PRESIDEN Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan meminta kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSD) mengenai pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah tahun depan sebagai tanda kesungguhan dan komitmen menangani masalah itu.
Beliau berkata sudah tiba masanya kerajaan mengambil berat perkara itu memandangkan permintaan tersebut sudah ‘agak lama’.
"Ini hanyalah panduan tetapi perlu diberi penekanan. Tumpuan seharusnya diberikan untuk menubuhkan suruhanjaya ini supaya hati rakyat Malaysia di Sabah akan lega dengan reaksi daripada pihak kerajaan.
"Banyak pihak terutama orang tempatan yang sering bertanya sama ada mereka ini benar-benar dilindungi sebagai warganegara Malaysia di Sabah. Sebab itu, Suruhanjaya Siasatan Diraja seharusnya diwujudkan pada 2012," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pemuda dan Wanita PBS sempena kongres parti itu yang ke-26 di KDCA, dekat sini.
Pairin, yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata pertambahan penduduk Sabah secara mendadak seharusnya membuka mata kerajaan untuk mengambil langkah drastik bagi mengatasi masalah PATI, sama seperti usaha ketara kerajaan dalam menangani masalah kemisikinan tegar di negeri ini.
Beliau berkata PBS yakin kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak akan melihat rayuan rakyat Sabah itu sebagai satu keutamaan, selaras konsep 1Malaysia.
Ditanya sama ada ini satu ‘ultimatum’, Pairin berkata PBS mengajukan cadangan itu dalam ‘kesederhanan’ demi kebaikan semua pihak khususnya penduduk tempatan.
Beliau juga berharap kerajaan Persekutan melihat isu mengenai status pelarian yang diberikan kepada warga Filipina dahulu kerana keadaan di negara itu, khususnya di bahagian selatan, sudah aman.
"Status pelarian di Sabah ini agar luar biasa kerana mereka masih berstatus pelarian sehingga sekarang, walaupun keadaan di negara asal mereka sudah berubah. Apa yang menjadi masalah ialah keadaan penempatan yang semakin 'buruk' yang mungkin menjejaskan kesihatan," katanya. (BERNAMA)
Sunday, October 30, 2011
PBS Mula Buka Mulut Mengenai SSD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
jadi apa tindakan selanjutnya?
ReplyDeletepairin: bila mau PRU baru 'ingat' penderitaan rakyat sabah? sbg pelacur kpd UMNO, anda x lagi relevan n x layak mewakili KDM!!!
ReplyDeleteSyabas Huguansiou. Bagaimana kalau Kerajaan berdolak- dalik dan tidak mahu tubuhkan SSD tahun 2012?
ReplyDeletesyabas....pasrikn ape yang anda ingin buat terlaksana jgn angan2 je....
ReplyDeleteKenyataan ini la yang ditunggu2(suara) dari PBS (TSDSP JPK), syabas!...tapi kalau tidak dilayan oleh kerajaan(persekutuan)... tiada lagi maaf bagi mu...suda kejutaan detik kali kami menungu dan terus menanti satu tindakan penyelesaian yang jitu dan serius...
ReplyDeletepairin seharus nya berundur diri .
ReplyDeletetak nampak apa yg pernah dia lakukan utk sabah .
tambunan bukti yg nyata .tak ada perubahan .
masih byk kampung yg mundur jalan rosak ,jambatan usang .
kasian org KDM ...
Kalau Najib tidak mahu mendengar atau menunaikan permintaan Pairin, saya cadangkan PBS keluar saja dari BN sebagai protes kepada UMNO. Buat apa PBS berada dalam BN kalau suara pemimpin mereka tidak didengar oleh UMNO.
ReplyDeleteitu lah sebabnya John Ambrose buat persatuan KDM malaysia dan bernard maraat buat persatuan murut broneo sebab pairin dan presidin murut rubin balang sudah tidak boleh diharapkan lagi,supaya senang UMNO cucuk hidung bangsa KDM ini.
ReplyDeleteHarap kerajaan persekutuan akan meluluskan SSD ini untuk menangani masalah PATI.
ReplyDeleteSementara menunggu, baik kita cuba mencari idea yang baru untuk cuba mengurangkan masalah ini.
ReplyDeletepenubuhan SSD sudah semestinya dapat melegakan hati rakyat Sabah. pelaksanaan SSD akan lebih membantu dalam menangani isu PATI. Permintaan rakyat sudah agak lama tapi tidak pernah tenggelam. harap2 penubuhann SSD dilulukan dan kerja2 SSD boleh dimulakan pada tahun depan.
ReplyDeleterakyat tempatan sentiasa berasa bimbang dengan kehadiran pendatang tanpa izin ni. semakin hari semakin ramai pula. Harap kerajaan memberi keutamaan kepada suara rakyat.
ReplyDeleteIsu pelarian juga harus dipandang serius. Jika tiada urusan lagi pelarian tu harus dihantar ke negara asal.
ReplyDeleteThis is a long outstanding issue which need to be addressed as soon as possible so we have to support PRESIDEN Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin KitinganDatuk Parin for bring up this issue to the federal government.
ReplyDeleteThe rights of the Sabahan should be protected.
jika SSD ini dapat membantu menyelesaikan masalah pati memang wajar ianya ditubuhkan..
ReplyDeleteharap masalah pati akan dapat diatasi melalui kerjasama dan komitmen semua.
ReplyDeletedah ramai yang setuju SSD ditubuhkan, kerajaan kena pertimbangkan hal ini. tubuhkanlah SSD untuk selesaikan masalah PATI.
ReplyDeletesegala usaha untuk selesaikan masalah PATI harus diterima dan disokong.
ReplyDeletekalau pembangkang yang bagkitkan isu ini, tidak pula dikaitkan dengan PRU.. begitulah lumrah politik di negara ini.. cakap salah, tidak cakap pun salah..
ReplyDeletepihak yang lantang mahu SSD ditubuhkan sebelum ini patut menyokong Pairin.. jangan jadi hipokrit hanya kerana pihak yang membangkitkan isu itu adalah dari parti lawan..
ReplyDeleteKerajaan persekutuan harus meluluskan cadangan ini. PATI merupakan salah satu ancaman besar di Sabah.
ReplyDeleteKita kena bersatu hati menentang kebanjiran PATI di Sabah.
ReplyDeleteRCI mungkin bukanlah satu-satunya jalan penyelesaian tetapi selagi ada cara, kena usahakan juga. Nekad 'perangi' PATI!
ReplyDeletePati punca kepada banyak masalah. Jangan sampai orang tempatan jadi pelarian di bumi sendiri. Kerajaan mesti serius tangani masalah ini.
ReplyDeletepelarian Filipina ni sudah berpuluh tahun tinggal di Sabah sampai beranak pinak. sampai bila mereka pegang status pelarian? macam belum ada apa2 perkembangan untuk selesaikan masalah pelarian ni. mau berurusan dengan kerajaan Filipina pun susah sebab tiada konsul di Sabah.
ReplyDeletesudah bosan pula dengar isu PATI ni. tidak pandai selesai2 sampai sekarang.
ReplyDeletePairin sudah bagi satu had tempoh untuk RCI ditubuhkan iaitu sampai tahun depan. kenyataan kali ni nampak lebih tegas.
ReplyDeleteselain itu, isu PATI juga harus dimasukkan sebgai NKRA negara...ini kerana isu ini sangat kritikal di mana telah mencemar kedaulatan dan keselamatan negara..
ReplyDeletejika suara presiden PBS pun tidak dilayan oleh kerajaan persekutuan, maka seterusnya adalah rakyat tulen sabah yang harus bersuara..kita sebagai rakyat dan pengundi berhak menuntut kerajaan menubuhkan RCI untuk kebaikan kita semua..
ReplyDeletemana2 pemegang IMM 13 harus dihantar balik ke negara asal mereka seberapa segera yang boleh..status pelarian sudah tidak relevan lagi..
ReplyDeletejika RCI tidak juga ditubuhkan pada 2012, apa tindakan PBS seterusnya?
ReplyDeletemungkin kerajaan negeri harus mengisytiharkan 'perang' terhadap PATI..
ReplyDeleteNeji merah padam bila sebut PATI seolah ingin mempertahankan PATI.Neji memang bangang sb kami akan sokong tak kira parti mana pun selagi ia mempertahan kepentingan bumiputera Sabah/Malaysia.Kami sokong Pairin teruskan jangan hangat tahi ayam.
ReplyDeleteMakin ramai yang buka mulut makin baguslah. Mana tau lebih laju hal ini dapat perhatian:P
ReplyDeleteRasanya RCI perlu ditubuhkan. Manalah tahu ia dapat membantu menanggani perkara ini.
ReplyDeleteKalau tak ditubuhkan juga rasanya siasatan atau terperinci patut dilakukan dan carilah alternatif terbaik demi menanggani hal ini.
ReplyDeleteNamun dalam kegairahan memastikan Sabah bebas pati, pastikan juga dalang di sebalik perkara ini dapat ditumpaskan.
ReplyDeleteSemoga semuanya berjalan lancar dan pastikan semua pihak bekerjasama dan bersatu hati demi menyelesaikan isu pati.
ReplyDeleteIm sure Najib will do his part to setup RCI. Just wait and see.
ReplyDeleteWhat if federal still not setup RCI in year 2012, what action will PBS taken?
ReplyDeleteNo reason federal reject RCI. What is the alternative solution?
ReplyDeleteUntuk membuktikan bahawa kerajaan tiada kaitan dengan projek IC, maka RCi harus ditubuhkan untuk membuktikannya.
ReplyDelete"Beliau berkata PBS yakin kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak akan melihat rayuan rakyat Sabah itu sebagai satu keutamaan, selaras konsep 1Malaysia."
ReplyDeleteWe urge that Najib to prove by action especially the setup of RCI.
Baguslah kalau Pairn membuka mulut untuk memastikan SSD dapat ditubuhkan di Sabah bagi menangani masalah PATI.
ReplyDeleteKalau kuasa autonomy juga diberikan untuk menangani masalah PATI sudah pasti kerajaan negeri dapat melaksanakan dengan baik memastikan PATI akan dapat diselesaikan.
ReplyDeleteHarap semua pemimpin sabah merayu kepada kerajaan Persekutuan untuk meminta SSD dilaksanakan. Seperti Joseph Pairin lakukan. Beliau meminta dan merayu kepada kerajaan Persekutuan untuk menubuhkan SSD bagi menangani masalah kebanjiran PATI dan menyiasat IC Projek.
ReplyDeleteKita mesti tahu bahawa Pairin sebenarnya bersungguh-sungguh untuk meminta SSD untuk Sabah. Ini bukan kerana PRU akan datang, tapi bagi memastikan penduduk tempatan dapat hidup dengan keadaan aman tanpa ada ganggunan PATI yang sekarang semakin menjadi-jadi dengan masalah jenayah.
ReplyDeleteBuktikan tiada projek IC dengan RCI.
ReplyDeleteNajib akan menunaikan hasrat dan permintaan Pairin. Jika tidak, apa Pairin akan buat selanjutnya?
ReplyDeleteWhat is government alternative plan if not RCI and after 5P?
ReplyDeleteKerajaan persekutuan mengabaikan rakyat Sabah. PATI bermaharaja di Sabah, kes demikes berlaku yang berkaitan dengan PATI. Tidak harus kerajaan berdiam diri lagi.
ReplyDeleteKeadaan PATI masih tidak kritikal lagi, jika berlakunya kematian, pasti kerajaan akan buat sesuatu. Kini, masih ada masa.. Begini lar perangai kerajaan kami.
ReplyDeletestatus pelarian yang diberikan kepada rakyat Filipina di Sabah harus ditarik balik dan dihantar pulang ke negara asal mereka, memandangkan keadaan di sana, terutamanya di selatan, sudah dalam keadaan aman.
ReplyDeletemengapa kerajaan Sabah tidak tubuhkan sahahja RCI ini sekarang, isu PATI ini sudah semakin tegang kenapa mesti tahun 2012?
ReplyDeleteya, memang sudah 'agak lama' isu PATI ini belum ada penyelesaian, kerajaan seharusnya bertindak SEKARANG usah lagi berlengah-lengah
ReplyDeleterakyat Sabah saban hari menyeru kepada kerajaan pimpinan BN ini untuk menangani masalah PATI tetapi masih belum ada penyelesaian dari kerajaan
ReplyDeletejanganlah sampai isu ini tidak dapat dikawal lagi baru kerajaan nak bertindak
ReplyDeleteSokong Pairin 100% tetapi kalau karajaan UMNO tak ambil tidakan kita rayat Sabah ambil tidakan di PRU 13 nie say no to BN/UMNO.
ReplyDeleteRelax man.
ReplyDeleteI think PBS has voiced it out long time ago.
ReplyDeleteJangan la pula mengkritik.
ReplyDeleteSabah hanya untuk orang sabah baaaaaaaaaaaaaaaaaah
ReplyDeleteTak sabar nak tahu pasal kabinet la.
ReplyDeleteSSD is good.
ReplyDeletesokong pairin..harap kerajaan abbik perhatian demi kebaikan semua pihak.
ReplyDelete