Sunday, September 18, 2011

Pengakuan PM Bangladesh dipadam

KUALA LUMPUR: Laman web yang memapar pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi, dipadamkan hari ini. Semakan Keadilan Daily pada jam 7 malam ini mendapati laman itu tertera No item to show (tiada paparan kandungan) tetapi tiada alasan diberi. Bagaimanapun, halaman depan web berkenaan masih boleh ditemui di sini.

Semalam, portal ini mendapati Sheikh Hasina dilapor berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu, selain diberi hak mengundi.



Berikutan itu, Naib Presiden KEADILAN [ngo bangla] Fuziah Salleh ketika diminta mengulas hal itu, mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan berkenaan.

“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.

“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya. -Tranungkite

17 comments:
Write comments
  1. altantuya dibunuh di malaysia ttp secara teknikalnya, x pernah masuk malaysia... x ada perkara mustahil di malaysia, UMNO sentiasa ada magic yg hebat...

    1 lagi wayang kulit BN!!!

    ReplyDelete
  2. Each person have their own opinion. Just wait for the investigation results.

    ReplyDelete
  3. Hope that the prime minister will come forward and give his view about this.

    ReplyDelete
  4. PM bangladesh sendiri yang memberi kenyataan, dan laman web kerajaan bangladesh yang mengeluarkan kenyataan PM bangladesh. jadi apa yang tidak betul lagi. tak kan semuanya palsu..PM malaysia sila jawab.

    ReplyDelete
  5. kita sendiri tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. mungkin isu ini sengaja disensasikan..

    ReplyDelete
  6. tak hairanlah ramai warga asing di negara ni.

    ReplyDelete
  7. apapun, kena siasat dulu. hairan juga tiba2 pengakuan tu dipadam.

    ReplyDelete
  8. lebih ramai rakyat 'palsu' drpd rakyat sejati sabah berdasarkan statistik terbaru...wake up,sabahan...

    ReplyDelete
  9. hal ini perlu disiasat, kena pastikan jg adakah pernyataan tersbut benar.

    ReplyDelete
  10. Perkara ini sengaja dimainkan oleh Keadilan untuk kepentingan politik mereka sendiri.

    ReplyDelete
  11. Masih menjadi persoalan sekarang benar atau tidak pengakuan dari PM Bangladesh ini.

    ReplyDelete
  12. Iklan Top inside

    170,818 pengundi guna kod negara misteri | Print |
    Harakahdaily
    KUALA LUMPUR, 20 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mendedahkan pula sekurang-kurangnya 170,818 pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi layak mengundi.

    Mereka merujuk kepada kod negara "71 " yang terdapat pada no kad pengenalan pengundi tersebut seperti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) suku ke dua 2011 SPR.

    "Berdasarkan kepada semakkan laman web JPN, tiada kod “71” disenaraikan sebagai kod rasminya.

    "Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod “71” adalah suatu kod warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya," kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.

    Menurutnya, 42.33 % atau 72,742 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa Cina iaitu Cina (71,252), Hokkien (521), Teochew (375), Cantonese (292), Foochow (135), Hainanese (119), Henghua (25) dan Hokchiu (23).

    17.33 % atau 29,605 pengundi dari rumpun bangsa India iaitu India (24,663), India Muslim (2,399), Punjabi (796), Sikh (639), Sri Lanka (346), Pakistani (328), Tamil (324), Tamil Sri Lanka (67), Telegu (21), Malabari (12) dan Bangledeshi (10).

    Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941) .

    "Ini bermakna bahawa negeri Pakatan Rakyat (PR) termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran seramai 57.32 % atau 97,923 orang.

    "Suatu jumlah yang cukup besar yang mungkin boleh menumbangkan kerajaan yang memerintah," katanya curiga.

    Mereka juga turut menjangkakan bahawa terdapat lebih ramai lagi pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran ini dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke-3 2011. yang akan digunakan untuk pilihanraya akan datang.

    Ekoran itu mereka mahu JPN memberi penjelasan terhadap persoalan berikut:

    1. Mengapa JPN menggunakan kod negara “71” sedangkan setiap negara seluruh dunia sudah mempunyai kod negara kelahiran yang telah ditetapkan oleh JPN sendiri. Dalam Kes Mismah yang sepatutnya menggunakan kod negara Indonesia “61” tetapi Mismah diberi kad pengenalan berkod negara “71”. Rujuk laman web JPN : http://www.jpn.gov.my/kodnegara dan http://www.jpn.gov.my/kodnegeri .

    2. Kenapa begitu ramai sehingga 170,818 warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya dan mereka layak mengundi. Bilangan ini terlalu mencurigakan. Apakah ada agenda tersembunyi dibelakang JPN bagi tujuan manipulasi pilihanraya?

    3. Apakah suatu kebetulan atau sememangnya satu perancangan bahawa negeri Pakatan Rakyat mempunyai bilangan paling ramai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahirannya iaitu 57.32% ?

    ReplyDelete
  13. Kenyataan diatas terang lagi bersuluh.Siapa yg kamurang suruh siasat?? Jangan harap ada siasatan.Senang saja,tanam satu yg akan memberi faedah kepada genarasi kita.Takut-takut saja anak-anak kita akan merempat.

    ReplyDelete
  14. Rajul,jangan tengok siapa yg bercakap tetapi nilai apa yg dia cakap.Begini ramai PATIpun kau masih kata politik Pembangkang.Jangan jadi buta.

    ReplyDelete
  15. kenapa perlu padam kalau dakwaan itu benar belaka?

    ReplyDelete
  16. Neji,kalau tak padam habislah kerajaan BN kedapatan.Itupun mau tanyakah kenapa kena padam.

    ReplyDelete
  17. Anon.. Pejabat Suruhanjaya Tinggi Bangladesh sudahpun membuat penafian dan mereka sendiri ada mengatakan bahawa artikel itu tidak berasas dan bermotif jahat. ada pihak yang mahu menghancurkan hubungan baik antara Bangladesh dan Malaysia..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.