Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim menggesa sekali lagi agar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletakkan jawatan beliau (sebagai Ketua Umno) bagi mengekalkan "kredibiliti parti, sayap, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.”
Beliau berkata, perletakan jawatan Shahrizat sebagai menteri setelah tempoh senatornya tamat pada 8 April adalah tidak mencukupi, perlu juga sekali dengan kepimpinannya dalam Wanita Umno dan Wanita BN, terutama menjelangnya pilihan raya umum akan datang.
Beliau menambah, ia mengenai tanggapan masyarakat bahawa terdapat sesuatu “yang salah dari segi moral dan politik” berdasarkan cara Perbadanan Fidlot Nasional (NFCorp), yang diuruskan oleh suami dan anak-anak Sharizat menggunakan pinjaman kerajaan.
"Apabila ia melibatkan dana awam, ia melibatkan rakyat. Masyarakat melihat ia sebagai isu negara yang telah mencemarkan imej Kerajaan. Masyarakat mempersoalkan bagaimana NFCorp boleh mendapat pinjaman yang besar dengan kadar faedah hanya 2 peratus dan diberikan tempoh lima tahun sebelum pembayaran balik sedangkan begitu sukar bagi rakyat biasa mendapatkan pinjaman.
"Dan mereka bertanya bagaimana NFCorp boleh membeli kereta dan unit-unit kondominium dengan pinjaman yang dimaksudkan untuk (membeli) lembu," katanya dalam satu temu bual.
"Kredibiliti kami dipertaruhkan. Saya telah pergi ke peringkat akar umbi dan ini secara umumnya apa yang mereka kata. Mereka mendapati sukar untuk bertemu dengan rakyat kerana imej pemimpin mereka (Shahrizat) tercemar.
"Masyarakat 'mempermainkan' Wanita dan memanggil kami 'lembu'. Akar umbi Wanita mengatakan mereka susah nak kerja (sukar untuk bekerja dengan isu yang sedang berlaku ke atas ketua mereka). Dan pembangkang pula memberitahu kami bahawa kami tidak perlu berbuat apa-apa kerana ia akan membuat kerja mereka (untuk pilihan raya umum) lebih mudah.
"Sebagai seorang pemimpin, kita perlu mendengar apa yang akar umbi berkata."
Kamilia mengulas perkara berkenaan dua hari sebelum Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan untuk bertemu dengan pergerakan Wanita.
Beliau berkata, Najib telah menjelaskan bahawa beliau tidak mahu Shahrizat untuk terus menjadi menteri dan kini terpulang kepada Wanita untuk memutuskan sama ada masih boleh menerima beliau sebagai pemimpin yang diingini.
"Sebagai naib ketua, saya perlu melakukan apa yang terbaik untuk parti dan negara. Saya mungkin tidak popular tetapi saya bersedia untuk menerimanya kerana ia adalah sebahagian daripada tugas dan tanggungjawab saya. Demi kepentingan parti dan Wanita, dia harus pergi," katanya.
Beliau menjelaskan, adalah sesuatu yang pelik bagi Shahrizat berkempen untuk sebuah kerajaan yang bersih, adil dan baik.
"Kami akan serahkan kepada kebijaksanaan beliau terlebih dahulu. Sebagai seorang pemimpin, dia sepatutnya dapat menilai sendiri. Takkan kita nak beritahu (jangan katakan yang kami perlu beritahu apa yang anda perlu lakukan).” -mstar
Friday, March 23, 2012
Akar Umbi Panggil Wanita UMNO Lembu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nampaknya Shahrizat juga digesa untuk meletak jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO. Ingatkan wanita UMNO ni semualah menyokong beliau.
ReplyDeleteMmg SAH dan NYATA puak2 UMNO nie menyokong org yg busuk. Klu mcm inilah perangai PM dan ahli2 UMNO mmg bankrup negera. Sesungguhnya sesiapa yg bersekutu atau menyokong dgn perasuah adalah berdosa. Jom ubah kwn2
ReplyDeleteBetul-betul mind boggling, adakah ahli UMNO ini buta dan gelap hati..tidakkah ada rasa malu kerana bersekongkol dgn pemimpin yg terang-terang menyalahgunakan kuasa secara sedar dan haram untuk kepentingan peribadi dan keluarga?.. Adakah in budaya UMNO.. menegakkan yang HARAM dan menjauhkan yg HALAL..aku rasa sudah sampai waktunya UMNO diberi pukulan Knock Out. TKO...
ReplyDeleteWanita UMNO sebagai lembu kesian tapi sebiji lembu ditarik hidung.
ReplyDeleteTak apalah Kamilia lembu pun lembulah itu penganugerahan nama juga itu. Tahniah!
ReplyDeleteMana sudah orang-orang UMNO yang melalak mendesak Azizah letak jawatan dulu bila kes liwat Anwar dibicarakan di Mahkamah. Kenapa tak melalak suruh kat ijat letak jawatan juga atau ijat itu lain sebab dia malaikat UMNO! Ustazah Mashitah tolong jawab sikit!
ReplyDeleteYah lembu2 betina yg mempunyai warna yg sedondon banyak juda terdapat di merata daerah di SABAH bolih buat korban PRU13 Idiladha xbolih sbb betina
ReplyDeleteTindakan shahrizat adalah terbaik, tapi mungkin perlu lebih fikirkan parti.
ReplyDeleteMungkin syap wanita umno perlu berbincang sesama mereka untuk menyelesaikan perkara berkaitan dengan parti
ReplyDeleteSharizat pasti tertekan sekarang, hrap dia dpt hadapi semua ini.
ReplyDeleteKamilia tidak sabar nak jadi KW UMNO la tu..sabar Dtk, masa itu akan tiba. Big boss masih nakkan Shahrizat.
ReplyDelete2012 is the downfall year for Shahrizat.
ReplyDeleteKita tidak juga boleh memandang kepada satu pandangan saja. Memang kes ini berat namun rasanya Sharizat masih belum pasti adakah dia bersalah atau tidak. Namun carilah yang terbaik untuk semua.
ReplyDeleteIni demi kebaikkan parti itu sendiri juga. Maka pandai-pandai menyelesaikan maslah dalaman yang berlaku ini.
ReplyDeletekenapa perlu menggunakan media untuk menyuarakan gesaan itu?? kenapa tidak berjumpa atau berhubung terus dengan Shahrizat?? duduk dalam satu payung, takkan tidak boleh cakap face to face..
ReplyDelete