Tuesday, April 3, 2012

Hasan Ali dakwa kristianisasi 'mubaligh Australia'

residen NGO pro-Melayu Jalur Tiga (JATI) Datuk Dr Hasan Ali hari ini mendedahkan video yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam.

Dua versi video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit, didedahkan kepada media dalam satu sidang media di kediaman bekas exco hal ehwal agama Islam Selangor itu, di Petaling Jaya.

Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temubual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia.

Seorang daripadanya, yang dinyatakan identiti samaran sebagai Ramli Abdullah, 47, turut menceritakan bahawa beliau pada asalnya didekati kumpulan mubaligh berkenaan yang menawarkan pekerjaan, tempat tinggal dan juga makan minum.

Menjelaskan latar belakangnya sehingga terjebak dengan gerakan tersebut, Ramli berkata ia bermula pada tahun 2002 sewaktu beliau mengalami masalah kesihatan.

Kemudian satu pasangan mubaligh daripada Australia memberi bantuan dengan membawanya ke hospital dan membenarkan beliau tinggal bersama mereka di Puchong.

Dakwa diberi wang, kereta

"Saya tidak tahu (mereka) adalah organisasi Kristian. Saya keluar masuk, dan tertarik dengan layanan (mereka). Dulu latar belakang saya yang kasar, tetapi boleh tertarik dengan kebaikan mereka," kata Ramli dalam video itu.

Ramli juga mendakwa, beliau pernah bertemu dengan sekumpulan orang Melayu yang juga telah dimurtadkan di Klang, dan juga sehingga 400 orang lain di seluruh negara.

Beliau juga mendakwa pernah menerima bantuan tempat tinggal di sebuah rumah di Kelana Jaya, barangan keperluan harian, wang untuk perbelanjaan berjumlah antara RM2,000 hingga RM5,000 dan juga sebuah kereta daripada kumpulan mubaligh tersebut.

Ramli juga mendakwa bahawa beliau pernah ditawarkan satu pekerjaan tetap, antara tahun 2004 hingga 2008, untuk menterjemah kitab Injil New Testament ke dalam bahasa Melayu.

'Dibaptis' di kolam renang

Dakwanya lagi, terdapat juga kumpulan Kristian, terdiri daripada "orang putih", yang turut mengamalkan cara hidup Islam.

Malah ada di antaranya yang pergi ke surau dan masjid dengan berjubah dan berketayap, dakwanya.

Kumpulan "orang putih" itu juga menggunakan bahasa Melayu dan juga perkataan Arab seperti "Assalamualaikum" dan "Alhamdulillah" serta menggunakan cerita dalam surah dalam Al-Quran untuk mendekati orang Islam, dakwanya.

Lelaki itu juga mendakwa pernah dimasukkan ke dalam satu kolam renang di sebuah apartmen di Kuala Lumpur, sebagai satu simbolik upacara pembaptisan.

Lelaki berkenaan, bersama isterinya, bagaimanapun telah kembali kepada Islam pada akhir tahun lalu, dakwa seorang pembantu Hasan Ali yang menayangkan video berkenaan.

Pembantu berkenaan, Suwardi Yaacob berkata demikian ketika ditanya sama ada pasangan berkenaan telah kembali memeluk Islam.

Dihalang rakam foto, suara

Dalam sidang medianya, Hasan berkata identiti kesemua individu yang ditemubual dalam rakaman tersebut tidak ditunjukkan atas alasan keselamatan.

Wartawan juga tidak dibenarkan merakam apa-apa bahagian daripada tayangan tersebut.

"Memandangkan eksklusiviti rakaman yang dibuat, terutama melibatkan kedua-dua individu, saya dinasihatkan oleh barisan peguam dan individu yang beri pandangan mengenai perkara ini (untuk) tidak mengizinkan mana-mana pihak menerbitkan semua sebahagian atau sepenuhnya rakaman yang dibuat.

"Permasalah keselamatan diri dan reputasi individu terlibat menjejaskan perkara pokok mengapa rakaman semula tidak dapat diberikan kebenaran," kata Hasan lagi.

Video berkenaan merupakan bahan yang sering diuar-uarkan Hasan, sebagai bukti bahawa gerakan Kristian telah menjalankan usaha memurtadkan orang Islam, dalam siri jelajahnya selepas menubuhkan JATI. -mk

15 comments:
Write comments
  1. hassan ali nak salahkan siapa? PR? dinasour? tuhan???

    ReplyDelete
  2. Sebelum ada bukti kukuh, baik jangan membuat apapa tuduhan ataupun spekulasi kerana ini boleh menyebabkan kontroversi.

    ReplyDelete
  3. Harap perbezaan agama ini tidak akan dipolitikkan kerana akan menjejaskan keharmonian antara rakyat yang berlain bangsa dan agama. Kita perlulah mengekalkan keamanan dalam negara.

    ReplyDelete
  4. Waktu saya bersekolah sekolah menegah 'SMJK' dulu 1970an semua pelajar wajib belajar mata pelajaran 'scripture' kerana waktu itu keputusan peperiksaan sekolah berdasarkan peratus mata pelajaran yang diduduki. Saya belajar mata pelajaran scripture boleh dapat 90% markah. Sampai sekarang tidak pula meninggalkan agama saya Islam. Soalnya yang penting ialah iman kita walau apa pun pujukan kalau iman kita kuat insya-Allah kita tidak akan terpengaruh dengan apa juga.

    ReplyDelete
  5. Kalau saya mahu buat jahat, cetuskan sentimen agama, boleh saja suruh orang lain berlakon dalam video seolah-olah dimurtadkan. Jangan taksub sangat Hassan Ali. Kelak makan diri sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika berlaku huru-hara lepas ni,salahkan HasanAli.

      Delete
  6. Kepintaran yang ada, gunakan untuk kebaikan. Bukan sebaliknya.

    ReplyDelete
  7. isu agama lain dimainkan.

    ReplyDelete
  8. Beras pulut beras jati
    lebih sedap beras siam asli;
    Heboh mulut nak bagi bukti
    Itu saja video Tok San Ali???

    ReplyDelete
  9. "Wajah kesemua individu yang ditemubual dalam rakaman tersebut tidak ditunjukkan atas alasan keselamatan, kata Hasan dalam sidang medianya."

    Takde wajah. Bagaimana nak mengesahkan siapa orangnya??Pelik, memang pelik. Skrip bermasalah

    ReplyDelete
  10. Sekarang mahu cetuskan sentimen agama pula??sepatutnya isu sensitif mcm ni tidak diheboh-hebohkan.Fikirkan negara ni mempunyai penganut agama kristian,pasti isu ni boleh 'memanaskan'.

    ReplyDelete
  11. Issue murtad ni memang ada. Banyak case, terutama nya di bandar2 besar seperti KL. Sebab asas nya ada lah kerana kurang di titik beratkan agama islam di peringkat sekolah, keluarga, masyarakat, kerajaan dan alam sekeliling. Ini adalah pendekatan sekular yang di bawa oleh pemimpin2 yang di beri amanah untuk memimpin masyarakat islam di malaysia semenjak merdeka dan sebelum nya. Kalau ada pun pendekatan islam tanpa penghayatan, hanya di luaran saja. Contoh di Johor. Beza nya antara Dr Hasan dan Pas adalah di segi approach. Dr Hasan short term dan Pas long term. Dr hasan is trying to win the battle but Pas is tryin to win the war. Same objective. Jadi buat apa Dr Hasan bising2. Kalau kuat conviction teruskan perjuangan..tapi tak payah lah nak gah sana..gah sini. Tebuk dada...saya lah betul..saya berjuang kerana agama...tuhan tahu saya ikhlas. Kami akan hormat Dr Hasan kalau dia betul2 fight the cause in the most honorable manner. Good example is Datuk Lee Lam Thye.

    ReplyDelete
  12. 'Dikristiankan?' seolah-olah dipaksa masuk Kristian tapi dalam artikel tiada pun unsur2 paksaan.

    ReplyDelete
  13. Kita Negara Aman perlulah menjaganya bersama.

    ReplyDelete
  14. bagaimana rupanya video itu hinggakan tidak boleh didedahkan.. kalau setakat suara pengakuan saja, tidak cukup tu...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.