Calon Bebas Balingian Datuk Salleh Jafaruddin mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikelilingi oleh 'bomoh luar negara'.
“Kita mahu selamatkan Sarawak daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran, keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya.
“Saya secara peribadi saya berjumpa dan berdepan dengan tiga bomoh itu pada hari penamaan calon di Mukah.
“Saya beritahu mereka tidak ada hak memberi nasihat spiritual kepada ketua menteri, khususnya pada pilihan raya sehingga mempengaruhinya dalam keputusan memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional,” kata Salleh (atas,kanan) pada sidang media hari ini.
Dakwanya, tiga bomoh berkenaan, seorang dipercayai rakyat Australia dan seorang lagi berbangsa Yahudi bekerjasama dengan naib presiden kanan PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, adik perempuan Taib - Radziah Mahmud dan Taib sendiri semasa menyediakan senarai calon BN.
“Tidak ramai yang mengetahui cerita ini, sehingga hari penamaan calon pada 6 April lalu di Mukah. Pengaruh mereka ke atas cengkaman politik Taib begitu besar dan sukar diatasi, malah ia mengatasi pengaruh politik perdana menteri kita,” dakwa Salleh yang juga adalah sepupu Taib.
Salleh, bekas timbalan menteri pelajaran juga menuduh Taib menipu pemimpin PBB, parti-parti komponen BN, seluruh pengundi Sarawak sejak 30 tahun lalu bahawa masih belum menemui pemimpin yang sesuai bagi menggantikan dirinya.
“Jika 30 tahun tidak memadai bagi memilih pengganti, adakah awak percaya dalam beberapa bulan ini selepas pilihan raya, dia boleh tiba-tiba memilih seseorang bagi gantikannya kecuali seseorang itu dicadangkan oleh bomohnya,” katanya.
Friday, April 8, 2011
Ketua Menteri S'wak dikelilingi bomoh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Taib ada bomoh pula? dah moden2 ni masih guna bomoh ke?
ReplyDeleteBomoh? Setiap undi adalah hak masing2.
ReplyDeletePada zaman teknologi sekarang masih ada orang percayakan bomoh?
ReplyDeleteDalam surat khabar, kebanyakan kes 'bomoh' adalah penipu. Selalu kita kena suruh berjaga-jaga, jangan percaya perkara karut.
ReplyDeleteTaib will do anything just to stay in his position that includes using the bomoh service.
ReplyDeleteBetter to have faith in yourself than to use Bomoh.
ReplyDeletebenarkah ini??atau hanya sekadar cerita kosong sahaja..
ReplyDeleteRasanya ini bukan bomoh atau apa pun. Tapi kerana kebolehan dan keyakinan Taib untuk membantu rakyat membolehkan beliau terpilih oleh rakyat.
ReplyDeletedalam politik, apa cara sekali pun akan digunakan bagi memastikan tampuk pemerintahan dalam genggaman.
ReplyDeletetaib sudah lama memanaskan kerusi KM sarawak..beliau patut bersara dan berikan laluan kepada orang lain..
ReplyDeletekemungkinan kredibiliti taib akan jatuh selepas ini jika beliau menang dan menjadi KM sarawak semula.
ReplyDeletehahahhaha... Ada2 saja andaian yang timbul. huhuhu
ReplyDeleteApapun semuanya terpulang pada rakyat juga. So buatlah pilihan yang terbaik :)
ReplyDelete'Bomoh' yg dimaksudkan itu ialah penasihat politik dari negara luar, bukan bomoh betul2. Maksudnya, ahli politik negara kita dipengaruhi oleh 'orang luar', takut bagai kerbau dicucuk hidung..!
ReplyDeletefikir-fikirkanlah sebelum mengundi...jangan mudah terpedaya...
ReplyDeletetidak mustahil beliau boleh mengubah pendirian untuk memilih penggantinya secara tiba2 atas faktor desakan oleh pelbagai pihak. tidak semestinya orang luar.
ReplyDeleteTaib mempunyai sebabnya yang tersendiri kenapa beliau berhubung dengan tiga orang 'bomoh' dari luar.
ReplyDelete