Friday, April 8, 2011

TERLALU MAHAL HARGA DIBAYAR PENGUNDI?

SEJAK diserang angin ahmar empat tahun lalu, Chong Su Onn, 77, yang tidak pernah mungkir menunaikan tanggung jawabnya sebagai pengundi dalam setiap pilihan raya sejak 1969 tidak menyangka terpaksa membayar harga yang terlalu mahal iaitu terbiar dan melarat dalam kemiskinan.

Sebaik sahaja saya menerima daripada isterinya, Chan, saya telah bergegas ke rumah beliau untuk membantu apa yang terdaya saya lakukan; apatah lagi saya bukanlah seorang Wakil Rakyat atau jutawan.

Menurut Chan, suaminya menderita penyakit angin ahmar namun disebabkan kemiskinan yang merantai keluarga mereka, maka Chong terlantar di katil dengan mata yang terkebil-kebil meratapi nasib tanpa mampu melakukan apa-apa.

Setelah melihat keadaan suami Chan, saya memikirkan cara terbaik untuk membantu mereka ialah mendapatkan bantuan daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah melalui Skim Bantuan Pesakit Terlantar untuk meringankan beban kewangan yang terpaksa mereka tanggung selama ini.

Saya telah meminta jasa baik Penolong Pegawai Kebajikan Kawasan Sandakan, Kasrin, untuk membantu keluarga tersebut dengan mengisi borang maklumat dan permohonan bagi mendapatkan Bantuan Pesakit Terlantar (BPT).

Sekiranya diluluskan, Chong akan mendapat RM300 setiap bulan untuk meringankan beban isterinya yang selama ini bertungkus-lumus melakukan pelbagai kerja sampingan kerana menyedari pepatah yang mengatakan, kawan ketawa boleh dicari, kawan menangis sukar didapati.

Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu Chan yang memikul beban untuk menyara suaminya yang terlantar dengan bantuan anak lelakinya yang bekerja sebagai buruh kasar di sebuah rumah usang setelah lebih 17 tahun Kerajaan Barisan Nasional telah menjanjikan sebuah rumah untuk rakyat Sabah pada kempen pilihan raya umum 1994.

Luka di hati Chong siapa yang tahu, namun mungkin berhenti berdarah setelah kedatangan Kasrin sebagai wakil JPKAS yang telah melakukan tugasnya dengan sempurna.

Sebagai pembayar cukai dan pemilih berdaftar, mungkin Chong dan Chan akan menerima hak mereka dalam masa antara dua hingga tiga bulan akan datang, namun saya berharap agar JPKAS akan menganggap kes Chong sebagai istimewa dan meluluskan segera bantuan berkenaan.

Di manakah semua wakil rakyat yang telah diundi Chong sekeluarga sejak pilihan raya pertama Sabah? Saya harap mereka berhubunglah dengan Pegawai JPKAS Sandakan untuk menghulurkan bantuan, terutama memastikan Chong dapat menikmati rumah PPRT sebelum menghantar usia ke hujung nyawa. Saya tidak menyatakan kampung atau kawasan mereka tinggal kerana tidak berniat untuk memalukan sesiapa.

Oleh: CHANG SHAK HUNG (sabahkini)

22 comments:
Write comments
  1. sungguh perit penderitaan yang dialami Chong, bantuan segera perlu diberikan begi meringankan beban mereka.

    ReplyDelete
  2. Harap pegawai JPKAS Sandakan akan memberi perhatian kepada keperluan keluarga miskin dan kurang upaya seperti Chong.

    ReplyDelete
  3. harap chong akan mendapat bantuan yang diperlukan bagi meringankan penderitaannya.

    ReplyDelete
  4. Harap jabatan-jabatan kerajaan akan mempercepatkan pengurusan pemohonan rakyat supaya bantuan boleh sampai lebih cepat lain kali.

    ReplyDelete
  5. harap jabatan kebajikan akan dapat melakukan apa yang patut demi membantu golongan yang memerlukan.

    ReplyDelete
  6. Hopefully Chong will get the help he needed.

    ReplyDelete
  7. Jangan lupa kepada mereka yang membantu kita. Jangan seperti kacang lupakan kulit.

    ReplyDelete
  8. Kemana wakil rakyat kawasan tersebut. Seharusnya wakil perlu membantu mereka yang memerlukan pertolongan.

    ReplyDelete
  9. Semoga bantuan itu akan diluluskan oleh jabatan kebajikan. Ini bagi meringankan beban keluarga tersebut.

    ReplyDelete
  10. The government should provide more things for him.

    ReplyDelete
  11. diharap bantuan diberikan kepada mereka.

    ReplyDelete
  12. Saya harap kerajaan akan memberi bantuan yang setimpal kepadanya.

    ReplyDelete
  13. penderitaan rakyat dilupakan...isu video seks pula mendapat perhatian di Parlimen...buat malu saja..

    ReplyDelete
  14. inilah sikap kebanyakkan wakil rakyat yang hanya menuggu rakyat datang kepada mereka dan bukannya wakil rakyat datang kepada rakyat..wakil rakyat yang hanya sibuk dengan alasan2 seperti sibuk harus ditolak..tidak kira siapa kerana ternyata amanah yang diberikan tidak ditunaikan.

    ReplyDelete
  15. demikian juga kepada pemimpin di peringkat akar umbi seperti ketua kampung dan pengerusi JKKK..mereka harus sentiasa mendekati rakyat bagi mengetahui masalah yang dihadapi..

    ReplyDelete
  16. mungkin ramai lagi rakyat yang mengalami penderitaan serupa..

    ReplyDelete
  17. mana2 wakil rakyat diharap tidak terlalu taksub untuk menjaga kepentingan politik mereka sehingga rakyat di kawasan mereka terabai..

    ReplyDelete
  18. Assemblymen and MP should play their role in a better way.

    ReplyDelete
  19. Pembahagian rumah PPRT patut diagihkan secara adil kepada mereka yang memerlukannya.

    ReplyDelete
  20. Harap bantuan akan cepat sampai kepada rakyat yang susah.

    ReplyDelete
  21. kadang2 rakyat tidak tahu mana2 saluran yang betul untuk mereka ketengahkan masalah2 mereka.

    ReplyDelete
  22. Memang susah kehidupan keluarga ini, harap mereka akan mendapat bantuan daripada pihak berkuasa.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.