Wednesday, October 19, 2011

Musa Sokong Formula PM Ageh Kerusi

KETUA MENTERI Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman menyambut baik dan menyokong penuh langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai penyelarasan kepada formula pembahagian kerusi pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Sambil menyifatkannya sebagai keputusan tepat dan langkah yang dinamik, sesuai dengan senario dan cabaran politik semasa negara, beliau berkata, ianya merupakan satu cara terbaik bagi komponen BN untuk membincangkan pengagehan kerusi.

“Inilah tradisi dan budaya politik kita dalam BN yang sentiasa mengutamakan mua- fakat, kerjasama dan persefahaman bagi memperkukuh- kan kekuatan dan perpaduan kita untuk terus membela nasib rakyat dan menjadikan BN terus relevan sebagai pilihan yang terbaik untuk rakyat dan negara,” katanya .

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusi- kan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) dan Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri di Wisma Innoprise di Kota Kinabalu, kelmarin.

Beliau yang juga Pengerusi BN Negeri berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin bahawa BN akan memulakan proses pelarasan kepada formula pembahagian kerusi pilihan raya yang kini digunapakai bagi menghadapi PRU akan datang.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, pelarasan itu perlu untuk menyesuaikan dengan keadaan setempat sama ada telah berlaku perubahan politik dinamik.

“Formula pembahagian kerusi dibuat pada 2004 dan dipakai pada 2008, PRU ini kita kena tengok sama ada berlaku perubahan poliitk dinamik yang menyebabkan kita perlu pelarasan.

“Kita akan runding dengan pemimpin-pemimpin parti komponen BN untuk mencari fomula terbaik pembahagian kerusi,” katanya selepas merasmikan Konvensyen Perwakilan Kebangsaan Parti Gerakan ke-40 di ibu negara, kelmarin.

Musa berkata, beliau percaya menerusi perbincangan dengan hati yang terbuka dan ‘Semangat BN’ yang tinggi dalam kalangan semua pemimpin komponen BN, cadangan Perdana Menteri itu akan menghasilkan formula yang terbaik bagi BN menentukan pembahagian kerusi dan juga pemilihan calon-calon yang boleh menang” dalam PRU ke-13 kelak.

Menurutnya, apa yang penting ialah untuk melihat calon-calon BN beroleh kejayaan dengan memenangi kerusi-kerusi yang diberikan kepada parti yang bertanding atas tiket BN.

Ditanya mengenai pembahagian kerusi di kawasan yang sebelum ini ditandingi oleh calon-calon daripada Parti Maju Sabah (SAPP) sebelum itu bertindak keluar daripada BN, Musa berkata, ianya akan dibicangkan bersama dengan komponen BN.

Menurutnya, kalau kawasan itu parti tertentu yang kuat dan mempunyai sokongan yang cukup baik, kita akan berikan kepada parti berkenaan.

“Ini kita akan melihat keadaan tempat itu, pada masa yang sama kita juga harus bekerjasama apabila kawasan berkenaan diberikan kepada parti lain-lain, maka semua komponen parti dalam BN mesti bekerjasama untuk menentukan kemenangan calon tersebut di kawasan berkenaan,” katanya.

Musa berkata, semangat kerjasama BN dalam BN sememangnya wujud sekian lama dan apa yang Perdana Menteri mahu semangat kerjasama itu dimantapkan lagi dengan meneruskan usaha dan perpaduan serta kesepakatan untuk mencapai kejayaan yang besar pada PRU ke-13.

-Sabahkini

66 comments:
Write comments
  1. Harap KM akan mengagehkan kerusi antara parti-parti komponen dengan adil dan saksama.

    ReplyDelete
  2. Pastikan semua parti akan puas dengan keputusan KM.

    ReplyDelete
  3. libat semua pemimpin dalam membuat keputusan, jangan jadi macam parti lawan yang mana hanya sorang sahaja yang berhak buat keptusan..

    ReplyDelete
  4. Ya, ramai yang menyokong kerana pengagihan kerusi ini banyak positifnya terhadap rakyat dan juga menteri2 terlibat.

    ReplyDelete
  5. Jika semua bekerjasama nescaya semua program pasti akan mendapatkan hasil yang sangat memberansangkan.

    ReplyDelete
  6. "Datuk Seri Musa Haji Aman menyambut baik dan menyokong penuh langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai penyelarasan kepada formula pembahagian kerusi pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang."

    Pengagihan kerusi parti komponen seharus dibincang, dirancang dan dilaksanakan. Untuk kebaikan semua pihak khas kepada rakyat, seharus dilaksanakan agar tiada pihak yang menyalah guna kuasa.

    ReplyDelete
  7. "Perdana Menteri itu akan menghasilkan formula yang terbaik bagi BN menentukan pembahagian kerusi dan juga pemilihan calon-calon yang boleh menang” dalam PRU ke-13 kelak."

    Pemilihan calon-calon perlu berhati-hati dan seharus diberi kepada pemimpin yang betul-betul berkebolehan, berbakat tinggi dan sanggup berusaha dan berdedikasi untuk parti komponen dan semua rakyat. Genrasi muda seharus diberi peluang untuk bertanding dan menjawat.

    ReplyDelete
  8. Co-operation and team spirits that lead BN to win and stay power in coming election. SAPP, DAP, PR etc should work harder to proven themself that they can do better than the current government.

    ReplyDelete
  9. Jiak BN berhasrat berkekalan kuasa di negeri Sabah, maka BN memerlukan darah baru, fikiran, kreativiti dan cara pentadbiran yang baru. Cuma perubahan yang berterusan yang akan menyakinkan rakyat untuk memberi sokongan.

    ReplyDelete
  10. “Kita akan runding dengan pemimpin-pemimpin parti komponen BN untuk mencari fomula terbaik pembahagian kerusi,”

    Semangat dan kerjasama ini yang amat diperlukan dalam parti komponen. Semua perkara dibawa bincang, semua ahli diberi peluang untuk mengemukakan pendapat dan cadangan.

    ReplyDelete
  11. dengan jarak yang semakin menghampiri PRU13, elakkan sebarang salah faham atau konflik..

    ReplyDelete
  12. saya cadangakan UMNO jagan lebih dari 50% kerusi di sabah.

    ReplyDelete
  13. pengagihan kerusi harus dilakukan dgn adil agar semua pihak berpuas hati.

    ReplyDelete
  14. Kalau dengan cara tersebut dapat menaikkan semangat pemimpin2 dan sentiasa berjiwa rakyat.

    ReplyDelete
  15. pemilihan calon juga harus dilakukan dgn terperinci. pilih calon yang benar sesuai.

    ReplyDelete
  16. penyelarasan semula pengagihan kerusi sememangnya perlu terutama di sabah.

    ReplyDelete
  17. the leader should know how to manage the party and which method is the best for party.

    ReplyDelete
  18. memang wajar semua pemimpin BN berbincang untuk menentukan pengagihan kerusi..

    ReplyDelete
  19. penyelarasan ini adalah perlu untuk memastikan kemenangan berpihak kepada BN pada PRu akan datang.

    ReplyDelete
  20. cadangan pemimpin sabah untuk penambahan kerusi di sabah juga harus diambil kira...

    ReplyDelete
  21. harap semuanya akan berjalan lancar dan dilakukan dengan semangat persefahaman yang tinggi.

    ReplyDelete
  22. Im sure BN will come with best formula dan method to regularise the seats.

    ReplyDelete
  23. Semua ini terpulang kepada BN untuk menentukannya, yang penting, keputusan dibuat selepas persetujuan semua parti komponen. Cadangan dan pendapat semua pihak seharus dikaji.

    ReplyDelete
  24. pemilihan calon juga harus dibuat dengan teliti...YB sekarang yang mana rakyat sudah tidak suka harus disingkirkan daripada dicalonkan semula..dengan ini, kemenangan BN dapat dipastikan..selalunya rakyat muak dengan YB yang tidur dan bukannya parti diwakili..perkara ini harus diberikan keutamaan oleh pucuk pimpinan BN.

    ReplyDelete
  25. Pengagihan kerusi seharus adil. Pastikan calon yang berkebolehan diberi peluang dan keutamaan. Golongan muda seharus diberi peluang untuk bertanding dan mengambil pengalaman.

    ReplyDelete
  26. apa2 pun persetujuan dari semua parti komponen Bn adalah perlu agar tiada salah faham antara satu sama lain...UMNO juga tidak harus bertanding lebih dari 50% kerusi di sabah..

    ReplyDelete
  27. BN should inject new blood and new minded. The young candidates should given chance to take part in PRU13.

    ReplyDelete
  28. BN seharus lebih bercorak berbilang kaum. Pastikan agihan kerusi dibuat denagn adil dan kesemua bangsa dan agama diberi keutamaan juga.

    ReplyDelete
  29. parti2 dan calon2 tempatan Sabah perlu diutamakan.

    ReplyDelete
  30. pemimpin2 jangan ada yang mementingkan diri sendiri dan elakkan perebutan kerusi.

    ReplyDelete
  31. bagaimana agaknya mereka menentukan winnable candidate?

    ReplyDelete
  32. UMNO diharap tidak tanding lebih daripada 50% kerusi di Sabah.

    ReplyDelete
  33. Semoga agihan kerusi dibuat dengan adil dan pastikan calon yang benar2 layak saja bertanding.

    ReplyDelete
  34. BN perlu tampilkan imej yang positif jika ingin menang PRU nanti.

    ReplyDelete
  35. Harap agihan kerusi nnti akan di buat secara adil dan calon2 nya benar2 layak.

    ReplyDelete
  36. Apa yang penting calon2 yg terpilih adalh calon yg terbaik dan mementingkan rakyat...

    ReplyDelete
  37. harap akan berjalan dengan lancar, dan semua berpuas hati..dan diharapkan calon yg dipilih benar2 memenuhi keperluan rakyat..

    ReplyDelete
  38. Anonymous 32 says
    October 19, 2011 2:18 PM

    yup.. setuju bro.. berikan peluang kepada parti tempatan untuk meletakkan lebih banyak calon..

    ReplyDelete
  39. BN seat allocation is something that everyone yearns for.

    ReplyDelete
  40. jika lebih banyak parti tempatan diberi kerusi, rakyat akan lebih menyokong kerajaan..bagi peluang kepda yg layak..

    ReplyDelete
  41. i also support PM......

    ReplyDelete
  42. we must get more seats!!

    ReplyDelete
  43. Berita yang rasanya akan disambut gembira oleh rakyat, tapi kita lihat sajalah dulu perkembangannya:)

    ReplyDelete
  44. Libatkan semua pemimpin BN dalam mencari fomula terbaik pembahagian kerusi. At least semua pihak akan bekerjasama dan semangat BN itu makin kuat.

    ReplyDelete
  45. Dengan adanya kerjasama, saya yakin hasilnya nanti pasti memuaskan hati ramai.

    ReplyDelete
  46. Jadi pastikan penganggihan kerusi nanti berjalan lancar dan adil demi kebaikan bersama dan paling penting calonnya adalah yang benar-benar layak dan terbaik buat rakyat.

    ReplyDelete
  47. Semoga cadangan PM ini akan membuahkan sesuatu yang positif sekaligus membuktikan usaha kerajaan memberi nafas baru dalam perjuangan mereka menjaga kebajikan rakyat.

    ReplyDelete
  48. Cadangan yg bernas dri PM kita..sebagai rakyat, sangat bersetuju, kebajikan rakyat akan lebih terjaga..

    ReplyDelete
  49. Ini bermakna beliau amat berpuas hati dengan idea tersebut.

    ReplyDelete
  50. Benda baik harus disokong.

    ReplyDelete
  51. CM is a very well updated minister.

    ReplyDelete
  52. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  53. Harap PM akan melaksanakan formula yang terbaik untuk pembahagian kerusi.

    ReplyDelete
  54. Biar PM yang menentukan siapa yang layak dan siapa yang tidak nanti.

    ReplyDelete
  55. UMNO jangan monopoli, jangan lebih 50% bilangan kerusi, kerusi SAPP dahulu mestilah diagihkan kepada komponen BN lain kecuali UMNO...

    ReplyDelete
  56. AGIH YANG ADIL LA..

    ReplyDelete
  57. mana mungkin UMNO mahu agih secara adil,kan UMNO "king segala king"silap haribulan kawasan cina atau yang nyawa-nyawa ikan pun dia orang ambil sebagai contoh kawasan SOOK dan Pensiangan sebab kawasan ini adalah kawasan nyawa-nyawa ikan buat BN....sedang kan kawasan Tenom pun ada segelintir pemimpin UMNO mahu rebut,tidak apa lah kalau yang mahu rebut ini ada lah bangsa mejoriti dikawasan ini,cuba bah kalau kawasan tampasuk orang murut mahu tanding memang orang Bajau marah...itu lah kamu orang murut senang saja sokong ini UMNO...itu lah ada pemuda murut gelar ahli UMNO dari bangsa murut...dengan U (ulun) M (murut) N ( naando) O (Otak)

    ReplyDelete
  58. undilah UMNO demi utk menambahkan bilangan unwanted guests [PTI] di sabah...

    1 lagi wayang kulit UncivilisedMonkeyNO!!!

    ReplyDelete
  59. apa yang penting sekarang ialah usaha untuk kerajaan BN mendapat sokongan padu dari rakyat Sabah

    ReplyDelete
  60. tanpa sokongan dari rakyat, calon-calon BN tentu tidak akan dapat beroleh kejayaan dalam PRU akan datang...

    ReplyDelete
  61. jangan sahaja ada PATI/PATAI terlibat dalam pilihanraya nanti..

    ReplyDelete
  62. semoga tiada lagi penglibatan 'pengundi hantu' di PRU akan datang

    ReplyDelete
  63. semangat kerjasama dan perpaduan dalam kerajaan gabungan BN bukan hanya wujud setakat untuk mencapai kejayaan besar pada PRU-13 tetapi juga dalam pentadbiran negeri Sabah jika mendapat kemenangan nanti

    ReplyDelete
  64. mengharapkan formula yang akan digunakan oleh PM untuk pru di sabah tidak membuatkan mana parti di bwh BN tersinggung dan pengagihan kerusi yang adil...dunia...dunia...dunia...

    ReplyDelete
  65. Kali ini saya bagi peluang undi untuk PR.Jadilah pengundi bijak dan matang.Jangan asyik2 yg tu juga kita undi tp tiada perubahan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.