SEREMBAN: Lebih 300 Orang Asli dari seluruh Negeri Sembilan hari ini menyuarakan bantahan selama tiga jam di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini berhubung Dasar Baru Pemilikan Tanah Orang Asli.
Sejurus selepas itu, mereka menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan bagi membantah cadangan kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar baru itu.
Jurucakap ‘Jaringan Kampung-Kampung Orang Asli Negeri Sembilan’ (JKKOANS), Ezuli Langkap berkata pihaknya membantah cadangan itu dengan sekeras-kerasnya sepertimana dilaporkan akhbar Utusan Malaysia 22 September lalu.
“Kami juga kesal dengan kenyataan Menteri Besar yang mengatakan masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan adalah setinggan.
“Setiap keputusan yang dibuat tanpa merujuk dan berbincang dengan kami. Beliau langsung tidak sensitif kepada masyarakat kami.
Sebaliknya beliau telah memperlekehkan masyarakat kami yang merupakan masyarakat asal Negeri Sembilan dan Malaysia”, kata Ezuli.
Tanah adat
Mengikut Ezuli, pelaksanaan Dasar Baru Pemilikan Tanah Orang Asli nanti akan menyebabkan mereka kehilangan hak turun-temurun ke atas tanah adat mereka.
“Semua tanah adat kami akan diambil alih kerajaan. Seterusnya kerajaan akan beri dua ekar tanah yang akan dimajukan samada oleh Felcra atau Risda.
“Selepas itu kami tak perlu lakukan apa-apa dan bayaran sebanyak RM1,500.00 dalam bentuk saham lot akan diberikan setiap bulan.
“Kami membantah langkah ini kerana dengan ini kami akan kehilangan hak ke atas tanah adat resam kami yang kami usahakan sejak zaman nenek moyang kami.
“Malah kami mampu mencari pendapatan melebihi dari apa yang ditawarkan oleh kerajaan negeri. Contohnya ketika ini ramai di antara kami menoreh getah, menjual petai dan akar kayu,” jelas Ezuli.
Ezuli mendesak kerajaan negeri agar membatalkan dasar pemberimilikan tanah yang dicadangkan oleh kerajaan pusat.
Beliau menggesa supaya keseluruhan wilayah tanah adat mereka diiktiraf mengikut Artikel 26 dalam Undang-Undang Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDRIP) berkenaan dengan hak Orang Asal. -FMT
Friday, November 18, 2011
300 Orang Asli Beri Amaran Kepada MB Negeri Sembilan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Orang Asli sudah mampu mempertahankan hak mereka sendiri, harap kerajaan tidak akan meminggirkan hak mereka.
ReplyDeleteHarap kerajaan akan mendengar suara hati rakyat mengenai hak mereka.
ReplyDeleteKerajaan BN kalau melibatkan orang asli atau orang tempatan mereka tak peduli. Tapi kalau melibatkan PATI mereka sediakan bas mengangkut mereka dari Johor ke puterajaya untuk mendapatkan IC. Di kota Kinabalu misalnya kalau rumah PATI kerajaan BN tak mahu roboh kalau roboh pun diberi rumah pangsa tapi kalau orang tempatan kerajaan BN robohkan tanpa pampasan! Syabas BN
ReplyDeletehak2 orang asli harus dipertahankan, mereka juga penduduk asal Malaysia.
ReplyDeleteJangan cepat membuat tuduhan melulu kerana saya percaya ramai masih kabur dengan isu ini.Sama-sama kita tunggu dan lihat apakah penjelasan YB kerana saya percaya kerajaan negeri tidak akan menzalimi masyrakat orang asli dan menghormati hal ehwal orang asli serta orang asli sendiri mempunyai wakil mereka di sidang Parlimen.Adakah PATI mendapatkan IC itu benar atau mendengar cerita yang hangat dikatakan oleh pembangkang semata-mata.jangan mudah lupa bahawa dengan memberikan warganegara ,PATI akan mendapat hak warganegara.Kerajaan tidak sebodoh itu.
ReplyDeletetunggu sajalah penjelasan berhubung pekara ini..apa pun, pekara ini perlulah diselesaikan dengan sebaiknya.
ReplyDeleteharap langkah penyelesaian bagi hal ini akan dilakukan segera.
ReplyDeletedear pemerhati:
ReplyDeleteH05..... di sabah bukan kunun2 lg la. jgn kc biar tempurung tutup dunia anda...
kenapa tidak siarkan juga bantahan orang asli terhadap tindakan kerajaan negeri PAS merampas hak tanah mereka dan memluluskan lesen pembalakan di hutan simpan?? bukankah tindakan itu lebih kejam??
ReplyDeleteWah, orang asli sudah berani bersuara.
ReplyDeleteHentikan penindasan kepada kaum minoriti.
ReplyDeleteBuaatlah perbincangan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tanah orang asli ini. Mungkin bantahan ini berlaku disebabkan tidak ada perbincangan dari semua pihak.
ReplyDeleteMB kena perjelaskan kepada orang asli apa sebenarnya Dasar Baru Pemilikan Tanah Orang Asli tersebut.
ReplyDeleteOrang Asli pun tahu hak bersuara mereka. siapa yang mahu ditindas.
ReplyDeleteKenapa TV1,2,3,7 dan Arwani tak hebohkan agar semua orang asli di Malayasia tahu kejadian ini sebab di Kelantan hampir sebulan dihebohkan di TV.Nampak benor bias kerajaan kita BN tak boleh dikritik di TV1,2,3,7 dan lain.
ReplyDeleteBetul tu Kes di Sabah pun pasal tanah orang bumiputera tak juga siarkan di TV.
ReplyDeletepasal beri i/c pd PATI memang benar dan wujud...jadi jangan tanya lagi..tak percaya tanya mereka yang dapat..ha..baru tahu kebenarannya..pasal orang asli..mana tak marah ..tup-tup tanah mereka nak di ambil..pampasan memang akan di bayar tapi mereka tidak puas seperti kata wakil mereka setakat 1500 tu mereka boleh dpt lebih lagi..jadi nampak mereka tak puas hati..bab tu mereka bantah..lagi satu nak ambil tanah mereka yg dah berkurun bukan mudah..ambil dalam masa singkat..siapa tak marah..apa pun bawa berbincang..cari jalannya..
ReplyDeleteasyik2 pasal isu tanah. bilalah mau berakhir ni..
ReplyDelete