Friday, January 6, 2012

RCI, Ploy To Garner Votes Only

“SABAHANS and patriotic Sabahan leaders need to understand the ploy of Sabah BN led by UMNO, PBS and UPKO on the recent announcement by UMNO Sabah that UMNO Sabah has no objections to the setting up of the RCI on illegal immigrants issue. The play-acting continued with UPKO and PBS rushing to ‘angkat’ their political bosses by heaping praise on UMNO’s statement of no objections,” said Edward Linggu, Campaign Director of UBF.

While it is to be complimented the statement that UMNO Sabah has no objections to the RCI, it has to seen in the light of growing ground-swell amongst the people in Sabah in support of the RCI including many Muslim NGOs in recent times as well as the backlash against UMNO and Sabah BN in the forthcoming general elections due anytime soon.

“All Sabahans are urged to see through the scam of the political ploy by UMNO and Sabah BN and not be duped into false hope in the next general elections,” added Edward.

This can be seen when UMNO Sabah is merely passing the buck back to UMNO and the Federal Cabinet when as the ruling State Government, it has the coercive power to get the UMNO-dominated Federal Government to establish the RCI. Before this, UMNO Sabah was deaf, dumb and mute to the calls by the people for the RCI and no UMNO Sabah leader dared to voice even their no-objections to the RCI.

If the UMNO and Sabah BN leaders are genuine in their concerns for Sabah and for protecting the State’s rights, these leaders need to voice their concerns for Sabah and be more assertive to ensure the rights of Sabah are protected and safeguarded.

At the recent UMNO AGM, which is the highest authority of UMNO, who forms the backbone of the Federal Government, UMNO Sabah failed to seize the opportunity to highlight and debate on Sabah issues. If the rights of Sabah and the problems facing its people are not heard and debated, the hopes for the future of Sabah would remain forgotten, as was in the UMNO AGM.

As the ruling State Government, UMNO and the Sabah BN leaders, need to go beyond mere statements in support of the RCI not just ‘no-objections’ and ensure that the UMNO-dominated Federal Government not only establish the RCI but also ensure that solutions are put in place to resolve the illegal immigrants and Project IC and dubious voters are resolved.

“Can UMNO Sabah ensure that the RCI will be established and that viable solutions will be put in place to resolve the illegal immigrants, Project IC and dubious voters are resolved? Can UMNO Sabah be depended upon to fight for and safeguard Sabah’s rights in Malaysia?,” asked Edward.

This is what the voters in Sabah should also be asking of UMNO Sabah and Sabah BN in the forthcoming general elections. While benefit of the doubt should be given, it may be a futile effort for the benefit to be granted.

If the deafening silence at the UMNO AGM on Sabah issues and the cowered silence of the UMNO Sabah delegation at the AGM is taken as any measure, the answer is obvious whether UMNO Sabah be depended upon to fight for and safeguard Sabah’s rights in Malaysia.

By : UBF MEDIA (sabahkini)

901: PAS Tetap Hadir Perhimpunan

Ahli, pemimpin dan penyokong PAS boleh menghadiri perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari ini meskipun tiada arahan bertulis daripada pemimpin atasan, kata timbalan presiden parti itu Mohamad Sabu.

Beliau mengulas kenyataan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang semalam mengeluarkan kenyataan bahawa adalah tidak sesuai mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram itu semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hasan yang juga exco kerajaan negeri Selangor juga mengumumkan bahawa beliau tidak akan hadir pada Isnin ini.

"Itu kehendak dia. Presiden dan saya akan hadir... Setakat ini tidak ada arahan bertulis (daripada PAS Pusat).

"Kalau presiden dan timbalan presiden hadir, maknanya ahli boleh hadir,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam.

"Ahli dan penyokong PAS, boleh mengiringi presiden dan timbalan presiden untuk mengikuti keputusan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini," kata Mohamad yang popular dengan panggilan Mat Sabu.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (berserban) dilaporkan oleh Harakahdaily berkata bahawa terserah kepada ahli parti itu untuk menentukan sama ada untuk menghadiri perhimpunan aman berkenaan.

"Saya akan hadir, terserah masing-masing," katanya yang disampaikan setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar kepada organ rasmi parti itu.

Pandangan peribadi

Hasan juga semalam turut menasihatkan mahasiswa dan pelajar khususnya yang sedang menghadapi peperiksaan dalam tempoh ini supaya tidak menghadiri perhimpunan itu.

Pemimpin PAS yang rapat dengan Umno itu juga mempersoalkan kewajaran Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman yang mengarahkan ahli-ahli PAS supaya hadir dengan berkata bahawa ia adalah tidak sesuai, meskipun Abdul Hadi dan Mohamad telah mengesahkan kehadiran mereka.

Hasan juga mencadangkan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang diangkat menjadi perdana menteri jika ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim didadapati bersalah pada perbicaraan kes liwatnya, Isnin ini.

Hasan secara tidak langsung menyindir ketua pembangkang itu dengan berkata apabila memilih seseorang pemimpin, selain rekod prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga mereka juga perlu diberi perhatian.

Mengulas keceluparan pemimpin PAS itu, Mohamad berkata ia adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi PAS.

"Beliau masih lagi ahli jawatankuasa PAS Pusat, beliau boleh mengemukakan (cadangan itu) dalam mesyuarat jawatankuasa. Beliau ada saluran dalam PAS.

"Kemudian PAS akan mengemukan cadangannya itu dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat. Keputusan mesyurat (Pakatan) adalah pandangan yang sebenar.

"Sistem kita sistem parti, bukan sistem individu," katanya.

Buta hati, buta mata

Menurut Mohamad lagi, adalah lebih baik cadangan tersebut disalurkan melalui parti daripada terus diumumkan kepada umum.

Tindakan Hasan itu juga mengundang keberangan daripada PKR.

“Hasan Ali sudah buta hati dan buta mata. Hanya mampu mengulangi skrip Umno.

“Ketika Hasan Ali mencerca Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada masa yang sama, 5 petang tadi (semalam) YAB Tuan Guru Datuk Nik Aziz sedang meraikan Anwar di Kota Bharu,” tulis timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali di twitter.

Menjawab cadangan yang dikemukakan di twitter oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin supaya Menteri Besar Selangor memecat Hasan, Azmin membalas “Apakah Umno bersedia menerimanya?” -malaysiakini

Siswa tidak takut ugutan BN!

http://puteraduyong.com/blog/wp-content/uploads/2011/12/adam-adli.pngPelajar UPSI, Adam Adli menuntut supaya isu menurunkan bendera Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak, tidak dimanipulasi untuk menakut-nakutkan gerakan mahasiswa.

Menurutnya, mahasiswa masih konsisten dengan perjuangan mereka menuntut pemansuhan Ak ta Universiti dan Kolej (Auku) dan tidak akan tergugat dengan perkembangan terbaru kontroversi berkenaan


“Kita tak boleh tunggu lagi, sudah empat kali dipinda tapi ia masih lagi berterusan,” kata Adam ke tika membuat laporan berhubung ugutan di pukul oleh seorang anggota polis, di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi 23 Disember lalu.

Adam Adli turut membidas kenyataan pemimpin Pemuda Umno, Dato’ Reezal Merican Naina Me rican kerana memfitnahnya dalam akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini.

“Beberapa hari lalu, Reezal Merican dalam Utusan mendakwa saya telah menurunkan bendera dan saya memijak bendera tersebut.

Dalam portal Utusan Online pula ditulis konon nya Adam mengoyak bendera tertera gambar Najib.

“Ini dua fitnah yang dibuat Utusan dan orangorang di belakang Utusan. Kami bukan ahli politik, jika benar anda memusuhi kami maka benarlah kami berada di jalan yang benar,” kata Adam Adli.

Sementara itu, Adam yang menerima surat panggilan ke jawatan kuasa disiplin UPSI berkata, beliau akan hadir ke pendengaran jawatankuasa universiti tersebut pada 19 Januari depan. -DD

Anwar dipenjara, Pakatan akan rampas Putrajaya?

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat jarang bercerita mengenai anak lelaki beliau, Ehsan yang kini menuntut di peringkat sarjana di sebuah universiti di Amerika Syarikat.

Ketika diwawancara Malaysiakini semalam, Anwar bagaimanapun terus membuka bicara dengan menceritakan telatah anak lelaki tunggalnya itu yang kini berada di dalam negara untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang lagi anaknya.

anwar ibrahim interview with malaysiakini 4Dengan berjenaka, Anwar mengambil peluang itu untuk menceritakan mengenai Ehsan yang telah dijadikan sebagai modal untuk menyerang beliau berhubung perbicaraan kes Liwat II yang bakal diputuskan minggu depan.

Awal-awal pagi lagi anaknya itu sudah mengajaknya untuk bersenam, kata Anwar yang mengharungi jadual sibuk saban hari sehingga beliau terpaksa pulang ke rumah pada jam dua pagi.

Mengulas mengenai keputusan mahkamah pada Selasa, Anwar turut melihat perkembangan itu memihak kepada Pakatan Rakyat.

Malah ada di kalangan penyokong dan pemimpin Pakatan yang berpendapat mereka akan meraih sokongan lebih besar sekiranya mahkamah memutuskan untuk memenjarakan Anwar, kata ahli parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Walau apa jua keputusan 9 Januari, Anwar dengan penuh optimis berkata Pakatan akan berjaya mara dengan lebih jauh dalam pilihan raya umum akan datang, malah "cukup untuk mengambil alih Putrajaya."

Negeri Perak, Negeri Sembilan akan tumbang ke tangan Pakatan, kata Anwar yang menambah beliau menghadapi saingan sengit BN untuk menembusi negeri Johor dan Melaka.

Namun, Pakatan akan tetap berjaya meraih lebih banyak kerusi di negeri tersebut, serta laba yang lebih besar di Sarawak dan Sabah, kata Anwar lagi.

Dalam sedutan wawancara eksklusif Malaysiakini berikut, Anwar turut mengulas mengenai kedudukan menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mungkin menjadi masalah kepada PAS Kelantan berikutan faktor umur dan kesihatan.

Malaysiakini (MK): Negeri manakah yang menjadi satu masalah kepada Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang?

Anwar: Ianya negeri-negeri di Selatan – Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Lebih-lebih lagi Melaka dan Johor kerana kita menghadapi banyak masalah untuk menyampaikan (mesej kepada rakyat).

Bukannya orang tidak datang. Di Muar, 4,000 orang hadir, itu satu jumlah yang besar bagi Muar. Tapi ada pengecualian. Kita tidak boleh mendapat tempat berhampiran bandar, di mana orang boleh berhimpun. Seperti di Ledang, ada jumlah yang selesa tapi susah untuk masuk. Kita perlu bekerja lebih keras.

anwar ibrahim interview with malaysiakini 5Adakah kita lebih baik berbanding 2008? Sudah tentu. Bukan sahaja PKR, tetapi rangkaian DAP di kawasan bandar di Johor juga lebih baik sekarang. PAS telah memasuki kawasan baru. Jentera PKR selepas (ketua PKR Johor, Datuk Dr Chua) Jui Meng ambil alih benar-benar meningkat, dari segi sumber dan juga jentera, jauh lebih baik berbanding 2008.

Kemudian kita ada Sabah dan Sarawak. Di Sarawak ada kawasan majoriti Cina dan juga tiga atau empat kawasan kumpulan Dayak. Boleh kita dapat majoriti kerusi? Tidak. Tidak. Secara realistik, kita boleh dapatkan 30 atau 40 peratus daripada kerusi. Sabah itu cerita lain.

MK: Adakah Datuk Seri yakin dapat tawan Melaka dan Johor?

Anwar: Tidak, saya tidak kata begitu. Johor perlukan lebih banyak usaha. Di Melaka, kita akan dapat lebih banyak dan Negeri Semabilan lebih senang. Moodnya baik.

MK: Datuk Seri akan dapat tawan Negeri Sembilan?

Ya.

MK: Adakah Pulau Pinang seteguhnya akan kekal bawah Pakatan?

selangor dap congress 2011 lim guan engYa, kukuh. Bermakna (peluang) kita bertambah di Pulau Pinang. Itu maksud saya.

Fokus utama orang jenis PERKASA-Umno ialah untuk maki dan tuduh (ketua menteri, Lim) Guan Eng. Ia tidak menjadi. Saya sering ke Pulau Pinang. Tidak seperti tempat lain yang saya kunjungi sebagai pemimpin nasional, bila saya ke Pulau Pinang, saya duduk, saya pergi ke masjid. Tiada impak. Guan Eng telah berjaya dari segi itu.

Orang Melayu... tahu dia seorang Cina, dia seorang DAP. Saya tak anjurkan supaya mereka setuju dengan apa saja yang dia kata dan juga dasar DAP, tapi mereka lihat dia sebagai pemimpin yang berkredibiliti.

MK: Bagaimana dengan Kedah, Kelantan?

Anwar: Saya akan ke Kelantan hari ini (semalam, Khamis). Ada beberapa isu dan kerajaan negeri perlu menanganinya sekarang. Ia perlu dijalankan sekarang, Isu air. Isu tanah di beberapa kawasan. Saya akan bercakap dengan Tok Guru Nik Aziz (Menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) untuk nasihat supaya ini dapat diselesaikan segera.

MK: PAS juga telah memerintah terlalu lama di Kelantan. Mungkin rakyat rasa perlu bertukar?

pakatan ceramah shah alam 041211 nik azizAnwar: Tok Guru Nik Aziz ada cara dia sendiri. Orang kata dia tua, dia dah lama. Tapi dia bersih, tidak tipu kita dalam masyarakat dan sistem politik yang ada ramai sangat penipu yang merompak kekayaan...

Tapi orang kata dia semakin uzur dan dia patut merancang (untuk bersara), dan pasukan yang mewakilinya itu penting.

Saya akan berkongsi dengan dia beberapa pandangan secara tertutup hari ini kerana orang mahu lihat pasukan yang menyokong beliau dipersembahkan dalam pilihan raya umum ini. Ia mesti dilihat sebagai pasukan yang berkredibiliti. -MK

Masihkah Kau Ingat Kisah Sufiah Yusof?

Wanita genius matematik yang juga bekas pelajar Universiti Oxford, Sufiah Yusof, 23, menyesal dengan tindakannya terbabit pelacuran. Perkara itu didedahkan Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek yang dihubungi Harian Metro, semalam. Untuk mengesahkan perkara itu, Hanafi berkata, pihaknya menghubungi pengurusan yang pernah menjadi ejen wanita itu menjual tubuh yang turut mengakui dia tidak lagi terbabit dengan kegiatan itu.

“Dia dah tak buat lagi kerja tu dan kini hanya aktif melakukan kerja amal. Melalui e-mel yang dihantar kepada saya kira-kira seminggu selepas Aidilfitri lalu, Sufiah kata dia betul-betul menyesal dengan perbuatan itu.

“Kami juga ada menghubungi agensi teman sosial yang menguruskan Sufiah dan mengesahkan mereka tidak dapat menghubunginya serta tidak tahu di mana dia berada,” katanya.

Kisah kehidupan Sufiah disiarkan akhbar News of the World keluaran 31 Mac lalu yang mendedahkan wanita yang dianugerah kepintaran semula jadi itu menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun Sterling (RM845) bagi satu sesi.

Wanita itu bertemu wakil akhbar terbabit yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.

Apabila wartawan itu berbual dengannya, Sufiah menyatakan dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.

Sufiah yang ibunya berasal dari Malaysia dan bapa dari Pakistan dilaporkan terpaksa menawarkan khidmat seks kerana kesempitan hidup. Dia dikatakan menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa.

Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi hitam yang menimpa hidupnya sejak zaman kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang begitu berprestij.

Pendedahan akhbar itu berlaku serentak ketika bapanya, Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.

Mengulas lanjut, Hanafi berkata, Sufiah kini lebih tenang selain senang dan gembira dengan rakyat negara ini yang mengambil berat mengenai dirinya. "Bagaimanapun melalui e-mel sama, dia jelaskan belum bersedia untuk bertemu keluarga, terutama ibunya (Halimaton Yusof).

“Sungguhpun begitu, saya gembira dengan perkembangan positif ditunjukkan Sufiah dan menasihatkannya supaya sentiasa ingat serta memohon pertolongan kepada Allah,” katanya. Kata Hanafi, rancangan untuk merawat Sufiah menggunakan kaedah Islam mungkin dapat dilaksanakan sekitar bulan depan. Ini kerana dia akan ke Belanda atas urusan kerja sebelum ke England untuk bertemu Sufiah. ~hm(3/12/2008)

BN masih releven di Sabah?

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2011/03/sabah-bn-umno.jpgKENINGAU: Barisan Nasional (BN) masih releven di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N.33 Bingkor dan masih mampu menang pada pilihan raya umum ke 13 (PRU 13) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Walau bagaimanapun ia bergantung kepada calon yang akan diletak oleh pucuk pimpinan BN pada pilihan raya nanti.

Naib Presiden Persatuan Kujau Sabah Duni Otob berkata, kalau calon yang diletakkan juara dihati rakyat dalam erti kata sentiasa berdamping dengan rakyat atau pengundi di kawasan ini sudah pasti calon berkenaan akan mendapat majoriti yang lebih besar.

“Bakal calon yang dimakudkan oleh rakyat di kawasan ini adalah anak kelahiran Bingkor yang dikenali oleh rakyat di sini tidak mengira dari mana parti komponen ia datang” kata Duni kepada media di sini pada Selasa.

Duni mendedahkan ramai muka baru yang berminat bertanding di kawasan ini menjelang PRU 13 akan datang.

“Tetapi tekankan kepada pucuk pimpinan supaya lebih teliti memilih dan meletakkan calon di kawasan ini” tegas Duni yang mewakili rakyat di kawasan Bingkor.

Katanya, jangan letak calon dari luar yang bukan kelahiran kawasan Bingkor atau yang hanya timbul semasa pilihan raya.

Duni yang juga Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) kawasan Bingkor berkata, rakyat di kawasan ini mahu calon yang sentiasa berdamping dengan rakyat dan yang mudah ditemui pada bila-bila masa.

Dalam masa yang sama Duni yang merupakan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Bingkor memohon penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.33 Bingkor Datuk Justin Guka agar menunaikan janji dalam ucapan kempen PRU 12 2008 di balai raya Kg. Bingkor Baru.

Pada ketika itu kata Duni, Justin merayu kemenangan untuk kali terakhir dan tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang.

“Kami sifatkan ucapan Justin pada ketika itu memberi laluan kepada muka baru untuk bertaanding di kawasan Bingkor” kata Duni.

Tambahnya, memang rakyat di kawasan ini mahu muka baru pada pilihan raya akan datang asalkan orang itu anak kelahiran Bingkor kerana mahukan pembaharuan di kawasan ini.

-Duni

Hasan Ali Perlu Dibuang Segera?

PKR hari ini mendesak rakan kongsinya, PAS supaya bertindak keras ke atas bekas pesuruhjaya Selangor parti itu Datuk Hasan Ali yang mengeluarkan pelbagai kenyataan yang dianggap mencerca dan menghina ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEMengulas tulisannya di Twiteer, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali hari ini membidas kenyataan Hasan yang juga ahli exco kerajaan negeri Selangor kerana menganggap tuduhan liwat yang dihadapi oleh Anwar sebagai perkara peribadi.

"Biar saya ulangi pendirian PKR dan Pakatan yang bersatu dalam menyokong Anwar dan bahawa dakwaan itu adalah satu rekayasa dan politik murahan yang digunakan oleh Umno dan Barisan Nasional. Adakah Hasan merestui politik murahan yang digunakan oleh Umno dan BN.

"Oleh itu, ia tidak wajar baginya untuk mengatakan ini adalah perjuangan peribadi Anwar dan salah baginya untuk melibatkan orang ramai kerana kenyataannya itu bukan merupakan pendirian Pakatan.

anwar ibrahim in seremban 4"Saya berharap dan medesak PAS supaya bertindak terhadap kenyataan Hasan yang celupar ini yang tidak sepatut diluahkan untuk agenda peribadinya,” katanya.

Menurut Azmin, ketika Hasan mencerca ketua pembangkang itu, Anwar sedang mengunjungi Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kota Bharu yang telah menyatakan sokongan beliau.

"Nik Aziz kata beliau akan datang pada 9 Januari ini jika kesihatannya membenarkan. Siapa Hasan yang berkata sebaliknya (meminta ahli-ahli PAS tidak datang)?" soalnya.

"Saya harap PAS mengkaji mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Hasan. Jika dia tidak mahu hadir, dia tak perlu hadir tetapi demo HIMPUN dia hadir," kata Azmin.

Azmin mengulas kenyataan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang semalam mengeluarkan kenyataan bahawa adalah tidak sesuai mengheret rakyat menyertai perhimpunan haram itu semata-mata bagi mempertahankan isu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hasan ali pcHasan yang juga exco kerajaan negeri Selangor juga mengumumkan bahawa beliau tidak akan hadir pada Isnin ini.

Ditanya sama ada beliau akan mengesyorkan kerajaan Selangor yang diterajui PKR oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya menggugurkan Hasan dari barisan exco negeri, Azmin berkata bahawa beliau akan membiarkan PAS mengambil tindakan pertama. -MK

Wang Zakat: NGO Serah Surat Kepada Ketua Jabatan Audit Negara

Jingga 13 semalam menyerahkan surat kepada Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato Setia Haji Ambrin Bin Buang berhubung Penyelewengan dan Salahguna kuasa menggunakan wang zakat terhadap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Pengarah MAIWP Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Encik Shamsuddin Hussain.

Jingga 13 diketuai oleh Ketua Koordinator, Fariz Musa telah hadir ke Jabatan Audit Negara di Presint 2, ditemani oleh 10 orang ahli-ahlinya pada pukul 2.00 petang.

Ketibaan NGO tersebut disambut Pegawai Khas, Jamilah Binti Jais yang menerima surat bagi pihak Ambrin yang sedang bermesyuarat.

Pertemuan selama 15 minit tersebut berlangsung secara baik.

Pada 21 November lalu, Ambrin mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010.

Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses ‘pelarasan semula'.

Khir bersama Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain didakwa melakukan penyelewengan wang zakat yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini terdapat kes amil zakat di Johor, Redzuan Mohd Said yang menyalahgunakan RM19,510 dan memulangkannya tetapi dipenjarakan empat tahun dan dihukum tiga kali sebatan tahun ini.

Pada 30 Disember lalu, Jingga 13 hari ini mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan dua lagi individu Datuk Che Mat Che Ali serta Shamsuddin Hussain memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam kepada seluruh umat Islam berhubung isu penggunaan wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). -tvsnews

Thursday, January 5, 2012

Mengapa SPR Takut Syor PSC?

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mendakwa Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) menolak cadangan Jawatankuasa Pilihan Parlimen bagi Penambahbaikan Pilihan raya (PSC) supaya melantik Mimos Berhad bagi membersihkan dan mengesahkan senarai daftar pemilih.

Katanya, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu sewaktu pertemuannya bersama beberapa pemimpin PKR dengan pengarah pilihan raya SPR Wilayah Persekutuan, Shafie Taib pagi ini.

Ahli parlimen Lembah Pantai itu mendakwa perkara itu berdasarkan minit mesyuarat yang dihadiri Shafie dengan SPR pusat, tanpa dijelaskan alasan penolakan cadangan PSC itu atau syarikat yang menggantikan Mimos.

Nurul Izzah (kanan sekali) menyuarakan kebimbangannya berhubung pangkalan data pusat SPR dan sistem yang menghubungkan antara sistem Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR yang didakwanya "tidak terkini dan terdapat beberapa kelemahan yang perlu dirungkaikan".

"Kami dimaklumkan dalam pertemuan SPR yang terbaru, (mereka) memutuskan Mimos tidak akan digunapakai sebagai syarikat yang akan mengesahkan daftar pemilih.

"Ini amat membimbangkan. Cadangan PSC ditolak setakat ini oleh SPR, supaya Mimos sebagai badan pengesahan (senarai nama pemilih)," katanya dalam sidang media selepas pertemuan tersebut di pejabat SPR Wilayah Persekutuan pagi ini.

Dalam cadangan PSC, jawatankuasa itu mengesyorkan supaya SPR melantik Mimor Berhad untuk membuat verifikasi terhadap isu-isu yang berkaitan daftar pemilih dan melaporkan balik penemuan kepada jawatankuasa berkenaan.

Ia membabitkan isu dua orang pemilih dengan satu kad pengenalan yang sama, pengundi yang meninggal dunia masih ada dalam daftar pemilih, pengundi yang berumur 90 tahun ke atas, pemilih bukan warga tempatan, ramai pemilih dalam satu alamat, dan pengundi hilang kelayakan.

Turut menghadiri pertemuan tersebut ialah naib presiden PKR Tian Chua, pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Dr Tan Kee Kwong.

BN Sabah Semakin Bergolak?

PEMUDA PAS Sabah hari ini menganggap bahawa pergolakan dalaman mengenai kedudukan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin sebagai badai yang bakal meruntuhkan tampuk kekuasaan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Ketuanya, Lahirul latigu berkata, desas-desus tindakan Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tersebut bakal menyaksikan pertikaian dan pergolakan dalaman seumpama yang dialami parti perkauman itu.

“PAS percaya, walaupun ditangkis tohmahan kita oleh pegawainya. Ini satu bentuk serangan dalaman yang dilakukan Lajim dan para penyokongnya. Ada signifikan bahawa kedua-dua belah pihak ini tidak sehaluan dan sependapat,” ujarnya.

Katanya, pertikaman lidah dan kegusaran pemimpin atasan dan bawahan UMNO/ BN sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Ahli Jawatankuasa UMNO Beaufort, Ibrahim Salim dan Ketua UMNO Sepanggar, Datuk Jumat Idris juga sudah menunjukkan bahawa berlakunya ketidaksefahaman antara pimpinan bahagian dan negeri tersebut.

“Jumat sudah minta Lajim menyatakan pendirian dan meletak jawatan politik. Sudah tunjukkan kepada kita bahawa mereka ini ada kepentingan politik tertentu yang menambah bebanan UMNO/ BN,” dakwanya yang pada Selasa lalu, Ketua UMNO Sepanggar itu meminta Datuk Seri Lajim Ukin meletakkan jawatan dari jawatan politik dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Menurut Lahirul, kesan daripada PRU-12 lalu juga telah menyaksikan beberapa tindakan luar jangka beberapa Ahli Parlimen terutama Sabah yang dikatakan turut akan melompat keluar dari paksi UMNO/ BN.

"Selepas PRU ke-12, ramai Ahli Parlimen telah hilang kepercayaan kepada BN. Tindakan drastik beberapa Ahli Parlimen ini sedikit sebanyak menganggu gugat kedudukan Datuk Seri Musa Aman yang dikatakan bermasalah,” dakwa Lahirul.

Beliau memaklumkan bahawa, walaupun tiada perubahan pucuk kepimpinan negeri pada waktu itu, namun ia membawa impak yang besar.

“Kita percaya bahawa ada beberapa tindakan yang dibuat Musa Aman ketika ini tidak disenangi oleh rakan-rakannya dalam politik.

“Barangkali ada usaha pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk menyingkirkan Musa,” dakwanya sambil merujuk kepada apa yang berlaku salah seorang Ahli Parlimen yang senyap setelah ditawarkan Menteri sebagai cengkaman politik yang memeningkan kepala UMNO/ BN.