Sunday, January 8, 2012

Penulis blog Umno sertai DAP

Dua penulis blog terkemuka yang juga ahli Umno hari ini, mengakhiri spekulasi beberapa minggu masa depan politik mereka dengan menyertai DAP.

malay bloggers join dap 080112 03Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (kanan) bekas ADUN Pulau Manis dan pemimpin veteran Umno Negri Sembilan Aspan Alias, berkata bahawa penyertaan mereka bersama DAP adalah tanpa sebarang syarat dan mereka tidak dijanjikan mana-mana jawatan.

Mengenai sama ada mereka telah keluar Umno secara rasmi, Mohd Ariff berkata bahawa dengan penyerahan borang keahlian dirinya dan Aspan kepada Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng hari ini bermakna keahlian Umno mereka secara automatik terbatal.

Tindakan itu dianggap satu tamparan kepada Umno yang sebelum ini mendakwa DAP adalah parti yang anti-Melayu.

malay bloggers join dap 080112 02Mohd Ariff pernah menjadi ketua penerangan bahagian Umno Pekan yang masih diketuai oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Beliau menulis di blog dedngan nama pena Sakmongkol46 dan berjaya menarik perhatian pembaca yang agak ramai kerana artikelnya yang kritikal. -MK

Pengawal Peribadi Wan Azizah Disuntik Racun?

Fayyadh Afiq Albakqry, pengawal peribadi kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail disyaki disuntik racun dan menyebabkannya pengsan sebelum dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya, tengah malam tadi.

Fayyad dipercayai diserang menerusi suntikan di telapak tangan kiri sewaktu mengiringi Wan Azizah meredah kesesakan orang ramai ke pentas ceramah di Kampung Cherok Tokkun.

Mangsa dikatakan ada meminta ais daripada wartawan PenangDaily, Zainulfaqar kerana tangannya berasa kebas, sebelum pengsan kira-kira 15 minit selepas terkena suntikan itu.

“Masa nak masuk sini, dia (Fayyad) dah minta ais sebab tangannya kebas. Masa bawa Kak Wan Azizah keluar tadi, dia dikejar ke hospital,” tulis Zainulfaqar di twitter.

Beliau juga memetik sumber dikenali sebagai Zul Saad yang menyatakan Wan Azizah menangis berikutan keadaan Fayyah ketika pengawal peribadi itu belum sedarkan diri.

Fayyad adalah pegawal peribadi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang patah tulang pipi akibat terkena kelongsong gas pemedih mata ketika demonstrasi Bersih 2.0.

Semakan melalui akuan blog mikro itu mendapati rakyat yang begitu marahkan kejadian itu, percaya Fayyah bukan sasaran sebenar suntikan racun berkenaan, sebaliknya ia disyaki disasarkan kepada Wan Azizah.

Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Najwan Halimi pula berkata, keadaan Fayyad stabil dan sudah sedarkan diri tetapi tangan kiri sehingga bahu dilapor kebas dan gagal digerakkan.

“Doktor sedang membuat ujian darah dan air kencing utk pastikan jenis racun,” katanya melalui twitter selepas menghubungi Wan Azizah tidak lama selepas kejadian. -keadilandaily

STAR Tiada Peluang Di Sabah

PARTI komponen Barisan Nasional (BN) berasaskan masyarakat Kadazandusun percaya Parti Reformasi Negeri (STAR) yang dilancarkan di Sabah semalam tidak mempunyai peluang di negeri ini.

Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Johnny Mositun berkata parti itu, yang berpusat di Sarawak, hanya 'memeriahkan' arena politik di negeri ini berikutan dasar Malaysia yang mengamalkan demokrasi.

"Kita yakin parti itu tidak akan dapat memenangi hati rakyat di Sabah kerana parti itu juga tidak diterima di Sarawak.

"Parti itu sudah lama 'tidur' dan tentu sekali sudah banyak bermimpi. Sekarang mereka bangun dari tidur kerana mahu memberitahu apa yang telah mereka mimpi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Sabtu.

Beliau diminta mengulas penubuhan cawangan parti itu di negeri ini yang mana bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan menjadi pengerusinya.

Johnny, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata parti berkenaan tidak menunjukkan kesepakatan dengan golongan yang turut memperjuangkan hak Sabah dan tidak mahu bersatu dengan parti komponen BN yang mempunyai perjuangan yang sama bagi menguatkan perjuangannya.

"Jika perjuangan mereka sama dengan kebanyakan parti dalam BN, mereka hanya membuang masa dan apa yang mereka buat memang tidak berbaloi," katanya.

Sementara itu, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup, yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata kebangkitan semula STAR tidak akan memberi impak besar dalam senario politik semasa di Sabah, khususnya menjelang pilihan raya umum ke-13.

"Seperti yang kita tahu, parti STAR ini adalah satu parti yang lapuk yang kini tidak lagi mendapat sokongan ramai di kalangan rakyat di Sarawak.

"Saya melihat kehadiran parti ini di Sabah hanya memenuhi tuntutan demokrasi dan tidak memberi gambaran jelas tentang agenda penubuhannya menyebabkan parti tersebut menaruh harapan dan simpati di negeri lain," katanya.

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, berkata setiap parti akan dinilai oleh rakyat berdasarkan merit masing-masing.

Beliau tidak hairan dengan tindakan Jeffrey menyertai dan membawa parti luar ke Sabah, tetapi keputusan sebenar terserah kepada pengundi.

"Sudah menjadi hasratnya (Jeffrey) untuk menjadi presiden parti dia sendiri dan saya rasa kali ini hasratnya itu sudah tercapai.

"Tetapi saya rasa kita (dalam BN) perlu mempamerkan kepada rakyat bagaimana kita bekerja dan tunjukkan prestasi kerja kita sejak bertahun-tahun," katanya. (BERNAMA)

NGO Bangsa Sungai Tentang 901

DUA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sukau dan Gum-Gum, Datuk Mohd Saddi Abdul Rahman dan Datuk Hj Zakaria Hj Eddris yang mewakili Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS); merangkumi 30 sub-etnik suku kaum Sungai membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Sandakan pagi kelmarin bagi membantah perhimpunan “Kempen Bebaskan Anwar 901” yang bakal diadakan di ibu negara pada 9 Januari ini.

Kata Zakaria, tindakan parti pembangkang khususnya para penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengadakan perhimpunan tersebut akan mencetuskan pertumpahan darah dan menjejaskan kestabilan negara.

Berikut isi kandungan penuh laporan polis No Report SKN/RPT/0279/2012;

“Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) yang merangkumi 30 sub-etnik suku kaum Sungai di negeri Sabah membantah keras tindakan pihak yang bercadang mengadakan perhimpunan ‘Kempen Bebaskan Anwar 901” di ibu negara pada 9hb Januari ini’.

Perhimpunan itu hanya akan mencetuskan pertumpahan darah dan menjejaskan kestabilan negara. SABAS merayu kepada pemuda-pemudi terutama sekali ahli SABAS agar jangan terlibat dengan kempen Bebaskan Anwar 901. Kempen tersebut merupakan kempen berbahaya dan boleh dianggap sebagai satu bentuk ugutan kepada sistem kehakiman negara.

Kempen ini lebih bersifat untuk kepentingan peribadi dan secara dasarnya memperlekehkan sistem perundangan negara. Perhimpunan jalanan bukannya satu cara penyelesaian yang bijak malah mengakibatkan kesan negatif yang sangat serius terhadap imej negara kita.

Kita telah mendengar dan melihat keadaan hura hara di Negara luar akiibat daripada kempen-kempen seumpama ini yang mengakibatkan keadaan hura-hara dan ketenteraman yang tidak stabil.

Laporan polis ini dibuat agar pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas terhadap penganjur Kempen sedemikian dengan seberapa segera kerana tindakan mereka itu boleh mengancam ketenteraman dan keharmonian Negara.”



Dalam sidang media yang diadakan di hadapan perkarangan Balai Polis Sandakan sejurus selepas laporan dibuat, Zakaria menjelaskan tindakan pihak pembangkang berbuat demikian telah melanggarkan tatatusila rukun negara yang boleh menimbulkan pelbagai kejadian yang tidak diingini.

Kata Zakaria lagi, biarlah undang-undang yang menentukan nasib Anwar jika beliau di pihak yang benar, tidak perlu bimbang atau takut. Sebaliknya jika dia dapati bersalah, kita kena menerima hakikat yang dia bersalah wajar dihukum.

“Kita tidak boleh bertindak dengan sesuka hati tanpa memikirkan implikasinya dan jadilah parti pembangkang yang sihat agar disenangi oleh rakyat jelata dan bukan menjadi satu parti yang berunsur militant,” ujarnya.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : FAIRUL ZAMAN
-Sabahkini

Pembaca Berita TV3 Sebut Anwar Sebagai PM

Seorang pembaca berita Buletin Utama TV3 sebentar tadi membuat satu kejutan besar menggemparkan seluruh negara! Nama penanya di laman mikroblog popular Twitter adalah Jay Jamalina, manakala nama sebenarnya adalah Nur Jamalina Mohd Jamali. Bekas calon akhir Anugerah Sri Angkasa 2010 dalam dua kategori ini mengaku dia telah menyatakan dalam laporannya bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri Malaysia, dan bukannya Najib Altantuya! Dalam mesejnya di Twitter malam tadi, Nur Jamalina menulis:

@JAYJAMALINA *facepalm* Too many news on Anwar in first block. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *slowclap*

@JAYJAMALINA *muka masam* Terlalu banyak berita tentang Anwar (Anwar Ibrahim) dalam blok pertama. Nak cakap Najib, tersasul sebut Anwar. Bagus lah tu Jay. Bagus. *tepuk tangan perlahan*

Dan disusuli pula oleh Twitter seterusnya dengan melihat respon ratusan mesej di Twitter yang mengutuknya dia terpaksa membela diri dengan berkata:

@JAYJAMALINA I would like to apologize for the slip during Buletin Utama just now. It was a complete slip-of-the-tongue. Tidak disengajakan.

@JAYJAMALINA Saya ingin memohon maaf atas kata-kata saya yang tersasul semasa Buletin Utama sebentar tadi. Ia sememangnya tersasul cakap. Tidak disengajakan.



Untuk pengetahuan anda, Nur Jamalina atau Jay pula sudah lima tahun bekerja di Media Prima Radio Networks di radio Hot FM sebagai penyampai berita setiap jam serta laporan trafik terkini. Meskipun peranannya hanya sebagai penyampai berita untuk Hot FM, wajahnya dikenali apabila membaca Berita Pagi dan Buletin 1.30 menerusi TV3.

Gadis berusia 28 tahun ini dicalonkan menerusi laporannya dalam ulasan radio terbaik Formula 1 2010. Sememangnya Jay hanya menjalankan tugasnya dan benarlah kata orang tua-tua, apa yang diucap dengan penuh ekspresi wajah dan hati sebenarnya datang dari lubuk hati dan bukannya dipaksa-paksa atau terpaksa!

Tahniah Jay kerana berani berterus terang dengan jutaan rakyat Malaysia yang pastinya membuatkan Najib Altantuya yang sedang syok tidur dalam pesawat milik rakyat kini yang dalam penerbangan ke Johannesburg, Afrika Selatan, terkejut tiba-tiba! Syabas Jay, rakyat Malaysia pasti akan mengenang pengorbanan kamu! -jalanpulang


Banyak Kalau Dalam Keputusan 9 Januari

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdFY79VweIqryZe4KKdGVUnJ3ShVYAA4OXZaY0WTsytehf7VqNzX9wd_tUxI2FJBsglYcRiDioOA9YeSSh-fIX0by9BGL4yVyzDxCyHe7Cfduh7nX8QE7vCSGlq-hSrBV79BVh6vJdKAgJ/s1600/anwar+bebas.jpgPADA 3 Jan baru lalu, media massa melaporkan yang kepemimpinan Pakatan Rakyat (PR) sebagai berkata, mereka bersedia menghadapi kemungkinan ketua de fakto mereka, Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan liwat yang akan diputuskan 9 Jan ini.

Yang memberikan jaminan itu tidak lain dan tidak bukan Anwar sendiri. Malaysian Insider memetik beliau sebagai berkata:

“Kepimpinan Pakatan Rakyat bukan sahaja saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah Wan Ismail) tetapi Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah membincangkan perkara ini... Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami bersedia, membincangkan pelbagai kemungkinan, satu, dua atau tiga senario.”

Hari ini, 5 Jan, The Star pula melaporkan yang PR telah mengenal pasti calon bakal Perdana Menteri dan pengganti Anwar. Yang membuat kenyataan itu pun Anwar juga.

Sebenarnya banyak “kalau” yang boleh diperkatakan antara sekarang hingga 9 Jan dan selepas itu.

1. Kalau Parti Keadilan Rakyat dan sekutu politiknya berjaya dengan rancangan mereka, 100,000 orang akan berdemonstrasi di Kuala Lumpur pada 9 Jan ini;

2. Kalau Anwar dibebaskan, mereka akan berdemonstrasi kerana kehakiman memihak kepada mereka. Boleh jadi juga mereka akan memuji Kehakiman Malaysia kerana bebas dan berani;

3. Kalau Anwar disabitkan kesalahan, mereka akan berdemonstrasi kerana kehakiman tidak memihak kepada mereka dan, mungkin juga, menuduh Kehakiman Malaysia dikongkong pemerintah;

4. Kalau Anwar memang, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak dan Barisan Nasional akan hadapi masalah besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) nanti. Anwar akan menjadi hero dan kredibiliti Mohd Najib merudum;

5. Kalau Anwar kalah, dia akan sekali lagi dianggap mangsa penganiayaan politik dan “mati syahid” oleh penyokong tegarnya dan oleh generasi muda yang kurang faham mengenai sodomi satu dan salah guna kuasa 1999/2000;

6. Kalau Anwar masuk penjara, kesan undi simpati yang menyebabkan BN hilang banyak kerusi dan kalah DUN Terengganu dalam PRU 1999 mungkin berulang; dan

7. Kalau hal ini berlaku, BN akan mendapati lebih sukar mempertahankan kedudukannya kerana ia kini jauh lebih lemah daripada tahun 1999.

Itu adalah antara “kalau” yang terlintas di fikiran saya. Para pembahas dipersilakan untuk menyumbang “kalau-kalau” lain kalau ada. Wallahualam.

http://kadirjasin.blogspot.com/

Ketepikan Soal Siapa PM, Fokus Menangkan Pakatan

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) menegaskan, apa yang penting sekarang untuk semua ialah memenangkan Pakatan Rakyat dalam Pilihan raya Umum ke 13 dan bukannya berbincang mengenai siapa menjadi Perdana Menteri.

Dalam satu posting di Facebook pagi ini, Abdul Hadi berkata soal menjadi Perdana Menteri ialah ketentuan Allah.

“Apa yang penting kita mesti menangkan dulu PR dalam pilihan raya ke 13, soal siapa menjadi PM tidak penting, yang penting negara kita selamat, segalanya ketentuan Allah,” kata beliau.

Dalam temubual bersama Malaysiakini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sekiranya memenangi pilihanraya ke 13 akan melantik seorang Perdana Menteri sementara.

“Kita sudah bincang perkara ini dengan kepimpinan Pakatan (jika beliau dipenjarakan). Adalah ia satu masalah? Tidak. Sekiranya kita menang, kita akan ada satu Perdana Menteri sementara. Sudah tentu, kerana saya yakin jika kita menang, saya tak akan berada di penjara untuk lama,” kata beliau.

Pada 9 Januari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas.

Anwar, 64, dituduh telah melakukan liwat terhadap Mohd Saiful di sebuah kondominium di Damansara Heights pada Jun 2008, beberapa bulan sebelum kembali dan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan orang ramai yang sudah mempunyai tanggapan di minda untuk Januari 9 ini bahawa kesemua manusia akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat.

“Dalam duniawi, apapun, yang berharap akan terus menanti, yang tidak percaya akan terus tidak yakin, yang menang hari ini tidak semestinya akan terus menang, yang tewas hari ini tidak semestinya akan kalah selalu dan yang akan dihukum akan terus menjalani hukuman.

“Namun, yang pasti kesemua kita akan dihukum semula dengan hukuman yang pasti adil di hadapan Allah di akhirat. Beringatlah pada Allah selalu,” pesan Tuan Ibrahim. -HD

Mahasiswa Aman Bantah Perhimpunan 901

http://www.mummycute.com/wp-content/uploads/2012/01/anwar-901.jpgKumpulan yang menggelar diri mereka Mahasiswa Aman menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantah perhimpunan yang dijadualkan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Isnin ini.

Wakil kumpulan itu, Mohd Shahar Abdullah, yang juga presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), berkata bantahan tersebut berdasarkan empat asas termasuk aspek keselamatan mahasiswa.

Selain itu, beliau berkata mahasiswa di peringkat ijazah bakal berdepan peperiksaan akhir semester manakala kuliah bagi penuntut diploma berjalan seperti biasa pada hari berkenaan.

"Kita menolak perhimpunan ini kerana mahasiswa yakin terhadap sistem perundangan dan institusi kehakiman negara yang bebas serta adil.

"Perhimpunan ini hanya merupakan agenda politik individu terdesak yang memperalatkan mahasiswa," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohd Shahar berkata walaupun polis membenarkan perhimpunan itu diadakan secara bersyarat, penganjurnya perlu memastikan golongan mahasiswa dan pelajar sekolah tidak terbabit.

Justeru, katanya, Mahasiswa Aman yang dibarisi pimpinan mahasiswa institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia bersama 15 badan bukan kerajaan (NGO), meminta kerajaan mengkaji semula keputusan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Beliau berkaAUKU masih relevan dalam memastikan mahasiswa tidak terjebak dalam kancah politik yang akan mengancam keselamatan universiti, terutama apabila ada pihak tertentu mengambil kesempatan memperalatkan penuntut bagi agenda politik mereka.

Sementara itu, yang dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia Muhammad Idzuan Jamalludin berkata pindaan AUKU memberi peluang kepada parti politik menjadikan mahasiswa sebagai agen menyebarkan agenda mereka di universiti.

Beliau berkata insiden membabitkan mahasiswa seperti tindakan menurunkan bendera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) serta demonstrasi di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) baru-baru ini, menunjukkan golongan itu diperalatkan pihak tertentu.

"Baru umumkan AUKU akan dipinda, mereka sudah bertindak dengan tidak rasional. Perkara ini perlu diberikan perhatian kerana inilah yang berlaku di Luban dan Mesir di mana mereka memperalatkan mahasiswa sehingga negara kucar kacir," katanya.

Mengenai tuntutan Aspirasi agar Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah bertanggungjawab bagi insiden di PWTC, Mohd Shahar berkata pihaknya akan membuat tindakan susulan walaupun tempoh dua minggu yang diberikan menerusi satu memorandum pada 21 Dis lepas telah tamat.

Katanya, anggota parlimen Temerloh itu perlu menjelaskan pendirian beliau yang didakwanya seolah-olah cenderung menyokong tindakan demonstrasi puak pelampau mahasiswa sehingga mengancam keselamatan universiti.

- Bernama

Isu DSAI & Imam Mahdi

http://www.selangorkini.com.my/my/wp-content/uploads/2010/12/Dr-Badrul-Amin-Baharom.jpg Pertama, saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang kononnya saya menamakan DSAI sebagai Imam Mahdi. Saya hanya membincangkan potensi DSAI untuk menyatukan Dunia Arab yang mana penyatuan itu adalah syarat penting dlm pembebasan Al-Aqsa.

Kedua, Potensi DSAI dapat dilihat dari banyak sudut:

1) Dunia Arab menerima beliau sebagai Tokoh Pemimpin Islam yang dihormati. DSAI kini adalah penasihat kepada beberapa buah Negara Arab selain menjadi sahabai baik kepada Syekh Dr Yusuf al-Qardawi (Penasihat Mesir) dan Syekh Abdul Rashid Ghannusi (Pemimpin Tunis).

2) DSAI juga diterima oleh Dunia Islam bukan Arab selain menjada sahabat baik kepada Erdogan (Pemimpin Turki) serta beberapa Pemimpin lain.

3) DSAI juga dihormati oleh Dunia Barat. Selain beliau adalah Professor Pelawat d George Town University, Washington, DSAI sering menyuarakan pendapat di pentas barat dan pendiriannya dalam banyak isu (agama, politik, ekonomi dan kemanusiaan) amat dihormati.

4) DSAI juga dihormati oleh Dunia Timur. Pendirian beliau dalam banyak isu juga sering mendapat tempat.

5) DSAI juga adalah pelopor kebangkitan Islam di Malaysia melalui wadah ABIM sejak awal 70an.

6) DSAI adalah seorang pejuang kemanusiaan yang konsisten sejak awal mudanya bila disumbat dalam ISA kerana memimpin kebangkitan Mahasiswa dalam Isu Kemiskinan di Baling.

Ketiga, saya juga menafikan tuduhan yang kononnya saya "memuja" DSAI secara keterlaluan. Saya hanya sekadar menyatakan pendapat saya tentang potensi yg ada pada beliau. Sekiranya ada pemimpin atau tokoh lain yang lebih berpotensi, SILA tampilkan...

Keempat, saya tidak pernah menyebut nama Imam Mahdi dalam mana2 ceramah saya. Adapun Hadis "Kebangkitan Islam dari Timur", ianya saya sebut hanya untuk menyatakan bahawa tidak mustahil (harus) ada orang dari belah Timur ini yang akan bangkit menyatukan ummat, dan pada masa ini yang paling berpotensi adalah DSAI.

Sekian dan Salam hormat!

Oleh Dr Badrul Amin

Friday, January 6, 2012

Keputusan kes Anwar akan gugat Najib

http://1.bp.blogspot.com/-1GMuGLdvIb0/TaI3KD9v88I/AAAAAAAAAhY/24k8rq4O6-Q/s1600/najib+pening.jpgNegara kini sedang menunggu tarikh 9 Januari, 2012, hari yang dijangka mencetus satu lagi berita besar dalam sejarah politik negara.Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua PKR yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh dituduh mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan, iaitu seks luar tabie secara sukarela.

Undang-undang ini melibatkan perlakuan homoseksual secara konsensual, sesuatu yang di banyak negara diterima sebagai sebahagian hak asasi manusia.

Kempen media pihak pro-Anwar dan pembangkang telah menimbulkan isu kredibiliti sistem kehakiman dalam usaha membela Anwar di mahkamah pendapat awam.

Gerakan dinamakan 901 dengan tujuan "membebaskan Anwar" juga digerakkan dengan dakwaan ketidakadilan sistem kehakiman negara, dengan sejak awal telah meletakkan Anwar sebagai tidak bersalah dan menjadi mangsa tindakan bermotif politik.

Hakikat bahawa Anwar didakwa menurut seksyen tersebut juga menjadi hujah oleh penyokong Anwar untuk mendakwa kesalahan di pihak mahkamah, dan juga pemerintah.

Tarikh 9 Januari nanti bakal menjadi penentu kepada politik Anwar tetapi mungkin lebih menjadi faktor penting kepada pemerintah di bawah Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

Sama ada disabitkan atau tidak - atau sebarang keputusan lain - kempen kepada rakyat yang telah lama digerakkan bakal membawa kesan besar kepada pemerintah.

Anwar yang bebas berkempen sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 nanti bakal diangkat sebagai wira yang terlepas daripada usaha memfitnah dirinya buat kali kedua oleh musuh politik yang jahat.

Anwar yang terpenjara juga akan diangkat, sebagai mangsa satu tindakan bermotif politik oleh kerajaan Najib.

Anwar yang terpenjara bakal menjadi modal kempen parti-parti pembangkang, walaupun sokongan sebenar dan kepercayaan terhadap Anwar telah banyak terhakis.

Pada masa sama, iklim politik yang liberal kebelakangan ini yang melanda seluruh dunia menjadikan keputusan memenjarakan Anwar sebagai sesuatu yang tidak popular di peringkat global, medan yang masih menyebelahi Anwar dan kelompok liberal.

Sekiranya Anwar disabitkan kesalahan, Najib memerlukan usaha berganda untuk bersaing di mahkamah pendapat awam sehingga tiba Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Disember lalu, pemerintah Amerika Syarikat sendiri menyatakan satu pendirian tegas menyokong hak gay sebagai hak asasi manusia yang turut perlu dihormati dan diperjuangkan.

Sekiranya Anwar didapati bersalah, implikasi politiknya ialah Malaysia bakal menjadi perhatian sebagai negara yang menghukum pelaku homoseksual, dan dilakukan tidak lama selepas pentadbiran Obama - yang turut ingin dirapati oleh Najib - menyatakan sokongan kepada hak tersebut.

Tidak lama selepas kenyataan sokongan AS itu, badan hak asasi Human Rights Watch pula menggesa Malaysia menghapuskan undang-undang yang menghukum perlakuan homoseksual secara suka sama suka.

Anwar turut menyatakan pendirian serupa dengan pertubuhan hak asasi itu dalam satu kenyataan kepada sebuah agensi berita Barat baru-baru ini.

Hal ini menjadi satu tekanan antarabangsa yang kuat terhadap pentadbiran Najib. Selain AS, negara-negara Eropah turut dijangka bersuara dalam hal ini.

Perhatian yang boleh menjejaskan imej Najib ini, dan menyukarkan hubungan dengan negara Barat, sesuatu yang menambah masalah menjelang pilihan raya umum.

Selain faktor politik dalam negara, Malaysia turut akan menjadi topik hangat di peringkat global ekoran keputusan kes liwat Anwar nanti.

-http://siasahdaily.blogspot.com