Monday, July 30, 2012

Tabung simpanan tetap BN sudah retak

PENGUMUMAN Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Lajim Ukin yang beliau menarik diri daripada Umno dan akan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang pastinya bukan berita yang diharapkan oleh Perdana Menteri merangkap presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak.

Tetapi tindakan Lajim itu tidaklah pula sesuatu yang baru atau memeranjatkan. Ramalan mengenai kemungkinan beliau menarik diri daripada Barisan Nasional dan menyertai pembangkang sudah berbulan lamanya.

Beberapa bulan lalu, timbul cakap-cakap bahawa beberapa pihak yang tidak puas hati dengan Mohd Najib di Sarawak dan Sabah akan berpakat bagi menentang BN di dua buah negeri itu.

Bagaimanapun, perselisihan pendapat antara Mohd Najib dan kepemimpinan BN Sarawak, khususnya mengenai kedudukan Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri, telah diatasi. Ramalan mengatakan Abdul Taib tidak akan dipaksa meletakkan jawatan.

Penarikan diri Lajim daripada semua jawatan dalam Umno adalah tamparan hebat terhadap Mohd Najib yang cuba mewujudkan gambaran bahawa beliau mempunyai kawalan penuh ke atas politik di dua buah negeri Borneo itu. Selain menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno, Lajim adalah juga ketua bahagian Umno Beufort dan pengerusi BN Beufort.

Mohd Najib sendiri berkata yang peletakan jawatan Lajim adalah sesuatu yang dijangkakan buat beberapa ketika dan beliau akan membuat keputusan esok (Isnin) mengenai kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri.

Sebaik mana pun Perdana Menteri cuba menyembunyikan kehampaannya terhadap perkembangan di Sabah itu, hakikatnya ia adalah petanda yang tidak positif bagi BN, khasnya di Sabah.

Sambil merujuk kepada peletakan jawatan Datuk Onn Jaafar sebagai presiden Umno, Mohd Najib berkata penarikan diri oleh ahli Umno bukanlah sesuatu yang baru. Yang lebih penting, kata beliau, adalah kesetiaan kepada parti.

Setelah kehilangan pengaruh di kawasan-kawasan Cina pada pilihan raya negeri (PRN) Sawarak pada April tahun lalu, pergantungan BN kepada Sabah menjadi lebih besar. Dua buah negeri Borneo itu sering disebut sebagai “fixed deposit” atau simpanan tetap kerana jaminan sokongan yang padu kepada BN.

Pada PRU 2008, BN menang 30 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak dan 24 daripada 25 di Sabah berbanding 85 yang dimenangi di Semenanjung dan sebuah di Labuan.

Tetapi, selepas kemaraan besar DAP dalam PRN Sarawak adalah dikhuatiri yang BN mungkin kehilangan sehingga enam kerusi Parlimen di Sarawak jika trend PRN itu berterusan.

Dengan penarikan diri Lajim, tabung simpanan tetap BN di Sabah telah retak dan jika merebak, pergantungan BN terhadap negeri bawah bayu itu akan menjalin lebih tidak terjamin.

Di Sabah, taat setia politik bolehlah diumpamakan seperti pasir di pinggir pantai – sentiasa berubah. Penarikan diri Lajim boleh membawa kepada pemberontakan besar-besaran seperti yang terjadi pada PRU 1990.

Soalnya, masalah Mohd Najib dan BN di Sabah tidak terhad kepada Lajim seorang saja. Beliau juga perlu membuat keputusan mengenai kedudukan Ketua Menteri, Musa Aman, dan pergiliran jawatan Ketua Menteri antara Islam, Bumiputera bukan Islam dan Cina yang dimansuhkan oleh pendahulunya, Abdullah Ahmad Badawi.

Kesimpulannya, perkembangan terbaru di Sabah itu merumitkan lagi tugas Mohd Najib membuat keputusan mengenai tarikh PRU akan datang kerana tabung simpanan tetap BN mungkin sudah retak. Wallahualam.

-Oleh A Kadir Jasin

43 comments:
Write comments
  1. sabah simpanan tetap? INI KALI LAAA!!!

    ReplyDelete
  2. tabung dah penuh kena keluarkan..terbaikkkk

    ReplyDelete
  3. Sabah simpanan tetap?????? tai TASSSSSSSSSUUUU la.... Dr miksimus sndiri pn tdk mempertahankan perjanjian penggabungan sabah - malaysia. Pmimpin BN pla memburuk-buruk pejuang STAR kununnya tdk mampu pimpin negeri. Saya sorang ahli PBS Taaaiiiiie pernah p dengar2 ceramah Star. mengagumkan mereka tdk menentang pemimpin BN. dlm erti kata lain tdk mburuk-burukan BN CUMAAAAA MENUNTUT HAK YANG TERMAKTUB DALAM PERJANJIAN DAN KEADILAN PENGAGIHAN HASIL SABAH SPT MINYAK. salah kah dituntut apa yg spatutnya tpi tidak diberi. INI KALI LA

    ReplyDelete
  4. nah ni kali la... mo monutuh toli pun ndak tanang kan hahaha.. simpanan tatap konon... phhuuiiii...

    ReplyDelete
  5. Robek ler BN kali nih. 'Simpanan tetap' telah habisss.

    ReplyDelete
  6. STAR jangan tinggi sangat harapan tuke bintang. No man is an island. STAR sukar jadi kerajaan Sabah.

    ReplyDelete
  7. Sabah bukan selamanya menjadi fixed deposit.

    ReplyDelete
  8. Lajim is an opportunist.

    ReplyDelete
  9. lebih baik jglah Lajim keluar, dari menjadi duri dalam parti.

    ReplyDelete
  10. BN tetap akan kukuh walaupun mereka keluar dari BN.

    ReplyDelete
  11. BN akan menang dan kekal sebagai kerajaan.

    ReplyDelete
  12. Lebih baik pemimpin veteran ni bersara

    ReplyDelete
  13. Lambat laun Lajim perlu buat keputusan juga daripada menjadi liabiliti kepada BN

    ReplyDelete
  14. Lajim cuma mahu benefits saja.

    ReplyDelete
  15. Masih banyak lagi pemimpin selain daripada Lajim. memang Lajim ka penentu landskap politik di Sabah??

    ReplyDelete
  16. Saya suka datuk Lajim sebab sejak ia mp Beaufort tiada peluang pendatang asing bertapak di sana..

    ReplyDelete
  17. siapa x mau BENEFITS? sejak bila manusia jd malaikat???

    ReplyDelete
  18. Lajim telah buat keputusan, jika itu yang beliau rasa baik untuk beliau, terpulang lah, kita tunggu dan lihat sahaja.

    ReplyDelete
  19. Lajim mimpi mau jadi KM.

    ReplyDelete
  20. Yang pasti BN tetap akan jadi pilihan rakyat.

    ReplyDelete
  21. Lajim pemimpin yang tiada pendirian.

    ReplyDelete
  22. Lebih baik Lajim bersara dan jadi pemerhati sahaja...banyak cakap pun x bagus juga.

    ReplyDelete
  23. Lajim harus keluar dengan cara yang baik juga. Tidak perlu menekam BN.

    ReplyDelete
  24. BN tetap kuat selapas kehilangan Bumbering dan Lajim. Pasti ada juga rakyat yang mengikut lompat parti.

    ReplyDelete
  25. Najib pasti akan mencari pengganti Lajim & Bumbering. Harap-harap calonyang dipilih benar-benar berkebolehan dan rakyat juga beryakin dengannya.

    ReplyDelete
  26. Jumlah undian BN pasti lemah dan berkurangan berbanding PRu12.

    ReplyDelete
  27. Lajim harus membuat keputusan hala tujunya agar rakyat juga tidak kekeliruan.

    ReplyDelete
  28. sejak dulu hingga sekarang keluarga saya mengundi UMNO/BN....tapi apa yg kami dapat skrang ...habuk pun tarak....INI KALI LAH kita akan ubah kerajaan yg memperkayakan kroni ja.

    ReplyDelete
  29. masih ramai lagi pemimpin di Sabah yang boleh gantikan Lajim tu.

    ReplyDelete
  30. retak atau tidak hanya sokongan rakyat yang tentukannya.

    ReplyDelete
  31. biar rakyat yang pilih sendiri mana yang mereka suka.

    ReplyDelete
  32. pembangkang yang tidak bersatu tetap memberi manfaat kepada BN.

    ReplyDelete
  33. BN Sabah dilihat tidak risau dengan keputusan Lajim tu.

    ReplyDelete
  34. Pasti ada penganti yang lebih layak

    ReplyDelete
  35. Keadaan pasti akan bertambah baik selepas berlangsungnya PRU nanti.

    ReplyDelete
  36. Lajim Ukin keluar parti saja tidak berpotensi untuk meretakkan Tabung Simpanan Tetap BN.

    ReplyDelete
  37. Lajim tidak berpengaruh menyebabkan impak sebegini kepada parti BN. Lagipun puncak pemimpin BN sudah lama ingin menjatuhkannya.

    ReplyDelete
  38. Tapi nampaknya Lajim Ukin tidak berkeputusan untuk mengikuti mana-mana parti pembangkang. Kalau tidak silap, Lajim dan Bumburing mungkin menubuhkan parti baru yang dipanggil SRF.

    ReplyDelete
  39. Tidak lain tidak bukan mesti dikaitan dengan isu Datuk Lajim ini,.

    ReplyDelete
  40. Tapi kita pernah dengar juga bagaimana Lajim menyertai UMNO. Semua ini dari cerita Anwar yang menjanjikan jawatan yang tertinggi kepada Lajim semasa Anwar menjadi TPM dahulu.

    ReplyDelete
  41. Jangan biarkan ada parasit macam Lajim terus bersama BN.

    ReplyDelete
  42. Kita perlu tahu sejarah mengatakan gugurnya kekuatan pentadbiran kerajaan itu disebabkan oleh orang dalam sendiri.

    ReplyDelete
  43. Anwar adalah dalang semua ini menyebabkan mereka ini keluar BN. Anwar menjanjikan jawatan yang tertinggi jika mereka menang.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.