Mampukah UMNO membuang sifat ekstremis untuk menjadi sederhana menjelang Perhimpunan Agung UMNO agar selari dengan laungan Datuk Seri Najib Razak di luar negara yang mahu semua agama menentang puak pelampau?
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, ini merupakan persoalan yang membingungkan rakyat Malaysia kerana tuntutan kaum dan agama melampau yang wujud hari ini datangnya dari didikan UMNO, termasuk melalui lidah rasminya Utusan Malaysia.
“Bolehkah Najib menjadi Perdana Menteri yang sederhana sedangkan beliau membenarkan Utusan Malaysia memfitnah, menimbulkan kebencian kaum dan agama serta membuat tuduhan tidak berasas bahawa DAP mempunyai konspirasi menubuhkan negara Kristian?
“Bila Najib di luar negara, beliau akan meletakkan dirinya sebagai penentang puak pelampau, tetapi di dalam negara beliau langsung tidak melakukan apa-apa langsung sejak 31 bulan untuk menyederhanakan pelampau kaum dan agama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata demikian sebagai respon kepada Persidangan Antarabangsa Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 17 Januari depan, sebulan selepas Perhimpunan Agung UMNO 2011.
Najib memperkenalkan GMM pada Persidangan PBB ke-65 tahun lepas dengan agenda menentang fahaman pelampau dan menggesa golongan sederhana dari semua agama mengamalkan semangat keamanan dan pragmatisme.
“Bolehkah Najib melepasi ujian ini sebagai Perdana Menteri yang sederhana pada perhimpunan agung UMNO nanti, sebelum Persidangan Antarabangsa GMM pada bula seterusnya?” kata Kit Siang. – Roketkini
Friday, November 18, 2011
Benarkah Najib Pemimpin Sederhana?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Biar rakyat yang menilai sendiri bagaimana mereka rasa pemerintahan Najib.
ReplyDeleteKita tunggulah dan lihat bila PRU-13 bagaimana rakyat melihat pemerintah Perdana Menteri kita.
ReplyDeleteSaya lihat Najib lebih takut pada Rosmah dari yang lain. Apa saja bini dia minta dia bagi. Permata yang bukan jabatan pun mendapat peruntukan khas! Inilah sikap PM kita!
ReplyDeleterakyat boleh menilai sendiri Najib pemimpin yang bagaimana.
ReplyDeletebagaimanapun, Najib perlu buktikan bahawa dia adalah pemimpin yang berkaliber.
ReplyDeleteBagi pendapat peribadi, Najib seorang pemimpin yang baik secara keseluruhannya. Beliau siap sedia untuk bercampur dengan rakyat jika peluang itu ada.
ReplyDeleteBelum pernah lagi PM yang menonton bola bersama2 remaja kita dan belum pernah lagi PM datang ke station radio untuk entertainment. Yuran sekolah dimansuhkan dan pemberian RM100 kepada setiap murid disekolah.
ReplyDeletehj logiut najib pemimpin sederhana? mcm ada 2 ekor t-rex bergaduh dlm telinga sy...
ReplyDeletesederhana atau tidak serahkan saja kepada rakyat untuk menilainya..
ReplyDeleteapa pun, yang penting Najib melakukan tugasnya sebagai PM dengan sebaiknya.
ReplyDeleteBanyak yang Najib kena buktikan jika beliau ingin mendapat tempat di hati rakyat. beliau kena kawal orang bawahannya daripada bertindak melampau.
ReplyDeleteRakyat tidak mahukan pemimpin yang racist dan ekstrimis.
ReplyDeleteterpulanglah pada pandangan individu. pastinya Najib kekal sebagai PM jika rakyat masih percayakan kepimpinan beliau.
ReplyDeletetunggu dan lihat kesudahaannya
ReplyDeletebolehkah pemimpin2 Pakatan membuang sikap ekstremis??
ReplyDeleteDatuk Najib perlulah memperbaiki kelemahan yang ada dalam pentadbiran beliau bagi terus mendapat sokongan dari rakyat.
ReplyDelete