas ahli akademik itu berkata manifesto Pakatan menyentuh soal pembelaan terhadap OKU melalui janji untuk menyediakan pengangkutan awam percuma kepada 'golongan berbeza upaya'.

Jelasnya, Pakatan sememangnya merancang untuk memuatkan 'perkara besar dan menarik' terlebih dahulu dalam manifesto tersebut bagi 'membolehkan rakyat terus dapat mengingati kandungannya'.

Beliau turut menangkis dakwaan bahawa Pakatan mengetepikan isu pilihan raya kerajaan tempatan, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Akta Kebebasan Maklumat dan isu masyarakat India yang diperjuangkan selama ini.

"Kita sengaja mengambil pendekatan supaya kita mendapat respon timbal balik. Apabila ita ada maklum balas, kita akan responsif. Kita juga tidak mahu menolak dan berada dalam penafian.

"Kita letak perkara yang besar dan menarik terlebih dahulu. Yang tertinggal ia disusuli dengan penjelasan dalam sidang akhbar selepas ini.

"Kalau (manifesto) tebal, kita tahu yang membacanya tidak ramai. Kita buat ringkas, padat," katanya bagi mengulas beberapa isu penting yang sering diperjuangkan gabungan parti pembangkang itu.

Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI & ABDUL RAHIM SABRI (sabahkini)

Pelajar dirogol Didalam kelas


Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 tengah hari itu, mangsa berusia 16 tahun mendakwa dirogol suspek yang juga berusia 16 tahun di dalam kelasnya.

Sumber berkata, ketika mangsa mengambil buku, empat suspek yang dipercayai menyorok di dalam kelas sebaik menyedari kehadiran mangsa, tiba-tiba keluar.

“Mangsa mendakwa seorang daripada mereka merogolnya dan dua lagi mencabulnya, manakala seorang lagi memerhatikan perbuatan terkutuk tiga rakannya.

“Sejurus kejadian itu, mangsa yang biasanya pulang ke rumah ibu bapanya di Kuala Ibai terus ke rumah ibu saudaranya di kawasan sama, selain berubah menjadi pendiam,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang juga anak kelima daripada enam beradik tinggal bersama ibu saudaranya itu, tetapi akan singgah ke rumah keluarganya setiap kali tamat sesi persekolahan.

Sumber berkata, mangsa bukan saja berubah menjadi pendiam, tetapi takut dan trauma apabila berjumpa dengan lelaki.

Katanya, keluarga mangsa hanya mengetahui kejadian itu Rabu lalu apabila dihubungi sekolah, selepas peristiwa itu menjadi bualan hangat di sekolah.

Sementara itu, Ketua Polis Dae-rah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan berkata, tiga daripada empat suspek berjaya ditahan pagi semalam.

“Semua suspek ditahan reman tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Read more: http://ceritaapakah.blogspot.com

SMS Undi BN Kerana Dah Dapat BR1M

SMS undi bN kerana dah dapat BR1M, BL1M, bantuan anak sekolah sebagai tanda balas budi, tersebar luas dengan ligatnya!!!!!

Kini warga kita akan menerima sms berbunyi:

SALAM 1M'SIA. DAH DAPAT BR1M RM500, BANTUAN ANAK SEKOLAH, BANTUAN LESEN UTK ANAK MUDA. JGN LUPA BALAS BUDI KAMI, UNDI BARISAN NASIONAL PRU 13 NANTI. BN SELANGOR.

Punyalah terdesak UMNO yang semakin nazak dalam meraih undi dan sokongan rakyat sampai sanggup mengemis.

Dia ingat duit BR1M, Bantuan Sekolah dan BL1M itu duit mak bapa dia kah?

Itu adalah duit rakyat. Diberikan kepada rakyat sebab Pakatan Rakyat kuat dan UMNO dah nak tersungkur lebur.

Semasa UMNO kuat gagah perkasa dulu, jangan katakan bagi BR1M, kakitangan awam nak minta naik gaji pun kena herdik.

UMNO dari dulu, kini dan selamanya tidak pernah ikhlas ..Dia bagi ada makna.

Rakyat dah cerdik. Bagi ambil. Undi tetap kepada PR.

Rakyat sudah bertekad mau melakukan perubahan.

UMNO silap besar jika dia ingat rakyat boleh diumpan dengan RM500. Nilai dan harga diri rakyat yang bermaruah tidak akan dapat dibeli dengan sebegitu murah.

Sumber: omakkau.blogspot.com

MIC mahu keluar tinggalkan BN?

Umno BN dilihat semakin parah dalam menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) apabila semakin banyak parti-parti komponennya hilang kepercayaan terhadap parti itu.

Sebelum ini Gerakan dan SUPP dilihat menyatakan hasrat ingin keluar daripada BN dan terbaru, Pengarah Strategi MIC Vell Paari pula didakwa membayangkan akan mendesak MIC untuk bertanding atas tiket sendiri, bukan lagi atas tiket BN.

Tindakan Vell Paari itu dipercayai dibuat apabila Dr. Riduhan Tee dan Datuk Ibrahim Ali dilihat oleh kaum Inida sebagai rasis dan sering membangkitkan isu perkauman di negara ini.

Mengulas perkara itu, Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad berkata, ketidakpercayaan MIC itu dilihat amat mengejutkan apatah lagi MIC merupakan parti tunjang kaum India di Malaysia ini, malah sekutu kuat Umno dalam Barisan Nasional.

"Ini membuktikan bahawa Umno BN sudah tidak mampu lagi menjaga keharmonian kaum di Malaysia. Semakin hari semakin ramai rakyat yang bukan Melayu merasa tertindas dengan tindakan pemimpin-pemimpin pro Umno yang dilihat bersikap rasis.

"Namun amat mendukacitakan, tiada tindakan diambil terhadap mereka. Kenyataan-kenyataan rasis beberapa pemimpin Umno juga dilihat begitu mengguris hati kaum-kaum yang lain," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Vell Paari dalam satu surat terbuka kepada presiden MIC beru-baru ini menggesa agar parti itu mendesak kabinet mengambil tindakan ke atas Ridhuan Tee dan Ibrahim kerana menghina agama Hindu.

Beliau yang juga anak kepada Datuk Seri S Samy Vellu itu berkata, jika tiada sebarang tindakan diambil, beliau akan meminta golongan India mengundi menentang BN dan rela dipecat dari parti itu.

Mengulas lanjut, Kamaruzaman berkata, walaupun Umno cuba untuk mengambil hati semua kaum di Malaysia, namun hakikatnya rakyat kini sudah muak dengan mereka.

Lebih parah lagi katanya apabila kajian Merdeka Center baru-baru ini menunjukkan bahawa masyarakat Cina semakin menolak kerajaan Barisan Nasional.

Tambah Kamaruzaman lagi, tindakan Najib dalam meraih undi masyarakat Cina semasa Tahun Baru Cina yang lalu juga dilihat tidak memberikan kesan.

"Harapan terarah kepada masyarakat India. Namun kini, MIC yang memperjuangkan masyarakat India di Malaysia dilihat turut sama menolak Umno BN. Najib dilihat seolah-olah burung kepatahan sayap apabila masyarakat Cina dan India mula menolak parti yang diterajuinya," katanya lagi. -HD

Pendedahan Bala : "Siapa Arah Bunuh Altantuya?"

Bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) akan tampil di forum ‘Rungkai Misteri di Sebalik Pembunuhan Altantuya’ malam ini, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).

Bala yang membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tiba di Malaysia petang Ahad lalu selepas empat tahun tinggal di India.

Empat lagi ahli panel forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) itu ialah Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin; Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel; Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath dan Kartunis Zunar.

“SAMM mempersiapkan sebuah pentas jelajah buat PI Bala sebagai saksi tragedi pembunuhan Altantuya, dengan sokongan pelbagai NGO dan kumpulan mahasiswa.

“PI Bala merupakan saksi paling berwibawa dalam kes pembunuhan Altantuya yang berkait rapat dengan skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene,” kata Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan.

SAMM menjemput orang ramai menghadiri forum yang akan bermula jam 8.30 malam.

Rosmah Mansor ‘diserang’ siswi UKM

Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu.

Rosmah yang dikatakan hadir ke UKM bagi merasmikan program bersama mahasiswa UKM telah menerima tekanan hebat apabila sekumpulan mahasiswi telah berkumpul di luar dewan sambil memegang sepanduk dengan mesej menolak penyelewengan dan pembaziran duit rakyat yang didakwa telah dilakukan oleh beliau.

Mahasiswi itu dikatakan telah mula berkumpul di luar dewan pada jam 4 petang sebelum menyambut Rosmah yang dijadualkan akan habis program pada jam 4.30 petang.

Sekumpulan pengawal keselamatan bersama staf kakitangan UKM cuba untuk menghalang protes itu daripada terus berlaku namun ternyata mereka gagal mengekang kehendak mahasiswi tersebut untuk terus melakukan protes secara aman itu.

Walau bagaimanapun, apa yang menghampakan mahasiswi tersebut adalah ‘ketakutan’ Rosmah untuk bertemu dengan mereka apabila beliau telah dibawa keluar secara senyap-senyap melalui belakang kereta-kereta yang diletakkan di sekitar dewan tersebut.



Rosmah yang hadir ke UKM dengan menaiki kereta Mercedez Benz mewah terpaksa balik dengan kenderaan biasa selepas terpaksa keluar dari dewan secara sembunyi.

“Perkara yang kita mahu hari ini hanya untuk menyatakan hasrat rakyat terhadap Datin Seri Rosmah, namun ternyata beliau begitu takut untuk bersemuka dengan kami.

“Walaupun kami tidak berjaya untuk bersemuka dengan Rosmah pada hari ini, namun kami telah berjaya membuat Rosmah balik dengan cara yang itu. Ini baru permulaan dari kami,” tegas Hamiza Hani Omar, Pengerusi Hal Ehwal Siswi ISIUKM merangkap Timbalan Setiausaha Agung Gamis.

Manifesto : Siapa Bangkrapkan Negara?

Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak terkial-kial mencari tarikh pembubaran Parlimen, Pakatan Rakyat pula berjaya melancarkan Manifesto yang menyentuh untuk keperluan rakyat semalam.

Seperti biasa, di dada-dada akhbar arus perdana hari ini pula mula menyiarkan komen-komen dari pemimpin BN mengecam tawaran Pakatan Rakyat itu.

Namun bagi AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, komen-komen kecaman tersebut sudah boleh dijangka sejak awal lagi.

"Kita sudah dapat menjangka komen yang diberikan oleh pemimpin BN, iaitu negara akan bankrap jika ikut manifesto Pakatan Rakyat.

"Inilah skema jawapan pemimpin Umno BN apabila setiap kali kita keluarkan tawaran untuk rakyat," katanya.

Menurut Idris, pemimpin BN hanya 'pejam mata' melihat ketirisan dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan selama ini seperti yang didedahkan saban tahun oleh Ketua Audit Negara.

Menurutnya Audit Negara 2008 mendedahkan berlaku ketirisan RM28 bilion manakala sebanyak RM871.4 bilion wang haram mengalir keluar antara 2001 hingga 2010.

Tambah beliau lagi, ketika kerajaan Selangor memberi air percuma kepada setiap rakyat, pemimpin Umno lantang mengatakan Selangor akan bankrap.

"Selangor buktikan walaupun wang dihabis untuk rakyat, namun rizab Selangor bertambah daripada RM400 juta tahun 2008 telah meningkat RM2.57 bilion pada tahun 2013,' katanya.

Pulau Pinang ujarnya berjaya membayar hutang lapuk RM600 yang ditinggalkan BN sehingga sekarang berbaki RM30 juta.

Kelantan yang dikatakan miskin pula mampu mentadbir negeri hampir 23 tahun dan berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada tempat kedua kepada tempat keempat.

"Maka barang pasti jika PR perintah diperingkat pusat lebih mampu kerana hasil mahsul lebih banyak.

"Semua tawaran PR tidak boleh dilaksanakan oleh kerajaan BN kerana pemerintahan yang penuh korup, utamakan kroni, menindas rakyat yang tidak sealiran dan pilih kasih.

"Sebab itu pemimpin Umno BN mengatakan negara bankrap kerana mereka fikir pemimpin PR perangai seperti mereka," katanya.

Debat Manifesto : Pakatan Cabar BN



Pakatan Rakyat mencabar BN untuk mengadakan debat terbuka mengenai keupayaan manifesto Pakatan Harapan Rakyat yang diumumkan gabungan parti itu pada Isnin lalu.

Pakatan juga mempertahankan bahawa dasar yang ditawarkan dalam manifesto berkenaan akan memberi penjimatan sebanyak RM49.5 bilion yang boleh digunakan untuk membiaya rancangan dalam ikrar pilihan raya itu.

Penjimatan berkenaan, menurut Pakatan, akan diperolehi melalui pembendungan rasuah, perbelanjaan berhemah dan peningkatan hasil kerajaan daripada pembangunan ekonomi.

Tiga pemimpin Pakatan Rakyat yang ditugaskan untuk berdebat dengan BN itu ialah pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, anggota jawatankuasa pusat PAS Dzulkefly Ahmad dan setiausaha antarabangsa DAP Liew Chin Tong.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, mereka turut mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung soal tersebut.-MK

Kajian Merdeka Center: Populariti Najib Susut Lagi

Sementara rakyat menanti tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kajian terbaru Merdeka Center menunjukkan populariti pengundi ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merosot lagi, dua mata, berbanding dua bulan yang lalu.

Hasil kajian itu menunjukkan pengundi yang berpuas hati dengan pencapaian perdana menteri pada bulan lalu adalah dalam lingkungan 61 peratus berbanding 63 peratus Disember lalu.

Oktober lalu, paras itu adalah sebanyak 65 peratus, yang naik satu mata berbanding Jun lalu.

Setahun lalu, kajian yang sama menunjukkan paras populariti Najib pada paras 69 peratus.

"Kajian menunjukkan sementara kadar rasa puas hati di kalangan pengundi Cina dan India, masing-masing kekal pada paras 34 peratus dan 75 peratus, sentimen di kalangan orang Melayu menurun empat mata daripada 77 peratus kepada 73 peratus," kata kenyataan dikeluarkan oleh Merdeka Center hari ini.

Menurut kenyataan itu, kajian terbaru ini juga mendapati sentimen pengundi ke atas kerajaan adalah sebanyak 48 peratus manakala ke atas Barisan Nasional (BN) pula 45 peratus.

"Kajian juga menunjukkan penurunan (arah aliran sokongan) di kalangan responden Melayu terhadap kerajaan dan Barisan Nasional," katanya lagi.

Kajian terbaru ini dikendalikan antara 23 Januari dan 6 Februari lalu bagi menilai pandangan pengundi menjelang PRU13.

Kajian ini diadakan selepas Himpunan Kebangkitan Rakyat dan ketika berlangsungnya ikuiri suruhanjaya diraja berkenaan warga asing di Sabah dan di sebalik kontroversi kalimah ALLAH.

Merdeka Center berkata kajian ini selesai dijalankan sebelum sambutan Tahun Baru Cina.

Seramai 1,021 pengundi yang terdiri daripada 59 peratus orang Melayu, 32 peratus Cina dan sembilan peratus India ditemu bual. -SH

Nabil & Saleh Yakob Bakal Diboikot Kerana Hina Pemimpin PR

Artis lawak popular Malaysia telah dikecam di facebook kerana melakonkan aksi lawak versi mengutuk pemimpin Pakatan Rakyat.

Nabil dan Saleh Yaakob menjadi bahan kritikan hebat facebooker kerana lakonan mereka itu. Seruan memboikot kedua-dua artis ini dilaung hebat penyokong pakatan rakyat.

Kemarahan yang tidak dapat dikawal membuatkan ada antara mereka yang menggelar mereka bedua sebagai 'artis lembu umno'

Saksikan video lakonan mereka yang menyebabkan kemaraha penyokong pakatan rakyat. -waksukalu

Tuesday, February 26, 2013

Risikan : Polis Yakin Pakatan Menang?

Tentera dan polis yakin Pakatan Rakyat akan menang pada Pilihan Raya Umum ke 13, kata Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid.

“Risikan dari tentera dan polis mengatakan bahawa mereka yakin Pakatan akan menang.

“Mereka juga merangka rancangan bagaimana untuk menjaga keamanan negara,” kata bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat itu.

Beliau berucap demikian depan hampir 2,000 perwakilan pada Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini hari ini.

Ghafir berkata, peralihan kuasa nanti akan berjalan lancar tanpa sebarang kekacauan seperti yang didakwa Umno BN.

“Saya percaya tidak akan ada revolusi yang akan terjadi kerana rakyat kita adalah rakyat yang berbudaya,” kata Ghafir.

“Saya juga ingin memberi jaminan bahawa angkatan tentera kita adalah profesional dan taat kepada Yang DiPertuan Agong.

“Sekiranya pemimpin-pemimpin Pakatan dipanggil mengangkat sumpah untuk membentuk kerajaan, saya yakin angkatan tentera akan berada di belakang pimpinan ini,” ujarnya disambut tepukan gemuruh.

Dalam pada itu, beliau menyokong penuh Manifesto Pakatan Rakyat yang disifatnya terbukti menjamin keadilan untuk rakyat.

“Tahniah kepada pimpinan Pakatan kerana berjaya hasilkan manifesto terbaik untuk mengangkat martabat rakyat khususnya rakyat miskin.

“Ia ternyata bukan sekadar retorik, tapi ada implikasinya,” kata Ghafir. -KD

Filipina Kirim Kapal Jemput Penceroboh Sultan Sulu

MANILA : Angkatan Laut Filipina mengirim kapalnya ke perairan Malaysia untuk memujuk para pengikut Sultan Sulu agar mau menghentikan aksi pendudukan mereka di wilayah Sabah.

Malaysia sendiri memutuskan untuk memperpanjang tempoh waktu yang diberikan kepada pengikut Sultan Sulu sehingga Selasa (26 Februari 2013).
100 warga Filipina yang dilengkapi senjata menduduki wilayah Lahad Datu, Sabah, Malaysia sejak dua minggu lalu. Mereka menuntut Malaysia mengembalikan Sabah kepada Sultan Sulu yang mengaku sebagai pemilik sah Sabah.

Malaysia sebenarnya memberikan tempoh waktu hingga ahad lalu, 24 Februari 2013 kepada para pengikut Sultan Sulu untuk pergi dari wilayah yang diduduki mereka. Namun atas permintaan Filipina tempoh waktu itu diperpanjang hingga Selasa. Filipina juga meminta Malaysia mengizinkan kapalnya masuk ke wilayah mereka untuk menjemput para pengikut Sultan Sulu.

“Kami meminta mereka untuk pulang dengan kapal yang kami kirimkan ke sana, ini semua demi keamanan mereka sendiri,” ujar Menteri Luar Negeri Filipina, Albert del Rosario, seperti dikutip The Washington Post, Isnin.

Kesultanan Sulu memang sempat menguasai wilayah Sabah sebelum disewakan kepada Inggeris pada masa kolonial, namun Inggeris kemudiannya menyerahkan Sabah kepada Malaysia. Kesultanan Sulu sendiri kini menjadi sebahagian dari wilayah Filipina. Sultan Sulu tidak memiliki kekuasan politik namun masih memiliki pengaruh besar di Sabah. (AUL)

70 anggota SAPP Beaufort keluar parti, sertai UMNO

Sebanyak 70 anggota Parti Maju Sabah (SAPP) di sini meninggalkan parti pembangkang itu untuk menyertai Umno selepas kecewa dan hilang kepercayaan terhadap parti tersebut.

Anggota Jawatankuasa SAPP Beaufort, Saidi Kasni yang mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang keahlian Umno kepada Ketua Wanita Umno Bahagian Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun dalam majlis silaturahim bersama pemimpin yang diadakan di Kg Binunuk di sini semalam.

Azizah yang mengalu-alukan penyertaan mereka berkata keputusan anggota SAPP meninggalkan parti itu dibuat kerana mereka kecewa dengan pucuk pimpinan parti berkenaan yang tidak menepati janji.

“Mereka tertarik dengan cara kerajaan Barisan Nasional (BN) menepati janji dan itulah yang menjadi kehendak mereka selama ini,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, Saidi yang menganggotai jawatankuasa SAPP Beaufort sejak 2008 berkata beliau dan anggota yang lain kini sudah hilang keyakinan terhadap parti itu.

Beliau mendakwa SAPP tidak pernah prihatin terhadap nasib rakyat sebaliknya hanya pandai menabur janji kosong.

“Janji hendak beri bantuan itu, bantuan ini tetapi akhirnya yang tampil menghulurkan bantuan kepada kami hanyalah BN,” katanya.

Sejurus selepas majlis itu, Azizah menghadiri program Skim Rondaan Sukarela (SRS) Dekat Di Hati Peringkat Daerah Beaufort yang berlangsung di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Lubak. — Bernama

Konvensyen Ke 4 Pakatan Rakyat Terhebat

Walaupun konvensyen ke- 4 Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam pagi ini tidak membuat pengumuman siapa bakal dilantik menjadi perdana menteri seperti mana diharap-harapkan, tetapi suasana dan mood konvensyen itu menunjukkan para perwakilan seakan sepakat menerima Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri. Ini terbukti jelas apabila tepukkan setiap kali nama Anwar disebut bergema kencang.

Mulanya konvensyen itu didesas desuskan bakal memuktamadkan Anwar sebagai perdana menteri tetapi tidak dilakukan ekoran ada sedikit masalah apabila ada percanggahan di kalangan tertentu di dalam PAS mengenai siapa yang layak menjadi perdana menteri.

Konvensyen berkenaan juga dikatakan terpaksa mengubah agenda asalnya untuk menobatkan bakal perdana menteri tetapi tidak berbuat demikian kerana sebab-sebab tertentu. Khabarnya berlaku salah faham ini menyebabkan ada pendapat mengatakan konvensyen berkenaan tidak berjalan selicin yang diharapkan? Pendapat itu tidak benar dan merupakan pemanipulasian berita.

Bagaimana pun ketegasan dan jaminan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bahawa Anwar akan dilantik menjadi perdana menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang menjawab teka teki itu, dan ini menjadikan konvensyen itu mencapai matlamatnya tersendiri.

"Kalau Pakatan Rakyat menang kita akan melantik Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri," kata Guan Eng ketika menyampaikan ucapan perutusannya disambut dengan tepukan bergemuruh. Pengulangan azam dan ikrar DAP itu dianggap sebagai pengumuman rasmi Anwar adalah bakal perdana menteri seperti mana yang dikonsensuskan awal-awal dahulu.

DAP tidak pernah menukar calon PM dan konsisten ini menjadikan parti itu lebih dilihat berintegriti berbanding dengan PAS yang sedikit 'kluk klik'. Sebelum ini sudah beberapa kali penasihat DAP, Lim Kit Siang menyebut Anwar sebagai bakal perdana menteri ke-7 dan ia sudah menjadi pengetahuan umum.

Lebih 1,500 perwakilan terdiri daripada PAS, PKR dan DAP serta pemerhati menghadiri konvensyen yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam. Konvensyen kali ini mendapat perhatian luar biasa di kalangan para ahli dan penyokong Pakatan Rakyat dan juga pengintip Umno Barisan Nasional. Ternyata mereka yang menjadi peserta bersemangat dan ghairah untuk menghadapi pilihan raya.

Soal siapa yang bakal dilantik menjadi perdana menteri bagi pihak Pakatan Rakyat menjadi polemik apabila nama Tengku Razaleigh Hamzah tiba-tiba dicadangkan kononnya oleh jawatankuasa eksekutif parti seperti mana disebut oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din.

Cadangan dizahirkan Haron Din itu katanya 'tidak sah' kerana ia bukan merupakan keputusan mutlak oleh pihak PAS tetapi ia adalah idea beberapa kerat pemimpin tertentu PAS dan bukan dari eksekutif parti. Haron Dia dikatakan telah memaklumkan cadangan itu kepada Anwar menyebabkan Anwar terpaksa meminta penjelasan tuntas.

Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pengerusi Majlis Syura Ulamak yang dikatakan membuat keputusan itu menafikan ada apa-apa perbincangan dan ketetapan mengenai jawatan perdana menteri. "Karut..," begitulah ulas Nik Aziz ringkas semasa diajukan permasalahan itu kepadanya sebelum beliau bertolak ke Makkah untuk mengerjakan haji dua minggu lepas.

Apabila kecoh kerana cadangan berkenaan menimbulkan kemarahan rakyat, pihak tertentu di dalam PAS termasuk Haron Din yang menjadi perantaraannya menafikan, kononnya tidak timbul apa-apa masalah mengenai jawatan perdana menteri. Haron Din dalam satu penjelasan menolak desas-desus berkenan dan menjelaskan kunjungan Anwar ke rumah beliau sebagai kunjungan kawan kepada kawan. Beliau juga mengakui Anwar sudah lama dikenali.

Sementara itu Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang turut sama berucap tidak menyebut soal perdana menteri ataupun mengesah dan menafikan apa yang timbul di sekitar dalaman PAS. Bagaimana pun sebaris bidalan berupa nasihat daripada beliau sebelum menutup ucapan menjelaskan beliau ingin menamatkan kecelaruan berhubungan jawatan perdana menteri dan berharap semua ahli dan pendokong Pakatan Rakyat menghalakan dada ke arah BN.

Beliau memberi perumpamaan kata berbunyi; kacaulah tea atau kopi dengan gula didalam cawan tetapi jangan sampai cawan pecah. Kata-kata ini membawa maksud keributan didalam PAS atau Pakatan Rakyat boleh dilakukan tetapi jangan sampai berpecah belah.

Tambah beliau lagi biarlah "alu dan lesung" berlaga dan bergaduh tetapi jangan sampai 'BN' (ayam) yang kenyang. Sebuah lagi pantun beliau bermaksud, makan dan ambillah umpan tetapi kail biar tersangkut kail (joran) di leher Barisan Nasional.

Kata-kata Abdul Hadi itu mencerminkan tidak ada masalah kalau ada pertelingkahan dan perselehenan idea tetapi janganlah pertikaian itu sampai meretak dan memecah belahkan hubungan sehingga UBN mendapat manfaatnya. Patun atau bidalan Abdul Hadi itu mendapat sanjungan perwakilan konvensyen.

Anwar pula semasa berucap, sama sekali tidak mengulas mengenai polemik siapa bakal PM itu. Beliau yang mengingatkan apa yang penting perjuangan sekarang ini merupakan kebangkitan rakyat yang perlu ditangani dan pemimpin hanya sebagai pemangkin sahaja.

"Perjuangan ini adalah kebangkitan rakyat, pemimpin adalah sebagai pemangkin sahaja," ujarnya sambil menginsafkan mana-mana pemimpin jangan merasa kuat atau lebih sebaliknya perlu mengejatkan ikatan persefahaman untuk menghadapi kerajaan UBN.

Konvensyen yang merupakan forum Pakatan Rakyat terakhir sebelum pilihan raya itu diiringi ikrar oleh semua pimpinan dan ahli yang hadir, ia ditutup dengan bacaan doa oleh Tokguruku Nik Abdul Aziz Nik Mat. Antara intipati doa beliau memohon kepada Allah agar membuka pintu hati semua orang menerima agamanya, Islam.-DD

Pakatan akan semak perjanjian 'menipu'

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Pakatan Rakyat akan menyemak semula perjanjian yang melibatkan "penipuan dan tidak adil" sekiranya gabungan parti itu berjaya membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang.

NONE"Kita tidak menyentuh perjanjian sebelum ini melainkan terbukti penipuan dan jelas tidak adil,"  katanyna sewaktu menyampai ucapan di pelancaran manifesto Pakatan Rakyat di Shah Alam hari ini.

Bagaimanapun, Pakatan akan tetap menghentikan projek nadir bumi Lynas – yang giat ditentang gabungan parti itu – atas alasan keselamatan, katanya.

Pakatan juga akan menyemak semula perjanjian para penanam padi dengan syarikat Padiberas Nasional Berhad, katanya lagi untuk memastikan golongan penanam padi mendapat manfaat daripada perjanjian berkenaan.

Pakatan juga akan berusaha untuk mendapatkan semula hasil negara yang didakwa "dicuri" melalui projek kontroversi seperti Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan juga amalan pemberian permit teksi.

"Kita nak selamatkan semua bukan untuk berdendam, bukan silih ganti masuk penjara... Bukan untuk membalas dendam. (Tetapi) yang kita nak buat adalah untuk mengambil wang yang telah dicuri.

"Sebagai contoh, permit teksi diberikan kepada pemandu teksi, wang NFC RM250 juta yang diambil dikembalikan kepada penternak. Kita mengambilnya tanpa melupakan proses perundangan," katanya. -MK

Pakatan harapan rakyat untuk menggantikan BN

Pakatan Rakyat sudah menghampiri fasa terakhir penentuan 'hidup mati' perjuangan yang didokongi majoriti rakyat yang mendambakan perubahan besar dalam lanskap politik negara.

Selama lebih 55 tahun, rakyat berada di dalam tempurung cengkaman BN. Mahu tidak mahu rakyat 'terpaksa' menuruti segala kehendak dan acuan yang ditentukan BN selama ia memerintah.

Berikutan dengan tempoh berkuasa yang melepasi setengah abad, Umno-BN menjadi suatu institusi yang sangat dominan. Ia mendominasi institusi Raja, ia menguasai Parlimen, ia 'mendictate' institusi kehakiman, menguasai polis, SPR, SPRM dan pelbagai lagi institusi utama dalam negara.

Penguasaan yang terlalu besar ini menghasilkan suatu keadaan yang tidak seimbang, di mana seluruh sistem pentadbiran eksekutif, judiciari dan legislatif, dipergunakan sepenuhnya untuk memperkukuhkan, melindungi dan memanjangkan hayat BN.

Namun sepanjang mana pun usia sesebuah kerajaan, kehebat mana pun pemimpinnya, sekuat mana pun institusinya, ia pasti akan mencecah ke lembah kehancuran dan kepupusan.

Ia akan hancur dan pupus kerana kerajaan yang kuat itu terlalu bermewahan sehingga menanggung beban hutang yang besar. Ia juga disebabkan oleh kepimpinan yang terlalu korup dan institusi yang terbina, sudah tergelincir dari landasan asal perjuangan mereka.

Umno-BN sudah tergelincir jauh, akibat kelalain rakyat yang memberikan mandat secara 'absolute' kepada mereka, sehingga tiada 'check and balance' boleh dipertegaskan agar mereka tidak menyeleweng.

Umno sudah tersasar kerana ia bergabung dengan rakan-rakannya dalam BN, atas dasar memperjuangkan kepentingan bangsa, tetapi akhirnya bangsa itu dikesampingkan dengan amalan kronisme, korupsi dan nepotisme yang melampau.

Justeru, Umno tidak harus dibiarkan untuk kekal berkuasa. Umno tidak harus diberi peluang sekali lagi untuk menerajui negara selepas PRU13, kerana ia terbukti gagal memberikan jaminan masa depan yang baik buat rakyat.

Ia mendakwa berjaya membangunkan negara, membawa arus pemodenan, tetapi sebaliknya cuba menyembunyikan akibat bahawa negara sudah hampir muflis kerana menanggung beban hutang yang besar.

Umno terbukti gagal mensejahterakan hubungan antara kaum, apabila akhbar miliknya sentiasa menyiarkan propaganda rasis yang boleh mencetuskan permusuhan kaum.

Umno gagal memupuk keharmonian beragama kerana ia sentiasa melakukan provokasi, sehingga penganut agama tertentu berasa tertekan dan mempunyai daya sensitiviti yang tinggi.

Umno terbukti jahat ke atas kaumnya sendiri iaitu orang-orang Melayu, oleh hanya kerana mereka berbeza politik, ia menyekat petroleum, menghalang pelaburan dan sentiasa mencetuskan ketidakselesaan di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Pendek kata, Umno adalah spesies yang jahat dan tidak boleh dipercayai. Semasa ia gah ditampuk kuasa, ia akan menindas dan menzalimi sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengannya, walaupun yang sebangsa dan seagama.

Manakala, tatkala ia terjatuh terjelepuk pada PRU 2008, ia mula menghulurkan tali silaturrahim, dengan alasan jika Melayu tidak bersatu, bangsa akan musnah.

Sifat hipokrit ini menjadi rutin dan mainan mereka. Mereka menyalahkan individu tertentu, menyalahkan kaum atau kelompok tertentu, yang didakwa mengancam masa depan agama dan bangsa, sedangkan selama lebih 50 tahun, ia menjadi punca kehancuran bangsanya sendiri.

Justeru, bagi rakyat yang amat-amat prihatin dengan masa depan agama, masa depan anak-anak bangsa, khususnya orang-orang Melayu tidak harus sama sekali ragu-ragu untuk meninggalkan Umno.

Jika tiga orang bekas Presiden Umno, seperti Dato' Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn sendiri, diakhir hayat mereka menolak Umno, maka apatah lagi kita, orang kebanyakan.

Maka pada PRU13 ini, pilihlah Pakatan Rakyat. Iaitu Pakatan yang berjaya memerintah dengan cemerlang di Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

Pakatan yang bakal membawa kecemerlangan di peringkat Persekutuan dengan mandat besar rakyat pada PRU13.

Tanpa ragu-ragu, pada Pakatanlah rakyat menyandarkan harapan untuk menggantikan BN.

Zaman Firaun Dulu Pun Ada BR1M

Pemberian “one-off” seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan Umno-BN akan melahirkan budaya mengemis dan mengajar rakyat untuk patuh kepada pemimpin walaupun mereka zalim dan menekan rakyat.

Malah, kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, “pemberian BR1M” juga dijalankan pada zaman dahulu ketika pemerintahan Firaun yang zalim dan ditentang Nabi Musa.

Abdul Hadi berkata program bantuan kerajaan persekutuan itu sepatutnya mencerdikkan rakyat, sebaliknya, rakyat didakwa menjadi pengemis walaupun bantuan itu adalah wang rakyat sendiri.

“Zaman Firaun dulu pun ada BR1M,” kata Abdul Hadi, sambil senyum.

“Firaun memberi duit tapi menyekat rakyat. Dia kerahkan kaumnya dan dikumpulkan di satu tempat.

“Kemudian dia memberi ucapan bahawa projek yang disalurkan kepada rakyat adalah projeknya. Firaun menjadikan rakyat ringan akal,” kata Abdul Hadi di dalam ucapannya di konvesyen Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Abdul Hadi menjelaskan konsep dasar PR adalah untuk mengangkat martabat rakyat supaya boleh berdikari dan berdaya-saing. Bukan seperti Umno-BN yang mahu rakyat mengemis.

“Kita mahu ajar rakyat agar dimampukan dan bukan rakyat jadi pengemis. Maka dengan Buku Jingga kita mampu laksanakan konsep rakyat dimampukan.”

Abdul Hadi turut menasihati rakyat agar tidak mengundi BN, walaupun menerima BR1M.

“Kamu (rakyat) bukan ayam, itik, tapi kamu manusia.Jika diberi dedak atau hampas kelapa kita (rakyat) beri makan ayam. Lepas itu kita makan ayam itu balik,” katanya.

Sunday, February 24, 2013

Video "Bayu Perubahan" Tonjol Manifesto Pakatan Rakyat Sabah

Video "Bayu Perubahan" yang baru tersebar di media maya seperti laman facebook mendapat sambutan yang hangat daripada golongan facebookers dan twitterian. Pengunjung yang menonton video berkenaan memberi komentar yang positif terhadap bayu perubahan yang melanda negeri Sabah.

Video yang berdurasi selama 11 minit 14 saat itu memaparkan kehidupan seorang anak muda yang mengalami kesulitan dan kesusahan hidup ketika berada di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dan akhirnya kehidupan anak muda itu berubah menjadi kondusif apabila berada di zaman pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat

Video yang telah disediakan oleh Unit Media Baru, Dewan Pemuda PAS Sabah dengan kerjasama KinabaluTV tersebut memberi penerangan mengenai manifesto Pakatan Rakyat khususnya PAS di bumi Sabah diantaranya memansuhkan PTPTN, 50 000 buah rumah mampu milik, tanah adat, penurunan harga kereta, penghapusan polisi kabotaj, tuntutan royalti 20 peratus untuk bumi Sabah dan lain-lain lagi menyatakan bahawa PAS dan komponen Pakatan Rakyat secara serius memberi komitmen perkhidmatan kepada rakyat Sabah.

Dengan keenakkan lagu tema video I Am For You dan Ini Kali La menambahkan lagi semangat dan keseronokan menonton video Bayu Perubahan tersebut. Bah, Ini kali La!

‘Ini Kalilah’ Gelombang Terkuat Di Sabah

Sokongan rakyat Sabah terhadap Pakatan Rakyat jauh lebih hebat berbanding gelombang penukaran kerajaan negeri sebelum ini, kata bekas pemimpin Umno negeri itu.

Bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Ahmad Shah Tambakau yang mengisytihar menyertai KEADILAN minggu lalu menyifatkan gelombang ‘Ini Kalilah’ tidak dapat disekat oleh Umno.

“Apabila Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing keluar BN dan sokong Pakatan, sambutan masyarakat Kadazan Dayak Murut begitu kuat.

“Masa saya masih dalam Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (Berjaya) pada 1985 pun tidak sekuat ini,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau bersama-sama Yapin Gimpoton mengisytihar menyertai KEADILAN ketika lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sabah pada hari pertama Tahun Baru Cina pada 10 Februari lalu.

Bekas Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Keningau itu bertekad membawa obor semangat perubahan itu ke setiap pelusuk masyarakat pedalaman di Sabah.

“Berdasarkan pemerhatian, sekitar Pantai Barat Sabah dan pedalaman sudah tolak Umno. Kali ini, rakyat Sabah sudah berani lawan Umno secara terbuka.

“Ternyata mereka sedia, Sabah tidak kisah untuk tukar kerajaan. Kerajaan ini zalim, kita tukar sahaja,” katanya.

Kata Ahmad, rakyat Sabah bukan saja mahu menukar kerajaan negeri, bahkan berhasrat menukar kerajaan Persekutuan berikutan jemu dengan janji BN.

“Rakyat tolak Umno BN seperti kita menangkan Berjaya dan selepas itu rakyat tukar pula kepada Parti Bersatu Sabah (PBS),” katanya.

Beliau juga tidak peduli dengan tohmahan konon penyertaannya dalam KEADILAN kerana mahu menjadi calon, sebaliknya fitnah itu dijadikan pembakar semangat untuk menghumbankan Umno.

Ahmad kecewa lantaran tabiat rasuah di kalangan pemimpin Umno semakin buruk dan menjadi-jadi hingga menyebabkan kemarahan rakyat.

“Ramai pemimpin Umno Sabah terlibat skandal aliran wang haram, kebas balak, rampas tanah. Banyak sangat rasuah tapi ada pihak buat tidak tahu sahaja,” katanya.

Beliau juga kesal kerana pemimpin Umno BN langsung tidak mempeduli isu pembelaan rakyat Sabah.

“Sudah lama kita buat perhati perkembangan politik Sabah. Bermula apabila Wilfred bawa isu Hak Tanah Adat ke Parlimen tetapi tiada perkembangan sehingga beliau keluar BN.

“Pada masa sama, kita tengok bagaimana KEADILAN buat kerja, banyak yang dibongkar untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Bagaimana "Permastautin Tetap" Boleh Mengundi?

Pemastautin tetap dapat mendaftarkan dirinya sebagai pengundi dan pergi mengundi dalam tiga pilihan raya, demikian suruhanjaya diraja menyiasat pendatang di Sabah diberitahu hari ini.

Omar Mohd Subair mengaku beliau adalah seorang pengundi selepas disoal oleh pegawai pengendali RCI, Jamil Aripin.

"Selepas menerima sijil kelahiran anda, anda memohon untuk menukarnya kepada kad pengenalan biru (warganegara) pada tahun 1991 dan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) mengeluarkan resit sementara yang mengandungi nombor 12 digit," kata Jamil.

Tanpa pengetahuan Suruhanjaya Pilihanraya, Omar berjaya didaftarkan sebagai pengundi, kata Jamil dan Omar bersetuju dengannya.

Omar kemudiannya mengundi dalam 1994 pilihan raya negeri Sabah serta pilihan raya umum 1999 dan 2004.

Jamil menjelaskan bahawa Omar telah mengambil kesempatan daripada kecacatan dalam sistem 12 digit itu yang dilaksanakan pada tahun yang sama - 1991.

Beliau berkata SPR, yang dalam proses mengemaskini kepada sistem baru itu, gagal untuk menyemak nombor 12-digit baru itu dengan nombor kad pengenalan lama dengan awalan 'H', yang menunjukkan ia adalah IC merah.

"Tetapi pada 2008, apabila saya menyemak status saya sebagai pengundi, nama saya tidak ada lagi," kata Omar.

Ini, kata Jamil, adalah kerana SPR telah memperbetulkan masalah itu selepas mengesan kesilapan tersebut.

Terima BR1M Umpama Haiwan?

Serangan yang dibuat oleh Perdana Menteri dan timbalannya terhadap Mursyidul Am PAS dijawab oleh penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus (gambar).

Beliau berkata, Tuan Guru Nik Aziz bukan kata penerima BR1M itu seperti haiwan tetapi menjadikan penerimanya seperti haiwan.

"Sebenarnya apa yang kita dengar dalam video clip bukan Tok Guru kata kepada penerima BR1M seperti haiwan, cuma Tok Guru kata orang yang memberikan BR1M tulah cuba menjadikan orang yang menerima seperti haiwan.

"Umpama bagi makan, lepas tu sembelih.

"Maknanya jahatnya orang nak bagi bantuan bila perlu sahaja, bila jauh dengan pilihanraya tak hulur pun bantuan," kata Ustaz Azhar dalam kuliahnya di Masjid Pengadang Baru dekat sini.

Beliau ditanya, "apa komen ustaz mengenai Tuan Guru Nik Aziz kata orang yang ambil BR1M ni seperti haiwan?"

Ini ekoran tuduhan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyidin Yasin bahawa Tuan Guru Nik Aziz menganggap penerima BR1M ini haiwan.

Bagi Ustaz Azhar, ini semua punca mencari pembalahan, "Ni buah cari baloh."

Sehubungan dengan itu, beliau meminta semua pihak berhati-hati dengan sebarang laporan media.

"Jadi lening (sekarang ini) kene hati-hati lah banyak putar belit dan spin berita nak nak musim mengundi ni.

"Yang tak pernah nampak muka pun dan kerap masuk kampung dah. Tujuan ape? Nak tolong ke untuk kepentingan tertentu? "Jadi kene bijoklah, jangan percaya tanpa selidik," tegas penceramah bebas dari Terengganu yang sangat terkenal itu.

Baru-baru ini, Tuan Guru Nik Aziz berkata,

"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi.

"Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang.

"Jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50 (orang akan datang ambil).

"Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia," kata Tuan Guru Nik Aziz.




13,291,385 orang sah jadi pengundi PRU13

Jika Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) diadakan dalam masa terdekat, jumlah keseluruhan yang layak mengundi ialah seramai 13,291,385 orang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini termasuk 243,204 pemilih baharu yang mendaftar pada suku keempat tahun 2012.

Bagaimanapun, beliau berkata mereka yang mendaftar sebagai pemilih pada suku pertama tahun 2013 masih ada harapan untuk mengundi dalam PRU-13 jika Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dibubar pada hujung April, dan hari pengundian diadakan selepas cukup tempoh 60 hari.

"Sekarang ni dah bulan Februari, paling lewat Dewan Rakyat dibubarkan ialah 30 April. Jadi maknanya, paling lewat SPR akan mengumumkan (PRU-13) dalam tempoh dua bulan, mungkin sampai ke akhir bulan Jun ataupun Julai (hari pengundian)," katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat serta menyerahkan watikah pelantikan pengurus pilihan raya bagi negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang di Langkawi semalam.

Mengulas pemantau dari luar untuk PRU-13, Abdul Aziz berkata setakat ini, SPR belum menerima sebarang nama, namun menjangkakan pemantau dari negara Asean akan melibatkan diri.

- Bernama

Friday, February 22, 2013

LAHAD DATU - A Dangerous Game?

LAHAD DATU: The current drama in Lahad Datu following the incursion of armed men from the Philippines and the government’s “gentle” approach to the situation could backfire on the Barisan Nasional leadership if it is indeed a tactical strategy to scare Sabahans into voting for the ruling coalition.

"If this is the BN game, then it is a dangerous strategy,” said State Reform Party (STAR) chief Jeffrey Kitingan.

"It [the strategy] is a double-edged sword because it can backfire and cause the people to vote against the BN for its obvious failure in flexing the [government's] military muscle for the sake of national dignity and sovereignty.

"If the government cannot protect our country and deal with this problem in a way that will enhance our standing as a sovereign nation, maybe it’s time for Malaysia to ask for international intervention,” Jeffrey said, alluding to the stand-off between police and the militants.

He was commenting on widespread rumours that the government’s “no-bloodshed strategy” could be a tactic to counter the growing political uncertainties in the state.

The protracted “negotiations” between the police and the armed militants – holed up in Felda Sahabat in Lahad Datu – is testing the patience of locals and stoking the ire of villagers barred from entering the cordoned-off areas to carry out their daily routine and economic activities.

It has also not helped that details of the “negotiations” have been withheld from the public, with the mainstream media “advised” to downplay the issue.

Left in the cold, Sabahans have been accessing online portals, blogs, tweets and social media for updates on the incursions, leaving many to spin their own theories over the government’s handling of the issue.

Said Jeffrey: “Why is there little media coverage in the government-controlled mainstream media although the intrusion is bordering on an act of war?

"Isn’t Sabah important enough for all Malaysians to be kept posted on the developments of the standoff? This is not a localised issue.”

"Also, why are the police not taking action on rumours of disturbances in other areas in Sabah? Is it because these rumours are being fired up by [BN] cybertroopers?

"Is this whole thing a scripted charade to frighten the voters?” he asked.

Sabah not a ‘fixed deposit’

It has been more than 10 days since the armed militants – rumoured to be 400 men – first landed in Lahad Datu on Feb 9.

Villagers at Felda Sahabat, where these bandits are holed up, fearing that they were members of the fearsome Abu Sayyaf terrorist group, immediately fled with their families.

They were expecting the army to clamp down on the seige quickly and to be able to return to the homes and routine.

But the stand-off remains with Home Minister Hishammuddin Hussein reportedly saying yesterday that the “situation is under control” and that they were “dealing” with it.

But curious questions over whether the police are equipped to handle such “negotiations with militants” and why the military has been sidelined in these negotiations have only stoked rumours of top-level political “intervention” and an opportunistic tactic by BN in view of its sinking popularity in Sabah.

The routinely positive hype whipped out by the local media over Sabah BN’s “growing popularity” mocks the ground reality prevailing in Sabah.

The fact is everyone from Chief Minister Musa Aman right down to the BN assemblymen is uncertain of their future, going into the 13th general election, and are desperately trying to engage individuals, NGOs and political nondescript persons.

To put it bluntly, Sabah Umno and BN partners – Liberal Democratic Party (LDP), MCA, Gerakan, MIC, Parti Bersatu Sabah (PBS), Upko and Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) – are collectively in deep trouble facing the upcoming election.

The famed BN “fixed deposit” is no longer applicable here. There are no longer any guarantees for BN.

Besides, the revelations heard at the Royal Commission of Inquiry (RCI) have shamed these party leaders for their spineless support of Umno’s agenda which systematically marginalised the native KDMs and Christians and turned hundreds of shocked fence-sitters into resolute opposition supporters.

The hearings have also stirred deep-set anger within the communities against the legalised illegal immigrants.

Such deep anger, if “strategically” fanned could force the hand of the government to clamp down on any civil unrest.

Bad prognosis for BN

Recent BN intelligence reports, although optimistic of Prime Minister Najib Tun Razak’s individual appeal, noted that the ruling coalition “could lose more than half” of its 25 parliamentary seats in Sabah.

Ground reports from the opposition have put their wins at between 15 and 18 seats.

These reports have also indicated that BN could lose just over half of the 60 state seats up for grabs in the 13th general election.

The prognosis for BN and Sabah Umno as such is not good. And Putrajaya or Umno cannot do without Sabah’s wealth.

Sabah is currently a politically volatile state for Najib and federal Umno.

Describing Sabah as a state “in chaos”, a university lecturer here, who declined to be named, said “people are just angry… watch the [ballot] box”.

He viewed the government’s approach to the latest “siege” as “stupid”.

"This is a security breach… If armed Singaporeans slipped into Johor Baru, would the authorities be this caring? Would they want to give it more time to resolve the matter?” he asked, alluding to Hishammuddin’s reported comment that the situation was “under control” and that the government “was giving it a little bit more time for this matter to be resolved”. (FMT)

E.I.U. : Barisan Nasional akan menang PRU-13

Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, The Economist, meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.

Bagi pemerhati antarabangsa, keputusan pilihan raya akan datang sudah jelas, bahawa BN akan menang, kata EIU. Ia berkata pembangkang Pakatan Rakyat telah membuat 'janji lumayan' untuk mendapatkan kuasa, dan ini merupakan penghalang yang besar.

Berdasarkan semua ini, Pakatan Rakyat berada jauh ketinggalan, menyebabkan EIU meramalkan BN akan menjadi 'pemenang'. EIU, pemikir yang menyediakan analisis risiko, industri dan negara berkala, berkata 'adalah jelas tidak sesuai' bagi Pakatan untuk melaksanakan semua janji kempennya.

"Sebagai contoh, menyediakan pendidikan menengah percuma akan menyebabkan kerajaan berbelanja RM43 bilion, dengan memansuhkan duti kereta akan mengurangkan perolehan cukai sebanyak RM4.6 bilion setahun," katanya.

Menurut EIU, Pakatan Rakyat telah memungkiri banyak janjinya sebelum ini, termasuk bantuan kewangan bagi pendidikan pra-sekolah, penuntut universiti, warga emas dan orang kelainan upaya; penjagaan kesihatan percuma bagi mereka yang berumur lebih 65 tahun; cukai hartanah yang lebih rendah dan bantuan untuk pembeli rumah.

Bagi semua perkara ini, populisme Pakatan kekal tidak mempunyai hasil yang praktikal. Di Selangor, misalnya, BN mendakwa bahawa Pakatan Rakyat melaksanakan hanya 15 peratus daripada 31 janji pilihan raya, bernilai RM2.4 bilion yang dibuat dalam manifesto pada 2008. "Menteri Besar Selangor (Tan Sri Abdul) Khalid Ibrahim mengulas bahawa manifesto bukan janji tetapi mengakui bahawa pengundi mungkin berfikir sebaliknya," kata EIU.

Bandingkannya dengan rekod kejayaan BN dalam memenuhi janji-janjinya, dan anda mempunyai perbezaan yang jelas dalam pendekatan. Sebagai contoh, Najib telah menjanjikan Pulau Pinang dengan 20,000 rumah mampu milik dan monorel untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, dan jika BN berkuasa di negeri itu, pengundi boleh yakin rancangan ini akan dilaksanakan.

"Pertaruhan adalah tinggi bagi kedua-duanya (BN dan Pakatan) ... perang tawaran berkemungkinan berterusan kerana kedua-dua pihak membuat persediaan untuk apa yang dianggap sebagai salah satu plihan raya paling sukar dalam sejarah Malaysia," kata laporan itu.

"Kedua-dua perlu menarik bagi pengundi muda, pengundi kali pertama, memandangkan hampir tiga juta orang dalam blok mengundi penting ini telah ditambah kepada daftar pemilih sejak pilihan raya lepas," katanya. EIU mendakwa 'sebahagian besar daripada kumpulan ini' belum membuat keputusan mengenai parti mana yang hendak dipilih dan boleh mempengaruhi keputusan PRU-13.

Najib perlu menang besar dalam usaha untuk menjamin masa depan agenda reformasi beliau, manakala di pihak lain, pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu menjadi yang pertama untuk memecahkan kuasa BN.

Sementara itu, UMNO yakin dengan hanya beberapa minggu yang tinggal untuk PRU-13, setelah Najib berkata jentera parti berada pada peringkat akhir persiapannya.

"Kami telah menerima laporan audit mengenai jentera kami dan dari situ saya boleh mengatakan persediaan kami memuaskan. Pada masa yang sama, saya berharap usaha untuk mengukuhkan persediaan kami akan terus dijalankan oleh pemimpin di peringkat negeri," kata beliau kepada pemberita pada Jumaat lalu.

Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, telah membuat pilihan calon yang menang tumpuan strategi beliau, menjelaskan bahawa BN harus membariskan calon dengan peluang terbaik untuk menang, tanpa mengira parti komponen BN mana yang memegang kerusi sebelumnya.

Satu lagi sebab utama kelebihan bagi parti pemerintah ialah pertumbuhan 5.2 peratus yang negara ini nikmati di bawah kepimpinan Najib, bersama-sama dengan peningkatan dalam pelaburan domestik dan asing.

Dan selain itu, pendapatan per kapita mencecah US$9,700 daripada US$7,500 pada tahun 2010. EIU bersetuju dengan trajektori menaik: "Berikutan pengembangan anggaran daripada 5.2 peratus pada tahun 2012, kami menjangka KDNK berkembang pada kadar yang sama semasa tempoh ramalan 2013-17."

Angka pertumbuhan yang diumumkan semalam oleh Jabatan Perangkaan menunjukkan bahawa ekonomi berkembang kepada 6.4 peratus pertumbuhan pada suku terakhir 2012 dan menyokong pertumbuhan tahun penuh untuk berkembang sebanyak 5.6 peratus daripada 5.1 peratus tahun sebelumnya.

Berlatarbelakangkan keadaan sedemikian, EIU berkata: "Jelas bahawa adalah sukar untuk Pakatan yang kini cuba membariskan satu pembangkang yang bersatu antara pemimpinnya yang sering bertengkar sejurus sebelum PRU-13". — Bernama

Anwar ramal peralihan kuasa lancar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipenjara kerana dakwaan salahguna kuasa dan liwat, meramalkan peralihan kuasa yang lancar apabila Pakatan Rakyat menumbangkan kerajaan yang telah memerintah Malaysia selama 55 tahun dalam pilihan raya umum yang dijangka beberapa minggu lagi.

NONE"Pihak polis telah berubah dalam beberapa bulan kebelakangan ini,"
kata Anwar.
"Hampir tidak ada sebarang gangguan daripada pihak polis dalam semua program kami. Ia adalah satu perubahan yang tulen."

Anwar berkata, pilihan raya sudah hampir dan akan dimenangi dalam medan pertembungan di luar bandar Sabah dan Sarawak.

Perbezaan ideologi dalam Pakatan tidak akan menjejaskan kejayaan gabungan itu, katanya dalam satu temubual selama sejam di ibupejabat PKR di Petaling Jaya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti membubarkan Parlimen pada 28 April dan mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari.

Kemenangan pembangkang, selepas kerajaan BN menang tipis lima tahun lalu, akan mengakhir pemerintahan BN selama lebih lima dekad di Malaysia.

Indeks KLCI Bursa Malaysia telah jatuh 4.8 peratus sejak mencapai rekod pada 7 Januari ekoran kebimbangan BN mungkin tergelincir terus di peti undi, menjadikannya satu-satunya penanda aras indeks saham Asia yang merosot tahun ini.

Anwar, yang berkata hukukman penjara terhadapnya  bermotif politik, menganggap pembebasannya daripada tuduhan liwat pada 2012 sebagai satu petunjuk bahawa badan kehakiman akan menerima keputusan pilihan raya umum nanti, walaupun ia dimenangi pembangkang.

Beliau juga berkata pihak polis tidak menghalang perhimpunan pembangkang di Kuala Lumpur bulan lepas dan membantu untuk "memudahkan" perjalanannya. -mk

Treler "Negara Berkebajikan" PAS Dilancarkan

Pada badannya tertulis "Negara Berkebajikan' dengan gambar tiga pemimpin utama Pakatan, Ustaz Hadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam suasana penuh ceria.

Pada pentasnya pula tertulis Undilah PAS, PAS for All, Negara Berkebajikan.

Pelancaran ringkas hari ini hanya dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul hadi yang memohon kepada Allah agar proses perjalanan jelajah ini selamat.

Ia diikuti dengan pembukaan pentas pada badan treler ini yang menunjukkan rekabentuk latar belakang pentas bergerak ini.

Ustaz Hadi ketika sidang media menjelaskan, trak ini akan bergerak ke seluruh negara untuk menyampaikan mesej PAS kepada rakyat umum.

"Ini satu pendekatan baru agar kempen kita lebih lancar bergerak," kata Presiden PAS itu.

Mohamad Sabu pula dalam sidang media yang sama selepas pelancaran itu berkata, kos trak ini lebih RM100,000.

Namun kesemuanya disumbangkan oleh ahli PAS dan dermawan.

"Kawan-kawan kita beli dan dermakan kepada kita," katanya kerana duit PAS berada dalam poket ahli-ahlinya.

Program pertama yang akan menggunakan trak ini adalah dalam ceramah Pakatan Rakyat di Pendang 23 Mac ini.

Di samping itu, trak ini akan berhenti dari bandar ke bandar untuk menyampaikan mesej PAS.

Ketika ditanya di mana ia akan berhenti, Mohamad Sabu berkata, "Kita akan berhentia apabila sampai ke Putrajaya." -HD










Pencerobohan Lahad Datu, apa kata penduduk

Sejurus selepas berita mengenai pencerobohan orang asing yang bersenjata di kawasan Pantai Tanduo berdekatan Felda Sahabat 17 tersebar, suasana di bandar Lahad Datu bertukar menjadi sibuk dengan aktiviti-aktiviti pihak berkuasa.

Menurut sumber dari penduduk Lahad Datu, ekoran daripada kejadian itu, banyak trak-trak tentera kelihatan bergerak ke arah Jalan Silabukan menuju ke lokasi kejadian.

NONEDi samping itu, tentera bersenjata turut dilihat berjalan kaki membuat rondaan bandar. Rondaan helikopter polis juga dilihat dibuat berterusan. Pemeriksaan polis turut dilakukan di beberapa kawasan bandar terutamanya Jalan Silabukan.

Manakala sekolah-sekolah di sepanjang jalan tersebut yang meliputi Bakapit, Tungku, Felda dan lain-lain turut ditutup. Askar tambahan juga telah ditempatkan di Felda.

Berdasarkan maklum balas yang diterima dari penduduk sekitar bandar Lahad Datu menunjukkan reaksi yang berbeza. Ada yang merasa suasana tegang dan ada juga yang tidak terasa sedemikian.

Prichard Jimmy menggambarkan, walaupun kehadiran ramai tentera membuat rondaan, tetapi keadaan adalah seperti biasa dengan banyak kedai masih dibuka.

NONE"Keadaan di sini masih seperti biasa. Masih banyak kedai dibuka. Tapi ada juga yang tutup. Penduduk tidak berapa panik sebab mereka tahu pemeriksaan jalan raya oleh pihak berkuasa sedang dijalankan dengan ketat.

"Banyak helikopter yang terbang ulang-alik ke Tungku. Tapi saya takut jalan malam sebab takut diculik," katanya.

Menurutnya lagi, ramai yang mengelak untuk pergi ke Jalan Silabukan melainkan mereka yang tinggal di kawasan sepanjang jalan tersebut.

Seorang lagi penduduk, Nihal Singh mengesahkan apa yang dikatakan oleh Prichard mengenai banyak kedai yang ditutup.

Selain itu, ramai penduduk khususnya kaum Cina juga telah meninggalkan bandar Lahad Datu, kata Nihal lagi.

NONE"Ramai orang Cina dari Semenanjung sudah keluar dari bandar ini. Mungkin ada yang pergi ke bandar lain dan mungkin ada juga yang balik ke Semenanjung.

"Selain ini, ada juga yang enggan menghantar anak-anak mereka ke tadika, termasuk saya," katanya.

Sementara itu, seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Siti pula berkata, dia ada terserempak dengan tujuh trak askar yang diiringi oleh dua penunggang motorsikal.

Trak-trak itu kelihatan kosong, akui Siti cemas yang ketika itu sedang dalam perjalanan ke Semporna.

Manakala bagi Anthony Teo pula, dia juga ada terserempak dengan banyak kenderaan tentera yang dilihat bergerak ke arah kawasan Felda Sahabat dan juga merasakan keadaan yang tegang.

Berlainan pula dengan keadaannya di sekitar kawasan Felda Sahabat.

Walaupun urusan harian berjalan seperti biasa, tetapi keadaan menjadi sunyi semenjak kejadian tersebut.

azlanSeorang pekerja sebuah institusi kewangan di sana mengatakan, situasinya adalah menakutkan dan beliau keberatan untuk turun kerja dengan keadaan tersebut.

Malah, beliau risau kerana lokasi kejadian hanya kira-kira 16km dari tempat beliau bekerja.

Kenyataan-kenyataan rasmi yang dikeluarkan tidak menggambarkan perkara sebenar, katanya yang enggan namanya disiarkan.

Seorang lagi penduduk kampung yang tinggal di sepanjang Jalan Silabukan pula berkata, sudah banyak trak tentera lalu di kawasan mereka.

"Helikopter juga tidak henti-henti membuat rondaan manakala jalanraya menjadi lengang. Suasana sini tegang dan menakutkan," katanya yang juga enggan namanya disiarkan.

Antara khabar angin yang tersebar di kalangan segelintir penduduk Lahad Datu adalah, orang-orang asing yang menceroboh tersebut adalah askar-askar veteran Abu Sayaff yang telah berusia. -MK

Thursday, February 21, 2013

Umno bawa 4M ke penempatan Orang Asal

Penduduk Orang Asal dari Gua Musang mendakwa ketika kempen pilihan raya kecil Dun Galas pada 2010 Umno mengumpan 4M kepada mereka.

Pandek Panjang (gambar) dari Pos Hau memberitahu 4M dimaksudkan “makan, minum, muzik dan mabuk” bagi mempengaruhi mereka mengundi BN pada pilihan raya tersebut.

Katanya, Umno membawa banyak kemungkaran ke penempatan Orang Asal termasuk juga dakwaan ada kaitan dengan kemasukan mubaligh Kristian.

“Mubaligh Kristian juga berkempen supaya mengundi BN. Itulah perkara mungkar yang dibawa masuk ke penempatan kami.

“Orang BN bagi sokongan duit dan mubaligh tersebut minta pengundi Orang Asal mengundi calon Umno,” katanya ketika mendedah perkara itu pada Himpunan Kami Sayang Tok Guru di Dataran Stadium Sultan Muhammad Ke IV hari ini.

Perhimpuunan tersebut dianjurkan sebagai menyambut kepulangan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dari mengerjakan ibadat umrah di Makkah.

Pandek yang beragama Islam juga berkata, kalau betul orang Melayu berjuang untuk membela Islam, mereka perlulah bersama-sama mempertahankan Kelantan dan merampas Putrajaya.

Pada ucapan itu beliau juga menafikan kerajaan negeri merasmpas tanah milik orang Orang Asli di pedalaman Gua Musang.

“Sehingga kini tidak ada tanah kebun yang digunakan Orang Asal untuk bercucuk tanam dan tanah kubur dirampas kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri tidak pernah usik pun. Mereka yang keluar televisyen mendakwa tanah Orang Asal dirampas sengaja hendak buat riuh rendah,” ujarnya.

Menurutnya kumpulan tersebut sengaja hendak mengajar penduduk tempatan menjadi samseng, sedangkan kerajaan negeri sentiasa meraikan masyarakat Orang Asli.

Baru-baru ini akhbar melaporkan sekumpulan pemuda Orang Asal berhimpun bagi membantah kerajaan negeri mengambil balik tanah mereka bagi pembangunan ladang di Pos Hendrop. -HD

Tiga Ketua Bahagian Umno Kelantan Tidak Jadi Calon?

Umno Kelantan mungkin akan mengguna kembali formula pilihan raya umum ke-11 tahun 2004 yang membawa kemenangan besar kepada parti itu yang hampir berjaya merampas Kelantan. Umno menang 21 kerusi daripada 45 kerusi state. Formula waktu itu dengan mensyaratkan semua ketua bahagian bertanding di kerusi state.
 

Mustapa Mohamed
Formula itu kemungkinan dipakai semula pada pilihan raya umum ke-13 ini, bagaimana pun dengan sedikit pindaan apabila terdapat beberapa ketua bahagian dikatakan akan dirihatkan kerana menghadapi masalah peribadi bagi mengelakkan peluang Umno terjejas untuk menang.

Dalam pilihan raya 2004 itu hampir semua ketua bahagian bertanding dikerusi state. Mustapa Mohamed ketua bahagian Jeli yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan ketika itu bertanding di kerusi Air Lanas, disamping kerusi parlimen Jeli. Beliau menang dikedua-dua kerusi.


Annuar Musa ketua Umno bahagian Ketereh bertanding dikerusi Kok Lanas, Ramzi Abdul Rahman ketua bahagian Kuala Krai bertanding di kerusi Dabong,  Nor Zaidi Omar ketua bahagian Tumpat bertanding  kerusi Pengkalan Kubur semuanya menang.

Mohd Fatmi Che Salleh
Begitu juga dengan ketua bahagian Pengkalan Chepa, Pasir Puteh, Kota Bharu, Machang, Rantau Panjang dan Pasir Mas bertanding dikerusi state tetapi kalah.  Hanya ketua Umno bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bersama ketua Umno Bachok Awang Adek Hussein yang bertanding di kerusi parlimen kedua-duanya menang.

Disebabkan formula 2004 itu membawa kejayaan besar, khabarnya ia akan digunakan sekali dalam pilihan raya ke-13 bakal menjelma beberapa minggu lagi, tetapi dengan sedikit pengubahsuaian. Mustapa Mohamed yang diura-ura akan menjadi MB sekiranya UBN menang akan bertanding di kerusi Air Lanas di samping mengekalkan kerusi parlimen Jeli.

Langkah Mustapa bertanding dua kerusi itu dianggap sebagai kurang bijaksana dan menyerlahkan Umno masih belum konfiden untuk menang. Seeloknya beliau hanya tumpukan di kerusi Air Lanas saja.

Ketua bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman yang sebelum ini diberitakan akan digugurkan bersama ketua bahagian Rantau Panjang, Abdullah Yassin dan ketua bahagian Kubang Kerian Fauzi Husin, kemungkinan besar diturunkan sebagai calon atas maslahat untuk tidak menjadi masalah kepada Umno. Pun begitu kedudukan Abdullah dan Fauzi masih berteka teki samda ada bertanding atau tidak.

Ramzi Abdul Rahman
Sementara Dali Husin katanya diberi peranan untuk menawan kerusi parlimen Pengkalan Chepa.

Zawawi dan Dali Husin walaupun tidak begitu kondusif untuk Umno tetapi mereka diberikan kerusi bagi mengelakkan parti terjejas kerana kemungkinan ada gangguan disebabkan mereka tidak dicalonkan.

Kerusi parlimen Pasir Puteh akan diserahkan kepada Kamaruddin Md Nor, manakala kerusi parlimen Rantau Panjang sehingga hari ini Umno belum dapat memastikan sama ada meletakkan semula Affandi Yusuf ataupun bekas ketua bahagian Mohd Zain Ismail. Seorang sarjana juga disebut-sebut akan diletak di Rantau Panjang.

Ketua bahagian Tanah Merah, Ikhma Ihsan Abdul Aziz, ketua bahagian Kuala Krai, Ramzi Abdul Rahman, ketua bahagian Machang, Jazlan Yamud masing-masing akan diletakkan di kerusi parlimen. Hasrat Ramzi untuk berpindah ke parlimen mungkin menjadi kenyataan apabila calon boleh menang Dr Junaidi Abu Bakar katanya sudah menggendur. Yang sudah pasti tidak akan diletakkan dimana-mana kerusi ialah Annuar Musa, Abdullah Mat Yassin dan Fauzi Husin.

Md Alwi Che Ahmad
Kerusi Ketereh diserahkan kepada timbalan ketua bahagian Ketereh, Md Alwi Che Ahmad. Alwi pernah memang dikerusi parlimen Ketereh tahun 2004. Dalam pada itu khabarnya Annuar sedang melakukan serang saraf dan lobi perigkat "apollo" bagi memastikan dia akan diletakkan bertanding di Ketereh. Parlimen Kubang Kerian akan diserahkan kepada Anuar Shafin  ketua pemuda.

Pengguguran Annuar Musa sebagai calon dalam pilihan raya kali ini akan menjadi satu kejutan besar kepada Umno dan disifatkan tindakan itu satu keberanian bukan Umno Kelantan tetapi Umno Kuala Lumpur.

Manakala kedudukan ketua Umno Pasir Mas, Hanafi Mamat masih menjadi teka teki ekoran beliau dikatakan lebih berminat untuk bertanding di kerusi state Tendong. Hanafi yang dikatakan bermain 'ciku cap' dengan Ibrahim Ali demi memastikan beliau menang.

Awang Adek Hussein
Bagaimana Umno baik di bahagian Pasir Mas, Kelantan dan Kuala Lumpur sukar untuk memberi laluan kepada Ibrahim keadaan ini menyebabkan Hanafi tersempit. Sekiranya 'formula' mengenai kedudukan Ibrahim dengan Umno gagal dicapai besar kemungkinan Hanafi diletakkan di parlimen Pasir Mas atau kerusi state Pengkalan Pasir.

Kedudukan ketua Umno Tumpat Noor Zaidi Omar yang juga dikatakan sebagai bakal MB yang direzebkan akan kekal di kerusi Pengkalan Kubur.

Ketua bahagian Kota Bharu, Mohd Fatmi Che Salleh akan bertanding di kerusi parlimen Kota Bharu sekali lagi. Fatmi pernah tewas dua kali sekali di state dan sekali di kerusi parlimen Kota Bharu. 

Dengan susunan itu ini bermakna sekurang-kurangnya tiga ketua bahagian tidak akan dicalonkan dan 11 ketua dicalonkan semula. Itupun bergantung kepada perkembangan di saat-saat terakhir.

-http://msomelayu.blogspot.com