PERDANA Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak disaran agar mencari ‘Pelesit’ di dalam UMNO yang merosakkan peluang Barisan Nasional untuk mempertahankan Sabah sebagai ‘Fixed-Deposit’, atau melupakan sahaja hasrat beliau untuk terus menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Pemerhati Politik, Abdullahsani Haji Abdul Salleh ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi berkata, beliau ingin mengulas kenyataan Najib Tun Razak mahu Malaysia dan Indonesia mencari ‘Pelesit’yang cuba merosakkan hubungan mesra dan rapat antara kedua-dua Negara, semasa berucap merasmikan Konvensyen Dunia Melayu, Dunia Islam (DMDI) Ke-12 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
“Najib tidak perlu mencari ‘Pelesit’ di luar negara kerana Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah ‘Pelesit’ paling besar yang menjadi gunting dalam lipatan di dalam UMNO/BN dan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional,” kata Abdullahsani yang kesal dengan tindak tanduk Shafie menggagalkan kelancaran pembangunan di Sabah.
Shafie, kata Abdullahsani, telah membelakangkan Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Pejabat Daerah dan Jabatan Kejuruteraan seperti Jabatan Kerjaraya dan Jabatan Pengairan dan Saliran dalam pelaksanaan semua projek KKLW di Sabah, sebaliknya melantik FELCRA sebagai pemantau projek KKLW.
Melalui tindakan tersebut, Shafie telah melakukan sabotaj paling besar kepada pembangunan Sabah dan meletakkan ekonomi Sabah dalam keadaan tenat kerana banyak projek tidak mencapai sasaran yang dirancangkan Pejabat Daerah dan Pejabat Pembangunan Negeri Sabah.
“Rasuah dan projek TOP-UP sudah menjadi satu kemestian dalam semua projek KKLW sehingga Perdana Menteri dibenci rakyat Sabah disebabkan Shafie menggelarkan dirinya sebagai ‘Blue Eye Boy’ kepada Najib,” kata Abdullahsani yang curiga dengan tindakan Najib mempertahankan salahlaku Shafie sekalipun Timbalan Presiden PKR, Tian Chua dan Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi telah mendedahkan kecurangan Shafie melalui media.
Sehubungan itu, Abdullahsani mendesak agar Perdana Menteri tidak mengotorkan tangannya merestui kegelojohan Shafie membelanjakan peruntukan NKRA tanpa restu Kerajaan Negeri Sabah dan Pejabat Pembangunan Negeri yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Sebaiknya, kata Abdullahsani, Kerajaan Persekutuan memansuhkan Jabatan Pembangunan Negeri kerana tidak langsung berfungsi; sebagaimana gagalnya Jabatan Pembangunan Persekutuan sedikit masa lalu bagi mengelakkan rakyat Sabah terus membenci Kerajaan Persekutuan yang dianggap menjajah Sabah sejak 1963.
“Saya tidak hairan jika rakyat Sabah curiga dengan Bajet 2012 kerana mereka hanya menjadi ‘Pemerhati Pembangunan’ dan bukannya ‘Menikmati Pembangunan’ sekalipun berbilion ringgit dicurahkan ke Sabah setiap tahun,” kata Abdullahsani yang berpendapat Shafie menanamkan bibit kebencian rakyat setiap hari dan mungkin menjadi punca penamat pemerintahan BN di Sabah.
(NOTA : Pendapat Abdullahsani adalah pendapat peribadi beliau sebagai Pemerhati Politik Bebas dan bukannya mewakili mana-mana NGO yang disertai atau dipimpinnya dan tidak ada kena mengena dengan Sabahkini.net)
Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini)
Monday, October 17, 2011
Najib Perlu Cari Pelesit Dalam UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pelesit ataupun parasit?
ReplyDeleteTapi saya sokong jugalah, mereka yang tidak berguna dalam kerajaan ataupun hanya pandai membuat kacau, patut dikeluarkan supaya tidak menjejaskan satu kerajaan.
ReplyDeletebetul tu, mereka yg banyak memburukkn kerajaan, mungkin patut dikluarkan dan diganti dengan siapa yg betul2 tau buat kerja..
ReplyDeleteSiapa2 yang tidak layak harus digantikan kepda yang lebih layak!
ReplyDelete"Shafie telah melakukan sabotaj paling besar kepada pembangunan Sabah dan meletakkan ekonomi Sabah dalam keadaan tenat kerana banyak projek tidak mencapai sasaran yang dirancangkan Pejabat Daerah dan Pejabat Pembangunan Negeri Sabah."
ReplyDeletePeruntukan telah diluluskan tetapi projek pembangunan tidak tercapai matlamat. Apakah punca kegagalan projek tersebut? Siapakah yang seharus bertanggungjawab keatas kerugian kerajaan dan rakyat?
Mereka2 yang tidak bertanggungjawab itu langung akan membajayakan imej kerajaan.
ReplyDeleteKerana nila setitik rosak susu sebelanga!
ReplyDeleteGolongan yang tidak berkeupayaan dan gagal melaksanakan tugas dan tanggung jawab seharus diganti dengan darah baru supaya parti dan negara menghala ke arah yang lebih berkembang. Pemilihan calon-calon amat penting sebab golongan ini yang akan berkhidmat dan memberi rangsangan terus kepada perkembangan negara.
ReplyDelete“Rasuah dan projek TOP-UP sudah menjadi satu kemestian dalam semua projek KKLW sehingga Perdana Menteri dibenci rakyat Sabah disebabkan Shafie menggelarkan dirinya sebagai ‘Blue Eye Boy’ kepada Najib,”
ReplyDeleteSPRM seharus bertanggung jawab untuk membasmi kes rasuh diseluruh negara terutama di negeri Sabah. Jangan memberi peluang kepada pihak yang sanggup mengorbankan hak & kepentingan rakyat untuk memenuhi diri sendiri.
“Saya tidak hairan jika rakyat Sabah curiga dengan Bajet 2012 kerana mereka hanya menjadi ‘Pemerhati Pembangunan’ dan bukannya ‘Menikmati Pembangunan’ sekalipun berbilion ringgit dicurahkan ke Sabah setiap tahun,”
ReplyDeleteBukan senang 1 bujet untuk memenuhi kesemua golongan. Ada antara kami juga mendapat manfaat juga cuma secara langsung atau tidak langsung. Peruntukan untuk pembangunan ekonomi lebih bermanfaatkan lebih banyak golongan.
Imej dan sikap setiap ahli kabinet amat penting. Ada juag golongan yang sering bertindak dan bersikap amat negatif yang akan menjejas imej baik BN. Golongan ini seharus diambil tindakan atau digantikan demi imej baik BN.
ReplyDeletePelesit is a Malay term for an inherited spirit or demon which serves a master. It is found in early Malay animism ( refers to the belief that non-human entities are spiritual beings, or at least embody some kind of life-principle).
ReplyDeleteDemon will destroy the party, so better threw out the demon.
I think najib know who is the pelesit. better do something to avoid big troubles.
ReplyDeleteBiarlah bajet yang telah diperuntukan sampai ke rakyat secara total.
ReplyDeletePM kita akan bertindak jika dia tau siapa peesit dalam umno..
ReplyDeleteada saja isu yang ditimbulkan..apa pun, yang penting tugas kepada rakyat perlu sentiasa dilaksanakan dengan sebaiknya.
ReplyDeleteIts depend how you play the game. If you smart, you dont have to find this so-called palesit, you can use him or her for your own or the party benefits.
ReplyDeleteI think Najib is a smart man you play his game well...
bajet itu akan digunakan dgn sebaiknya untuk rakyat.
ReplyDeletesemua perlu sentiasa berusaha untuk melakukan tanggungjawab kepada rakyat dengan baik.
ReplyDeletejgn biarkan pelesit berleluasa dalam umno
ReplyDeleteapa mau cari lagi kalau sudah jelas2 dinyatakan dalam artikel ini..
ReplyDeletebiasanya orang kanan shafie akan tampil buat penjelasan.. tapi nampak gayanya macam kali ni tiada apa2 respon.
ReplyDeleteJangan disalahkan budget kerana budget itu untuk semua rakyat tidak kiralah mana-mana negeri sekalipun.Berhubung dengan perkara ini, ia hendaklah disiasat dengan lebih telus dan sewajarnya pemimpin yang baiklah yang kita angkat.
ReplyDeletebajet2012 suda dbentang, harap dapat dilaksanakn dengan sempurna la... siasat dulu kebenaran artikel ini, ada bukti bawa ke hadapan..
ReplyDeleteBN seolah sebatang pokok besar, kalau nak bertumbuh besar, batang yang layu seharus dibuat agar batang baru boleh tumbuh.
ReplyDelete"Rasuah dan projek TOP-UP sudah menjadi satu kemestian dalam semua projek KKLW sehingga Perdana Menteri dibenci rakyat Sabah"
ReplyDeleteSemua masyarakat benci dengan kes rasuah. Seharus SPRM membuat siasatan agar tiada pihak mengambil kesempatan terhadap "tax payee money"
Peruntukan untuk pembangunan dan perkembangan ekonomi seluruh Sabah khas tempat pedalaman perlu diambil perhatian wajar. Kawasan pedalaman masih tidak mempunyai keperluan asas seperti elektik, air, jalan dll.
ReplyDeleteJika BN berhasrat untuk berkembang dan berkekalan kuasa, makan, darah baru amat diperlukan. Golongan muda yang berkebolehan dan berbakat seharus diberi peluang untuk mendapat pengalaman. Golongan ini yang akan mengganti generasi tua.
ReplyDeleteSemoga bujet 2012 dapat dilaksanakan dengan lancar. Golongan yang seharus mendapat peruntukan dan bantuan tetap mendapat apa yang dijanjikan.
ReplyDeleteSingkirkan pelesit/parasit ini daripada terus menjahanamkan rakyat dan negara.
ReplyDeleteMereka yang berkepentingan ini senang hati hidup di atas kesusahan orang lain. Suatu hari nanti, kamu akan tahu juga langit itu tinggi atau rendah.
ReplyDeletesiapa pula pelesit yang cuba merosakkan hubungan Malaysia dan Indonesia baru2 ini?
ReplyDeleteI don't like the term 'fixed-deposit' especially refer to Sabah.
ReplyDeleteApa yg penting kepentingan rakyat tidak di lupakan...
ReplyDeletejika pelesit yang dimaksudkan merupakan punca kepada kegagalan pembangunan di Sabah berjalan dengan lancar maka sepatutnya pelesit tersebut perlu dihapuskan.
ReplyDeletekalau pelesit itu secara jelasnya adalah Shafie, kenapa tiada tindakan dilakukan?
ReplyDeletehanya disebabkan seorang pemimpin maka imej UMNO telah tercemar. jadi gugurkanlah pemimpin tersebut sebelum masalah dalam UMNO melarat.
ReplyDeleteparasit tetap bertapak dalam umno/bn tidak mustahil..
ReplyDeletememang pelesit2 dalam UMNO harus dicari dan dihapuskan...menteri KDN dan timbalannya juga adalah liabiliti kepada BN kerana menafikan tuntutan sabah agar RCI ditubuhkan untuk menyiasat projek IC.
ReplyDeleteperuntukkan yang disalurkan haruslah benar2 sampai ke tangan rakyat..
ReplyDeletebiarlah pihak berwajib seperti SPRM menyiasat sama ada terdapat penyelewengan atau tidak dalam KKLW..pihak lain tidak perlu membuat spekulasi yang mana akan merosakkan proses penyiasatan.
ReplyDeletenampaknya Abdullahsani begitu tidak menyenangi shafie... apa sebenarnya yang berlaku?
ReplyDeletemungkin apa yang berlaku ada penjelasannya..namun terpulang kepada rakyat untuk menilai.
ReplyDeleteStop calling Sabah your fixed deposit.
ReplyDeleteItu sudah pasti untuk memastikan parti BN terus kekal maka mereka ini perlulah disingkirkan demi rakyat.
ReplyDeleteJika hak penduduk tempatan disia-siakan maka sukar untuk BN menjadikan Sabah sebagai fixed deposit lagi. Maka kerajaan perlulah memastikan sokongan penduduk tempatan masih ada pada BN.
ReplyDeleteShafie Pelesit?? Benarkah?? Tengok Daerah Semporna sudah boleh buktikan. Jadi harap berikanlah nasihat kepada mereka ini.
ReplyDeleteKalau tak menyumbang apa-apa dan hanya menyusahkan ramai, buang saja jauh2 supaya tak menyemak dalam parti.
ReplyDeleteBak kata pepatah kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. So sebelum terlambat lakukanlah apa yang patut.
ReplyDeleteMengenai artikel ni terpulanglah pada rakyat untuk menilainya. Pastikan saja undian diberikan kepada pemimpin yang berjiwa rakyat.
ReplyDeleteSemoga masalah-masalah yang berlaku di Sabah dapat dikurangkan walaupun tak dapat diselesaikan sepenuhnya.
ReplyDeleteApapun kita nantikan saja apa tindakan Najib nanti. Saya yakin dia tahu apa yang patut dilakukannya.
ReplyDeletetentunya kerajaan BN Sabah/UMNO mahu mendapat sokongan dari rakyat, maka memang wajarlah pelesit2 dlm parti dihapuskan terlebih dahulu sebelum terlambat
ReplyDeleteperlu siasat dengan terperinci jika benar berlaku penyelewengan dalam peruntukkan yang disediakan oleh kerajaan pusat kepada kerajaan Sabah
ReplyDeletejangan memperlengahkan lagi isu ini, pihak berkuasa harus bertindak segera sebelum rakyat menjatuhkan kerajaan pemerintah di PRU akan datang
ReplyDeletebuat la sesuatu untk kebaikan kita bersama,
ReplyDelete"Melalui tindakan tersebut, Shafie telah melakukan sabotaj paling besar kepada pembangunan Sabah dan meletakkan ekonomi Sabah dalam keadaan tenat kerana banyak projek tidak mencapai sasaran yang dirancangkan Pejabat Daerah dan Pejabat Pembangunan Negeri Sabah."
ReplyDeletejika perkara ini benar, maka siasatan lanjutan harus diadakan terhadap beliau yg tertuduh..kerajaan tidak seharusnya berdiam-diri
harus diingatkan bajet 2012 yang diperuntukkan kepada Sabah oleh kerajaan pusat adalah untuk dinikmati oleh semua rakyat Sabah dan bukannya untuk pihak tertentu
ReplyDelete