Showing posts with label Perniagaan Internet. Show all posts
Showing posts with label Perniagaan Internet. Show all posts

Thursday, February 14, 2019

PASIF INCOME MUDAH & BERJAYA - MELALUI WEB / BLOG



Antara cara yang paling populer untuk mendapatkan passive income adalah dengan memiliki laman web atau blog sendiri.
.
Gunakan nama domain dan hosting sendiri supaya org ramai lbh mempercayai bisnes anda.
.
Di dlm blog anda itu sentiasa membuat konten yang akan membuat orang tertarik untuk membacanya.
.
Pastikan topik yang Anda tulis sangat populer, berkaitan dgn produk anda serta bermanfaat kpd semua org.

.
Setelah mendapatkan banyak pengunjung, Anda blh mula menghasilkan wang dari blog anda dengan cara mengiklankan produk anda atau produk orang lain.
.
.
NAMUN....tdk semua org mampu utk memiliki web sendiri.
.
Oleh itu, kami di sini memudahkan kerja anda dgn menyediakan laman web automatik sistem MISI 100K utk memudahkan anda mnjlnkn perniagaan hebat ini.
.
Perniagaan MODAL CIPUT INCOME RIBUT blh rujuk melalui link berikut ::
.
Maklumat lanjut :
- https://goo.gl/xfk1Qd
- https://goo.gl/xfk1Qd
.
Pertanyaan : http://wasap.my/60195355375/MISI100K

Tuesday, February 12, 2019

Mental Block Penghalang Kejayaan



MENTAL BLOCK"* manusia yg menjadi halangan utk berjaya‼ Awas dgn perkara di bawah‼
*1) EGO*
Benda ini paling besar dalam diri manusia yang menghalang untuk anda buat sesuatu diluar kotak akal.
.
*2) TAKUT*
Selalunya kita takut nak memulakan sesuatu sebab kita tak pernah mula pun tapi kita cuma lihat orang yang gagal sahaja. Takut untuk buat tindakan nak berubah.


*3) TAK YAKIN*
Manusia memang ada perasaan nak kan kepastian baru yakin. Diri rasa tak yakin nak buat sesuatu. Nak lakukan tindakan biasa pon tak yakin macam mana nak buat tindakan luar biasa.
*4) TAK LAYAK*
Belum cuba lagi dah fikir diri tak layak nak buat. Sebab dengar kata-kata negatif dari orang lain. Padahal yang nak buat keputusan tu diri sendiri.
*5) SUKA BERTANGGUH*
Sikap ni memang semua orang ada. "Nanti dulu lah kejap lagi pon boleh buat. Esok ke. Bukan nak ke mana pon". Tapi kalau tindakan yang lambat maka semua pun tak menjadi
.
"ALLAH TAKKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN MEREKA MENGUBAHNYA SENDIRI."*
*APA YANG KITA FIKIR*
*APA YANG KITA RASA*
*APA YANG KITA CAKAP*
*APA YANG KITA BUAT*
SEMUA ADALAH DOA
.
...................
MENCARI TERBAIK UTK MASA DEPAN
Maklumat lanjut : https://goo.gl/xfk1Qd

Sunday, February 3, 2019

BAGAIMANA MEMBINA KEUNTUNGAN PASIF INCOME DENGAN PANTAS



 RAHSIA KINI TERBONGKAR….kami di Laman Web Mudah akan dedahkan kepada anda satu TEKNIK RAHSIA bagaimana menjana pendapatan PASIF INCOME yang terus meningkat setiap bulan sehingga 6 angka. .

Di sini kami di Laman Web Mudah memperkenalkan satu perniagaan TERHEBAT masa kini melalui satu sistem yang kami kenali sebagai sistem “MISI 100K”.. . Sistem “MISI 100K” adalah sistem laman web automatik yang membantu para usahawan yang menjalankan perniagaan Tone WOW Plus untuk memperolehi “Pendapatan Pasif” dengan cara paling mudah dan paling pantas. .

Melalui sistem “MISI 100K” dan diintegrasikan bersama dengan sistem perniagaan “TONE WOW PLUS” memudahkan anda menjana pendapatan pasif berterusan meningkat setiap bulan sehingga melebihi 100K (6 angka). .

UNTUK MAKLUMAT LANJUT : .
KLIK - https://www.lamanwebmudah.com/
 KLIK - https://www.lamanwebmudah.com/


 PERTANYAAN PANTAS KLIK :- wasap.my/60195355375/MISI100K

Saturday, January 26, 2019

BAGAIMANA NAK BUAT DUIT DGN SIMKAD INI?



Ramai yang bertanya, macam mana nak dapatkan duit dari simkad Tone WOW ?  Ya..Tone Wow membolehkan anda menjana pendapatan pasif setiap bulan. Pendapatan ini akan meningkat setiap bulan jika anda terus berusaha memperkenalkan kepada semua orang.

Antara kelebihan perniagaan Tone Wow selain pendapatan pasif ialah modal permulaan yang rendah iaitu hanya RM10 sahaja. Dengan MODAL CIPUT INCOME RIBUT ini memudahkan anda memperkenalkan perniagaan ini kepada siapa sahaja.

Caranya MUDAH sahaja! . NAK TEST! .

 LANGKAH 1 👉 Guna sendiri simkad Tone Wow.
 LANGKAH 2 👉 Ceritakan kepada family & kawan2.
LANGKAH 3 👉 Daftarkan mereka dan guna simkad.
 LANGKAH 4 👉 Mereka ulang langkah 1 - 3 .
LANGKAH 5 👉 Bila rangkaian di bawah anda topup, anda di bayar komisyen 10% - 26% .

MUDAHKAN? . Bila anda buat semua perkara diatas
👆 Anda boleh dapat komisen setiap bulan😍

Berminat? . KLIK : http://wasap.my/60195355375/MISI100K http://wasap.my/60195355375/MISI100K . .

 NAK LAGI MUDAH..? .
Nak lagi mudah menjalankan perniagaan ini, lakukan secara online. . Untuk maklumat lanjut, klik link dibawah . KLIK : https://goo.gl/xfk1Qd

Friday, December 9, 2016

Bagaimana Telepon Buat Duit Untuk Anda

http://geniustoneplus.blogspot.my
Tone plus adalah SIM KAD prabayar dari produk Tune Talk yang boleh menjana “PENDAPATAN” kepada penggunanya. Selain itu, simkad Tone Plus juga mempunyai kelebihan-kelebihan tertentu yang tidak terdapat pada perkhidmatan prabayar yang lain.

Tone Plus Tune Talk mengunakan perkhidmatan line Celcom, ini bermakna di mana ada Celcom di situ juga ada line Tune Talk.

Sebelum ini anda mungkin tidak terfikir bahawa telepon anda boleh menjana pendapatan berterusan untuk anda. Tapi kini dengan menyertai Program Tone Plus, secara automatik anda akan mendapat komisyen mudah daripada 4 sumber pendapatan utama iaitu :


1) Komisyen Topup (Sendiri).
2) Bonus Tahunan.
3) Bonus Fact Track (Jualan Simkad).
4) Komisyen Topup (Ahli Tajaan).


1. Komisyen Topup, Personal

Setiap kali anda topup, anda akan menerima semula pulangan tunai sebanyak 3% (manual topup) atau 7% (auto-topup, tolak daripada komisyen bulanan). Pulangan tunai ini akan di bank terus ke akaun bank anda, dan akan dibayar bersama dengan komisyen topup penajaan.

2. Bonus Tahunan

Bonus tahunan akan dibayar mengikut jumlah tajaan anda setiap bulan. Pembayaran bonus ini, akan dibayar secara terkumpul pada 25hb Januari tahun hadapan berikutnya. Peratusan bonus bulanan adalah seperti berikut..

--Taja 1 orang = 5%
--Taja 2 orang - 4 orang = 10%
--Taja 5 orang - 9 orang = 15%
--Taja 10 orang dan ke atas = 20%

3. Bonus Fact Track (Jualan Simkad)

Belian simkad anda sebagai ahli adalah RM75 sahaja. Apabila anda UPGRADEKAN kenalan anda ke Tone Plus, harga jualan anda kepada kenalan adalah RM95. Jadi, UNTUNG RUNCIT anda adalah RM20 secara CASH terus.

4. Komisyen Topup – 13% Infiniti

Tone Plus adalah program ke-2 daripada Tone Group. Tone Plus menggunakan "Sistem Reverse 2-Up" di dalam plan marketing nya. Pelan yang mudah dan mampu menjana pendapatan pasif yang luarbiasa lumayan.

Konsep asas sistem “Reverse 2-Up” memerlukan anda UPGRADE kan 4 orang pengguna baru sahaja dan 2 orang daripada mereka akan dikongsi dengan penaja (upline) anda. Seterusnya, anda akan dibayar komisyen topup mereka 13% secara INFINITI untuk semua rangkaian anda.

Untuk lebih mudah faham, saya akan terangkan berdasarkan Gambar Rajah di bawah.


http://geniustoneplus.blogspot.my

-Berminat menjadi ahli perniagaan Tone Plus ..Whatsapp 019-5355375

Friday, February 24, 2012

Panduan Install Windows 7

Panduan Install Windows 7Windows 7 adalah salah satu daripada sistem operasi (OS – Operating System) yang di keluarkan oleh Microsoft. Windows 7 merupakan perisian Sistem Operasi terbaru dan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan pengguna komputer di seluruh dunia.

Namun di sebalik penggunaan komputer dan perisian ini, ramai yang tidak tahu bagaimana proses installation Windows 7 di lakukan. Ada dikalangan pengguna komputer ingin menukar perisian Sistem Operasi yang lama kepada Windows 7 tetapi tidak tahu untuk melakukannya sendiri.

Oleh itu, melalui ebook ini segala persoalan dan perkara di atas dapat diselesaikan. Di dalam ebook ini akan diberikan panduan dan maklumat berguna tentang proses Installation Windows 7 dilakukan. Ia disampaikan secara teori dan praktikal yang turut disertakan dengan maklumat bergambar.

Antara kandungan Panduan Install Windows 7 ini :

1. Beberapa panduan dan tips memasang komputer sendiri, panduan menjaga perkakasan komputer dan Panduan keselamatan yang perlu dilakukan terhadap komputer anda.

2. Persediaan yang perlu sebelum melakukan Installation seperti Perisian yang lengkap dan Keperluan spesifikasi perkakasan komputer anda.

3. Penerangan terhadap BIOS seperti membuat setup pada BIOS, fungsi bios dan langkah penetapan BIOS.

4. Seterusnya mengenali Partition, apa itu partition, tujuan partition dilakukan dan penerangan cara membuat partition terhadap Hard Disk anda.

5. Apa itu format, tujuan format dan bagaimana melakukan format terhadap komputer anda.

6. Penerangan seterusnya adalah langkah-langkah pemasangan atau Install Windows 7. Bahagian ini merupakan yang paling penting kerana ia diterangkan secara lengkap dengan langkah demi langkah disertakan panduan bergambar.

7. Turut diterangkan cara memasang atau isntall driver yang berkaitan. Apa itu driver dan di mana mendapatkan driver yang sesuai.

Selain itu terdapat 2 ebook yang berkaitan dengan Windows 7 turut disertakan bersama iaitu Installation Office 2007 & Repair Windows 7.

Installation Office 2007 adalah penerangan langkah demi langkah bagaimana anda boleh memasang perisian office yang serasi dengan Windows 7.

Repair Windwos 7 pula adalah penerangan berkaitan bagaimana anda boleh membaiki komputer anda jika berlaku masalah terhadap sistem operasi Windows 7 anda.

Maklumat Lanjut KLIK SINI

Wednesday, January 4, 2012

eBay Launches New Paypal Access System

eBay Inc. will unveil a service that lets people use their accounts in different Web stores without having to register at each one.

Called PayPal Access, the service will be unveiled at eBay’s X.commerce developer conference in San Francisco. It will be launched with X.commerce, a new eBay Inc. business launching Wednesday geared toward developers and merchants that encourages developers to integrate eBay’s technology into mobile commerce apps. X.commerce merges the software developer communities for eBay.com, PayPal and eBay-owned e-commerce software company Magento, which together include 850,000 developers.

It’s likely that X.commerce will announce some sort of partnership with Facebook on Wednesday, too. Though eBay wouldn’t divulge any details, Facebook’s platform and mobile marketing director, Katie Mitic, will be a keynote speaker at the conference.

-http://news.brothersoft.com

Friday, November 11, 2011

Bina Blog Dengan Blogger.com

Bina Blog Blogger.com

Panduan langkah demi langkah membina dan menghasilkan blog percuma yang lebih baik dengan Blogger.com di samping menjalankan perniagaan internet dan memperolehi pendapatan sampingan.

Di dalam ebook ini anda akan diajar bagaimana untuk menghasilkan blog dari mula hingga akhir. Ebook ini juga disertakan dengan gambarajah-gambarajah yang ditunjukkan secara teori dan praktikal untuk memudahkan anda membina blog tersebut.

Daripada blog yang anda hasilkan itu, seterusnya diterangkan cara-cara bagaimana anda boleh melakukan pelbagai jenis perniagaan di Internet dan mendapatkan pendapatan secara online.

KANDUNGAN EBOOK

  • Pengenalan dan ciri-ciri yang terdapat pada sesebuah blog.
  • Jenis, fungsi dan kepentingan sesebuah blog dihasilkan.
  • Langkah demi langkan memulakan pembinaan blog anda.
  • Ketahui apakah 3 menu utama yang penting dalam akaun blog anda.
  • Menggunakan blogger dengan nama domain sendiri.
  • Langkah memulakan perniagaan dengan blog.
  • Perniagaan tanpa produk atau perkhidmatan sendiri yang boleh dilakukan di dalam blog anda.
  • Bagaimana melakukan promosi berkesan untuk meningkatkan jumlah pelawat ke blog anda.

PERHATIAN : Satu perkara penting yang mungkin belum diketahui oleh kebanyakkan blogger yang menggunakan blogspot ialah kita boleh menggunakan nama domain sendiri atau nama domain kegemaran anda dengan akaun blogger. Maksudnya anda boleh gunakan domain yang anda minati dan disambungkan dengan blog percuma anda itu.

Perkara ini ada diterangkan secara terperinci didalam ebook "Bina Blog Dengan Blogger.com" ini. Bermula daripada membuka akaun blog percuma dengan blogger.com, membeli nama domain sendiri dan menyambungkan nama domain anda dengan akaun blogspot anda.

Antara laman web yang menggunakan blogspot dengan nama domain sendiri ialah Malaysiadaily.net..

Maklumat Lanjut .... KLIK SINI ...

Thursday, November 10, 2011

Cara Selamat Benlanja Secara Online

Belanja secara online memang menyenangkan, Anda tinggal menyalakan PC, aktifkan internet dan dengan beberapa kali klik, Anda bisa memilih barang yang diinginkan dan setelah transaksi terjadi, barang akan langsung dikirim ke tempat tujuan. Semua itu bisa dilakukan tanpa beranjak dari depan komputer.

Namun jangan lupa untuk tetap memperhatikan hal-hal penting yang bisa membuat belanja online Anda menjadi tetap menyenangkan. Karena banyak bahaya mengintai yang siap menjerumuskan Anda.

Berikut beberapa tips sederhana agar belanja online Anda lebih aman dan nyaman:

1. Hati-hati memberi informasi
Jangan pernah untuk memberi tahu berbagai informasi mengenai data keuangan Anda, seperti nomor PIN, password atau nomor penting lainnya yang berhubungan dengan keuangan Anda. Para pedagang tidak membutuhkan hal itu, jadi jika ada kolom yang menanyakan hal tersebut lebih baik diabaikan saja.

2. Periksa identiti/status penjual
Pastikan penjual yang hendak Anda beli barangnya memiliki reputasi yang bagus. Periksa apakah penjual tersebut memiliki alamat yang jelas. Hati-hatilah jika mereka hanya mencatumkan nomor telepon serta alamat email gratisan.

3. Perhatikan ikon pada browser
Sebuah browser akan menampilkan ikon tertentu jika situs yang dikunjungi tidak aman atau memiliki status berbahaya. Jika Anda tertarik pada barang yang ditawarkan, sedangkan browser menampilkan ikon unsecure, abaikan saja situs tersebut.

4. Pastikan komputer Anda terdapat aplikasi protek
Sangat disarankan Anda menggunakan aplikasi proteksi tambahan selain antivirus. Sebaiknya tambahkan dengan aplikasi firewall, enkripsi atau anti-phishing untuk mencegah terjadinya pencurian identitas.

5. Jika ragu, tinggalkan saja
Tampilan yang menarik, harga murah, serta pilihan barang yang beragam memang menggoda. Hal inilah yang bisa dijadikan semacam jebakan oleh situs online ilegal/palsu untuk menarik korbannya. Oleh karena itu jika Anda masih memiliki keraguan akan status si penjual, lebih baik cari situs lain yang sudah lebih terpercaya.

6. Cari web dengan logo SSL
Mirip tips nomor 3, perhatikan logo SSL pada bagian bawah browser Anda. Logo SSL merupakan teknologi standar keamanan yang mana akan melindungi proses transaksi.

7. Jangan langsung tergiur harga murah
Kadang Anda menemui suatu barang dengan penawaran yang melampaui ekspektasi Anda. Potongan harga yang terlalu tinggi, harga terlalu murah yang cenderung tidak masuk akal kadang merupakan jebakan untuk mengelabui pembeli.

8. Ubah password secara berkala
Saat bertransaksi melalui situs online, biasanya Anda memiliki akun tersendiri yang mana didalamnya disertakan penggunaan password. Nah, lakukan penggantian password secara rutin. Dan yang tidak kalah penting, lakukan log-out setiap selesai melakukan transaksi.

-IK

Saturday, October 8, 2011

Tema Blogspot Facebook Style 3

Facebook Style 3
Tema blogger (blogspot) direkabentuk seperti laman web Facebook . Tema blogspot yang menarik serta mudah untuk dipasang dan digunakan.

Ciri-ciri Tema Facebook Style :
  1. Sesuai untuk browser IE, Firefox, Chrome
  2. Paparan yang menarik ala facebook.
  3. Latarbelakang warna terang.
  4. Pelbagai ruang iklan - sidebar kanan, kiri & atas
  5. Tema 3 Column
  6. Lebar yang sesuai.
  7. Sidebar sebelah kiri & kanan
  8. Fungsi "Add a Gedget" di bahagian sidebar, logo dan frontpage.
  9. Menyokong pelbagai aplikasi di "Add a Gedget".
  10. Menyokong program Google Adsense
  11. Boleh digunakan lebih dari satu blog blogspot

PERHATIAN : Ebook panduan pemasangan turut disertakan untuk memudahkan anda memasang template tersebut.

Maklumat lanjut KLIK SINI

Untuk melihat DEMO - Klik Sini

Tuesday, October 4, 2011

Tema Blogspot Facebook Style 2

Facebook Style 2

Tema blogger (blogspot) berbentuk seperti Facebook . Tema blogspot yang menarik serta mudah untuk dipasang dan digunakan.

Ciri-ciri Tema Facebook Style :

1. Sesuai untuk browser IE, Firefox, Chrome
2. Paparan yang menarik ala facebook.
3. Latarbelakang warna terang.
4. Pelbagai ruang iklan - sidebar kanan
5. Tema 3 Column
6. Lebar yang sesuai.
7. Sidebar sebelah kiri & kanan
8. Fungsi "Add a Gedget" di bahagian sidebar, logo dan frontpage.
9. Menyokong pelbagai aplikasi di "Add a Gedget".
10. Menyokong program Google Adsense
11. Boleh digunakan lebih dari satu blog blogspot

PERHATIAN : Ebook panduan pemasangan turut disertakan untuk memudahkan anda memasang template tersebut.

Maklumat lanjut KLIK SINI

Untuk melihat DEMO - KLIK SINI

Thursday, September 15, 2011

Panduan Membina Laman Web

Panduan Membina Laman Web
Jimatkan wang anda dengan panduan mudah langkah demi langkah membina laman web dan salesletter anda sendiri...Turut disertakan panduan Cpanel, Autoresponder, Ad Rotator, Sistem Affiliate, Borang, dan Skrip Tambahan.

Adakah anda selama ini tercari-cari satu panduan yang lengkap tentang cara yang mudah membina laman web sendiri...? Kini anda mampu membina dan memiliki laman web sendiri tanpa perlu mengupah orang lain dengan panduan yang diberikan di dalam ebook "Panduan Asas Membina Laman Web" ini.


KANDUNGAN EBOOK


Ebook dengan 189 muka surat ini lengkap dengan panduan berguna yang anda perlukan sebagai orang baru yang ingin memulakan pembinaan laman web sendiri. Lihat dan perhatikan maklumat di bawah yang berkaitan dengan kandungan yang terdapat di dalam ebook tersebut.


Bahagian 1


Bahagian ini terdiri daripada 6 tajuk utama iaitu :

  • Pengenalan kepada dunia Internet, pembinaan laman web dan ebook Panduan Asas Membina Laman Web.
  • Melalui ebook ini turut diterangkan tujuan-tujuan seseorang hendak memiliki laman web sendiri.
  • Seterusnya tajuk mengenali laman web seperti ciri-ciri yang perlu ada kepada sesebuah laman web dan struktur laman web tersebut.
  • Keperluan membina laman web. Keperluan yang dimaksudkan ialah keperluan perkakasan dan keperluan perisian.
  • Perisian-perisian yang boleh anda gunakan untuk membina laman web. Terdapat beberapa perisian yang senang digunakan dalam membina laman web tersebut.
  • Akhir sekali mengenali paparan dan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam persekitaran Frontpage yang menjadi perisian utama di dalam penerangan keseluruhan ebook ini.
Untuk Maklumat Lanjut KLIK SINI

Sunday, August 7, 2011

Blogspot Theme Magazine 4

Tema blogger (blogspot) terkini yang kelihatan berbentuk seperti tema sebuah portal berita atau portal majalah online. Tema blogspot yang menarik dan mudah untuk dipasang dan digunakan.

Blogger Magazine 4

Ciri-ciri Blogger Magazine 4 :

-Sesuai untuk browser IE, Firefox, Chrome
-Paparan yang menarik.
-Logo mudah ditukar dengan "Add a Gedget".
-Latarbelakang warna gelap.
-Pelbagai ruang iklan - sidebar, header, posting
-3 Column, 1 column posting
-Lebar yang sesuai.
-Sidebar sebelah kanan & kiri
-"Add a Gedget" di bahagian sidebar , header dan frontpage.
-Menyokong pelbagai aplikasi di "Add a Gedget".
-Menyokong program Google Adsense.
-Boleh digunakan lebih dari satu blog blogspot

PERHATIAN : Ebook panduan pemasangan turut disertakan untuk memudahkan anda memasang template tersebut.

Maklumat Lanjut - KLIK SINI

Saturday, July 16, 2011

Panduan Perniagaan Internet

Panduan Perniagaan Internet

Bagaimana anda boleh memulakan dan menjalankan perniagaan Internet, melakukan promosi, strategi pemasaran dan memperolehi pendapatan.


Kelebihan yang terdapat pada perniagaan Internet membolehkan ramai usahawan Internet telah berjaya memperolehi pendapatan yang lumayan dan ada di kalangan usahawan Internet ini telah menjadi jutawan.


Bagaimanakah mereka boleh bejaya menjadi usahawan jutawan? Jawapannya ada di dalam ebook ini.


KANDUNGAN EBOOK


Ebook dengan 129 muka surat ini lengkap dengan panduan berguna yang anda perlukan sebagai orang baru yang ingin memulakan perniagaan di Internet. Lihat dan perhatikan maklumat dibawah yang berkaitan dengan kandungan yang terdapat di dalam ebook tersebut.


  1. Diterangkan tentang kelebihan-kelebihan yang terdapat di dalam perniagaan Internet. Apakah kelebihan yang anda perolehi bila anda menjalankan perniagaan tersebut.
  2. Seterusnya dibincangkan juga model-model perniagaan yang dijalankan di Internet. Sebenarnya terdapat banyak model-model atau bentuk perniagaan yang boleh anda jalankan. Anda boleh memilih satu daripadanya atau ingin menjalankan semua model perniagaan tersebut. Ketahui apa model perniagaan yang sesuai untuk anda melalui ebook ini.
  3. Jika anda kabur tentang produk atau perkhidmatan yang boleh dijual. Ebook ini memberikan anda senarai produk-produk dan perkhidmatan yang mungkin sesuai untuk anda jual melalui internet.
  4. Ebook merupakan produk yang paling banyak dijual di Internet. Apakah yang dimaksudkan dengan produk E-book..? Apa pula kelebihan jika anda menjual produk ebook ini..? Segalanya ada di dalam ebook ini.
  5. Menjalankan perniagaan Internet tanpa produk dan perkhidmatan sendiri. Ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan walaupun anda tidak mempunyai produk atau perkhidmatan sendiri.
  6. Ebook ini juga menerangkan bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan walaupun anda tidak mempunyai laman web sendiri.

KELEBIHAN MEMILIKI EBOOK INI


Melalui ebook ini, anda tidak perlu membuang masa mencari maklumat yang banyak bertaburan di Internet dan kadang-kadang boleh memeningkan kepala anda. Segalanya telah dikumpulkan di dalam ebook "Panduan Perniagaan Internet" ini.


Setiap perkara yang berkaitan diterangkan secara terperinci dan langkah demi langkah. Turut disertakan tindakan yang perlu anda ambil setelah anda mengetahui segala perkara yang berkaitan dengan perniagaan Internet.


Daripada ebook ini juga, anda boleh melakukan pelbagai jenis perniagaan di Internet walaupun anda tidak mempunyai produk dan perkhidmatan sendiri atau tidak mempunyai laman web sendiri.


Untuk maklumat lanjut KLIK SINI

Friday, July 8, 2011

Blogger Magazine 7

Tema blogger (blogspot) terkini yang kelihatan berbentuk seperti tema sebuah portal berita atau portal majalah online. Tema blogspot yang menarik dan mudah untuk dipasang dan digunakan.

Blogger Magazine 7

Ciri-ciri Blogger Magazine 7 :

-Sesuai untuk browser IE, Firefox, Chrome
-Paparan yang menarik.
-Logo mudah ditukar dengan "Add a Gedget".
-Latar belakang warna gelap.
-Pelbagai ruang iklan - sidebar, header, posting
-3 Column, pelbagai column posting mengikut label
-Lebar yang sesuai.
-Sidebar sebelah kanan
-"Add a Gedget" di bahagian sidebar , header dan frontpage.
-Menyokong pelbagai aplikasi di "Add a Gedget".
-Menyokong program Google Adsense.
-Boleh digunakan lebih dari satu blog blogspot

PERHATIAN : Ebook panduan pemasangan turut disertakan untuk memudahkan anda memasang template tersebut.

Maklumat Lanjut - KLIK SINI

Sunday, July 3, 2011

Panduan Membina Blog Wordpress

Jimatkan wang anda dengan membina blog sendiri dengan nama domain pilihan sendiri dan bagaimana anda boleh melakukan perniagaan online dan memperolehi peluang pendapatan dengan blog tersebut.

Membina Blog Wordpress 3.0++

Panduan Membina Blog Wordpress” memberikan anda panduan, pengajaran dan menyalurkan maklumat berguna tentang langkah demi langkah menghasilkan dan membangunkan blog sendiri. Ebook ini membolehkan anda menghasilkan blog anda sendiri tanpa mengupah orang lain. Ini memberikan kepuasan kepada anda dengan menghasilkan blog sendiri yang profesional dan menarik.

Di dalam panduan ini anda akan diajar bagaimana untuk menghasilkan blog dari mula hingga akhir. Panduan ini juga disertakan dengan gambarajah-gambarajah yang ditunjukkan secara teori dan praktikal untuk memudahkan anda membina blog tersebut.

Daripada blog yang anda hasilkan itu, seterusnya diterangkan cara-cara bagaimana anda boleh melakukan pelbagai jenis perkara termasuk perniagaan di Internet dan mendapatkan pendapatan secara online. Selepas itu, anda diberikan beberapa maklumat penting berkaitan dengan perniagaan di Internet termasuklah langkah-langkah dan strategi untuk tujuan pemasaran serta promosi blog dan perniagaan anda.

KANDUNGAN EBOOK

Antara kandungan di dalam ebook ini ialah :

  • Pengenalan dan ciri-ciri yang terdapat pada sesebuah blog.
  • Jenis, fungsi dan kepentingan sesebuah blog dihasilkan.
  • Kelebihan-kelebihan membina blog menggunakan Wordpress.
  • Panduan membina blog Wordpress.
  • Wordpress dalam Bahasa Melaysia.
  • 2 langkah mudah memasang perisian blog Wordpress.
  • Beberapa langkah penetapan penting ruang admin blog anda.
  • Membuat penulisan dan menerbitkan artikel pertama di blog anda.
  • Cara mengguna dan menguruskan sidebar serta tujuan peting sidebar.
  • Kepentingan keyword, cara keyword berfungsi dan cara meletakan Meta Tag & Keyword.
  • Tujuan dan langkah upgrade versi blog anda.
  • Cara backup data blog anda dan bagaimana untuk restore semula data blog tersebut.
Untuk maklumat lanjut KLIK SINI

Monday, June 27, 2011

Blogger Theme Terbaik Di Gedung Ilmu

Adakah anda ingin mencantikkan tema blog blogspot anda...? Sudah pasti anda inginkan pelbagai tema blog yang cantik dan menarik supaya pembaca akan menyukai blog anda dan sentiasa melawati blog anda itu.

Kini, kami di Gedungilmu.net menyediakan pelbagai bentuk dan jenis tema yang menarik untuk blog blogpsot anda. Kebanyakkan tema yang kami sedikan adalah berbentuk magazine atau berbentuk portal majalah dan berita. Tema berbentuk majalah atau portal berita ini merupakan tema yang digemari oleh kebanyakkan blogger-blogger di seluruh dunia.

Selain tema blogspot, terdapat juga tema Wordpress berbentuk Magazine atau majalah yang kami sediakan kepada blogger-blogger yang menggunakan blog Wordpress.

Oleh itu, dapatkan tema Blogspot dan tema Wordpress pilihan anda sekarang dengan harga yang cukup berpatutan dan murah. Kami yakin anda pasti berpuas hati dengan harga dan tema yang anda perolehi.

Lawatilah kami sekarang di Gedungilmu.net.

Wednesday, June 8, 2011

Skim cepat kaya : Jangan biar diri ditipu

SUDAH beberapa kali saya memberi penerangan mengenai skim cepat kaya melalui Internet dan ia juga difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Malah, skim itu juga haram menurut panduan pelaburan Islam digariskan Majlis Ulama Fiqh Sedunia dan Majlis Ulama Indonesia.

Namun masih ada yang bertanya, seolah-olah tidak berpuas hati dan inginkan penjelasan lebih lanjut. Sekali lagi saya akan memperkatakan mengenai skim pelaburan Internet. Sebagai kesimpulan mudah untuk semua tulisan saya sebelum ini, skim pelaburan itu diharamkan kerana sebab berikut:

1. Jahalah (ketidaktahuan)

Ia bermaksud skim itu tidak diketahui dengan jelas identiti pengurus dana atau syarikat, di samping tiada lesen untuk membuktikan kewujudan mereka dan tanggungjawab mereka terhadap dana yang terkumpul. Mereka juga tidak dapat dihubungi, ditemui atau dilawati.

Berjual beli dan melabur tanpa mengetahui individu yang mengurus menyebabkan satu daripada syarat sah akad tidak dipenuhi. Ini menyebabkan akad terbatal.


2. Gharar (ketidaktentuan)

Tidak diketahui tempoh kewujudan laman web pelaburan itu, juga tidak diketahui sama ada benar-benar si ‘pelabur’ boleh mendapat wang dijanjikan atau tidak pada tempoh disebutkan iaitu 100 hari. Ini kerana, jika wang dijanjikan tidak muncul, tiada sesiapa boleh dihubungi. Ini menjadikannya gharar. Kesannya, sekali lagi ia membatalkan akad.


3. Riba

Saya menerangkan secara panjang lebar dalam pelbagai artikel sebelum ini. Justeru, bagi pihak yang berdegil lalu cuba mendakwa ‘fixed deposit’ (deposit tetap) sebagai bukan riba, anda perlu tahu pelaburan ini tetap haram kerana sebab lain yang saya sebutkan di sini.


4. Penipuan

Mendakwa menggunakan wang yang terkumpul untuk pelaburan perniagaan minyak dan gas, hartanah, mata wang, komoditi dan lain-lain, sedangkan ia tidak wujud.

Ini kerana, menurut pakar pelaburan sebenar tiada satu syarikat pun yang jika benar melabur dalam industri itu, mampu menjamin pulangan 240 peratus sebagaimana ditawarkan syarikat pelaburan Internet terbabit.

Malah, bank konvensional terbesar dunia yang juga mengamalkan riba dan menggunakan kepakaran seluruh pekerja mahirnya dicampur pula dengan aset mencecah trilion ringgit, masih tidak berani dan tidak mampu memberi janji pulangan 240 peratus dalam produk riba mereka seperti deposit tetap.

Berikut pula maklumat baik untuk dikongsi daripada seorang pakar pelaburan berkenaan ciri penipuan dalam skim cepat kaya Internet. Ia seperti berikut:

Semua ‘skim Ponzi’ akan menggalakkan ‘pelaburnya’ merekrut ‘pelabur’ baru kerana itu cara utama mereka mendapatkan wang baru. (Itu yang kini cuba dilakukan beberapa pihak yang meminta saya melabur di skim ini). Tanpa ‘pelabur’ baru, skim itu akan berkubur dengan cepat.

Pulangan yang dijanjikan adalah 20 peratus (atau lebih) sebulan, yang bermakna 240 peratus setahun. Pelabur bertaraf dunia seperti Warren Buffett dan George Soros pun hanya mampu memberi pulangan riba haram 20 hingga 34 peratus setahun.

Adakah masuk akal orang yang tidak pernah dikenali dapat memberi pulangan sebegitu tinggi? Seandainya benar, tentu semua media di dunia, termasuk CNN, Fortune dan Forbes akan memberi liputan menyeluruh kepada pengurus dana pelaburan Internet.

Namun, mengapa tidak ada? Tidak mungkin media dunia (yang tahu semua pelaburan lain) begitu buta dan tidak pernah mendengar pulangan sebegitu hebat.

Adakah masuk akal, pelaburan yang baru dibuat dalam tempoh sebulan boleh mendapat pulangan 20 peratus untuk bulan berikutnya? Semua pelaburan, termasuk paling menguntungkan sekalipun, memerlukan masa.

Jika benar ‘pengurus’ dana melaburkan wang dalam ‘forex’, ‘hedge funds’ dan sebagainya, pelaburan itu tidak membayar hasilnya selepas satu atau dua bulan. Justeru, jika ‘pengurus’ tidak dapat hasil pulangan, macam mana dia hendak bayar orang lain? Daripada mana datangnya wang itu?

Pengurus dana hanya menyebut ‘forex’, ‘hedge funds’, komoditi dan lain-lain, tetapi tidak menerangkan dengan terperinci pelaburan itu. Sesiapa boleh membuat dakwaan itu kerana ia sekadar ‘cakap mulut’.

Hanya disebabkan pelaburan itu ada di ‘offshore’, tidak bermakna pulangannya akan menggunung. Pelaburan di ‘offshore’ sama saja dengan pelaburan di ‘onshore’ — ‘mutual funds’, ‘unit trusts’, ‘fixed deposit’ dan sebagainya.

Semua pelabur ‘skim Ponzi’ akan berkata “Cuba dulu. Sikit saja. Belum cuba, belum tahu.” Jawapan saya: Kenapa nak cuba jika anda tahu benda itu berbahaya? Kenapa nak cuba jika anda tahu benda itu membawa penyakit? Malah ia juga diharamkan oleh Islam untuk membiarkan diri ditipu.

Alasan lain, anda dikatakan masih mendapat pulangannya kerana wang itu datang daripada pelaburan orang yang baru masuk dalam skim itu. Duit itu dikitar semula. Sebagaimana juga duit anda digunakan untuk membayar peserta sebelum anda.

Situasi itu mungkin bertahan satu, dua atau tiga tahun, tetapi yang pasti ia akan berkubur apabila tiada ‘pelabur’ baru. Apabila ia berlaku, anda akan kehilangan semua wang anda.

Skim cepat kaya Internet biasanya menjanjikan 20 peratus pulangan dalam sebulan. Ini bersamaan dengan 240 peratus setahun. Justeru, ia memberi gambaran seolah-olah ‘skim pelaburan’ itu lebih hebat daripada seluruh sejarah pulangan terhebat di dunia.

Sebagai perbandingan, lihat catatan pulangan pelaburan yang diiktiraf terhebat di dunia dan bandingkan dengan skim cepat kaya yang masih menjadi kegilaan penduduk negara ini.

Dapat dilihat dengan jelas pengurus kewangan terhebat itu mampu menawarkan pulangan sekitar 14 hingga 34 peratus setahun. Tiba-tiba skim karut, menipu dan haram ini mendakwa memberi pulangan 240 peratus dalam 100 hari dengan perniagaan yang didakwanya. Jelas, ia satu penipuan.


5. Syubhah dan Money Game (permainan wang)

Inilah sebenarnya cara mereka mendapatkan wang daripada pelabur, iaitu setiap peserta yang dapat mencari ahli baru akan diberi komisen. Justeru, akad komisen atas kepala dan bukan atas barang yang dijual ini mengandungi syubhah kepada ‘money game’ yang diharamkan oleh Majlis Fatwa Sedunia, termasuk Arab Saudi dan Indonesia.

Tidak syak lagi pelaburan itu diharamkan Islam. Segera bertaubat dan jauhinya. Ketika ini, web pelaburan haram itu masih wujud.

Hukum haram tetap haram, seperti kilang arak dan judi yang bersepah di sana sini, walaupun ia wujud dan masih dibuka, ia tetap haram tanpa ‘khilaf’.

Oleh Zaharuddin Abd Rahman

Friday, March 4, 2011

Rahsia Memborong di China

Rahsia Memborong di China - Kenapa Pentingnya Usahawan Memborong dari Sumber ? Memborong adalah satu cabang dalam perniagaan yang sangat penting bagi usahawan. Sama pentingnya seperti bidang pemasaran.

Jika anda membeli satu produk dengan harga RM 200 dan menjualnya dengan harga RM 300. Anda mendapat RM 100 keuntungan hasil dari pemasaran yang dilakukan.

Namun jika anda juga mengambil berat mengenai pemborongan. Barangan yang anda beli dengan harga RM 200 itu tadi mungkin dapat dibeli dengan harga hanya RM 100. Dan jika anda menjualnya dengan harga sama RM 300. Keuntungan anda sudah berganda menjadi RM 200.

Jadi pemborongan adalah juga satu bidang yang dapat meningkatkan jurang keuntungan anda.

Jika anda seorang usahawan yang berkecimpung dalam bidang jual-beli barangan, anda tidak boleh mengelak dari memborong dari sumber.

Sumber ini bermaksud, tempat sesuatu barangan itu dibuat. Pada masa kini, China adalah kilang kepada dunia. Hampir 60-70 % barangan disekeliling kita ini diperbuat dari China.

Saya pernah ke India, Thailand dan Vietnam untuk melihat potensi memborong dari sana, tetapi saya agak kecewa.

India tidak mempunyai infrastruktur yang memudahkan usahawan untuk memborong di sana. Walaupun harganya boleh setanding China, namun dari segi kualiti dan design nya agak tidak menepati pasaran di Malaysia.

Di Vietnam dan Bangkok pula, pasaran borongnya agak kecil dan terhad. Harganya pula jauh lebih mahal jika nak dibandingkan dengan China.

Jadi China adalah pilihan utama yang paling sesuai dan menepati pasaran kita. Orang Cina di Malaysia dan usahawan seluruh dunia sudah lama meneroka pasaran ini. Namun usahawan Melayu masih berteka-teki untuk meneroka pasaran ini.

Memborong di China bukanlah sesuatu yang sukar. China adalah sebuah negara moden yang terbuka dan terdapat ramai penjual di sana yang menanti untuk melayani anda.

Satu perkara yang menarik di China adalah polisi kerajaan China yang menyediakan kompleks-kompleks yang dibina khas untuk usahawan asing datang memborong di China. Kompleks-kompleks ini diasingkan mengikut jenis produk, samada kasut, jam tangan, baju, kain/fabrik, alat permainan, perabot, barangan hotel dan hardware mempunyai plaza memborongnya yang tersendiri.

Namun perlu juga diakui, China adalah sebuah negara yang berlain dari segi cara berniaga, budaya, bahasa, mindset, sejarah dan ekonomi. Untuk lebih berjaya dalam pemborongan kita perlu belajar memahami iklim setempat negara ini.

Kenapa Memborong dari China ?

1. Murah

Barangan di China adalah yang termurah di dunia. Namun pemborongan bukanlah bermakna anda ke China sekali, berjumpa dengan penjual di sana sekali dan ini jaminan anda untuk mendapat harga murah.

Harga murah yang sebenar akan didapati selepas anda beberapa kali berurusan dengan mereka. Mereka di China lebih menumpukan kepada peniaga yang ingin berurusan untuk jangka masa panjang dan dalam kuantiti yang banyak.

Dengan margin keuntungan yang tinggi, anda akan dapat lebih banyak keuntungan, dengan lebih banyak keuntungan, anda dapat mengembangkan perniagaan anda. Anda juga boleh bersaing dengan pesaing anda dari bangsa lain dengan sama rata.

Terdapat senario di mana usahawan merungut dengan pesaingnya yang menjual dengan harga yang lebih rendah dari harga modal yang diperolehi dari usahawan ini. Sebenarnya itu bukan keadaannya, keadaannya adalah, pesaing itu mengambil barangan dari sumber, manakala usahawan ini mengambil barangan ini dari pembekal/orang tengah.

2. Pilihan yang luas

Di China, pilihan yang ditawarkan oleh peniaga di sana tersangat luas. Cuba bayangkan jika anda ingin memborong dari Yiwu. Jika anda berhenti selama 2 minit di sebuah kedai, anda perlukan tempoh 3 tahun untuk menghabiskan semua kedai-kedai yang ada.

Dengan pilihan yang banyak seperti ini, anda boleh menjadikan perniagaan anda lebih kreatif dan anda boleh menepati kehendak pasaran dan pelanggan anda. Anda tidak lagi perlu bergantung kepada barangan yang dilonggokkan oleh pembekal anda di Malaysia.

Contohnya jika anda seorang pengusaha butik, anda boleh memilih kain yang anda ingin letakkan di butik anda dari jutaan pilihan yang ada. Namun jika anda mengambil dari orang tengah, anda hanya dapat menjual apa yang dibekalkan. Lagi teruk pula jika pembekal ini juga menjual barangan yang sama kepada pesaing anda. Tidakkah mempunyai pilihan ini satu kelebihan bagi perniagaan kita ?

3. Kualiti Barangan Yang Semakin Baik

"Made in China" sudah menjadi satu trademark untuk barangan murah dan berkualiti rendah. Tetapi ramai tidak tahu menahu bahawa jenama-jenama besar seperti Adidas, Nike, Reebok, Puma, Timberland dan Apple juga menghasilkan barangan mereka di China.

Jadi di China sebenarnya terdapat barangan yang berkualiti rendah dan barangan berkualiti tinggi juga. Kita sebagai pemborong adalah penentu untuk memilih barangan yang berkualit tinggi atau yang berkualiti rendah mengikut kesesuaian pasaran kita.

4. Teknologi Tinggi

Barangan di China juga sekarang semakin tinggi kualitinya. Persaingan yang tinggi di Chna dan meningkatnya permintaan dari pasaran seluruh dunia, menjadikan pembekal di China mencari jalan untuk menjadi lebih kreatif dengan meningkatkan teknologi barangan yang dikeluarkan.

Barangan baru seperti telefon bimbit mempunyai ciri-ciri yang jauh lebih baik daripada ciri-ciri yang ada pada telefon jenama besar walaupun harganya jauh lebih rendah. Dalam masa beberapa tahun lagi pula, kualiti dan teknologi di China akan menjadi lebih baik dari apa yang dicipta di negara barat.

Jadi ini adalah peluang yang baik bagi usahawan Malaysia untuk menjadi pendahulu pasaran. Usahawan yang menjadi pendahulu pasaran, adalah usahawan yang bakal mendapat keuntungan yang paling tinggi sebelum sesuatu pasaran menjadi tepu dengan persaingan. Jadi usahawan perlu mengarap peluang untuk menjadi pendahulu pasaran.

Oleh: shahabudeenjalil (tranungkite)

Saturday, December 25, 2010

Bisnes Online Dari Sudut Islam

Ramai rakyat Malaysia sekarang ini sangat berminat dengan skim pelaburan atau perniagaan MLM dan bisnes online. Saya berterus terang, bahawa saya kurang arif dalam masalah Muamalah dalam Islam dan saya bukan selayaknya untuk menjawab persoalan yang berkaitan dengan bisnes online ini. Yang selayaknya adalah seperti Ustaz Zaharuddin yang alim dalam bidang muamalah Islam dan dia banyak menghasilkan buku-buku yang berkaitan dengan muamalah Islam dan boleh dapatkan di pasaran. Dalam artikel ini saya hanya berikan sedikit sebanyak sahaja yang saya tahu dengan muamalah Islam hasil belajar di sekolah, buku-buku yang dibaca dan university ketika dahulu.

Untuk menyertai apa-apa bisnes sekalipun, perlu mengikuti prinsip (Klik Sini), ciri-ciri (Klik Sini) dan syarat yang telah diletakkan Islam seperti penjual, pembeli, barang dan akad. Jadi bagi sesiapa yang hendak menyertai skim bisnes online atau MLM anda perlu kenal dahulu penjualnya atau syarikat tersebut, kalau boleh cuba ziarahi syarikat tersebut supaya alamat yang ditulis dalam website mereka adalah betul dan bukan pembohongan. Jangan mudah percaya dengan apa yang diceritakan di dalam website mereka, kerana strategi bisnes tidak akan menceritakan apa-apa kelemahan yang dihadapi di dalam bisnes mereka. Pastikan juga syarikat tersebut benar-benar berdaftar dengan pihak berkuasa seperti SSM, Jabatan Kewangan dan banyak lagi. Ini penting sebagai tindakan berjaga-jaga daripada anda tertipu nanti. Realiti yang berlaku, ramai yang menyertai skim MLM syarikat tersebut selama beberapa bulan, tiba-tiba bulan seterusnya syarikat tersebut gulung tikar entah kemana dan duit yang dilaburkan lesap tanpa dikesan.

Setelah anda berpuas hati dengan latar belakang syarikat tersebut, maka anda bolehlah semak cara perniagaan mereka, adakah tawaran mereka mempunyai surat hitam putih sebagai bukti bayaran? Bagaimana pulangan hasil keuntungan syarikat? Adakah pihak syarikat membuat janji-janji yang tidak masuk akal atau janji-janji pulangan akan diberikan sekian-sekian pada setiap bulan atau sebagainya. Anda perlu pastikan bahawa syarikat tersebut mempunyai produk yang dijual atau hanya habuk sahaja. Islam sangat melarang perniagaan yang tidak jelas dan samar-samar, kerana dikuatiri ada unsur riba di situ. Kebanyakkan syarikat perniagaan online ini hanya mengambil bayaran sahaja dan tiada produk yang dijual. Islam mengharamkan bagi sesiapa yang melaksanakan atau menyertai perniagaan yang belum memulakan perniagaan sudah menjanjikan pulangan sekian banyak pada setiap bulan. Orang yang menyertainya hanya semata-mata ingin memperolehi keuntungan sahaja dan tidak ambil kisah tentang produk tersebut. Ini sangat dilarang dalam Islam, kerana secara logiknya mana akan berlaku perniagaan dan penjualan kalau tiada produk, maka jual beli tersebut tidak sah. Sebagai pembeli, anda perlu berjaga-jaga dan jangan terpedaya dengan kemewahan yang dijanjikan oleh syarikat tersebut.

Mengikut Mazhab Syafie setiap transaksi berlaku antara penjual dan pembeli wajib mempunyai akad yang menandakan bahawa barang itu terjual. Contohnya saya membeli barang dan wajib melafazkan akad “saya beli barang ini” dan penjual juga berkata “saya jual barang ini”. Masalah dalam bisnes online, semua pembayaran berlaku secara online dan tiada akad lafaz yang boleh dibuat antara penjual dan pembeli. Dalam hal ini ada pendapat yang mengatakan bahawa cukup dengan akad mafhum iaitu akad faham-faham antara penjual dan pembeli. Harus anda ingat setiap kali melakukan pembayaran secara online, simpan segala bukti pembayaran yang telah dilakukan sebagai bukti bayaran, ini penting kerana kalau berlaku apa-apa masalah dalam bayaran anda nanti, anda telah mempunyai bukti dan pihak syarikat tersebut boleh ambil tindakan yang sewajarnya.

Sepengetahuan saya dalam perniagaan MLM atau bisnes online ini, kebiasaannya syarikat mereka akan dianugerahkan sijil halal dari JAKIM sebagai bukti bahawa bisnes mereka mematuhi syarak. Ini pernah saya lihat di dalam seminar HPA pada tahun 2008 yang lepas. Mereka juga mempunyai penasihat syariah sendiri untuk memantau segala perjalanan syarikat tersebut. Jika berlaku apa-apa keraguan, penasihat syariahnya akan memberi teguran dan menyelesaikan masalah tersebut mengikut apa yang ditetapkan dalam Muamalah Islam. Ada syarikat yang hanya menggunakan nama mana-mana ustaz yang popular untuk memasarkan produk mereka tanpa diketahui oleh ustaz tersebut dengan mengatakan : “ustaz sekian yang pernah masuk TV dan radio menjadi duta syarikat, takkan makcik dan pakcik semua tak percaya bisnes kami”. Sebagai penguna perlu berhati-hati, dunia sekarang ini banyak penipuan demi semata-mata mencari keuntungan yang tidak menghiraukan halal dan haram.

Saya rasa setakat ini dahulu perbahasan saya secara ringkas tentang skim perniagaan online ini, selagimana dia tidak bercanggah dengan prinsip syarak, maka selagi itulah dia boleh disertai. Sekali lagi saya memohon maaf kerana tidak memasukkan dalil-dalil dari Al-Quran, Hadis dan pendapat ulamak di atas, sebab tiada masa untuk merujuknya. Artikel saya ini bertujuan untuk memberi faham kepada sesiapa yang rasa ragu-ragu dengan skim-skim perniagaan online ini dan selebihnya anda perlu merujuk kepada orang yang lebih arif dalam bidang ini. Saya juga tidak berani mengeluarkan kenyataan yang khusus, kerana saya kurang tahu dan kurang mengkaji syarikat-syarikat bisnes online ini seperti HyProBulkSMS, Marhaban4u, Vemma, Ganda RM 10.00, Dapat Wang dan sebagainya. Hal ini bertujuan untuk menghindari dari berlakunya fitnah.

http://www.ustaznoramin.com